Pages

2025-12-06

GreenAard: Nutrijuice boleh menyebabkan sembelit ke?


First sekali nak bagitau GLOEI DAH SAMPAI. Izinkan kami clearkan inventory dulu dan akan start post pending Gloei ESOK. 

Dengan ini, hari ini kita TUTUP OFFER GLOEI. 

Paling panjang offer Gloei kali ni, drag sampai ke mid Nov! *lap peluh* Memandangkan kita start pos semua esok, maka sehingga petang ini kita masih terima sesiapa yang nak beli offer Gloei. Esok kita start balik dengan pakej Gloei yang standard.

Now nak cakap pasal Nutrijuice. Tadi staff aku tanya Nutrijuice boleh menyebabkan sembelit ke? Sebab ada sorang customer kata bila makan Nutrijuice dia dapat sembelit.

Mula-mula check history of purchase dulu untuk confirmkan. The customer start beli Nutrijuice 1 botol in Julai and 1 botol lagi in Sept. 1 botol Gloei tahan 10-14 hari. Kalau 2 botol tahan dari Julai hingga today (Nov), ok aku boleh explain kenapa jadi sembelit. Ini penting untuk aku explain sebab tu kena check history of purchase dulu.

Nutrijuice ni bahan-bahan dalamnya adalah ekstrak plant. Banyak buah-buah citrus, jadi secara logiknya, ia TAKKAN menyebabkan sembelit. Malah, ini first time aku dengar customer dapat sembelit bila ambil Nutrijuice. Tapi takpe, ada explanationnya.

Yes, possible Nutrijuice boleh jadi penyumbang kepada sembelit. Tapi ada caranya.

Ok macam ni. Nutrijuice ni suplement. Cara suplemen bekerja tak macam ubat, tu jam makan, tu jam dia bertindak. Cara Nutrijuice bekerja mula-mula dia stabilkan sistem pencernaan. Secara berperingkat, bukan dan-dan tu menjadi. Mula-mula dia akan rangsang pergerakan usus dulu. Ini thru ekstrak apple pectin, lemon, madu, etc dalam Nutrijuice. 

Tapi kesan ni bergantung pada KONSISTENSI. Bila diambil everyday, usus akan dilatih untuk bergerak secara teratur. Bila intake tak konsisten (contohnya beli 1 botol 1 bulan lepas tapi masih ada stok sampai bulan ni), maknanya sistem pencernaan jadi on-off, tak sempat nak adapt sepenuhnya.

Macam siram pokok. Kalau siram hari-hari, segarlah pokok tu. Cuba kau siram seminggu sekali, kadang siram banyak, kadang lupa. Pokok memang tak mati, tapi tak healthy lah. Gitulah juga dengan usus. Bila Nutrijuice diambil tak konsisten, usus tak dapat rythm tetap untuk buang toksin and najis dengan lancar. This can contribute to temporary sembelit.

Suplemen memang kena ambik secara konsisten kalau nak nampak kesan. Sebab suplemen bukan ubat. Dia baiki fungsi badan secara perlahan dan berterusan. Contohnya cuma minum Nutrijuice bila teringat. Ini boleh jadi punca sembelit. Sebab usus tak dapat rangsangan konsisten. Badan cuba untuk sesuaikan diri dengan Nutrijuice, tapi lepas tu kita stop. Ini buatkan badan “terkejut” bila pengambilan terganggu. Detoksifikasi dan pembuangan tak dapat berjalan dengan stabil.

Badan kita ni berfungsi secara biokimia that repeat every day macam mesin jalan 24 jam. Bila kita ambil suplemen, bahan aktif kat dalam (vitamin, serat, mineral, fitosterol, etc) akan top-up keperluan badan setiap hari. Kalau pengambilan terputus-putus, badan tak sempat simpan cukup nutrien. The positive effects that started to build up will fade away again. Sistem pencernaan tak sempat nak stabil. Sebab itu when you start suplemen, bagi konsisten dulu. Lagi-lagi orang yang aim nak turunkan kolesterol. Minum sebotol skip-skip takkan turun kolesterol tu.

Untuk pertanyaan tentang produk GreenAard, WHATSAPP SINI.
Atau boleh ke website GreenAard.