Pages

2025-12-28

Yang Yang memang kayu


Salah sorang international fans backup Yang Yang yang dikecam sebab lakonannya kayu. Beria betul dia mem-backup siap kata Yang Yang tu stiff sebab dia dulu belajar kat Military Uni. Hahahaha. Memanglah tapi dia belajar course DANCE! Bukannya dia jadi askar kat situ.

Betul kata netizen Weibo, international fans selalu dapat information yang salah tentang entertainment news kat China.

Semalam ada sorang ni kat TikTok cakap betapa hebatnya lakonan Chen Zheyuen dalam The White Olive Tree. Dia tak tahu kat China, Chen Zheyuen sampai kena buat video say sorry kat peminat atas lakonan buruk dalam drama tu. Hahaha. Dalam drama tu watak Wang Tianchen lagi menyerlah, mau tak hangin fans dia, hero kena overshadow? Tapi yang international fans beria kata the best lakonan sedap nak mati.

Pastu sorang lagi fans Yang Yang, also kat TikTok ulas pasal kenapa Yang Yang hiatus 2 tahun. Dia kata Yang Yang hiatus sebab drama last dia Fireworks of My Heart tak dapat sambutan padahal lakonan Yang Yang and Wang Churan dalam drama tu sangat best. Ya ampunnn. Since when Yang Yang berlakon best weh?? Pastu kau cakap Wang Churan pun best?? Mata kat kepala lutut ke camana. Dua-dua ni kombo kayu terbaik, ya! Tak caya pergilah tengom drama tu. Wang Churan kayu-sekayu-kayunya. Yang Yang tu kita fahamlah, memang dari dulu kejung.

Hakikatnya, drama Fireworks of My Heart kena bash teruk kat China. Siap kena kecam dengan firefighters sebab ada scene main-main dengan fire extinguisher. Padahal kau tu carry watak firefighter, boleh pulak main-main dengan bendalah tu. Actually jalan cerita drama tu ok je, cuma pemilihan pelakon sangat failed. Kalau nak kekalkan Yang Yang, at least ambiklah female lead yang boleh berlakon. Ini kau gabungkan 2 kayu, camana tak flop drama tu.

Yang Yang ada buat statement kat Weibo, dia hiatus 2 tahun pertamanya sebab dia buat operation kaki. Keduanya, dia rasa orang dah tak suka dia sejak lakonan dia dalam Fireworks of My Heart. Lemah aku dengar statement macam ni. Bagi aku, Yang Yang was so unprofesional buat statement macam tu. Kau bukan BBNU. Dah 34 tahun, dah senior dalam industri, dan kau masuk dalam entertainment dengan kelebihan sebab mak kau pun artis. Kau tak bersusah-payah pun. Tu pasal kena kecam sikit, lembik. Merajuk 2 tahun. Dah memang kau kayu nak buat camana.

Aku rasa kalau apa yang Johnny kena meletakkan dia di tempat kedua, takde siapa nak duduk tempat pertama. KONFEM. Bukan setakat kena kecam. Kena banned, kena boikot, kena fitnah. Tapi dia lalu je apa je depan dia. Kau baru kena kecam lakonan out dah merajuk 2 tahun. Lempang karang!

Dulu muka-muka comel macam Yang Yang and Chen Zheyuen ni kira laku keras. Sebab fan base tinggi. But lately dah nampak trend kat China, kau muka cantik ke hensem ke, kalau lakonan kau hauk, memang kena kecam. Cuma international fans je yang tak nampak lagi hakikat ni. International fans mostly suka tengok muka.

Lagi satu kalau jadi pelakon 10 tahun tapi balik-balik genrel idol drama, tu bukan pelakon. That’s just a character model. A real actor proves their skill by living through all kinds of roles. Kau asik berlakon nak nampak cantik je, muaklah. Ambiklah genre lain. Barulah orang boleh nampak version kau yang berbeza. Barulah kau nampak kau sebenarnya ngam kat genre macamana. Sesekali ambiklah karakter bongok-bongok ke, selekeh ke, gengster ke, orang miskin ke. Ni tak. Nak watak cantik sokmo.