Pages
▼
2025-12-19
Isu influencer yang kena tegur dek Dr Malar
Panas betul isu influencer yang kena tegur dek Dr Malar. Dr tu pulak kena kecam. Aku baca juga komen Dr tu tapi entahlah, tak perasan pulak ada unsur-unsur menghina. Apa yang Dr tu sampaikan, betul. Tak tahulah kat mana yang netizen kata seolah-olah menghina.
Aku percaya rezeki Allah tu luas, tak terikat pada sijil semata-mata. Tapi bila seorang influencer yang akademik backgroundnya hanya SPM dijemput ke majlis akademik sekolah, honestly… out of place. Bukan dengki, cuma rasa tak kena pada tempatnya.
Look. Sekolah adalah institusi pendidikan. Dari kecik sampai besar, school taught us that knowledge is the foundation of life. Sekolah ajar kita membaca, mengira, berfikir, dan disiplin. Sekolah jugak yang introduce konsep usaha jangka panjang. Majlis akademik sekolah carry simbol yang besar. It’s not just an event, not just a VIP invitation, tapi mesej yang secara tak langsung disampaikan kepada pelajar.
Aku cuba letakkan diri sebagai pelajar yang duduk dalam dewan tu. Pelajar yang struggle dengan subjek Maths. Pelajar yang mungkin balik rumah nangis sebab tak faham Sains. Pelajar yang mak bapaknya ulang-ulang pesan, “Belajar elok-elok, nanti boleh masuk universiti.” Tapi kat depan, berdiri someone yang dijadikan academic inspiration, tapi latar belakang pendidikannya sendiri tak melalui perjalanan akademik yang panjang. So apa mesej yang sampai?
Maybe ada yang kata, “Tak semua orang berjaya dengan akademik.”
Ya, setuju. Itu betul. Tapi konteks tu penting. Sekolah bukan menafikan laluan lain, tapi sekolah wujud untuk angkat nilai ilmu dan pendidikan formal. Itu peranan asasnya. Kalau institusi pendidikan sendiri start to blur the values they stand for, I think we should pause for a moment and really think about it.
Teringat zaman sekolah dulu. Majlis akademik biasanya jemput pendidik atau bekas pelajar yang cemerlang atau golongan profesional. Orang-orang ni bukan semestinya kaya, tak popular pun, but they came with a story about consistency, sacrifices and proses panjang yang realistik. Dorang menjadi simbol bahawa ilmu tu ada nilainya.
Bila influencer dijemput ke majlis akademik, naratif yang terbentuk dah berbeza. Subtly, it can give the impression that success can be achieved without going through a deep educational process. Seolah-olah exposure lebih penting daripada ilmu. Populariti lebih bernilai daripada fokus belajar. Mungkin bukan itu niat organizer majlis, tapi itulah kesan simboliknya.
Aku tahu ada influencer yang bijak, yang pandai bercakap, yang ada pengalaman hidup berharga. Tapi pengalaman hidup ada konteks. Sesuai dikongsi di platform yang betul. Kalau program motivasi umum, atau self-branding, atau media sosial, ok silakan. Itu memang their space. Tapi majlis akademik sekolah? That’s where I feel the line starts to blur.
Sometimes kita terlalu takut untuk nampak judgmental we stop talking about what’s actually relevant. Padahal menjadi relevan itu penting. Kita tak jemput mekanik bercakap tentang mental health, bukan sebab kita rendahkan dia, tapi itu bukan bidang dia. It’s the same here. Ini bukan merendahkan sesiapa. Ini tentang kesesuaian peranan.
Aku terfikir tentang cikgu-cikgu. Cikgu yang everyday masuk kelas, mengajar, memegang tanggungjawab membentuk minda anak-anak. Bila majlis akademik sekolah lebih mengangkat figura luar yang tak melalui sistem akademik yang sama, it kinda gives the impression that traditional academic values are less appealing.
Ini bukan salah influencer tu. Dia dijemput, dia datang. Salah ini bagi aku, lebih kepada sistem yang terlalu obses dengan “siapa yang boleh tarik perhatian”, bukan “siapa yang sesuai dengan majlis”.
Kita hidup dalam era di mana kredibiliti always kalah dengan populariti. Likes dan followers are the new currency. Sekolah sepatutnya jadi benteng terakhir yang mempertahankan nilai ilmu, bukan going with the flow.
Risau kalau lebih ramai menormalisasi benda ni. Hari ini influencer yang latar belakang akademiknya tak begitu memberansangkan dijemput ke majlis akademik. Esok mungkin pelajar akan mula tanya, “Apesal aku kena bersusah payah belajar kalau ada jalan lebih cepat untuk jadi kaya?” Kita boleh je jawab dengan teori tapi simbol selalunya lebih kuat daripada perkataan. Apa yang kita paparkan sebagai role model akan bagi kesan yang lebih mendalam daripada ceramah motivasi berjam-jam.
“Influencer tu pun berjaya juga, itu pun satu inspirasi.”
Ya, success itu wujud. Tapi success ada banyak bentuk. Dan tak semua bentuk success perlu diletakkan di semua pentas. Pentas akademik sepatutnya meraikan pencapaian akademik, atau sekurang-kurangnya those yang menjadikan ilmu sebagai teras hidup dan career.
I believe students should be exposed to the real world, including laluan alternatif. Tapi pendedahan tu perlu berlapik dan berperingkat. Jangan sampai mesej yang sampai ialah “belajar itu optional, menjadi popular dan kaya lebih utama”. Kalau nilai ni dah terpasak kat dalam kepala, susah nak dibetulkan balik.
Kita penat pujuk anak belajar. Kita dok meratib ayat yang sama bertahun-tahun. Belajar belajar belajar. Kita bersabar dengan perangai malas anak, procrastinate dorang, emosi dorang, etc. Bila institusi pendidikan sendiri hantar mesej bercampur-aduk like this, it undermines that effort. Influencer tu tak salah, tapi pentas tu salah.
Kita respect semua jenis kerjaya. Tapi men-respect influencer tak bermakna kena letakkan dorang kat semua ruang. Menghargai laluan alternatif tak bermakna kita merendahkan pendidikan formal. Dua-dua boleh wujud, tapi di ruang yang betul.
Sekolah bukan tempat glamour. Sekolah tempat membina asas. Asas nilai, asas pemikiran, asas disiplin. Bila asas tu mula bercampur dengan simbol yang salah, mungkin tak nampak kesannya sekarang, tapi akan muncul slowly dalam sikap generasi akan datang.
Ini POV aku. Bukan nak merendahkan sesiapa, cuma nak mengingatkan yang setiap pentas ada maknanya. How we choose who represents certain values shapes what students take away.