Pages

2025-10-05

GreenAard: Lepas dari expiry date, masih boleh makan?


Aku nampak chat ni masuk email. Rasanya staff aku dah respond directly ke customer ni. Tapi aku nak share kat sini so that boleh explain sikit. Sebab memang ada je orang yang terlupa ada balance GC Plus, tau-tau expired dah.

Aku memang suka bab expiry ni, sebab ini salah satu paper projek aku masa ambil course Food Safety dulu.

Ok gini.

Maksud expiry date. Contoh expired on 08/2025. Ini maksudnya produk tu DIJAMIN SELAMAT DAN BERKESAN untuk hujung bulan tersebut (31 Ogos 2025). Lepas tarikh tu, that produk (ini this case GC Plus) tak lagi dijamin potensinya. Maksudnya, kita tak jamin bahan-bahan aktif yang digunakan dalam GC Plus boleh berfungsi dengan baik, samada dari sudut effectiveness dan keselamatan.

Actually, kebanyakan suplemen bukanlah terus jadi racun as soon as it’s past the expiry date. Yang biasanya, the keberkesanan (potency) makin menurun. Dari segi kualiti itu depends on cara penyimpanan. Contoh disimpan di tempat kering, sejuk, jauh dari cahaya. If it’s stored properly, the risk of it going bad is lower. Kalau terdedah kepada panas and lembap, kapsul boleh rosak cepat. Maybe warna kapsul pudar, atau keluar bau-bau pelik, atau tekstur berubah.

Logiknya macam ni, kalau sekarang (Sept 2025), GC Plus dah lepas tarikh luput sebulan (anggap saja sebulan). Dari sudut sains, masih selamat dimakan, tapi potensi dah tak lagi 100% terjamin. Kalau nak ambil sekali dua, biasanya no problem. Tapi kalau nak consume secara konsisten, better don't sebab keberkesanan tak dijamin. Kita makan GC Plus sebab nakkan manfaatnya. Kalau potensinya tak dijamin selepas expiry date, no point makan. Better beli baru je.

Kalau produk serbuk macam Gloei macamana pula?

Kalau nak beza dengan GC Plus, yes ada beza sikit. Serbuk dalam GC Plus adalah dalam kapsul. Selagi kapsul tak pecah, tak lembap, tak berbau pelik maknanya produk lebih stabil (serbuk dalam kapsul tu). Jadi risiko rosak lebih rendah berbanding serbuk yang terus exposed dalam sachet.

Risiko utama bila serbuk dalam sachet biasanya oksidasi (bila terdedah pada udara dan cahaya). Kalau simpan dalam keadaan kering, tak terdedah pada cahaya dan panas, biasanya lepas expiry tak terus bahaya, cuma khasiat dah makin kurang. Cuma risiko Gloei ni adalah, walaupun dalam sachet kedap udara, bila dah buka, serbuk terus terdedah kepada oksigen dan kelembapan. Jadi, vitamin and mineral dalam tu lebih cepat hilang potensi atau jadi keras berketul.

Ada 1-2 kes pengguna Gloei dapat sachet yang serbuknya berketul. Maybe sachet ada lubang kecil yang tak nampak dengan mata kasar semasa filling. So dia tanya boleh makan lagi ke tak?

Ok, kalau sachet belum dibuka, masih selamat dimakan sejurus lepas tarikh luput (contoh 1–3 bulan), cuma kandungan vitamin tak 100% berkesan. Tapi kalau sachet dah dibuka (atau koyak), serbuk dah terdedah kepada udara dan kelembapan. Selalunya serbuk jadi berketul. Bermakna khasiat dah menurun. Tak bahaya sangat dari segi keselamatan, tapi dah kurang power. Tapi aku advice, sekiranya serbuk Gloei tu berketul, buang sajalah. Report pada kita dulu beserta gambar.

Kalau produk cecair macam Nutrijuice macamana pula?

Produk cecair lagi senang rosak sebab ada air. Air adalah medium terbaik untuk bakteria, kulat and yis. Kalau ada gula pula, lagi cepat risiko fermentasi. Lepas expiry, bukan saja potensi turun, tapi risiko pencemaran mikroorganisma lebih tinggi. Walaupun simpan dalam botol tertutup, perubahan suhu boleh buatkan Nutrijuice dah tak selamat diminum. Nutrijuice takde dakwa-dakwi ya. Kalau expired je, buang!

Tapi so far belum ada yang tanya boleh ambil Nutrijuice selepas due date ke tak, sebab rasanya semua orang habis minum Nutrijuice. Nutrijuice ni sebotol tahan 10-14 hari je. Kalau duration yang singkat macam tu pun boleh sampai expired kau simpan, memang tak disiplin benau la tu.

Ni dah alang-alang, aku cerita sikit apa beza Expired Date (Expiry Date) dengan Best Before, ya.

Expiry Date ni maksudnya tarikh terakhir produk tu dijamin selamat dan berkesan. Lepas tarikh ni, produk mungkin tak selamat. Selalunya kita pakai untuk ubat dan suplemen.

Kalau Best Before, kita pakai untuk makanan kering macam roti, biskut, cereal. Maksudnya kualiti adalah terbaik SEBELUM tarikh tu. Selepas tarikh tu, produk masih selamat dimakan asalkan tak ada tanda rosak (kulat, bau masam, rasa pelik), tapi kualiti dah menurun (kurang lembut, kurang sedap). Paling penting untuk roti, please check visual and bau. Kalau ada bintik hijau atau putih, buang terus. Kalau bau masam, buang. Kalau cuma keras, boleh toast dan masih selamat dimakan.
 


Video atas ni soalan-soalan yang berkaitan dengan Expired Date and Best Before yang aku buat dalam program Diploma in Food Safety. Ada satu topik khas untuk bincangkan pasal Expired Date and Best Before alone. Adik-adik yang frust tak dapat course accounting tu, ambik je lah course Food Safety, ingat cikai ke course ni.