Someone wrote this:
"Jadi surirumah auto slow-slow hilang rasa cintakan dunia. Kalau dulu masa bekerja tiap bulan tukar handbag, baju baru silih berganti, pantang nampak kasut cantik terus beli. Sekarang? Pakailah baju yg sama berapa kali pun. Pakailah kasut yg sama sampai lunyai. Handbag tu, pakai je apa yg ada. Downgrade life after jadi surirumah? Nope, I don’t think so. We more prefer to upgrade life utk jadi orang yg lebih dekat dgn Allah. At least kita terhindar dari penyakit akhir zaman iaitu penyakit Wahan".
Wow! Rasanya, siapa kenal aku tahu aku pakai kasut yang sama bertahun-tahun, aku pakai baju dari 2014 pun ada. So jangan pukul rata orang bekerjaya selalu shopping. It was you yang macam tu. Hanya kerana kau dah tak buat semua tu or (maybe dah tak dapat shopping macam dulu), maka kau anggap zaman bekerjaya adalah zaman sangat cintakan dunia. Maybe itu kau, bukan aku.
Tak semua wanita bekerja shopping tak ingat dunia. Ada yang memang simple dari dulu. Pakai kasut sama bertahun, baju ulang-ulang. Duit banyak, tapi dia tak rasa perlu tunjuk semua. Ada yang kerja kuat sebab dia enjoy working. Work hard, shopping hard. Salah ke?
Bila katanya jadi suri rumah terhindar dari penyakit akhir zaman, seolah-olah meletakkan wanita bekerja dalam golongan yang sedang sakit. Kenapa kena banding-banding untuk rasa tenang dengan pilihan sendiri? Kalau kau yakin jadi suri rumah lebih baik untuk kau dan keluarga, then own that decision. Don’t assume your lifestyle change automatically makes you more zuhud or dekat dengan Tuhan. Jadi suri rumah tak jamin syurga, bekerja pun bukan tiket ke neraka. Kadang bila orang post benda-benda macam ni, aku rasa sebenarnya dia bukan nak dakwah. Dia tengah self-reassure. Nak rasa keputusan dia betul, dia kena rasa keputusan orang lain salah.
Aku faham mesej yang nak disampaikan. Aku tak nafikan realiti SOME wanita yang bila berhenti kerja dan jadi suri rumah, dorang lebih tenang dan lebih fokus pada keluarga. That’s beautiful. But I think we have to be careful with narratives yang menyamakan “tak bekerja” dengan “lebih dekat dengan Allah” dan “bekerja” dengan “cinta dunia”. As a woman who is still active bekerja, aku rasa a few things perlu diberi pencerahan.
Pertama, bekerja atau tak bukan penentu sejauh mana kita dekat dengan Allah. Waktu rehat kat ofis ada. Waktu zohor jatuh pada waktu rehat. Boleh je nak solat awal waktu. Masalahnya tak buat pun, kan?
Pagi. Dah tentu-tentu kita semua bangun pagi. Subuh pukul berapa? Bangun awal 20 minit masih sempat nak tahajud. Tapi tak buat pun, kan?
Mengaji. Maghrib isyak kita kat rumah. Boleh je mengaji. Masalahnya buat ke tak?
Bersedekah, boleh buat anytime. Tak perlu berhenti kerja untuk fokus bersedekah.
Takyah gi jauh. Masa PKP hari tu semua kat rumah. Apa rutin ibadah kita? Berapa ramai hafal surah baru dalam tempoh tu? Berapa ramai khatam Quran 2 bulan sekali semasa PKP? Ni tak yah cerita kat aku. Sendiri-sendiri jawab sudah.
Maksud aku kat sini, BERKERJA bukan penyebab kita tak boleh dekat dengan Allah. Kadang ada free time pun, belum tentu kita guna untuk beribadat lebih lama. Kadang masa lapang tu lagi banyak scroll TikTok, layan Netflix, dan tidur. Jadi, isunya bukan “takde masa” tapi “tak utamakan”. Kerja bukan penghalang. Ramai je kerja 12 jam sehari, tapi tetap jaga solat, tetap baca Quran walau sehelai sehari. Sebab apa? Sebab dia letak Allah paling atas. Kalau Allah penting dalam hidup, kau tetap cari ruang. Kalau tak, 24 jam pun takkan cukup.
Yang sebenarnya kita tak perlukan lebih masa. Kita perlukan lebih takwa. Ramai je stay at home mother struggle dengan finnancial burder, emosi rabak, burnt out, rasa sunyi, dan tak kurang ada yang rasa jealous kawan-kawan lain masih berkerjaya dan dapat ke sana sini and shopping-shopping. Jadi, soal dekat dengan Tuhan bukan pada sama ada kau pakai baju yang sama hari-hari atau tak tukar henbeg every month.
Entah kenapa aku baca post tu macam lebih kepada nak justify pilihan sendiri berhenti kerja. Macam ada rasa nak meyakinkan diri sendiri yang keputusan dia lebih mulia, lebih baik, lebih dekat dengan Tuhan dengan cara membandingkan kehidupan lama as wanita bekerjaya yang “cintakan dunia” dengan hidup sekarang as suri rumah yang “lebih zuhud”. Padahal tak perlu pun buat comparison macam tu. Kalau kau tenang dengan pilihan kau, alhamdulillah. Kalau kau rasa hidup sekarang lebih tersusun, syukur. Tapi untuk jadikan pilihan sendiri nampak lebih hebat, jangan sampai memperkecilkan pilihan orang lain yang masih berkerjaya.
Tak semua yang bekerja tu mata duitan. Tak semua yang duduk rumah tu terhindar dari penyakit wahan. Sebab kalau kau really yakin dengan pilihan sendiri, tak perlu pun validate sampai macam tu. Bekerja atau tak, yang penting bukan siapa lebih zuhud, tapi siapa yang lebih ikhlas dengan pilihan masing-masing.
Kalau beli handbag sebulan sekali dengan duit sendiri pun dianggap cintakan dunia, maka kita semua dapat penyakit wahan. Sebab apa? Sebab orang anggap selagi ada yang suka barang cantik atau beli barang mahal, terus dicop cintakan dunia atau berpenyakit wahan. Padahal kita beli sebab suka. Sebab mampu. Sebab nak reward diri. Itu je. Tak lebih dari tu.
Islam tak larang kita ada duit, ada kereta, ada rumah, atau henbeg Yang dilarang ialah bila cinta kepada semua itu melebihi cinta kepada akhirat. Contoh, beli henbeg tak salah, tapi kalau sampai boros, berlumba-lumba menunjuk, shopping macam nak rak tak peduli zakat, itu baru tanda wahan. Kalau beli henbeg and kasut sebulan sekali guna duit sendiri, tapi at the same time duit dia diguna untuk bantu keluarga, solat tak culas, sedekah buat, itu bukan wahan. Itu pengurusan rezeki.
It's a bit unfair when working women dikaitkan dengan cintakan dunia. Just because we can afford to buy new things every month, tak bermakna our lives semata-mata nak menunjuk. Itu adalah reward untuk penat lelah kami bekerja. Dan maybe itu juga sebahagian dari rezeki yang Allah bagi. Kalau lelaki boleh beli jam mahal, hobi memancing ribu-ribu, tukar gadget selalu, kenapa bila perempuan buat the same thing dilabel as cinta dunia? Cinta dunia does not lie in the things we have, but in how our hearts are too dependent and cannot live without them. Dan ini boleh berlaku pada sesiapa je sama ada berkerja atau tak.
Satu masalah besar dalam masyarakat kita ni suka nau bandingkan hidup. Seolah-olah ada ranking wanita terbaik ialah yang berhenti kerja dan jadi suri rumah sepenuh masa. Yang bekerja ni level kedua. Samalah dengan menetek anak. Yang menetek adalah ibu terbaik. Yang bagi susu formula, tak. Yang buatkan anak bekal, terbaik. Yang bagi anak duit belanja, pemalas. Yang beranak normal, power. Yang c-sect, tak merasai sakit bersalin sebenar. Memang tahap-tahap itu je ke level kau nak bertanding dengan aku ni? Memang segitu je level kau?
Look. Tak semua orang sesuai jadi suri rumah. Ada yang skill set dan kecenderungan dia lebih bermanfaat kalau dia terus bekerja. Dan ada je yang terpaksa jadi suri rumah tapi sebenarnya tak minat pun. Cuma terpaksa sebab tekanan sekeliling. Hasilnya? Stres, burnout, lost. Jadi wanita terbaik tu bukan tentang berkerja ke tak. Tapi tentang how well kau laksanakan peranan yang Allah bagi sekarang. Masing-masing ada peranan. Tak semua orang sesuai dengan satu acuan. Kalau semua perempuan jadi suri rumah, siapa nak treat anak kau kat hospital? Siapa nak jadi cikgu pada anak-anak kau?
Aku yakin kerja dengan niat yang betul pun boleh jadi ibadah. Kalau kerja untuk bantu keluarga, bagi keselesaan pada anak-anak, tolong ahli keluarga lain and manfaatkan kemahiran yang Allah bagi, itu ibadah namanya. Niat yang betul, cara yang halal dan matlamat yang jelas. InsyaAllah kerja kita tak sia-sia.
Dulu pernah ada satu statement "Perempuan kalau dah ada duit sendiri, susah nak taat pada suami”.
I strongly disagree. Ketaatan pada suami bukan kerana duit. Ramai wanita bekerjaya masih sangat hormat suami, masih minta izin nak ke mana-mana, masih refer pada suami dalam apa je perkara dia nak buat. Duit tak pernah jadi punca ego. Itu memang perangai kau sejak dulu, cuma dulu kau tak dapat buat sebab takde duit. Duit juga bukan punca isteri derhaka. In many cases, wanita yang ada financial freedom always bantu keluarga dan suami semasa susah. Dapat ringankan beban rumah tangga. Dapat bagi pendidikan terbaik untuk anak-anak. Dapat bantu parents and adik-beradik. So tak perlulah kata bila bekerjaya seolah-olah kejar dunia.
Jadi suri rumah ada cabarannya. Jadi wanita bekerjaya pun ada dugaannya. Tak perlu nak claim siapa lebih baik. Sebab endingnya semua ni tentang kita dan Allah.
Ada suri rumah yang rasa down sebab tak ada pendapatan sendiri. Ada wanita bekerjaya yang rasa bersalah sebab tak cukup masa dengan anak. Tak perlu nak justify pilihan kau kalau kau dah decide nak jadi suri rumah. Be content with your pilihan. Tak payah nak cakap “Aku jadi suri rumah, hidup aku lebih dekat dengan Tuhan” semata-mata nak rasa tenang dengan keputusan kau sendiri, especially bila ayat tu diselitkan dengan nada comparison seolah-olah wanita berkerjaya ni semua jauh dari Allah. Jangan sampai aku start buat comparison pulak. Nangis nanti.