Pages

2025-07-07

Sandwich generation

Topik yang orang request aku tulis ni quite heavy tapi sangat sangat SANGAT relevan, especially pada orang dalam lingkungan umur 40-50 an. Kita panggil fasa ni “sandwich generation”, iaitu golongan yang terhimpit antara tanggungjawab jaga parents yang makin tua and at the same time anak-anak sendiri tengah remaja atau baru nak mula hidup sendiri. With work getting more demanding and financial needs constantly bertambah, dan badan pun dah tak selincah dulu, kalau tak betul-betul kuat emosi dan mental, memang stress.

Orang yang tak pernah tinggal serumah dengan mak bapak tak akan faham. Dorang mudah nampak yang menjaga ni macam overacting everytime bercerita penat menjaga orang tua. To them, “mak ayah tu kan syurga…". 

Ya betul. Takde siapa pertikaikan tu. Tapi hakikatnya, bukan semuanya semudah bagi mutiara kata, gitu. Especially kalau kau sendiri pun tak pernah menjaga orang tua.

Hanya yang menjaga orang tua saja tahu bila mak bapak kita makin tua, dorang jadi semakin sensitif, semakin cerewet, and sometime dorang lupa anak-anak pun ada bebanan sendiri. Dorang tak sedar yang anak tu pun ada limit. Bila kita cuba letak boundary, nanti kita dikata derhaka. Bila kita pilih untuk berdiam sebab malas nak serabutkan kepala, dikatanya kita tak peduli. Bila kita perlukan space, kita dikatanya pentingkan diri.

Lain ya, rasa dia. Ramai orang confuse antara visit dan live with. Datang jenguk mak bapak seminggu sekali, bawak makanan, peluk cium - itu bukan menjaga. Itu MENZIARAHI. 

Jaga mak bapak dalam keadaan dorang makin berusia, makin uzur, dan makin sensitif, itu satu kerja harian yang perlu ada kesabaran dan kekuatan emosi luar biasa. Bila dah tinggal serumah, everyday kena fikir makan minum dorang, sakit-pening dorang, emosi dorang. Dapat yang jenis orang tua cerewet, semua benda nak betul ikut cara dia, memang masaklah jawabnya.

Orang tua ada perangainya. Lumrah orang tua, selera makan dah berkurang. Sometimes dorang tak makan dari pagi sampai ke malam. Sebab takde selera. Tau-tau je pening, and rebah. Padahal yang menjaga always tanya "Ayah dah makan?" "Mak, saya dah masak, nanti makan, ya". Tak dimakan juga. Jawapannya "Tak rasa lapar". Padahal macam-macam makanan dah dimasakkan. 

Pastu tiba-tiba sakit sebab pening kepala kurang gula, kurang makan. Anak-anak lain ingat yang menjaga tak peduli makan minum mak bapak di rumah. Mulalah masing-masing "Ayah tu sakit, takkan orang dalam rumah boleh tak tahu?"

Look. Korang kena paham perangai orang tua. Dorang tu nak PERHATIAN. Yang dorang cerita pening, sakit kepala, takleh bangun. Yang dorang tak cerita kita dah masak tapi dorang yang tak nak makan. Yang dorang tak cerita, kita ajak pi klinik dia yang tak nak. Kita nak panggil tukang urut, dia tak mahu. Yang tu dia tak cerita tau. Dia cerita part yang boleh mengundang attention anak-anak lain saja. Tak caya, cuba kau offer "Meh saya bawak pi klinik", tengok dia cakap apa. Konfem banyak dalihnya. Yang benaunya mak bapak tu nak korang datang jenguk, faham?

Time umur dah cecah 45 ke atas ni, anak-anak dah masuk fasa remaja atau early adulthood. Ini waktu dorang nak dibimbing rapat. Tapi kita tengah sibuk jaga mak bapak yang dah nyanyuk, yang kena berulang ke hospital, yang kena pantau makan minum, yang kena uruskan segala-galanya. We try to divide our time, but it always feels like it's never enough. Ujung-ujung kita marah kat mak bapak sebab penat dan kita rasa bersalah kat anak-anak sebab tak cukup masa untuk dorang. Over time, this guilt can quietly turn into depression. Kita tak menangis, tapi ada semacam pressure yang tak tahu nak luah macamana.

Umur 40-an ni umur orang tengah kat puncak career. Sama ada baru nak capai position tinggi or just trying to survive. Nak perform kat tempat kerja perlukan fokus. Tapi bila otak dah serabut dengan hal rumah, hal mak ayah, hal anak, kita mula jadi tak produktif. Ada yang mula hilang semangat nak kerja, ada yang asyik ambil cuti sebab kena ulang alik hospital, ada yang tak boleh fokus dalam meeting sebab penat menguruskan orang tua kat rumah. 

Sometimes the boss just doesn’t get it. They don’t see what we’re dealing with at home. Tapi tak boleh salahkan majikan sebab dia gajikan kita untuk buat kerja. Kalau kita datang kerja tak perform, tapi gaji tetap ambil, sepatutnya kita yang kena consider majikan.

What hurts the most is when parents compare you to your siblings. Sedangkan kaulah yang selama ni uruskan semua. Tapi sebab kau tinggal dengan dorang, dorang nampak semua kekurangan kau. Adik-beradik yang datang jenguk seminggu sekali nampak macam anak baik. Kau yang tiap hari urus nampak macam anak kurang ajar.

Mid-life crisis itu wujud, ya. Ini bukan krisis main-main. Tapi orang tak nampak sebab kita selalu berfungsi. Kita tetap pergi kerja, tetap senyum, tetap bayar itu ini. But deep down, we’re drained. We’re tired. 

Ramai yang terlepas pandang hal ni sebab terlalu meletakkan orang tua dalam posisi “suci tak pernah salah”. Betul, orang tua kita kena hormat, but that doesn’t mean everything they say has to be taken as the absolute truth. Especially when those stories come out as complaints kat adik-beradik yang tak duduk serumah.

Satu benda yang kena hadam betul-betul, bila orang tua mengadu belum tentu dorang dizalimi kat rumah tu. Most of the time dorang berdrama je. Itu cara untuk rasa disayangi. Dorang rindu perhatian anak-anak lain. Maka bermulalah cerita-cerita yang kadang betul, kadang separuh betul, kadang dibesar-besarkan untuk tarik perhatian anak lain.

“Dia ni asyik keluar rumah je, tak lekat kat rumah"
Padahal orang tu keluar kadang beli barang dapur, kadang ambil anak sekolah, kadang jumpa client.

“Mak dah tak larat, tapi kena buat jugak semua”
Padahal mak yang degil nak buat sendiri sebab rasa badan tu still kuat.

Tapi bila cerita ni sampai ke telinga adik-beradik lain yang tak tahu hujung pangkal, terus melenting. Padahal kalau dia duduk sehari je serumah dengan mak bapak, belum tentu dia bertahan.

Umur dah banyak. Otak tu biarlah pakai. When you get complaints from your parents, benda pertama kena buat jangan percaya everything right away. Check cerita dari dua pihak. Dengar versi anak yang jaga tu. Pakai logik sikit. Orang tua pun manusia. Ada hari dorang letih, sensitif, cepat triggered, kadang-kadang cakap ikut perasaan. Kita faham. Tapi yang salahnya bila adik-beradik lain terus percaya. Macam mak bapak tu suci tak buat salah. Kau jangan tak tahu orang tua kalau berdrama lagi power tau!

Kalau semua adik-beradik matang, tak akan ada kes tuduh-menuduh. Apa salahnya call adik yang jaga and tanya, “Eh, mak kata kau suruh dia masak sorang-sorang semalam. Betul ke?”

Sometimes, all it takes is one question to clear up all the confusion. Rupanya mak yang tak nak dibantu. Tak suka orang kacau dia masak kat dapur. Tapi sebab kau tak pakai otak, terus menuduh tak tentu pasal, last-last malu sendiri. Pastu tak reti nak minta maaf. Buat macam takde apa berlaku. Buat bangang.

Dia senang je. Kalau mak bapak tu asyik mengadu macamkan yang menjaga tu teruk sangat, apa kata kau offer dorang tinggal dengan kau pulak. Tapi aku jamin yang banyak sangat menuduh ni selalunya banyak alasan.

“Rumah aku sempit…”
“Bini aku tak selesa…”
“Aku kerja tak tentu masa…”
“Anak-anak aku tengah exam…”


Padahal yang menjaga sekarang pun ada anak. Ada kerja. Ada tanggungjawab. Tapi sanggup adjust hidup sebab kena jaga mak bapak. 

Logiknya senang je. Kalau kau percaya apa yang mak bapak adu tu betul, kenapa kau tak jadi penyelamat dan ambil dorang jaga sendiri? Kenapa? Kalau kau pun tak nak jaga, len kali DIAM.

Sometimes, mak bapak ni mengadu beria-ia. Bila anak lain offer duduk dengan dorang, tak nak pulak! Itu sebenarnya petunjuk besar sebenarnya aduan tu bukan sebab hidup dia terseksa sangat, tapi sebab nak anak-anak lain ambil tahu. Nak dihargai. Nak perhatian. Bukan nak tukar rumah pun sebenarnya. 

Sebab tu ramai mak bapak yang cerewet ni, bila duduk dengan anak lain, perangai dia lagi menjadi-jadi. Bila anak baru tak layan kerenah dia macam anak yang biasa jaga, dia start cakap, “Kat rumah lama aku lagi selesa…”. Nampak tak? Jadi cerita asal tu pun sebenarnya tak seburuk mana. Tapi anak-anak yang duduk jauh ni tak pernah hadap realitinya.

Kadang-kadang aku tengok yang banyak sangat berbunyi macam profesional ni, dia sendiri mengelak jaga orang tua. Sebab dia tahu perangai mak bapak sendiri, sebab tu tak berani offer jaga. Dorang tahu mak cepat terasa hati. Bapak kuat membebel. Tak boleh silap sikit, terus tarik muka. Tapi bila yang menjaga mengadu perangai yang sama, adik-beradik lain kata si penjaga ni tak sabar, tak reti hormat orang tua. Habis tu, kenapa kau sendiri tak ambik jaga? Sebab kau pun tahu, kerja ni tak senang, kan? Jadi, kalau tak sanggup hadap mak bapak hari-hari, jangan pandai-pandai komen orang yang hari-hari telan sabar, telan penat demi jaga orang tua.

Aku ada adik ipar yang duduk dengan mak bapak. Kadang bila mak bapak aku bercerita atau mengadu, aku tenang-tenang je. Bukan nak katalah. Tapi mak bapak kita pun bukannya jujur sangat bila mengadu. This is the bitter pill. Ramai orang takut nak cakap. Tapi realitinya our parents mengadu dengan ‘twist’. Tak semua yang dorang cerita tu 100% tepat. Bukan sebab dorang jahat, tapi kadang-kadang emosi buat dorang exaggerate.

Our parents are a shared responsibility. Kalau tak mampu nak ambil jaga, tak apa. As long as you know your limits. It’s better to be a supportive child from afar than a judgmental one from afar. 

Jaga orang tua bukan sekadar berkat, tapi ujiannya besar. Dan orang yang sedang menjalani ujian tu perlukan sokongan. Kalau kau tahu mak bapak kau cerewet, cerewet tu takkan hilang bila dorang duduk rumah orang lain. Dorang tetap akan cerewet. Kalau kau tak sanggup jaga, at the very least, don’t make things harder for the one who’s actually doing the work.