Pages

2025-10-31

Privilege


Semalam aku screenshot post atas ni. Bagi aku, dua-dua tak salah. Maksudnya yang komen tu tak salah, yang memilih Asyraf ni pun tak salah. Asyraf lagilah tak salah.

Sometimes life just feels kinda unfair. Kita tengok orang lain senang je naik, senang je dapat peluang.

“Dia senang la, ada cable” ATAU “Dah memang dia kaya, memanglah senang nbak bisnes”

And honestly, it’s true. Both of them are privileges. Tapi ramai tak nak mengaku cantik adalah privilege, kaya adalah privilege, network adalah privilege. Bila sebut privilege, ramai yang defensive. Katanya, aku pun kerja keras. Ya, most of them yang ada privilege ni pun kerja keras, tak dinafikan. Tapi kerja keras without privilege tak sama dengan kerja keras with privilege. Kadang-kadang orang yang ada privilege ni tak sedar besarnya head start yang dorang ada berbanding orang lain.

Privilege ni kelebihan yang kau dapat without having to put in extra effort just because of your circumstances. Ibarat orang yang tinggi boleh nampak Leslie atas stage dengan senang, orang rendah macam aku ni kena berjengket atau diri atas kerusi nak tengok. Yang tinggi tu bukan maksudnya lebih hebat, tapi dia dilahirkan dengan kelebihan tu.

Cable ni macam ada orang dalam yang boleh bagi easy access untuk sesuatu urusan. Bahasa lembutnya, networking. Tapi honestly, bukan semua networking sama. Networking yang healthy adalah bila dua pihak dapat benefit. Tapi bila kau dapat big opportunity semata-mata sebab ada orang dalam, itu bukan networking. Itu namanya privilege. 

Contoh, dua orang apply kerja. Sorang ada experience and good qualifications, sorang lagi biasa-biasa tapi bapak dia kawan baik bos company tu. Who do you think has a better chance of getting the job? You already know the answer.

Sometimes, bila dua-dua pun bagus tapi yang sorang ada kelebihan dari segi networking, dia akan dapat. Itu lumrah sebab manusia cenderung untuk pilih orang yang dia kenal atau percaya. It feels safer to work with someone familiar, even if both candidates are equally good. That’s just how the world works. People naturally lean towards comfort and familiarity, not always pure merit.

Dan benda ni bukan hanya dalam dunia kerja. Dalam dunia bisnes, politik dan banyak tempat lagi ada cable system ni. Kadang-kadang bukan salah sesiapa pun. Manusia secara semula jadi memang lebih percaya kepada orang yang dia kenal, sebab ada sense of familiarity. Kat sinilah privilege tu berfungsi. Orang yang connected sentiasa lebih selamat, lebih cepat naik, dan lebih mudah disokong.

Macam Asyraf tu, orang kata dia dipilih sebab ada kabel, or maybe sebab kaya, tapi pernah tengok tak podcast dia? Bagus, kan? Kalau pun ada orang yang lebih bagus dari dia, tak salah kalau dia dipilih. Sebab at the end of the day, privilege tu bukan jaminan kau tak layak. It just means kau mula dari tempat yang lebih senang. Kalau dia pandai guna peluang tu untuk tunjuk effort dan deliver hasil yang bagus, then fair enough. Yang penting macam mana dia handle privilege tu. Ada orang dapat peluang sebab cable tapi malas, buat kerja sambil lewa, bongkak. Itu yang orang menyampah. Tapi kalau dapat cable, and still work hard and prove that he deserves it, that’s a different story.

Kaya satu bentuk privilege. Orang kaya selalu kata, “Kami pun work hard”

Ya, betul. Tapi kalau jatuh, how fast can you bounce back? Cepat, ya. An average person might lose direction when they fail. Tapi orang kaya ada safety net. Gagal sekali, boleh try lagi. Hilang modal, boleh pinjam dari family. Nak mulakan bisnes, tak perlu tunggu gaji bulan depan untuk rolling duit. Jadi walaupun dua-dua kategori work hard, the rich are actually running on a completely different track.

Siapa involve dalam bisnes mesti tahu quote "Duit bukan segalanya" adalah BULLSHIT. Kami-kami ni tahu sangat bab ni. Duit bukan jaminan kejayaan, but it definitely lowers the risk of failure and that alone is a huge kind of power. Trylah buat bisnes tanpa duit. Tengok jauh mana kau boleh pergi. Passion tak boleh bayar supplier, ya. Semangat juang tak boleh bayar sewa kedai. Visi dan idea penting, tapi kalau takde modal, semua tu tinggal idea je lah.

Orang yang suka cakap duit bukan segalanya selalunya dah cukup duit. Orang yang masih berjuang, duit tu beza antara boleh cuba dengan boleh jalan terus. Money gives you room to breathe, bagi pilihan, dan bagi masa untuk betulkan silap. Tiga benda ni bisnes founder jarang dapat. So yes, duit memang tak boleh beli kejayaan, tapi boleh beli peluang. And in bisnes, peluang tu sendiri dah separuh dari kejayaan.

Aku ambil contoh Asyraf. Dia kaya dan ada network bagus. Salah dia ke? Tak. Itu adalah hasil usaha ayah dia. Ayah dia kerja keras untuk pastikan kehidupan dia dan anak-anak menjadi lebih baik. Asyraf hanya menyambung legasi tu. 

Aku suka tengok orang-orang macam ni. Terinspirasi. Siapa je yang nak anak-anak susah? Takde siapa nak anak susah. Kita semua kerja keras supaya boleh bagi anak-anak kehidupan yang lebih baik, access yang lebih baik, peluang yang lebih baik. Sebab tu orang marhaen macam kita mulakan dengan education. Bagi anak tusyen, bagi sekolah yang bagus, push anak-anak dapat good grades, supply them with segala macam tools and support. Sebab itu cara kita nak create privilege sebab kita tahu bukan semua orang lahir dengan kelebihan tu, jadi kalau kita boleh bina privilege untuk anak-anak, why not? Itu tak salah, itu strategi.

Privilege tak semestinya diwarisi. Sometimes, it’s something that’s built over years of hard work. Kita yang kerja siang malam, berjimat, buat macam-macam untuk pastikan anak-anak tak lalui kesusahan yang sama. 

So instead of benci orang yang ada kelebihan, lebih baik kita belajar macam mana nak create kelebihan untuk kita. Privilege tak perlu datang dalam bentuk duit atau kabel, kadang-kadang start dengan education, knowledge, attitude, disiplin, and good relationship dengan orang lain. 

Aku kan kalau cerita bab privilege ni always jadikan Johnny Huang as contoh. Sebab dia tu to me antara contoh macam mana someone boleh guna kelebihan yang dia ada without being arrogant about it. Dia tak datang dari keluarga kaya atau ada orang dalam yang tolong bukak jalan dan dia takde formal education in acting. Dia guna apa yang ada. Bakat, disiplin, dan work ethic yang strong gila, sampai jadi aset besar dalam industri and dah bina empire dia sendiri. Ada company sendiri yang signup 12 celebriti, ada empat production house and saham iQIYI.

Itu bentuk privilege juga, but it’s the kind you build on your own. Esok anak-anak dia mesti senang nak buat apa-apa. So, salah anak dia ke kalau esok dapat kelebihan? Tak. Tak salah. Sebab bapak dia powerful, dah tentu orang akan prefer anak dia. Why? Sebab anak dia datang dengan jaminan. Ada trust capital yang bapak dia dah bina. Orang akan rasa lebih selamat bagi peluang kat anak, sebab reputasi keluarga dah establish. Itu bukan nepotisme semata-mata tapi ripple effect of effort. Hasil kerja keras generasi sebelum tu.

Orang yang takde cable atau duit, bukan tak boleh berjaya. Tapi journey tu lebih panjang, lebih banyak halangan, dan lebih mudah jatuh sebab setiap langkah kena buat sendiri, setiap pintu kena ketuk berkali-kali, dan setiap opportunity datang dengan risiko yang lebih tinggi. Kadang-kadang bukan sebab tak cukup bagus, tapi sebab takde siapa nak bukakan jalan.

Contohnya, zaman aku makan gaji dengan masa aku run own bisnes. Masa makan gaji, aku hanya meneruskan legasi. Jumpa customer baru pun senang nak close deal sebab aku carry nama company yang dah establish dan promote brand yang well-known. Nak buat appointment pun senang. 

Bila start bisnes sendiri, ya ampunnn. Nak jumpa existing customer takde masalah sebab dorang dah kenal aku. Tapi nak jumpa new customer jenuhhhhh! Sebab company aku tak dikenali dan brand yang aku promote pun dorang tak pernah dengar. Masa tu aku betul-betul bergantung pada existing customer yang dah percaya dengan cara kerja aku saja. Bila dah mula establish, barulah lega sikit. Barulah senang nak set appointment dengan new customer. Pergi mana-mana exhibition, customer nampak booth XZIZ Biotech mesti tanya staff "Diana tak datang?" Senang staff aku buat kerja bila orang dah mula recognize our company.

Privilege ni kita kena kejar sebenarnya. Bukan tunggu jatuh dari langit. Privilege ni macam modal. If you weren’t born with it, you have got to build it yourself, bit by bit. Orang selalu fikir privilege tu cuma untuk orang kaya atau yang ada connection besar, padahal semua orang boleh create privilege dalam bentuk masing-masing.

Reputasi. Itu pun privilege. Earned privilege. Bila orang percaya dengan cara kerja kau, kau tak payah banyak pitching dah, sebab nama kau dah jadi jaminan. Tapi nak sampai ke tahap tu, bertahun-tahunlah jugak kena hadap customer yang cerewet, supplier buat hal, partner tak menjadi. Semua tu proses nak bina kredibiliti. 

So yes, privilege tu kena dikejar dan dibina. Sama macam reputasi, it’s not something you get overnight. It grows from consistency, honesty, and how you treat people. Lagi cepat kau grab konsep ni, lagi cepat kau boleh create “cable” sendiri. Because you have become the kind of person people actually trust.

Kita suka percaya konsep meritokrasi. Siapa rajin, dia berjaya. It sounds fair, but in reality, it’s only half true. Dunia ni tak sepenuhnya merit-based, sebab bukan semorang bermula di tempat yang sama. Yang menjadi masalah tu bila those yang ada privilege ni menafikan hakikat tu dan terus menjaja statment “aku berjaya sebab aku usaha”. Bunyinya memang inspiring, but it puts pressure on people yang usaha mati-matian tapi masih duduk kat bawah. Sebab dorang takde kelebihan yang sama. Dan sedihnya bila yang takde privilege bila dibagi peluang, tak gunakan peluang tu sebaiknya. Ini lagi nakharom. 

Maybe sebab inilah sistem pendidikan kita buat sistem kuota untuk pengambilan pelajar ke SBP/MRSM and scholarship. Dah takde lagi sistem siapa pandai dia dapat. Yes, a bit unfair. Tapi kalau aku, aku ok je if nak bagi kuota lebih pada pada group tertentu asalkan terbukti layak. Jangan disebabkan nak penuhkan kuota, yang hauk-hauk pun kau accept. Itu tak adillah. 

Zaman aku dapat TKC dulu, walaupun masa tu belum ada sistem kuota, semua batch aku straight As UPSR. Yang B40 macam aku pun straight As. Yang anak menteri pun straight As. Maksud aku, kalau nak buat sistem kuota, boleh. Tapi biar yang bagus juga. Bila yang tak berapa nak layak pun kau ambik, meninggalkan yang layak di tepi, camana orang tak hangin.   

So adakah orang yang ada privilege ni perlu rasa bersalah? Tak jugak. Privilege tak salah. Dunia memang tak adil. Itu hakikat. Tapi manusia boleh pilih untuk jadi adil. Kita tak boleh hapuskan privilege sepenuhnya, tapi kita boleh ubah cara privilege digunakan. Kau tak boleh buang fakta ayah kau kenal orang-orang besar, atau keluarga kau senang tapi kau boleh guna tu untuk create peluang yang lebih adil untuk orang lain. Because when privilege is used consciously, it can be a tool for change.

Contohnya En Wan. Privilege dia as MDRT memang dia gunakan kaw-kaw untuk help client. Dan dia usaha nak kekalkan ranking Top 10 Nationwide supoaya dia ada access yang lebih besar ke management so that boleh settlekan hal-hal client. Aku nampak dia gunakan kelebihan tu. 

So kesimpulannya, cable itu privilege. Kaya pun privilege. Dua-dua tak salah. Once dah dapat gunakan privilege sebaiknya sebab bukan semua orang dapat. Bila kau dapat, bukan untuk self-serving je. Privilege ni kalau diguna untuk tolong orang lain, baru ada makna. You are not just making their lives easier, but you are also building a strong support system.


2025-10-30

Trend Printscreen Duit


Thread ada satu trending menayang duit. Dah makin ramai menormalisasikan print screen duit. Yang tunjuk slip gaji, yang bonus masuk, yang post balance dalam akaun bank, yang tunjuk slip nafkah dari suami. Aku tak tahu apa kepelikannya, atau aku ke yang terlalu old-skool? Like, kau print balance duit dalam bank untuk apa, doh? Kau tunjuk berapa nafkah suami kau bagi, what is the point??

Gila betul this era. Masing-masing prove their worth with screenshot evidence. Apa benda ni?

Ya, aku faham it’s natural for people to want to celebrate their achievements. Semua orang suka dihargai, dipuji, nak nampak berjaya, nak nampak on the right track. But since when semua ni perlukan bukti “credit to account”? Seolah-olah you are not really doing well unless there’s proof. 

Aku rasa inilah penyakit media sosial yang ramai tak sedar. Namanya penyakit validation hunger. Kita dah tak buat untuk diri sendiri. Kita buat sebab nak orang nampak.

Aku ingatkan share gambar kunci kereta, rumah baru dah memadai. Rupanya sekarang tak cukup. Mesti nak ada proof of transaction. Screenshot gaji. Screenshot duit masuk. Screenshot duit bulan parents. As if kalau tak tunjuk semua tu orang takkan percaya. 

Dah jadi culture kalau tak tunjuk bukti, maknanya tak berlaku. Dan kalau sesiapa perasan, makin ramai orang post benda-benda macam ni, makin ramai yang merasa dorang tak live up to standard. Itu masalahnya. Once one person starts doing it, everyone else follows sebab takut nampak biasa-biasa. Dah macam trend kat TikTok. Sorang buat, semua pun nak buat benda sama. Tapi yang tak difikirkan ialah impaknya pada mindset audience. 

Bila oversharing tentang duit ni jadi culture, it creates a whole new ecosystem built on comparison. Kau bukan inspire lagi dah, kau trigger sebenarnya. Orang yang tak cukup, akan rasa kurang. Orang yang tengah struggle, akan rasa gagal. Orang yang insecure, akan rasa worthless. Padahal benda tu ntah ye ntah tidak. 

Aku ni dah 48 tahun hidup merentas macam-macam era. Dari zaman takde media sosial ke zaman media sosial. Dari zaman My Space, Friendster, Blog, FB, IG, TT, ke Thread. MOSTLY yang menayangkan hidup perfect macam nak rak, kaya bagai nak gila, terpaling itu dan ini, penyudahnya kelaut. 

Toksah nak mengencing aku lah. Pattern ni dari zaman aku blogging tahun 2006 lagi wujud dah. Tinggal kau perati je sorang-sorang. Tak lama pastu mesti ada benda jadi.

Yang konon hidup romantik bahagia, tup-tup bela suami biawak.
Yang konon terpaling parenting, lagi 15 tahun anak-anaknya tak menjadi apa.
Yang hidup kayangan, branded stuff all the way, tup-tup merudum jatuh tejelepuk.
Yang terpaling merajakan suami, hmmmph hanyuttttt.

Ni kisah benar, ya. Yang tahu, tahulah. Malas aku nak cerita.

Now kau nak jadi terpaling bagi nafkah, terpaling bonus, terpaling balance akaun 5 angka. Halah halahhhh. Yang aku tak faham motif sebenar nak tunjuk semua tu apa? Toksah membongaklah nak inspire people. Tahik je semua ni.

Ramai confuse antara inspire dan impress. Yang ramai buat sekarang bukan nak inspire, tapi nak impress. Inspire tu datang daripada niat. Impress ni datang daripada ego. Beza banyak. Aku perhati cara orang justify benda ni pun kelakar kadang-kadang.

“Bukan nak show off, tapi nak orang tahu perempuan pun boleh berdikari”

“Bukan nak riak, tapi nak motivate orang lain capai tahap macam ni”

“Bukan nak compare, cuma nak share journey”


Benda macam ni la yang misleading budak-budak tengah nak naik. Sebab kau tak tunjuk PROGRESS. Ceritalah perjalanan, usaha, struggle, growth and self-discipline sekali. Kalau betul-betul nak motivate, tunjuk process, bukan proof. Share cara kau sampai ke situ, bukan bukti yang kau dah sampai. Kalau kau share gambar holiday ke, gambar makanan ke, ada gak pekdahnya. Ini share gambar payment slip nafkah. Kejadah apa bangang?

Ada satu quote “The loudest room is rarely the richest one”

Orang yang betul-betul stabil, financially atau emotionally, jarang tunjuk semua. Sebab dorang dah berada di tahap yang tak kejar validation. Dorang dah secure. Tapi bila tengok orang yang terlalu rajin highlight duit, itu bukan tanda berjaya. Itu tanda belum tenang. Kau tak akan nampak orang betul-betul kaya tunjuk balance duit kat bank di kat media sosial. Tapi kau akan nampak ramai yang nak nampak kaya, buat macam tu. Itu beza antara having money dan needing people to know you have money.

Maybe ini ada kaitan dengan krisis identiti kot. Sebab masing-masing dah terlalu lama hidup dalam online space sampai semua benda nak diukur berdasarkan apa orang nampak. Rasa tak lengkap kalau apa yang dia ada tak di-like, tak di-repost. Kalau tak ada screenshot, tak valid. Kalau tak ada engagement, tak berbaloi.

Benda ni ada kesan jangka panjang pada generasi anak-anak kita. Bila nanti dorang tengok orang post duit, bonus, nafkah, dorang akan mula rasa nilai diri tu diukur dengan numbers. Nanti mulalah masing-masing rasa kalau aku belum ada benda ni, aku belum berjaya. Tu yang bersepah kat Thread post "Normal ke kalau umur 25 belum ada rumah sendiri?" "Normal ke umur 19 belum ada kereta?" "Normal ke umur 30 ada saving RM10K je?" "Normal ke nafkah RM500 sebulan?"

Tak habis-habis dengan kau punya normal. Meh aku lempang bagi kau normal balik, nak?

Social media has turned everything into a race. Kau akan terus banding, terus kejar, terus rasa tak cukup sebab kau tak sedar kau tengah berlumba dengan cerita rekaan orang lain. Aku bukan suruh orang berhenti sharing. Tapi mungkin kita semua patut belajar beza antara celebrating dengan seeking validation. Bila kita mula cari validation dengan numbers, kita hilang kemanusiaan dalam proses tu.

Kalau betul-betul nak inspire, ceritakan journey, ceritakan process, bukan hasil. Bukan slip gaji. Bukan balance bank. Sebab orang tak boleh tiru nasib, tapi orang boleh tiru usaha. And that’s worth so much more than just tunjuk screenshot duit masuk.

Sekarang ni budaya oversharing dah jadi macam penyakit berjangkit. Semua orang nak jadi reality show. Tapi realiti sebenarnya, bila terlalu banyak benda jadi public, kau dah tak ada line pemisah between who you really are and your online persona. Lama-lama, kau pun dah tak tahu siapa kau bila takde media sosial. Validation tu sebuah ketagihan, ya. You will keep chasing the next hit lagi banyak, lagi kerap, lagi besar.

Seriously, your bank balance, your nafkah, your duit jajan whatever - are meant to be felt, not flaunted. Because real abundance is not loud. It’s knowing you are covered without needing to prove it to anyone.

Kalau tanya kenapa aku macam tak puas hati dengan trend print screen duit ni, jawapan aku simple. Sebab benda yang patutnya jadi personal milestone now dah jadi public competition. Tu pasal ramai dak-dak muda rasa diri loser bila tak capai milestone macam orang lain. Dorang rasa patutnya umur 25 dah dapat gaji RM6K, umur 26 dah pakai Honda. Umur 27 dah ada saving RM10K. Bila belum capai semua ni mulalah stress. 

Mujurlah zaman aku dulu media sosial tak sekeras now. Bertenang-tenang aku beli rumah, beli kereta, kumpul duit. Kalau tak, dengan aku aku sekali gelabah beruk agaknya.


2025-10-29

GreenAard: This is the big difference between regular collagen products and Gloei.


Happynya baca feedback customer Gloei ni. Alhamdulillah, terima kasih.

Sila kutip RM20 diskaun untuk satu botol Gloei di 012-7728976, ok? Kalau staff aku macam blur-blur, bagitahu Kak Di bagi.

Actually feedback macam ni bukan first time GreenAard dapat. Ramai customer Gloei bagi feedback yang lebih kurang sama. Walaupun lebih kurang sama, aku masih nak baca lagi dan lagi. Sebab the feeling PUAS bila dapat tolong selesaikan sikit masalah customer, sangat seronok. 

Kau tak tahu macamana aku bertekak dengan En Wan dulu bila aku pertahankan NO KOLAGEN in Gloei? Dia mati-mati suruh aku letak juga kolagen sebab tahun 2017 produk berkolagen tengah 'in'. Aku melawan arus sebab aku yakin apa yang aku letak dalam Gloei. Cuma tu lah, nak membuktikan tu perlu pertolongan customer. Bila start dapat feedback-feedback positive macam ni, puas rasanya.

"Kulit rasa lain”
“Muka nampak cerah”
“Kulit lembut plumpy”


Those are some feedbacks yang GreenAard pernah dapat, yang memang selari dengan expectation kita semasa produce Gloei. And that’s the thing about creating something with keyakinan. Pertahankan apa yang kita percaya walaupun orang sekeliling tak setuju. 

I wanted to make something that works, something backed by science and logic, not just hype. Bila customer rasa sendiri perubahan tu, suddenly semua penat dan debate panjang tu terasa berbaloi. Hahaha. Kepuasan macam ni bukan boleh beli. It comes from trust between you, your product, and the people who believed in it enough to give it a try. Terima kasih again!

Okay, hari ni aku nak cerita panjang pasal ni. Aku nak explain logik dari sudut sains yang mudah difahami kenapa Gloei boleh buat kulit glow.

Bila orang kata “kulit glowing”, sebenarnya apa maksud glowing tu? Sebab maksud glowing ni berbeza-beza ikut orang. Ada yang maksudkan kulit cerah, ada yang maksudkan kulit nampak basah-lembap (dewy), ada yang maksudkan kulit nampak healthy.

Dari sudut sains kulit, glowing adalah gabungan DUA SERENTAK. Yang pertama, kulit cukup air (hydrated). Yang kedua, kulit rata (smooth surface). 

Bila kulit cukup air, cahaya yang jatuh ke kulit akan dipantulkan balik secara sekata. Itu yang buat kulit nampak macam glow from within. Kalau kulit kau kering, cahaya tu tak dapat dipantulkan sekata, jadi kulit nampak kusam. Macam cermin berhabuk yang tak berkilat sebab permukaan tak rata (sebab ada habuk). Jadi, bila customer kata “kulit glowing”, maksud tersiratnya ialah kulit dia cukup lembap, dan struktur bawah kulit semakin baik.

So, kalau Gloei tak ada kolagen, kenapa kulit boleh nampak tegang dan lembap?

Ok. Inilah yang ramai orang tak tahu. Kolagen dalam kulit dihasilkan oleh badan kita sendiri, bukan semata-mata dari apa yang kita makan. Badan kita memang boleh produce kolagen. Tapi, badan perlukan trigger untuk aktifkan pengeluaran kolagen tu. Bila umur makin meningkat, sel fibroblast (yang tugasnya hasilkan kolagen) mula malas bekerja. Faktor lain macam stres, kurang tidur, dan pemakanan pun buatkan sel ni semakin pasif.

Reason GreenAard tak gunakan kolagen dalam Gloei adalah sebab kita tahu some tumbuhan ada bahan aktif yang boleh jadi pengaktif semulajadi fibroblast. Bahan-bahan dalam Gloei tak menggantikan kolagen badan, tapi merangsang badan untuk hasilkan kolagen. 

Setiap bahan aktif yang diekstrak peranannya berbeza. Ada yang bertindak as antioksidan. Ada yang lancarkan peredaran darah supaya oksigen cukup sampai ke kulit. Ada juga yang wake up call untuk fibroblast. Antioksidan penting sebab kolagen cepat rosak bila kulit terdedah kepada UV dan bila gula banyak dalam darah. Jadi bila ambil Gloei, bahan aktif ni halang kolagen yang sedia ada daripada rosak, sambil merangsang badan hasilkan kolagen yang baru. 

This is the big difference between regular collagen products and Gloei. Yang satu bagi kolagen luar (haiwan), yang satu lagi aktifkan kolagen dalaman. Agak-agak mana yang lebih tahan lama? Mestilah kolagen yang badan hasilkan sendiri, sebab itu adalah kolagen asli yang sesuai dengan DNA kita.

Kulit yang rasa plumpy tanda air dalam kulit cukup. Kalau pernah pegang kulit baby, kau akan faham maksud plumpy. Lembut, anjal, dan bila tekan dia balik semula ke bentuk asal. Ini namanya plumpy.

Bila kita makin berusia, plumpness tu hilang sebab dua benda makin hilang iaitu air dan kolagen. Gloei bantu dengan cara yang pertama, tingkatkan aktiviti kolagen. Yang kedua, dia bantu badan hasilkan asid hyaluronik semula jadi. Asid hyaluronic ni boleh pegang air sampai 1000 kali berat. Jadi bila sel kulit ada banyak asid hyaluronik, kulit jadi gebu dan tegang. Itu yang customer selalu cakap muka rasa lembut dan penuh balik. Tak pelik pun, sebab itu memang tanda kulit cukup air sebab asid hyaluronik dah aktif selepas ambil Gloei.

Ok part yang dia kata “parut lama pudar”, ini logik. Ini sebab tisu bawah kulit tengah dibaiki.

Parut terjadi bila kulit rosak tapi tak sempat heal dengan sempurna. Kita ada belajar subjek sains kat sekolah dulu. Ada topik ni. Bila luka tak heal dengan sempurna, ia akan membentuk parut berlekuk. 

Yang menyembuhkan luka adalah fibroblast. Tapi bila sel fibroblast dah malas (akibat umur, stres, atau tisu lama rosak), parut tu kekal. Bila Gloei aktifkan semula fibroblast, sel-sel baru mula tumbuh dan kolagen baru terbentuk. Lama-lama, kulit baru kat kawasan parut naik balik sikit demi sikit. That's why ramai customer Gloei cakap parut lama makin pudar. Bukan sebab Gloei kupaskan kulit, tapi sebab kulit betul-betul pulih dari dalam.

Part “Lubang muka makin hilang”. Ok ini simple logik. Aku can explain.

Lubang muka (bekas jerawat atau pori besar) happen bila kulit hilang support structure. Bila collagen under your skin breaks down, kulit jadi tak rata, nampak berlubang. Bila kolagen baru terbentuk dan fibroblast aktif, lapisan bawah kulit tu jadi makin padat. Kulit yang dulu tenggelam (berlekuk) mula naik balik. Permukaan kulit jadi sekata. Lubang tu tak hilang sepenuhnya, tapi nampak lebih halus sebab cahaya dah boleh pantul dengan sekata. Boleh faham?

But the question now, kenapa kesan Gloei nampak cepat pada some people, some yang lain slow progress?

Jawapannya sebab everyone’s skin damage and lifestyle are different. Kalau kau minum air cukup, tidur awal, tak smoking, tak stress, badan kau senang respon pada Gloei.

Fibroblast ni sifatnya tak perlu dipaksa sangat untuk bangun. Dia cepat buat kerja. Tapi kalau kau jenis suka berjaga malam, kopi 4 cawan sehari, air kosong tak sampai 1 liter sehari, makan gula banyak pastu expect muka terus glowing dalam seminggu, memang lamberttttt lah. 

Yes, Gloei membantu, tapi kau pun kena tolong sama. Ni tak. Gloei dah nak mula dah, tapi kau sabotaj dengan macam-macam stress, memang lembablah kawan tu nak buat kerja.

Ada beza ke antara kolagen yang kita makan dengan kolagen yang kita hasilkan sendiri?

Ada. Besar beza.

Kolagen yang kita makan (contohnya dari ikan atau lembu) ialah protein asing. Bila kita telan, badan pecahkan jadi asid amino. Bila dah pecah, dia dah tak dikenali sebagai kolagen haiwan lagi. Dia dah jadi bahan mentah biasa. Dan badan bukan tahu nak guna balik bahan tu untuk kulit. Badan mungkin guna untuk otot, rambut, atau organ lain. 

Tapi bila badan sendiri yang hasilkan kolagennya (hasil rangsangan dari Gloei), kolagen tu 100% sesuai dengan struktur kulit kita sebab ia dihasilkan secara semula jadi oleh sel badan sendiri. Maksudnya, kolagen tu bukan benda asing yang badan kena kenal pasti dulu sebelum guna. Dia terus serap dan digunakan tepat di tempat yang diperlukan, contohnya pada kulit yang rosak, weak tissues, or areas that need repair. 

Itulah kelebihan bila kita pakai kolagen yang badan hasilkan sendiri. Badan tahu bila nak hasilkan, berapa banyak nak guna, dan kat mana nak salurkan. Jadi hasilnya lebih stabil, lebih tahan lama, dan lebih selamat tanpa risiko overload protein asing. Ini bukan up produk sendiri ya, ini aku cerita pasal sains.

Orang yang makan Gloei akan nampak kesan glow dari dalam. Kenapa aku cakap glow dari dalam? Sebab perubahan memang berlaku dari dalam, dik. Gloei repairs your cells, bukan sekadar bagi kulit nampak licin dari luar. Bila fibroblast aktif, peredaran darah ke muka meningkat, oksigen cukup, nutrition sampai. All that makes your skin look healthy dan hidup.

Proses ni ambil masa, bukan sekejap. Sebab kulit ambil masa around 28-40 hari untuk ganti sel baru. Jadi kalau kau baru mula makan Gloei minggu ni, sabarlah. Hari pertama fibroblast baru nak bangun tidur. Hari ke-10 baru dia start kerja. Hari ke-30 baru hasil dia mula naik. Kalau kau teruskan 3-4 bulan, insyallah kulit betul-betul stabil. Nampak glowingnya, parut makin pudar, pori makin halus, dan lembap semula jadi.

Dulu awal-awal keluarkan Gloei, pernah someone tanya (tapi dia tak beli pun). Dia tanya kalau Gloei takde kolagen, macamana pulak efeknya boleh jadi macam produk berkolagen?

Sebab fungsi dia sama, dik. Cuma jalan je berbeza. 

Produk kolagen bagi bahan siap. Gloei bagi isyarat dan energy untuk badan hasilkan sendiri. Dia macam kau beli rumah. Beli rumah siap sebab cepat. Tapi kalau rosak, kau tak tahu nak baiki. Kawan kau buat rumah sendiri. Ambil masa nak siap. Tapi dia tahu nak maintain sebab dia yang buat rumah tu. Itulah beza Gloei dengan produk berkolagen. Bila badan hasilkan kolagen sendiri, badan tahu cara nak maintain. That's why efek tu tahan lebih lama walaupun kau stop sekejap.

Satu lagi kulit makin cantik lepas makan Gloei adalah kerana hormon dan usus stabil. 

Macam takde kaitan, kan? Takpe aku explain.

Hormones and gut health are closely connected to our skin. Kalau usus tak sihat, toksin tak keluar dengan betul, hormon akan jadi kacau. Bila hormon kacau, jerawat naik, kulit kusam, dan parut lambat hilang. Gloei stabilkan sistem dalaman ni. Tak caya tanya pengguna Gloei, betul tak bila makan Gloei, usus lawas? Membuang lebih lancar? Najis pun lembut je. When your inner system is in balance, your skin follows. That’s what real “beauty from within” means.

Aku paling suka bila customer tanya “kenapa”, bukan “berapa lama boleh nampak kesan”. Sebab bila dia tanya kenapa, maksudnya dia nak fahamkan logik. Dan bila dia faham, dia akan konsisten. Dia tahu cantik tu hasil dari proses biologi yang perlukan masa dan konsistensi.

Kalau kau tengah makan Gloei sekarang, teruskan. Jangan risau kalau minggu pertama tak nampak apa-apa. Dalam badan, fibroblast sedang bekerja. It’s starting to rebuild the skin structure that’s been damaged over the years. Lepas 2-3-4 bulan, kau akan mula nampak beza.

Aku lupa nak naikkan poster Gloei. Rasanya siapa yang follow Telegram tahu kot offer Gloei ni.


Untuk pertanyaan tentang produk GreenAard, WHATSAPP SINI.
Atau boleh ke website GreenAard.

2025-10-28

Perception Game


Pernah tak kita scroll TikTok atau IG, tiba-tiba nampak satu account influencer dengan followers berjuta. Content simple gila. Tunjuk rutin kehidupan dari bangun tidur, breakfast kaviar, tunjuk swimming pool, jalan dalam rumah besar macam hotel 5 star. Tak banyak bercakap, kadang-kadang langsung takde suara. Tapi views? MasyaAllah, sampai ratus juta! Engagement tinggi.

Padahal, nama tak pernah keluar dalam business news. Tak pernah listed kat mana-mana corporat position. Takde pun rekod bisnes dia di mana-mana. Keluarga dia pun bukan public figure. Tapi lifestyle kayangan. Like gila punya kayangan. Macam perfect gila dengan duduk rumah pun pakai baju cantik bermekap 24/7, apetah lagi keluar rumah. 

Persoalan timbul, dari mana datang semua ni?

This is what people call a perception game. Apa yang kita nampak tak semestinya realiti. Mungkin sekadar content atau strategi marketing. 

Bukan apa, Johnny tu kaya nak matey. Dengan saham dia, dengan endorsement dia, dengan company dia punya project lagi. His company made more than 1000 dokumentari sign up dengan kerajaan China lagi. Maknanya income dia pelbagai. Tapi dia masih low profile. Belum lagi payment setiap drama USD3-5 million. Juta, ya. Per drama. In USD. Tapi, he lives a simple life. Lepak kat kedai makan biasa-biasa. Penampilan pun biasa-biasa. TMJ and family pun aku tengok santai je. Takdelah macam segalanya perfect. 

Aku tak reti nak explain camana. Kau tau tak gaya santai orang kaya? Dorang kaya malah sangat kaya, tapi masih santai. Kita tahu dia pakai branded stuff tapi gaya dorang tu santai. Yang rakyat biasa ni pulak beria nak perfect ke sana sini. Faham tak maksud aku? Hat ni yang aku muskil. Memang orang kaya 24/7 se-perfect itu ke? I mean penampilan nak perfect, mekap nak 24/7 tebal, makan pun nak style. Memang macam tu ke?

Aku bukan apa, makcik pakcik aku yang keturunan Alsagoff, yang memang makan royalty keturunan tu pun santai je. Yes, they wear all branded stuff, jam Rolex bagai tapi cara dorang tu santai.

I understand, manusia memang naturally suka benda yang cantik, yang mewah, yang aspirational orang kata. Otak kita memang wired untuk suka compare hidup dengan orang lain. Bila nampak orang duduk rumah besar, ada pool, makan caviar breakfast, automatically kita rasa hidup kita small and takde kemajuan. So kita pun start berangan nak life yang sama. Kalau dia boleh kenapa aku tak boleh? Aaa gitu. 

That’s exactly where the perception game starts to work its magic.

Influencer ni tak payah cakap banyak. Dorang tak payah buat educational content, tak payah ajar ilmu kewangan, tak payah explain macam mana nak berjaya. Dia cuma perlu “show, don’t tell”. Tunjuk luxury lifestyle, orang akan assume dia anak orang kaya, atau dia ada bisnes, atau suami dia CEO, atau ada connection politik. Padahal semua tu assumption. Kita yang menengok ni yang tambah naratif. Dia? Senyum je, esok post content seterusnya.

Sebab itu salah satu kriteria menjadi influnecer ialah tak takut kena kena kecam. Kalau jenis cepat sentap, konfem takkan survive lama. Sebab the truth is, influencer hidup dalam ruang yang penuh dengan judgment. Orang akan komen ikut emosi, ikut apa yang dorang rasa kurang dalam diri sendiri. Ada yang puji sebab nak jadi macam dia, ada yang kecam sebab tak mampu jadi macam dia.

Padahal ini adalah marketing disguised as lifestyle. It's a game of consistency, resilience, and self-awareness. You are not just selling content. You are selling perception, personality, and emotion. Ramai tak perasan, ini sebenarnya marketing strategy. Influencer tu mungkin bukan siapa-siapa, tapi dia ada team yang pandai main perception game.

Contoh, rumah sewa. Bukan rumah sendiri. Ada production house yang memang sewakan rumah mewah untuk content creator buat shoot. Kau bayar daily rate, bawak masuk luggage, tukar baju everyday, shoot banyak scene. Lepas tu edit and release satu-satu macam itulah daily routine kau. Netizen pun percaya “Wow, hari-hari breakfast dia macam ni”.

Contoh lagi, props sewa. Kereta sewa, private jet sewa, beg designer sewa. Semua ni ada servis sewa. Memang ada orang buat this service. Kau bayar sejam dua, ambik gambar, lepas tu pulang balik. 

Paid team. Dorang hire videographer, photographer and social media manager. Semua content nampak polished. Macam lifestyle goals.

Business ni dah ada kat Korea, China and western. Tak mustahil kan, kalau ada kat Malaysia?

Dalam dunia digital sekarang, engagement, views, dan followers adalah the real currency. Kalau kau ada engagement tinggi, semua brand nak deal dengan kau. Nak brand endorse produk? Nak paid post? Nak invitation event? Semua tu datang kalau engagement tinggi. Engagement tinggi datang bila content kau buat orang rasa kagum.

Ini sebabnya influencer buat lifestyle mewah. Mungkin realiti dia biasa je tapi dorang tunjuk wealth. Bila orang nampak hidup mewah, automatik dapat attention. Like, komen, share, save. Semua benda tu buat algoritma TikTok atau IG boost content kau lagi dan lagi. Jadi, perception ni sebenarnya strategic investment untuk growth.

Otak kita memang wired untuk nak capai lebih. And it hits even harder when it’s something visual and tangible. Orang tak excited kalau kau post spreadsheet income kau bulan ni, atau screenshot performance kerja kau. Tapi orang excited bila kau post video breakfast like a king, rumah besar, sunset view dari balcony. Itu semua aspirasi. Itu benda yang orang boleh tengok dan rasa “aku nak hidup macam ni.”

Dan yang paling penting, aspirational content ni perception-driven. Dia bukan fakta, tapi storytelling visual yang convince orang bahawa hidup kau sangat best. Kalau influencer post realiti biasa-biasa like makan nasi lemak tepi jalan, duduk rumah apartment biasa-biasa, gosok baju sendiri, engagement akan rendah. People scroll past. Kalau apa yang kau tunjuk lebih kurang life audience je, buat apa dorang follow kau. That's why most influencer akan pamerkan lifestyle yang jauh lebih grand so that "lifestyle" dia tak match dengan kebanyakan people. Barulah engagement tinggi.

Simple logic.
 
Attention = opportunity.
Opportunity = income.
Jadi influencer akan pilih strategic illusion over mundane reality.

Kenapa perception game laku?

Because people are easily impressed by visuals, not facts. Kalau orang ajar kau cara jana income, kau kena fikir, kena belajar, kena apply. Itu kerja penat. Tapi kalau tunjuk gambar lepak tempat mahal-mahal everyday, duduk rumah macam 5 star hotel dengan maid 5 orang, audience tak payah fikir. Audience terus percaya. Audience terus engage. 

Perception game main dengan psychology kita. Manusia memang suka percaya pada benda-benda yang mudah. Kita nak percaya kaya itu mudah. Kita nak percaya kalau dia boleh, aku pun boleh. Dan itulah illusion yang dijual.

Inilah yang bahaya. Bila ramai sangat orang percaya perception game, akhirnya ramai start bandingkan hidup sendiri dengan orang lain. Ramai rasa hidup sendiri ketinggalan, sedangkan yang dia kejar tu maybe bukan real pun. Kau compare dapur kau dengan dapur high-class sewa yang kononnya rumah dia. Kau stress tengok dia bersilih ganti luxury henbeg, padahal tu sewa. Lama-lama, kita jadi generasi yang measure kejayaan ikut berapa besar rumah orang.

Nak salahkan influencer 100%?

Takleh juga. Sebab influencer cuma mainkan apa yang audience suka tengok. Kalau audience lebih minat content ilmu, dah tentu influencer berlumba-lumba post pasal ilmu. Masalahnya tak ramai suka benda macam tu. Lebih ramai suka tengok luxury lifestyle, maka content tulah yang jadi demand. Influencer hanya supply pada permintaan. 

Tu pasal dak-dak now demand suami provider lah, demand gaji fresh grad 5K lah, demand work-life balance lah. Sebab ramai yang hidup dalam aesthetic expectations. Semua benda nak nampak cantik, perfect, dan senang. Padahal real life tak macam tu.

Dalam real life, nak capai apa-apa pun kena struggle dulu. Tapi bila everyday tengok content yang nampak effortless, lama-lama masing-masing terpengaruh. Dan bila benda ni jadi norma, kita start measure value diri sendiri guna standard orang lain. Lepas tu mula la datang rasa tak cukup. Rasa slow, rasa ketinggalan, rasa hidup ni macam tak ke mana. Padahal kita tengah on track ikut pace sendiri. Tapi sebab terlalu banyak perbandingan yang masuk everyday tanpa kita sedar, otak mula percaya yang kita gagal, walaupun sebenarnya tak.

Itulah bahaya dunia sekarang. Everything looks instant. Orang nampak hasil, tapi tak nampak proses. Dan bila kita bandingkan proses kita dengan hasil orang lain, memanglah rasa small. Tu pasal kena jadi bijak. Jangan terikut-ikut sampai sanggup buang duit nak kejar lifestyle yang tak realistik. 

Dunia content sekarang is not about who you really are. Dunia content sekarang tentang siapa kau di mata netizen. Itu yang menentukan followers, engagement and brand deals. Kalau perception tu boleh bawa duit, orang sanggup buat apa saja untuk maintain perception tu. Termasuklah sanggup berhabis as if itulah real life dia. 

Dan ramai juga sanggup menjual apa juga cerita sensasi asalkan engagement terus ada. Tu pasal jangan pelik kenapa semakin kontroversi seseorang, semakin banyak dia dapat offer. Dulu kita pelik apesal ada orang buat benda bodoh pastu dapat offer masuk TV, masuk radio, tup-tup jadi duta? Macam pelik, kan? Nak buat macamana, itu game zaman sekarang. Tu pasal kat media sosial, orang tak kisah nak reveal apa saja. Curang, cerai, skandal, sexual harassment. Sebab untung sabut, boleh jadi famous. 

Perception game ni memang power. Dia boleh buat orang biasa nampak luar biasa. Dia boleh buat orang percaya ada shortcut untuk kaya. Tapi percayalah, benda yang nampak terlalu perfect selalunya bukan realiti. Selalunya ada kekurangan di sebaliknya yang nak disorokkan.


2025-10-27

Fasa jadi emak beranak kecil adalah fasa yang memenatkan. I said what I said.


Fasa jadi emak beranak kecil adalah fasa yang memenatkan. I said what I said.

Ramai orang takut nak cakap benda ni sebab takut dikata mengeluh dan tak bersyukur. Padahal, it’s not complaining. It’s acknowledging reality. 

Being a mother to small kids is beautiful, yes. Tapi sangat mentally exhausting. Apetah lagi kalau si emak sejenis yang sukakan ketenangan, suka rutin yang teratur, nak ada masa untuk diri sendiri, nak segalanya kemas. I tell you motherhood is going to challenge every inch of that comfort zone you built.

Aku adalah mak yang sukakan ketenangan, nak rumah sentiasa kemas, nak ada tapi nak ada masa sendiri dan tak nak berpenat-penat jaga anak. Aku nak anak, tapi tak nak jaga anak sangat. Aaa gitu. 

Aku anak sulung yang dari kecik terpaksa jadi dewasa awal sebab ada adik-adik. Kena jaga adik, mandikan adik (Ibal), gosokkan baju adik, basuhkan kasut sekolah adik, siapkan adik nak pi sekolah, basuh berak adik, buatkan susu adik, bagi adik makan. Ibal tido tak pakai baju tido pun aku yang kena marah. Ima tertinggal duit belanja sekolah, aku kena bagi duit belanja aku. Sebab nanti kalau Ima balik mengadu duit tertinggal, aku yang kena marah sebab "sanggup kau makan tapi adik tak makan eh?". Gitu.

Tak, ini bukan mengungkit. Cuma nak explain kenapa aku plan untuk tak nak jaga sangat anak sendiri. Reasonnya, sebab aku dah puas menjaga adik-adik dari kecil. Aku dah puas mengemas rumah tak sudah-sudah dari kecil. Jadi bila kawen aku merancang tak nak buat lagi semua ni. Bukan tak nak buat lansung, tapi tak nak jadikan itu kerja rutin. Dari sebelum kawen dah berangan esok dah besar aku nak ada maid. Sanggup takde pegi holiday, takde makan-makan luar, takde shopping. Asalkan ada duit hire maid. 

Redza tido dengan aku dari lahir until umur 14-15 hari saja. Selepas tu mok datang jaga. Mok bawak Redza tido dengan dia every night. Redza menyusu badan 14 hari pastu sumbatkan botol. Umur dia 43 hari, maid pun sampai. Dari umur 43 hari sampai 2 tahun Redza tido dengan bibik. Aku bangun pagi Redza dah siap mandi, aku balik kerja rumah dah siap kemas and makanan dah siap. 

Masa Redza umur 3-4 tahun, pernah santai-santai bercerita kat blog pasal ni. Kena kecam macam takde besok, gais. Macam-macam aku kena.

"Tak payah jadi emaklah!"
"Esok laki kau kawen dengan maid"
"Nanti anak tak rapat dengan mak, salahkan maid"
"Air tangan kau tu patut bagi anak makan"
"Mak yang bagi susu formula sebenarnya pemalas!"


Padahal aku takde petik sesiapa atau bandingkan dengan sesiapa pun. Punnnn kena kecam. Sebab maybe cara aku membesar anak tu agak menongkah arus. 

Waktu bibik pertama balik Indo sebab tamat tempoh kerja, ada gap 2 bulan sementara new bibik sampai. Waktu ni kitorang hantar Redza kena nursery. Dalam tempoh tu segala hal kitorang buat sendiri. Mandikan anak, basuh baju, kemas rumah, masak. Like I said, aku boleh buat cuma aku pilih tak nak buat. 

Fasa ada anak kecil ni lain. Dia datang dengan banyak hal yang tak pernah kita bayangkan sebelum ni. Kebanyakan ibu-ibu muda ni suka nak buat semua. Nak jaga anak sebab katanya jaga anak sendiri lebih baik. Nak masak sendiri sebab katanya air tangan isteri/ibu lebih baik untuk keluarga. Nak kemas rumah sendiri sebab tak percayakan orang lain. Nak buat makanan baby sendiri. Nak buatkan bekal anak. Nak jadi version mak yang sabar, yang penuh kasih-sayang, yang well-prepared. Tapi at the same time penat, otak serabut, dan tak sempat nak jadi siapa-siapa pun selain menjadi MAK.

Masa anak kecik, everything revolves around them. You sleep when they sleep (itu pun kalau sempat), you eat whatever leftover yang ada lepas suap anak makan, kau mandi cepat-cepat sebab takut anak menangis kat luar. Makan pun setakat penuhkan perut, tak berasa kat tekak pun. Semua benda kena buat laju. Bila orang cakap “enjoy the moments, they grow fast” ya, betul. Tapi dalam masa yang sama, kau pun ada hak untuk cakap “I’m tired”. Tapi ramai mak-mak takut nak cakap, kan? Terasa macam mak yang tak berguna pulak kalau mengeluh penat. 

Walaupun dulu ada bibik, aku tetap belikan ready-made puree untuk anak-anak. Biar senang kerja bibik. Bukak puree, panaskan, and suap. Brand Heinz. Siapa bagi anak dia makan Heinz? Kita sama-sama pemalas. Kahkahkah.

Heinz ni dalam botol-botol kaca. Punyalah banyaknya Heinz ni kat rumah, sampai panggil lori jual botol datang rumah collect botol kosong setiap bulan. Redza and Rayyan memang makan ni masa baby. Berbotol-botol beli stok kat rumah. Redza and Rayyan both suka Mac & Cheese. Harga dalam RM4-5/botol.

Aku malas buat makanan anak, tapi aku pastikan anak-anak tetap dapat good food. Aku tak menyusu badan anak-anak, tapi aku pastikan dorang dapat susu formula yang bagus and stok tak putus. Aku pilih untuk jadi mak yang macam ni sebab fasa anak-anak kecil sangat tiring. Physically, emotionally, mentally. Aku tak nak balik kerja penat-penat then bila sampai rumah kena masak mengemas membasuh segala. 

Dulu bukan takde orang share parenting tips. Ada. Aku baca dan apply mana yang boleh saja. Yang tak sesuai dengan aku, tinggalkan. Sebab parenting tips ni secara teorinya memang cantik, tapi secara praktikal tak sesuai untuk kebanyakan orang. Some people, baca parenting tips nak follow semua. Not all, but most of them. Nak jadi terpaling perah susu, terpaling bangun malam, terpaling buat puree, terpaling buat bekal anak, pastu mengeluh penat tak cukup rest burnt out. 

Contohnya, parenting tips kata jangan bagi anak tengok skrin langsung sampai umur 2 tahun. Realitinya, bila aku tengah masak, atau tengah buat kerja, atau tengah makan, masa tu lah iPad jadi penyelamat. Sama juga dengan nasihat “Kalau anak tantrum, peluk dia kuat-kuat”. Orang lain terpakai cara ni. Aku tak. Kau pekik? Pekiklah kuat-kuat lagi! Zasss aku bagi karang.

Banyak benda yang dari awal aku declare tak nak buat. 

Tak nak buat baby food. Beli. 
Tak nak buat bekal anak. Bagi duit. 
Tak nak menetek. Bagi susu formula. 

Dulu kalau bercerita pasal bagi anak-anak susu formula, memang kena kecam berjemaah. Aku tak tahu apesal mak-mak yang bagi anak susu formula kena kecam. Like, aku orang food science. Susu formula tu bukan produk timbang kilo. Penat otak scientiest and food technologist pikir cara nak jadikan susu tu fortified food. Kenapa nak paksa-paksa dibagi juga susu badan? Yang ni aku pelik. 

En Wan tu lansung takleh minum susu. Kecik-kecik minum air sirap dalam botol. Helok je jadi orang. Mata dia lagi sharp dari aku yang mentekedarah susu dari kecil tapi rabun sejak 12 tahun. Belajar pun pandai dari aku yang togok susu sampai besar ni. Jadi berpandukan living proof tu, aku biarkan je lah orang kecam aku.

Masa Rayyan baby aku banyak bangun malam. Rayyan pre-mature baby. Jadi aku bawak dia tido sekali. Every night bangun malam. 

Every time anak menangis tengah malam, orang cuma dengar suara baby. Tapi tak ramai nampak mak tu tengah berjuang lawan mengantuk, pegang anak dengan tangan satu, satu lagi tangan cari botol susu dengan mata separuh terbukak. Kadang masa menyusukan anak tu menangis sekali. Sebab badan dah tak larat. Penat. 

Aku rasa semua tu tapi 2 bulan je la. Lepas new bibik sampai, aku serahkan pada bibik uruskan. Ni kalau aku cerita time Rayyan kecil dulu, mampus kena kecam post aku ni.

"Nak beranak, dah dapat anak tak nak jaga!"

Mesti gitu ayatnya.

Hakikatnya, motherhood changes you. Dah ada anak, everything becomes a calculation. What time anak tidur, bila nak masak, sempat tak sidai baju, cukup ke susu anak, ada stok diapers lagi ke tak. Benda-benda kecik semua jadi besar bila otak dah overload. The thing is, tak semua orang faham. Kadang bila kita cakap penat, ada je yang jawab, “Biasalah, mak-mak semua pun penat”

Yes, semua mak penat. Tapi tak semua jenis penat sama. Ada yang penat badan, ada yang penat otak. Ada yang penat sebab rindu nak jadi diri sendiri yang dulu. Dulu sebelum ada anak, boleh keluar bila-bila nak. Nak pergi spa, boleh. Nak tidur tengah hari pun boleh. Lepas ada anak, semua tu jadi luxury. Dapat mandi lama-lama pun dah besar rahmat rasanya.

That's why aku pilih untuk jadi "mak pemalas". Gasak orang nak kata apa. Yang penting, badan, hati and otak aku tak penat. Bagi aku, itu lagi penting. Aku nak ada me time dengan En Wan. Masih boleh tengok movie malam-malam. Masih boleh staycation berdua. Masih dapat keluar makan berdua. 

Bagi aku motherhood is not just about managing children. It’s about managing chaos. The house, the emotions, the meals, the health, the schedules. Aku tak nak handle semua tu serentak. Jadi aku pilih untuk serahkan tugas pada yang lebih pakar. Pakar menguruskan anak dan rumah. Jadi, aku hire maid. 

Maid aku tak semuanya ok. Ada yang ok sangat, ada yang so-so, ada yang hauk. Yang hauk tu kita berhentikan. Yang ok sangat tu, kita puji. Yang so-so tu aku berlapang dada saja. Pakai khidmat dia mana yang boleh. Contohnya, dia jaga anak-anak bagus cuma masak kurang sedap. Jadi aku ambil bab masak. Balik kerja, aku masak. Tapi yang lain semua dia settlekan. Kira oklah tu. Janji ada helper.

Motherhood ni ada sisi yang sunyi tau. Ramai mak-mak rasa invisible. Buat banyak benda, tapi jarang orang nampak. Kadang suami pun tak faham betapa beratnya beban emosi mak-mak ni. Bila anak tantrum, rumah bersepah, cuma sempat masak lauk simple-simple, orang nampak macam kita tak pandai manage. Padahal kerja tu terlalu banyak dalam satu masa. Kalau takde support system memang boleh jadi depression.

En Wan awal-awal bagitahu dia tak pandai nak buat semua tu. Jadi dia bayar maid asalkan rutin harian dia tak terganggu. Tapi masa peralihan bibik, ada gap 2 bulan, dia boleh je tolong buat kerja rumah. Selalunya aku ambil Redza dari nursery sebab aku boleh balik rumah terus lepas jumpa customer. En Wan takleh, dia kerja kilang kena follow ofis hour. Tapi kalau aku outstation, dialah buat semua. 

Motherhood bukan sekadar role. It’s transformation from being someone’s daughter, to being someone’s mother. Once ada anak, please expect hidup kau takkan sama macam dulu lagi. Walaupun aku ada helper, tetap tak sama macam zaman sebelum ada anak. Walaupun aku tak menguruskan semua, aku tak tinggalkan semua. 

Sebelum ada anak, malam-malam lepak dengan laki depan TV tengok movie. 
Bila ada anak, asal malam je kena study dengan dorang. 

Sebelum ada anak weekend membuta sampai tengahari. 
Bila ada anak, weekend kena paksa main Lego and Play Doh sama-sama. 

Sebelum ada anak, waktu makan habis, means habis. Dapur tutup.
Bila ada anak pukul 10 malam tetiba Redza kata "Ma, nak makan maggi", kena turun dapur buat. 

Betul anak tu tanggungjawab dan amanah. Tapi kau pun manusia. Don’t lose yourself. Tak perlu nak buat semua benda KALAU TAK LARAT. 

Takde pembantu? Tinggalkan saja urusan chores, tunggu weekend baru buat. Masak ala kadar saja on weekdays, tak pun beli. Hujung minggu baru buat semua benda. Tapi kalau mata kau sakit tengok rumah macam kapal pecah, kemas sajalah. Cuma jangan merungut sebab yang nak buat tu kau. 

Kita ni jadi penat kadang bukan sebab kerja banyak tapi sebab takde imbuhan dari semua kerja-kerja tu. Balik kerja penat, kena kemas rumah, urus anak lagi. Kalau dihulur RM1000 takdelah rasa penat sangat, kan?

So carilah something yang boleh boost energy and bagi motivation. Sebab bila ada hasil, otak kita automatik release hormon yang feel good yang buat kita rasa bersemangat balik. Kalau hari-hari buat benda sama tapi tak dapat apa, lama-lama drain. It’s not that we are lazy. It’s just our brain telling us, “Why am I doing all this for nothing?”

Kalau boleh, carve out time for yourself, even if it’s just 30 minutes a day. Mandi lama sikit contohnya. Masa Redza duduk nursery dulu ada satu kali tu aku penat gila. En Wan pulak kena extend kerja sampai 7.30 pm. Aku balik rumah, nap kejap, mandi-mandi fresh, then baru ambil Redza. Extend sejam setengah biar Redza kat nursery. Aku bayar extra hours tu. Janji aku dapat rehat kejap. Ni dulu takleh cerita kat blog, kena kecam. Sekarang baru boleh. Hahahaha.

This phase memang won’t last forever. Tapi nak menunggu phase tu berakhir, silap-silap jiwa kacau. Jadi, pandai-pandailah. Aku cuma share pengalaman sendiri membesarkan anak. Tak ramai nak jadi pemalas macam aku. Kalau nak jadi rajin, silakan. Cuma jangan sampai kau serabut. Jangan sampai bergaduh laki bini semata-mata sebab tanggungjawab berubah bila dah ada anak. Tak berbaloi bergaduh pasal ni. Nak bergaduh dengan laki biar yang berbaloi sikit macam tak bagi nafkah. Contohhh.

Yang penting, kena fahamkan yang motherhood ni not a race. It’s not about siapa paling perfect, rumah siapa paling kemas. It’s about showing up, even on the days you feel like you can’t. Belajar let go. Let go expectation orang lain. Let go comparison. Let go guilt yang kita create sendiri. Kalau hari tu tak sempat masak, it’s ok semua makan maggi. Anak tiba-tiba tak nak tido awal, it’s ok. Kau sambung layan Korea. Rumah bersepah, it’s ok. You don’t need to have it all together every day. Because motherhood is not about perfection. Cry if you need to. Then remind yourself you are doing better than you think.

Sekian tips menjadi emak pemalas.


2025-10-26

Kisah Alan Yu Menglong


Masih tak settle lagi netizen nak memboikot artis and influencer yang tak bercakap pasal Sumud. Tiba-tiba now question pulak apesal Indonesians tak bercakap pasal ni juga.

KAU DAH KENAPAAAAA!!?

Sumpah aku kadang naik menyampah meluat dengan perangai terpaling jihad ni. Sibuk benar nak check siapa buat siapa tak buat. Apa sebenarnya misi kau ni? Orang tak post, kau kata dia tak peduli. Orang post, kau kata dia menggelabah tunjuk baik sebab takut kena cancel. Semua benda nak dijadikan bahan memboikot padahal kau pun entah apa sumbangan sebenar selain. menaip panjang-panjang kat komen. Janganlah perasan kita sorang je yang ada kesedaran. Kita sorang je jihad.

Tak semua orang tunjuk solidariti dengan cara yang sama. Ada yang sebarkan info without tag satu dunia. Tapi yang sibuk nak ukur keikhlasan orang lain ni biasanya dia sendiri tak tenang.

Pasal Indonesian, bukan semua orang dalam satu negara tu kena buat benda yang sama. Dorang ada cara dan isu sendiri juga. Dunia ni luas, makcik. Not everything in this world revolves around what’s trending on your timeline. Kadang aku rasa yang paling kuat bising ni bukannya betul-betul peduli tapi nak validation. Nak orang nampak dia paling sedar, paling berjuang.

Aku menetap kat Weibo aku jadi saksi dorang pun bercakap pasal isu Sumud sebab Presiden dorang support Palestine jadi dorang pun bercakap pasal isu kemanusiaan ni juga. Walaupun aku bercakap pasal ni kat Thread, sebenarnya aku lagi banyak post pasal isu ni kat Weibo. Sebab aku ada circle dari Chinese Han yang selalu discuss pasal Ughyur issue. Lagi tenang sebenarnya kat sana sebab dorang betul-betul discuss pasal isu kemanusiaan tanpa kacau bab religion. Jadi discussion tu clean.

Dekat Weibo, isu Palestine ni di-discuss lebih rasional, lebih fokus pada fakta dan kemanusiaan. Takde yang sibuk nak judge siapa paling suci, siapa paling Islamik, siapa paling vokal. Dorang bincang sebab nak faham bukan nak tunjuk siapa terpaling. Aku rasa sebab tu aku lebih selesa kat sana. Walaupun ada some issue tu merekah anak tekak aku memekik (contohnya kes WYX), tapi bab isu kemanusiaan macam Palestine and Ughyur dorang lebih rasional.

Kadang kita lupa tujuan bercakap pasal isu kemanusiaan ni bukan untuk berlawan siapa paling aware, tapi untuk create awareness. Dan semua ni takyah dipaksa. Kau berasa nak buat, kau buat. Ni tak, tak sudah dengan sibuk apesal artis Malaysia tak share, dia kacau pulak negara jiran. Sebab kau rasa negara kau terpaling awake kan? Pi masuk Weibo la tengok China pun ada people yang discuss pasal ni. Kau yang terperuk dalam bubble sibuk nak judge orang pulak.

Yang aku perhati, circle kat Weibo tu walaupun datang dari latar belakang berbeza - Han, Hui, mana-mana pun - dorang tak tarik isu perkauman or etnik or religion. Semua balik pada asas iaitu manusia kena jaga manusia. Honestly, I wish more discussions on our side could be like that. Tenang, intelligent, and driven by compassion, bukan ego.

Ni nak sambung kisah Alan Yu. Ramai pulak request cerita kes bunuh tu. Kes ni dah closed dah pun. Sebab polis klasifikasikan as kes terjatuh akibat mabuk. Sebab malam yang dia mati tu kan ada party kat rumah kawan. Katanya, lepas minum-minum, Alan masuk bilik and kunci dari dalam. Esoknya pukul 6 pagi ada orang jumpa mayat dia tepi longkang, jatuh dari tingkat 9 apartment.

Mula-mula segalanya nampak logik. Sebab Alan takde tanda-tanda depression atau nak bunuh diri. Lagipun dalam jadual, sepatutnya esok harinya dia ada program TV. Tak mungkinlah dia nak bunuh diri dalam keadaan dia masih dapat tawaran job. Tapi bila CCTV berhampiran tunjuk ada kelibat someone tergantung kepala ke bawah and kaki kat atas yang mana kaki tu dipegang oleh 2 orang, agak suspicious sikit. Jadi netizen start buat macam-macam spekulasi.

Masalahnya, mak Alan Yu buat statement anaknya mati terjatuh sebab mabuk. Bila maknya yang buat statement, kes kira tutuplah. Funeral pun dibuat dengan cepat and tertutup. Memanglah dia tak sepopular mana sampai nak buat funeral besar-besaran but still semua ni berlaku dengan cepat and macam tak logik.

Then someone yang tinggal berhampiran kata tingkap dorang ni jenis yang kalau nak bukak kena full force. Kalau terjatuh tu agak mustahil melainkan ada unsur-unsur paksaan. Bila dah makin nampak tak logik, mulalah keluar macam-macam bukti. Yang paling latest footage CCTV nampak dia kena torture and rape dengan lelaki. Then bedah siasat confirmedkan anus dia ada multiple semens. Semalam, 2 orang peguam Alan “hilang” tak tau mana pergi tak dapat dikesan. Scary eh?

Katanya yang terlibat ni somebody yang berpengaruh. Kat Weibo, mana-mana orang buat post pasal ni, postnya akan diturunkan. Ada yang akaun kena suspend terus. So boleh agaklah kenapa kan. Mesti bukan kes terjatuh ni. Ada kes lain.

Ada post tu aku baca dia kata Alan Yu ni maybe jadi pelanggan someone. That someone ada bisnes yang mencurigakan. Alan tahu (maybe) pasal bisnes ni. Alan ada pendrive yang mengandungi bukti-bukti tu. Malam tu they tried to persuade Alan to give them the pendrive tapi Alan refuse. Tu yang dia kena torture and rape. Ni ceritalah. Tak tahu betul ke tak tapi logiknya ada.

Sejak dari kes Alan ni ramai netizen kaji balik video-video artis laki yang susah nak duduk. Banyak gilaaaaaa!! Jenis yang duduk nak kena kepit dulu. Duduk and bangun susah. Tu semua petunjuk bontot kena rodok la tu. Johnny takde ya. Kebanyakan yang kena rodok semua badan sekeping and muka comel. Johnny tu kenot lah. Dia punya tangan je dah seram tengok berurat-urat. Sekali dia tampar, melekat lima-lima jari kat pipi kau.

One thing yang mensurprisekan aku tentang isu gay ni, bila netizen keluarkan video-video tu rupanya ramaiiiiiii yang disyaki telah di-gay-kan. Tapi kenapa selama ni Johnny je yang kena attack? Nampak tak haters punya perangai selama ni macamana? Padahal takde bukti pun. Yang ada bukti kau tak highlite, yang takde bukti kejap-kejap kau bangkitkan. Bongok. Tapi bila bukti-bukti video artis yang bontot kena radak tu dishare, senyap pulak masing-masing. Pegi la cari video Johnny pulak nak gak aku tengok.

Actually mana-mana negara pun ada dark side entertainment business. Negara kita pun ada cuma belum jadi kes jadi kita pun tak tahu benda-benda ni wujud. Kelebihan bila berlaku kes Alan Yu ni ramai kat sana bukak mata sebenarnya those yang berada di bawah agensi sebenarnya lebih banyak ditekan oleh management. Tengok je la kes Lusi. Sampai sekarang tak settle. Drama boom. Endorsement boom. Projek sana sini. Tapi rupanya kena kerahan tenaga. Payment management pegang. Dapat pun 50% je. Projek tu best ke tak semua dia kena buat sebab yang tentukan skrip and projek semua agency dia.

Sebab tu kat sana, walaupun Dilreba tu Muslim, Ughyur dan duta Dior (yg katanya this brand is Israel supporter), netizen tak kecam Dilreba bila tak bercakap pasal genocide in Gaza. Because dorang understand sistem di sana artis yang duduk bawah agency takde kuasa untuk memilih. Padahal negara dia kecam Israel tapi dia elok je pi Dior punya event. Nak buat macamana dia kena kerja. Kalau taknak buat terima la nasib macam Lusi tu.
Tak semua orang ada keupayaan nak quit dari agency. Kat sana kalau kau bergerak sendiri memang payahlah nak naik kecuali acting kau memang powerful. Dilreba boleh berlakon tapi belum tahap powerful. Sebab tu dia banyak buat idol drama sebab kelebihan dia adalah muka cantik. Dia ni kalau keluar dari agency jawabnya balik Xinjiang je lah. Konfem tak laku punya sebab acting dia tak kuat.

Lusi pun sama. Dia masih contemplating nak keluar atau tak dari agency sebab dia tahu masak dia kalau takde agency. Marketing stop. Press stop. Endorsement stop. Kena pi production house casting sendiri untuk dapat job. Kau kalau dari awal macam Johnny, takpe. Tapi kau dari awal dah memang duduk bawah agency dan segalanya agency uruskan. Payah sikitlah nak bergerak.

Kalau tengok kenapa Johnny jarang pegi event-event fashion week, atau mana-mana international program adalah sebab dia bergerak sendiri. Takde siapa pilih job untuk dia. Jadi dia boleh pilih nak buat job apa. Dan selalunya job buang masa attend event setakat nak memenuhkan majlis ni dia takkan pergi. Tengok je la baru-baru ni award pun dia tak ambil, wakilkan Gong Jun je. Padahal award dia tu. Dia continue shooting taknak ambil leave pun.

Aku tak tahulah kes Alan Yu ni akan kekal ditutup atau tak. Setakat ni masih senyap. Bukti banyak dah keluar tapi masih takde apa-apa. Aku pun malas nak ambil tahu sangat. Nanti kalau ada new news aku share sini. Oh baideway lupa nak cakap. Netizen syak mak Alan Yu kena bribe untuk bagi statement anak dia mati sebab jatuh.


2025-10-25

Johnny Huang Jingyu, dia tak gay. Ini konfem.


Ok, berkenaan Johnny Huang. Ini bukan issue di Weibo, tapi international platform iaitu TikTok.

Kisahnya, bulan lepas ada sorang artis lelaki mati, namanya Alan Yu (Yu Menglong). Dia ni takdelah famous mana pun sebenarnya di China. Even kat international platform pun selama ni mana pernah keluar sangat pasal Alan Yu. Tapi disebabkan salah satu cerita yang dia pernah berlakon (that was tahun 2017-2018), drama tu lakonan Yang Mi and Dilreba, maka orang start kenal Alan Yu. Dua orang tu kan famous, jadi ramailah international fans kenal Alan Yu melalui drama tu. Bila dia mati, agak terkejutlah international fans.

Awal-awalnya kata mati sebab jatuh dari apartment. Tapi lama-lama keluar CCTV footage, dia macam kena bunuh oleh kawan-kawan sendiri. Pastu dalam minggu lepas keluar forensic report. Dari report seolah-olah dia ni kena torture sebelum mati dan ada multiple SEMENS dalam bontot dia. Teruslah jadi hot news. Then orang start dig isu gay di kalangan artis di China. Bila dah start masuk isu gay ni, of course orang pertama yang kena hencap adalah Johnny.

Masalahnya, kat China takde sorang pun terpikirkan Johnny, yang international fan kat TT ni pulak yang memandai-mandai tuduh konon Johnny terlibat sama. Dah kenapa kau? Memang kena bash dengan aku sorang-soranglah jawabnya.

Kau dahlah menetap kat negara luar, akaun Weibo pun takde, tapi memandai-mandai. Kat Weibo masa kes Alan ni keluar, hanya 7 orang saja artis yang konsisten disebut-sebut sebagai orang yang ada kaitan dengan kematian tu. Johnny ni jauhhhhhhhhhhhhhh dari disebut, malah takde terkeluar lansung! Tak faham aku apesal international fans ni asal terpetik perkataan GAY je, nak kaitkan dengan Johnny.

Tapi one thing yang menjadi hot news kat Weibo sejak Alan Yu mati, ramai yang bongkarkan dark side entertainment business kat sana. Selain dari kes artis kena kerah kerja macam babi like Zhou Lusi punya kes, ramai juga artis lelaki yang kena tadah bontot untuk dapat job. Gila betul.

Salah sorangnya Alan Yu. Dia adalah salah sorang mangsa gay. Dalam footage yang tersebar, malam dia kena bunuh tu dia kena rogol dengan multiple lelaki di rumah kawannya. Kawan dia buat makan-makan kat rumah, ajak dia datang. Rupanya lepas makan tu dia dikendurikan. Kesian nampak dia menangis berguling-guling atas lantai kena torture and rape.

Tak sangka bila kes Alan ni berlaku, ramai netizen kat Weibo yang jadikan Johnny as contoh (contoh baik). Dorang kata Johnny sangat bijak atur career. Awal-awal dia dah tolak untuk berada bawah mana-mana agensi. Dia bergerak sendiri. Cari projek sendiri, cari job sendiri, pilih skrip sendiri. Maybe nak elak dari “terhutang budi” macam Alan Yu.

Cumanya, downside being Johnny, marketing tak besar. Disebabkan bergerak sendiri maka takde backup dari press and big agency dan takde paid marketing by bloggers and influencers. Journey nak berjaya dan famous tu sangat lambatlah compared to artis macam Zhou Lusi yang famous sekejapan sebab agensi back up kaw-kaw. Tapi tengoklah endingnya. Kerja macam babi sampai jatuh sakit last-last payment bagi half dengan agensi. Itupun mujur. Ada projek yang Lusi dapat 30% payment je. Lain semua agency ambil dengan alasan marketing fee.

Kerja macam nak mati tapi Zhou Lusi tetap takde bodyguard, takde personal manager dan takde private coach. Berbeza dengan Johnny, dia run his own agency, dia ada own bodyguard, dia ada PA, dia ada manager, dia ada MUA sendiri, dan dia ke mana-mana ada coach untuk dia bersiap dalam tu, tak payah guna bilik mekap. Sebab tu kalau perasan ke mana-mana Johnny pergi ada 4-5 orang mengekor kat belakang. Itu semua orang-orang penting dia. Even personal gym trainer dia pun akan ikut sekali kalau dia shooting di luar Shanghai. Supaya dia tetap buat senaman untuk fisio joint-joint dia yang pernah patah dulu.

Then ada orang cakap kalaulah Alan Yu ada bodyguard macam Johnny, mesti dia takkan kena torture macam tu.

Exactly! Bila ada bodyguard orang takut nak buat apa-apakan kau, dan dorang pun tak kuasa nak libatkan kau because kau ke mana-mana in group. Tak selamat untuk dorang mengapa-apakan kau. Dan maybe that's the reason juga kenapa Johnny tak selalu nampak hang out dengan kawan-kawan celebriti. Balik-balik melepak dengan team dia je. Maybe dia pun malas nak rapat dengan kawan-kawan. Baik dia lepak dengan orang yang dia gajikan. Dah tentu orang yang dia gajikan akan jaga dia.

Penat aku bertekak dengan international fans yang tak tahu kebenda hujung pangkal tiba-tiba kaitkan Johnny. Siap cakap sepatutnya Johnny yang kena disoal-siasat dulu. Eh kau. Yang kat China tak apa-apa, kau yang kat luar ni bajet lebih tahu. Memang 2 minggu ni kerja aku bergaduh dengan international people je. Done bertekak dengan fans bodoh, aku sambung belasah Israel. Done dengan Israel, aku sambung maki fans bodoh semula. Mantap skill memaki aku 2 minggu ni. Sedang elok 2 issue datang serentak. Dua-dua aku libas.



Ini aktiviti Johnny today. Dia masih di lokasi Natural High S3. Hari ni trending kat Weibo gambar dia buat catwalk dengan baju pink 😆. Sardin nau dia ke sana kemari dengan outfit tu macam takde apa-apa. Today dorang ada game mengenali fashion south people of China. Setiap group kena hantar wakil untuk menggayakan style fashion ni. Macam biasalah, lelaki yang lain macho. Taknak pakai. Terpaksalah Johnny offer diri. Jatuh imej lelaki alpha siap berscarf bagai 🤦🏻‍♀️. Masalahnya dia catwalk dengan penuh konfiden and slay pulak tu. Kau tau tak kau pakai scarf pink tu??

Ada sorang netizen cakap Johnny ni lansung tak kisah nak jaga imej idol. Yang lain semua nak maintain macho and look hensem 24/7. Yang dia ok je tadah diri pakai baju color blocking bagai. Pastu aku reply dengan konfidennya "Ini tanda-tanda lelaki yang dah berpunya, sebab tu dia dah tak kisah nak jaga imej idol because he is taken". Hahahha. Setakat ini masih ramai ya yang respond kat komen aku. Mbahahahaha. Saja nak trigger WYX.

Tapi sebenarnya aku terdetik juga. Aku rasa Johnny ni dah kawen senyap-senyap. Sebab tu dia always tak kisah dengan sebarang gossip. Orang tuduh dia gay pun dia takde rasa nak perbetulkan tuduhan tu. Hanya orang yang masih single je akan try to perbetulkan naratif because nak jaga imej di mata perempuan. But orang yang dah kawen or yang dah ada steady partner dah takde apa yang nak dibuktikan lagi, tu pasal dia buat tak reti. Logik tak?



Teringat Sun Qian pernah kata (female lead dalam Love Song in Winter), Johnny tak pernah nak bergurau-gurau atau bersembang selepas waku shooting habis. Dia sangat jaga tingkah laku. Sun Qian nak peluk pun dia tanya “Kenapa nak peluk?” 😆. Kalau lelaki lain eh kau peluk aku peluk balikkk. Dan Sun Qian kata walaupun dalam drama tu ada scene on bed, Johnny takkan peluk/pegang dia kalau waktu kerja dah habis. Selagi tak start acting, Johnny akan duduk kat kerusi baca skrip atau duduk minum.

Kau rasa kalau orang tu single, macam ni ke? Konfem dia akan berkawan, bersembang. Hanya orang yang sedang menjaga hati someone je yang akan buat hal sendiri. Lagi satu masa WYX hentam dia kaw-kaw, kenapa dia tak balas? Aku syak dia tak reply sebab dia takde apa nak explain lagi. His wife/gf mesti dah percaya kat dia, so dia tak perlu buktikan apa-apa dah. Lantak kau nak melalak kat Weibo. Stay silent maybe salah satu cara dia protect orang yang dia sayang.

History dah banyak tunjuk macam ni. Tengok je Andy Lau. Kena gossip dengan Anita Mui, dengan Rosamund Kwan, dia buat senyap. Dia tak nafikan, dan tak mengiyakan. Sebab dia tahu lebih baik biarkan gossip ni berterusan so that orang takkan sangka dia sebenarnya dah lama kawen. Strategi dia menjadi. Anak dah umur 13 tahun baru orang dapat detect dia dah kawen.

Same goes to Leslie. Dari tahun 1984 couple dengan Daffy Tong, takde siapa tahu. Sebab dia always rapat dengan Maggie Cheung, Cherry Cheung, Carina Lau and Anita Mui. Mana-mana pergi mesti ada salah sorang ni. Sampai orang tak sangka dia ada boifren. Until 1996 baru orang tahu dia ada boifren.

Wong Ka Kui lagilah. Hari mati baru orang tahu rupanya dia dah ada tunang yang masa tu sedang mengandung. Macamana dorang ni sorok pasangan masing-masing aku tak tahulah.

One thing yang aku nampak, contohnya Leslie. Dia ramai kawan perempuan dan always rapat dengan perempuan. Dia tak rapat dengan lelaki sebab dia menjaga hati Daffy. Johnny tak pernah nampak bersosial dengan perempuan. Mana-mana mesti dengan lelaki. Sampaikan orang ingat dia gay, padahal maybe dia tak rapat dengan perempuan sebab dia menjaga hati sorang perempuan. Logik tak?

Tapi ini andaian aku je. Dia kawen ke tak ke, lantak. Yang pasti dia tak gay. Ini konfem.


2025-10-24

Komitmen kau yang bertambah, company yang kena tanggung?


Aku terbaca satu posting pasal orang komplen kenaikan gaji dia setahun RM90 je. Then ada sorang ni komen macam ni:

Sekali baca macam ok, ada point. Memang betul, harga barang naik, inflation, kos hidup makin tinggi. Tapi bila baca part “KOMITMEN bertambah setiap tahun, harga barang naik, tapi naik gaji RM90”, aku rasa macam ada orang tak faham bab ni. Like, since when komitmen peribadi kau jadi tanggungjawab company?

Company bayar gaji ikut nilai pasaran kerja kau. Kalau standard market RM2500, maka lebih kurang itulah range gajinya. Dan company bayar gaji ikut prestasi kerja. Kalau kau bagi lebih value, ada potensi naik gaji atau dapat bonus. Tapi kalau target manjang tak hit, kerja rutin dan takde peningkatan dalam skill dan kreativiti, naik RM90 tu dah besar rahmat, ya. Dan yang paling utama sekali, increment diberi ikut keuntungan company. Kalau margin kecik, kenaikan pun keciklah jawabnya.

Tak masuk akal bila expect company naikkan gaji ikut komitmen peribadi kau. Contoh, kau kawen, ada isteri, ada anak, ada hutang kereta, beli rumah, ambil loan perabot, bayar yuran sekolah, bayar pengasuh, itu semua pilihan kau. Kenapa company kena cover? Kau yang buat komitmen melebihi kemampuan.

Aku bagi analogi simple. Kau pergi mamak. Order nasi lemak biasa. Harga RM3. Pastu kau komplen kat amak, “Anne, aku baru ambik kereta baru, installment RM900. Kau boleh jual nasi lemak ni kat aku RM1 je tak? Sebab komitmen aku banyak”

Kau rasa mamak buat apa? Dia tak tepuk kau dengan pinggan nasi lemak tu dah bagus.

Itulah logiknya bila ada yang kata komitmen naik, gaji patut naik. Company operate ikut kos, ikut market, ikut profit. Bukan ikut bil api rumah kau, bukan ikut berapa banyak anak kau, bukan ikut apa komitmen yang kau dah ambil.

Yes, betul inflasi naik. Harga barang makin mahal. Tapi itu isu ekonomi negara, bukan salah majikan. Bukan kau sorang je ada komitmen. Majikan tu pun ada komitmen. Majikan pun boleh jawab balik, “Company pun ada komitmen. Bayar gaji awak, bayar EPF, bayar SOCSO, bayar sewa pejabat, bayar cukai kerajaan, bayar supplier, bayar maintenance, bayar interest bank. Boleh tak company bayar awak separuh je bulan ni sebab komitmen banyak?”

Kalau pekerja bawa masuk revenue, bawa masuk client, jaga operation, maka logiklah gaji naik. Sebab syarikat pun dapat manfaat. Tapi kalau alasan utama cuma sebab komitmen bertambah, that’s a planning issue on your side, not the company’s problem. Nak kawen ke, nak beli kereta ke, nak ada anak ke, itu semua life choice. Kau buat keputusan dengan rela hati, jadi bertanggungjawablah untuk manage financial ikut kemampuan. Tak boleh paksa company naikkan gaji semata-mata kau ada komitmen baru.

As majikan aku agree yang majikan kena adil. Sesiapa yang perform bagus, bawa hasil kepada company, gaji patut reflect benda tu. Tapi majikan adjust gaji ikut kemampuan. Kalau semua company wajib naikkan gaji ikut inflasi dan komitmen pekerja, company tak boleh survive. Mana-mana company bagi reward atau kenaikan selaras dengan keuntungan.

Maybe staff tak tahu macamana company beroperasi. Aku bagi idea secara kasar:

Katakan satu company ni revenue tahunan dia RM10 juta.
Kos operasi (sewa, utilities, loan, supplier, etc.) makan RM8 juta.
So baki untung bersih RM2 juta.

Daripada RM2 juta ni company kena fikir nak guna untuk apa.
Simpanan syarikat (reserve)?
Bayar dividen shareholder (kalau ada)?
Rolling modal untuk projek akan datang?
Reward/bonus/naikkan gaji staff?

Usually company ada polisi berapa % dari profit atau revenue nak allocate untuk kenaikan gaji. Contoh, 5% dari jumlah keseluruhan payroll. Kalau total payroll setahun RM3 juta, 5% daripadanya (RM150K) adalah untuk kenaikan gaji semua staff.

RM150K ni bukan dibahagi sama rata. HR and management akan tengok siapa high performer (boleh dapat 6-10% kenaikan), siapa average (2-4%), siapa underperform (0-1% atau kadang langsung tak ada). Contoh pekerja A gaji RM3K. Kalau dia top performer, maybe naik 8% (RM240) extra. Pekerja B average performer gaji RM3K. Naik 3% (RM90).

Ada juga company ambil kira inflasi. Contoh inflasi tahun tu 4%. Jadi company maybe set minimum kenaikan 2-3% untuk semua, as long as company mampu. Tapi kalau company rugi? Takde kenaikanlah. So kau tak boleh tengok "Ohh, company buat sales sampai RM10 juta tapi increment RM90". No. 10 juta tu bukan semuanya untung.

Company Devil Wears Prada, setahun dia punya sales RM45 juta. Tapi margin cuma around 30-35% je. Katakanlah, margin 30%, maknanya profit RM13.5 juta. Tapi ini profit tahunan. Kena ingat sepanjang tahun tu, company dah bayar gaji pekerja, dah bayar komisyen, dah bayar utilities segala. Staff total ada 30 orang (termasuk Spore branch). Company bagi 7 BULAN BONUS. Best, kan? Tapiiii tanyalah aku macamana kerjanya pulak. Sepakej dengan kena bambu setiap Monday.

So, sebelum salahkan company bagi kenaikan RM90 je, cari jalan. Inilah truth bomb. Kalau rasa gaji tak cukup, ada dua pilihan yang realistik. Yang pertama, cari kerja lain yang offer lebih tinggi. Atau yang kedua, kerja dengan lebih baik. Complaining takkan ubah apa-apa. Boss kau takkan scroll social media, pastu bila nampak post kau dia terus announce naik gaji RM500. Tak.

Komitmen itu pilihan, bukan paksaan. Kau yang ambil loan, bukan company. Kau yang pilih nak pakai iPhone 17, bukan company. Kau yang pilih nak buat personal loan untuk renovate rumah, bukan company. Jadi bila komitmen tu makin bertambah, itu adalah hasil pilihan kau. Orang lain pun ada komitmen, tapi tak jadikan itu alasan nak salahkan company.

Aku setuju, ada company kedekut gila. Untung juta-juta, bagi increment ciput. Tapi banyak small company, untung pun cukup-cukup, tetap bagi increment RM90. Tetap bagi bonus, walaupun sikit. Tetap bagi duit raya walaupun sikit. Itu tanda mereka masih mencuba. Takyahlah kau nak compare "Company si anu tu best, dia bagi bonus 6 bulan. Increment RM700!"

Dipersilakan pergi ke company tu. Tengok kau diterima ke tak.

Daripada komplen “ridiculous RM90,” at least ada kenaikan. Ada company langsung tak boleh bagi increment sebab tengah survive.

Ramai takut nak tanya diri sendiri "Adakah kerja aku ni layak naik banyak?"

Kalau kerja ala kadar, cukup-cukup makan, kerja rutin, tak pernah ambik extra responsibility, tak pernah upgrade skill, wajar ke gaji naik ratus-ratus every year? Kadang masalahnya bukan boss kedekut, tapi kau yang tak menambah value pada company.

So sesiapa yang ingat kenaikan RM90 tu ridiculous hanya kerana komitmen bertambah, meh aku knock some sense.

1. Komitmen kau = tanggungjawab kau. Don’t shift the ball back to the company.

2. Kalau rasa tak cukup, STEP UP. Cari kerja baru. Jangan stuck dan komplen.

3. Expectation yang salah hanya buat kau frust, bukan buat hidup kau makin senang.

Blaming company just because your commitments went up is not the way out. Stop expecting company to pay for the life choices you make. Your commitment, your responsibility.


2025-10-23

GreenAard: Ada logik saintifik kenapa kulit jadi cerah bila makan GLOEI


Orang mudah noticed kalau kulit kita nampak lain daripada biasa. Nak-nak pulak kalau kau dulu mendung. Cerah sikit je masing-masing dah curious nak tahu macamana boleh jadi cerah. Padahal belum putih benau pun. Tapi itulah kelebihan seseorang yang pernah menjadi mendung. Cerah 2 tone je orang dah notice. 

"Kulit Kak Di dah sama macam En Wan"

Tak tahulah samada aku yang makin cerah or En Wan yang makin mendung. Kahkahkah. Tapi yang pasti, secerah-cerah Rayyan dulu, aku lebih cerah dari dia now. Tu pasal dia pernah kata "Kulit mama dah white. Industrial white". Mbahahahaha. Jadiklah, janji ada bunyi white.

Everytime orang tanya "Macamana Kak Di boleh cerah. Sampai ke tangan-tangan pun cerah?", selalunya aku cakap faktor lighting je ni. Typical lah kan, kita diajar jangan cepat perasan. Tapi sebenarnya ada logik saintifik kenapa kulit boleh berubah bila makan GLOEI. Bukan semata-mata sebab lighting. Tapi bukan nak kata siapa nak cerah makanlah Gloei. Bukan. Tapi memang ada faktor pencerah tu bila konsisten makan Gloei.

Macam yang aku always cakap, Gloei stimulate collagen production dalam badan, secara semulajadi. Tanpa tambahan kolagen haiwan. Tapi, ramai orang salah faham bila sebut pasal kolagen. Ramai ingat bila makan kolagen, kulit jadi cerah and awet muda. Padahal, kolagen tu sejenis protein struktur je. 

Kolagen ni ibarat scaffolding yang pegang kulit supaya tegang dan tak berkedut. Bila umur makin tambah, penghasilan kolagen badan naturally drop dalam 1-2% setiap tahun selepas umur kita 25. Kedut mula keluar, tepi mata dah ada wrinkles, kulit sagging, pipi jatuh, pori terbukak. Semua tu sebab kolagen dah drop. Bukan sebab dah tua, tapi sebab kolagen dah drop.

Kalau sebab tua, pernah terfikir kenapa ada some people baru umur 37-38 tapi muka dah nampak tua? But some yang age 55 tahun lebih nampak muda dari usia sebenar? So it is not about aging, tapi ketumpatan kolagen dalam badan. Dan kalau kita takde penjagaan luar dan dalam, macam makan suplement untuk aktifkan penghasilan kolagen, memang lebih cepat nampak tua.

Dari segi pencerahan kulit, tak semestinya datang direct dari kolagen. Kolagen lebih pada struktur. Kalau struktur kulit padat, cahaya yang kena pada kulit akan diffuse lebih cantik. Kulit nampak glow, nampak cerah walaupun sebenarnya melanin tak berubah.

Ada satu kajian dari negara Jepun yang tunjuk beza kulit yang ada banyak kolagen dengan kulit kurang kolagen. Dalam kajian tu dorang dapat buktikan bila kolagen berkurang, pantulan cahaya berubah. Kulit nampak dull. Kalau kolagen padat, kulit nampak lebih translucent, lebih sekata, dan ada natural glow. Padahal, secara saintifiknya, kulit tu bukan cerah sebab melanin berkurang, tapi sebab cara cahaya dipantulkan.

Macam ni logiknya. Bila kolagen padat, permukaan kulit jadi lebih licin dan tegang. Cahaya yang jatuh ke atas kulit akan diffuse rata, tak tersangkut pada permukaan kasar atau lekuk-lekuk halus kat muka. Itu yang buat muka nampak glowing dan lebih cerah walaupun warna kulit asal sama je. 

Tapi bila kolagen berkurang, struktur kulit jadi longgar. Bila permukaan tak sekata, cahaya yang kena kat kulit lebih banyak diserap berbanding dipantulkan. Itu yang buat kulit nampak dull, kusam, macam tua. Kulit kelihatan makin gelap, tapi sebenarnya lebih kepada optical effect.

Kajian Jepun tu interesting sebab dia buktikan kulit boleh nampak cerah tanpa perlu sentuh melanin langsung. Maksudnya, pencerahan bukan semata-mata pasal whitening atau kurangkan pigmen, tapi lebih kepada kesihatan kulit tu sendiri. 

That's why dulu aku pernah cakap badan kita sebenarnya tak perlukan whitening agent. Hanya perlu aktifkan collagen production saja. Sebab tu kulit orang muda nampak glow natural sebab kolagen dia padat. Bila umur meningkat, fokus patut lebih pada maintain struktur kulit (kolagen, elastin, hydration) instead of obses nak jadi putih.

Fokus Gloei adalah, ambil sesuatu yang stimulate kolagen naturally dan bagi badan hasilkan balik kolagen sendiri. Bila struktur kulit improve, hydration naik, maka kulit nampak lebih segar dan lebih fair.

Hyaluronic Acid (HA) pun naturally ada dalam badan, bukan saja dalam kulit tapi juga dalam mata dan sendi. Tapi dengan umur, stress and lifestyle, HA drop. Kulit jadi kering, cepat kedut, cepat nampak tua. Bila HA optimum, dia indirectly boost kolagen. Ada cross-talk antara fibroblast (sel yang hasilkan kolagen) dengan HA. That’s why bila orang inject HA filler, kulit nampak plump, glowing, tegang. Tapi itu external. Bila kita boost dari dalam dengan memakan Gloei, ia jadi lebih natural, lebih tahan lama.

Glutathione. Ini ramai makan sebab nak putih. Memang ada klinik jual injection glutathione untuk whitening. Tapi sebenarnya glutathione ni fungsinya lebih kepada neutralize free radicals. Dia master antioxidant. Dia protect sel daripada oxidative stress. Bila oxidative stress tinggi (contoh sebab stress, merokok, tak cukup tidur, makan sugar, UV), kulit akan cepat kusam, gelap, penuh dark spot.

Glutathione memang ada effect pada melanin. Dia shift proses penghasilan pigmen kulit ke arah pigmen lebih cerah instead of pigmen gelap. Tapi itu bukan reason utama kenapa ambil glutathione boleh jadi cerah. Bila glutathione tinggi, oxidative stress jadi rendah, maka kulit nampak lebih sekata dan kurang kusam. Tu pasal kulit nampak cerah.

Ni karang ada pulak tanya aku, "Kalau kolagen boleh buatkan kulit nampak cerah, kenapa ada baby gelap and baby cerah?"

Sebab sains kata kalau kolagen banyak, mestilah cerah. Baby ada kolagen tinggi, kulit semua gebu, plump. Tapi warna tetap berbeza. Ada baby cerah, ada baby gelap. Why?

Kerana, warna kulit asal ditentukan oleh melanin, bukan kolagen. Melanin ni ada pengaruh genetik. Orang Asia ada lebih banyak eumelanin naturally berbanding orang putih. Baseline kita tak sama. Baby gebu sebab kolagen & HA tinggi, tapi tone warna ikut melanin. Apa yang GLOEI buat bukan tukar melanin, tapi optimise condition kulit supaya lebih hydrated, lebih glowing, lebih sekata. Bila kulit sekata, dia kelihatan lebih cerah. Padahal tone sama.

Dulu masa sekolah, kulit kita lebih gelap sebab selalu berjemur, makan tak jaga, belasah sabun Lux buat cuci muka, kan? Lifestyle actually plays a bigger role than products. Contoh, sun exposure. UV stimulate melanocyte yang produce lebih banyak melanin, menjadikan kulit jadi lebih gelap. Sugar intake pun main peranan. Gula menyebabkan glycation process yang buatkan kulit jadi dull.

Stress & kurang tidur akan buatkan hormon kortisol naik. Bila kortisol naik, oxidative stress pun naik. Jadi kulit bertambah kusam, breakout and tone uneven. Skincare pun sama. Dulu tak pakai sunscreen, tak hydrate kulit, guna pun tak konsisten. Tu semua buat kulit barrier weak. So memang masuk akal lah kalau dulu kulit lebih gelap/kusam walaupun masih muda. Bila umur meningkat tapi lifestyle improve (pakai sunscreen, ambil supplement yang support collagen/HA/glutathione, pemakanan better), kulit naturally berubah jadi lebih healthy and cerah.

Dulu masa kat matrik first time dapat duit MARA, laju-laju bila moisturiser. Taknak kalah. Nak yang whitening terus. Kahkahkah. Jangan cakap aku lah, korang pun entah-entah sampai sekarang pakai lagi krim whitening, kan? Gagagagaga. 

Hakikatnya, produk topical boleh improve surface sahaja. Hanya boleh kurangkan jerawat, blackhead, dryness and strengthen skin barrier. Tapi kalau internally tak support, kulit tetap kusam. Whitening product tak boleh tukar DNA melanin. At best, dia boleh kurangkan pigment spot atau block UV damage. Tapi untuk bagi effect glow dan healthy tone, kena datang dari dalam. Dari hydration, dari collagen support, dari antioxidants. 

That’s why bila combine dua-dua (internal & external), baru nampak beza. That’s why juga customer yang ambil GLOEI terasa kulitnya lebih cerah walaupun sebenarnya tone tak berubah. It’s all about hydration and collagen density.

GLOEI stimulate kolagen naturally tanpa animal collagen. Make sense ke? Yes, makes sense.

Bila kita makan kolagen haiwan, ia pecah menjadi amino acids dalam perut. Tapi bukan semua amino acid tu akan dibuat kolagen semula. Banyak yang diguna untuk buat protein lain. Tapi bila kita ambil Gloei, ia ada bahan yang stimulate fibroblast (sel kulit kita sendiri) untuk hasilkan kolagen. Itu lebih sustainable. Fibroblast akan aktif memproduce kolagen baru dan maintain ECM (extracellular matrix).

So, kalau korang antara pengguna Gloei, bila orang tegur kulit makin cerah, ada logik saintifik disebaliknya. Itu bermakna Gloei telah menjalankan buat kerja dia. Your collagen density has improved, HA cukup, glutathione optimum. Ini semua menjadikan kulit nampak glowing, hydrated, sekata. Orang interpret sebagai cerah. Cerah bukan makna kata putih macam Snow White, ya. Cerah maksudnya kulit tak kusam. Ada life.

Tapi syaratnya, kena konsistenlah. Kalau kau makan sebotol pastu nak terus glow sampai 2 tahun, mana maunya. Tengok keadaan kulit semasa. Kalau sebelum ambil Gloei kulit dah kusam, kering, dark spotnya banyak, takkanlah sebotol dah bagi magic. Sebotol ada 20 sachet je pun. Agak-agak lerrr.

Untuk pertanyaan tentang produk GreenAard, WHATSAPP SINI.
Atau boleh ke website GreenAard.


2025-10-22

Normalizekan....


Thread terkenal dengan post "Normal ke..."

Siapa main Thread tahulah. Kat sana kejap-kejap :

"Normal ke umur 25 belum kawen?"
"Normal ke nafkah RM500?"
"Normal ke masak seminggu 2 kali je?"

Semua benda nak dapat validation orang ramai. Tahape kena ntah.

Tapi baru-baru ni aku nampak kat TikTok, sorang ni rumah dia dengan tak berkemasnya, penuh barang, sofa koyak, pintu ada pecah-pecah dan barang kat dapur bertimpa-timpa. Caption dia bukan bertanya soalan tetapi statement - "Cuba normalkan tengok keadaan rumah macam ni. Biasalah rumah bersepah, pintu kopak-kopak sikit"

Aku macam...wow konfidennya dia ni. Bila kena kecam dia kata itu rumah sewa. Lagilah kena kecam. Asal rumah sewa je takyah berkemaslah, ya? Bior bersepah berkerak segala?

Aku malas nak join membagi buah pikirkan. Sebab komen section kat TT very limited. Tu pasal aku kadang malas nak berbalas-balas komen kat media sosial. Cakap sikit-sikit ni orang payah nak paham. Meh sini aku tulis panjang kat blog.

Pasal TikTok tadi, ada 2 benda yang aku nak cakap.

1. TAK NORMAL rumah bersepah, sofa koyak, pintu kopak, barang berlonggok-longgok bertimpa-timpa.
2. TAK NORMAL bila kata duduk rumah sewa maka tak payah berkemas sangat.

Ini bukan tentang rumah bersepah semata-mata. Ini tentang cara fikir, sikap, dan maybe cultre kita yang makin longgar bila bab tanggungjawab.

Ada orang memang suka justify “Ala, rumah aku je. Takde siapa nak datang pun".

Ya, memang takde siapa nak datang. Tapi kau hari-hari buat content dengan keadaan rumah bersepah. Bila kena kecam kau suruh orang normalkan rumah bersepah. Memang tak normal la jawabnya sebab rumah orang lain tak bersepah gitu.

Rumah kita memang kita je duduk, bukan orang luar. Tapi rumah adalah cerminan siapa kita. Tak kisah rumah tu kecil ke, besar ke, yang penting BERKEMAS. Bayangkan masuk kereta someone, penuh plastik jajan, botol kosong bergolek kat bawah kerusi, bau pun macam rojak basi. Apa first impression kita? Automatik kita akan cakap orang ni pengotor and pemalas.

Sama juga dengan rumah. Kalau rumah kita manjang bersepah, kau tunjuk tengah berkemas pun serupa tak berkemas, maka jangan merentanlah kalau orang kecam.

Bersepah sikit tu normal. Contoh, anak baru lepas main toys tak sempat simpan, atau sink penuh sebab tengah masak. Itu semua sepah sementara. Lepas settle, boleh kemas balik. Tapi bila rumah memang level sofa koyak, pintu pecah, barang menimbun bertimpa-timpa, itu bukan sepah sementara. Itu lifestyle. Itu pilihan.

Masalahnya bila kau nak jadikan itu normal. Normal tu maksudnya sesuatu yang diterima umum sebagai biasa. Contoh, rumah ada habuk sikit. Habuk ya, bukan berpasir. This is normal. Baju belum lipat ada dalam bakul. This is normal. Tapi rumah berkerak bersepah macam tongkang pecah, itu bukan normal.

Tak dinafikan memang ada orang selesa duduk rumah macam tu. Sebab manusia memang ada kemampuan untuk adapt. Duduk dalam environment bising lama-lama dah tak perasan bising. Duduk dalam rumah beratap zink yang serap haba, lama-lama kau dah tak rasa panas mana. Duduk rumah bersemak lama-lama rasa biasa. Tapi itu tak bermaksud kau boleh paksa orang menormalkan keadaan tu.

Adapt bukan bermaksud benda tu ideal atau betul, tapi lebih kepada survival. Manusia memang ada kebolehan untuk redha dengan keadaan, tapi redha tak sama dengan bahagia. Sama macam kau makan nasi lauk kicap everyday, lama-lama kau rasa biasa je. Tapi tak bermaksud itu yang terbaik untuk kau.

Orang boleh terbiasa dengan kesempitan hidup, boleh terbiasa dengan kesusahan, boleh terbiasa dengan kekurangan. Tapi kalau kau paksa orang terima sesuatu yang sebenarnya tak wajar, semata-mata sebab kononnya manusia boleh adapt, itu salah. Adapt tu bagus bila digunakan untuk jadi kuat. Tapi bila guna alasan adapt untuk suruh orang diam, terima, dan tak improve keadaan, that's salah. Kita bukan binatang yang cuma survive. Kita ada akal untuk create perubahan. Jadi, kalau keadaan tu memang salah, memang tak selesa, please jangan normalizekan.

Nak normalize rumah bersepah ibarat nak normalizekan tak mandi pagi. Mula-mula “Ala biasalah, malam tadi sebelum tidur dah mandi”. Disebabkan menormalkan tak mandi pagi tu la dalam train busuk sebab manusia macam ni. Now kau nak ajak orang normalizekan rumah berselerak dan pecah-pecah gitu. 

Tahu tak rumah adalah ruang pertama anak belajar nilai hidup? Kalau dari kecil dia nampak rumah bersepah, dia akan anggap itu standard. So yes, rumah bersepah, sofa koyak, pintu pecah, barang bertimpa - itu tak normal, itu malas!

Rumah-rumah kampung kat kampung Pak Aji semuanya jenis rumah kayu zaman dahulu. Jenis tandas kat luar rumah. Pendek kata bukan rumah orang senang. Dapur dorang pakai kayu. Tapi, teratur! Dulang-dulang bersusun cantik. Kuali bergantung kemas. Tandas dorang walaupun cuma ada baldi, gayung and sabun buku, tapi bersih. So jangan cakaplah "Kita tak berada di tempat dia". Aku lempang jugak karang.

Ok, masuk point kedua. Statement ni lagi pelik, "Rumah sewa je. Biasalah tak terurus”

Hello? Sejak bila rumah sewa boleh buat sambil lewa tak payah jaga? Nak aku tunjuk rumah sewa aku dulu camana?

Look. Bila kita sewa rumah, kita bukan beli hak milik, tapi kita bayar untuk guna. Sama macam sewa kereta. Macamana dapat, macam tu kita pulangkan balik. Even kalau minyak kita dapat 2 takuk, pulangkan balik 2 takuk. Mana ada orang bagi sewa rumah dalam keadaan rumah teruk? Takde. Selalunya rumah tu teruk bila dapat kat penyewa tak guna. Patutnya rumah sewa lagi kita jaga sebab itu hak orang. Kita guna harta orang. Kau pinjam baju orang tapi pulangkan dalam keadaan koyak. Itu bukan normal, itu kurang ajar.

Kau tak malu ke, nak jadi content creator tapi tak jaga reputasi. Tapi yang paling aku MENYAMPAH bila netizen memuji bagai nak rak. Ni pun satu penyakit. Bukan puji macamana, tapi lebih kepada seronok tengok ada orang yang lifenya lebih bawah dari dia. 

Kat Malaysia ada satu "culture" kalau orang tu biasa-biasa, susah dan simple, dia akan diagung-agungkan. Contoh, orang tu dengan keadaan yang serba sederhana, masak pun lauk simple kadang tu telur masak kicap, kadang tu nasi goreng bodoh, tapi dipuji macam nak rak. Tapiiii kalau Sheila Rusly memasak, atau Ena (Ena apa tu yang kawen dengan datuk paduka tu?) memasak dalam kedaan rumah serba cantik dan lauk yang jauh lebih sedap dan hidangan kemas, ada je benda yang dorang nak kecam. Perasan tak pattern ni? Ni namanya “budaya benci pada kesempurnaan”. Hahahaha.

Macam mana rupa penyakit ni?

Dia takkan puji orang yang bagi hasil terbaik. Dia lebih suka angkat orang yang nampak biasa-biasa, comot-comot, serba kurang, sebab bila tengok orang tu, dia rasa lega sebab at least aku tak seteruk tu dia kata. Dia bukan betul-betul celebrate orang tu pun, tapi celebrate kekurangan orang tu sebab kekurangan tu buat dia rasa lebih up sikit daripada orang yang ditengok. 

Kalau Sheila Rusly masak kemain lagi dikondemnya.

“Ada duit semua boleh jadi cantik, padahal bukan power sangat pun”
"Ada bibik bolehlah masak beria, ada orang tolong"

Tapi bila ada orang masak lauk telur kicap, rumah bersepah, dapur minyak meleleh sana sini, terus “MasyaAllah, rajinnya sis masak hari-hari. Lauk simple macam ni pun dah sedap. Inilah realiti kehidupan sebenar. Sederhana tapi bahagia”.

KAHKAHKAHKAH. Kononnya nak relatable. Hakikatnya bukan dia suka sangat pun lauk tu. Just suka tengok ada orang yang lebih bawah dari dia. Eleh macam aku tak tahu.

Kat Malaysia, benda ni jadi culture sebab ramai suka rasa “aku sama taraf dengan orang lain”. Jadi bila nampak orang yang lebih, terus defensive mode. Rasa rendah diri, lalu ramai cuba jatuhkan orang tu dengan kecaman. Bila nampak orang yang kurang, rasa macam “oh lega, ada yang lagi serabai dari aku”. Puji habis-habisan konon support, padahal syok sendiri. 

Yang tak best bila orang yang dipuji percaya hype tu. Dia rasa macam “Wah, aku inspire orang dengan kesederhanaan aku”. Tu pasal dia naik seronok sampai berani ajak orang normalizekan rumah bersepah berkerak.

Itu yang bahaya. Sebab dari situ lahirlah masyarakat yang tak celebrate excellence, tapi celebrate mediocrity. Kita tak biasa tengok orang strive untuk buat yang terbaik, sebab kalau buat lebih sikit je, confirm kena kecam. Akhirnya semua orang main cara selamat. Masak cincai, rumah cincai, kerja cincai, janji relatable dengan netizen.

Nak tengok orang tu macamana, tengok cara dia handle harta orang. Rumah sewa contohnya. Kalau rumah sewa pun dia buat sambil lewa, dibiar bersepah berkerak, kau rasa kalau harta orang pun dia tak jaga, esok ada rumah sendiri dia jaga ke? Memang taklah.