Pages

2025-06-19

The question is not “percaya atau tak,” tapi “perlu atau tak?”

Ramai orang nampak macam isu ni kecik je. Setakat nak tumpangkan je pun katanya. Orang yang menulis post Thread ni kena bash juga dengan netizen. Kata dia overthinking la apa la.



Memanglah setakat tumpangkan tapi pakailah otak sama kot nak positif mindset pun. 3 orang perempuan nak tumpang. TIGA ORANG. Bukannya bersendirian. Kau tak boleh naik grab ramai-ramai ke?

Ini bukan isu overthinking atau jealous. Tapi LOGIK. There’s a big difference between trusting your partner and allowing them to walk into unnecessary situations. Isteri tu bukan tak percaya suami dia. Tapi dia protect suaminya daripada sebarang potensi fitnah, awkwardness, atau salah faham.

Let’s be honest. Dunia hari ni bukan semua orang berfikiran waras. Bila lelaki drive dengan 3 perempuan dalam kereta selama 3-4 jam perjalanan dari KLIA ke Kuantan, walaupun niat nak tolong, orang luar boleh nampak lain. Tambah pulak kalau salah sorang tu jenis ramah terlebih, ambil gambar dalam kereta, update IG stories. Macam ni je pun dah boleh jadi gosip.

The question is not “percaya atau tak,” tapi “perlu atau tak?”

En Wan tahu dah benda ni sebab aku dah bagi warning. Jangan nak baik hati sangat offer nak tumpangkan sesiapa kalau tak kritikal. Contoh, balik dari meeting dah malam. Colleague perempuan alone. Tak payah kau nak offer menumpangkan. Gi call-kan Grab. Tunggu dia until Grab sampai. Dia dah naik Grab, kau sila balik. Sebab itu bukan waktu kerja.

Lainlah waktu kerja. Contoh, ambil client bawak pi klinik buat medical check-up. Ini takpe. Sebab urusan kerja. Sebab aku jadi sales dulu pun gini juga. Sometimes appointment dengan customer. Customer ajak discuss over lunch. Dia taknak keluarkan kereta sebab sayang tempat parking. Dia minta aku fetch. Terpaksalah dia nak kereta aku. Ini atas urusan kerja.

Selagi itu urusan kerja, I am ok. En Wan pun macam tu juga dulu. Walaupun ruang nak bersangka-sangka antara suami dan isteri tu ada, kitorang cuba be rasional. Taknak create isu yang tak wujud.

Tapi bila dah luar waktu kerja, especially bila melibatkan opposite gender, kita kena ada boundaries. Bukan sebab tak percaya, tapi sebab nak elakkan benda yang tak perlu. Kita tak nak bagi ruang untuk syak wasangka, whether it’s from your partner or from outsiders who happen to see it.

Kadang-kadang kita rasa benda tu kecik je.

Tumpangkan kejap.
Tolong hantarkan.
Teman sekejap.

Tapi perception orang tak sama. Lagi-lagi kalau orang yang kita tolong tu jenis suka bercerita. Nanti nama husband kita juga yang mendonia.

Sebab tu dari awal kena jelas. Bukan paranoid, tapi prevent unnecessary drama.

Trust is important, but needs to be protected with sensible boundaries. Kita bukan hidup dalam dunia yang ideal. Kita hidup dalam dunia yang penuh judgement and assumptions. So lebih baik kita letak line siap-siap daripada terpaksa putting out a fire we unintentionally started ourselves.

Ramai ingat kalau kita (isteri) bantah atau larang suami tumpangkan kawan perempuan, suami dianggap lembik/dayus dan isteri dianggap tak hormat/queen control.

Nope. In real life, suami dan isteri kena jadi team. Bukan suami je boleh buat keputusan mutlak. Isteri pun boleh (ni karang kena kecamlah aku 🤣).

Wait! Baca kasi habis dulu.

Tegas bukan bermakna keras kepala. Dalam kes ni, isteri buat keputusan demi jaga maruah rumah tangga, bukan sebab ego. Bayangkan kalau situasi terbalik. Isteri drive dari airport, kawan minta tumpangkan 3 lelaki balik ke Kuantan tengah malam. Agak-agak suami tu relaks je ke? Tanya je.

3 orang perempuan, bukan sorang. TIGA. Ok dah terlepas bas. Tapi itu saja ke caranya?

Nak balik dari KLIA ke Kuantan, ada banyak cara. Grab share bertiga untuk jimat kos. Atau ambil flight atau bas next day. Atau mintak company sediakan penginapan satu malam sebab ini kes emergency. Flight yang delay. Atau cari hailing long distance service.

Aku yang tak pernah-pernah naik LRT from KL ke Putra Heights, dekat je padahal. Itu pun kawan-kawan aku ajar cara beli tiket, cara nak masukkan coin tiket dan berkali-kali dorang ingatkan aku turun kat mana. Dorang siap pastikan Presiden Tetek Pink ni naik train ikut platform yang betul sebab aku naik sorang. Yang kau balik bertiga tak reti-reti nak plan?

Jangan jadikan “kami perempuan” tu alasan nak bergantung harap pada lelaki sepanjang masa, especially bila benda tu boleh diplan. Ni dah sampai Malaysia, bukan Taiwan lagi. Banyak cara boleh diuruskan. Ni zaman semua benda hujung jari. Apps penuh dalam phone. Boleh book Grab, bus, flight, hotel - all within minutes. Takkan tiga kepala tak boleh fikir satu solution yang masuk akal?

Lagi satu, kalau betul terdesak sangat sampai takde cara lain, at least inform awal. Dah tahu flight gerak delay. Sampai pun akan lambat. Mintalah izin cara beradab. Bukan last minute buat muka kesian, harap orang lain tolong settle. Kita hidup ni bukan macam dalam drama TV yang asyik nak ada konflik dan drama. Orang lain ada keluarga, ada pasangan yang tunggu kat rumah, ada tanggungjawab. Kau punya ‘kecemasan’ bukan lesen untuk menyusahkan hidup orang lain.

Yang paling penting, as pasangan, bila dah tahu situasi boleh mendatangkan rasa tak selesa atau syak wasangka, tolonglah fikir dua tiga kali. Benda yang boleh elak, elakkan.

Nak balik tu memang leceh, tapi bukan alasan untuk tumpang kereta suami orang. Tak salah nak minta tolong, tapi kena faham juga situasi dan batasan. Kita hidup dalam masyarakat yang menilai.

Kadang-kadang kita bukan takut suami buat salah, tapi takut nampak macam buat salah. Sebab dari mata orang luar, mereka suka tafsir sendiri. Yang tak tahu cerita sebenar, terus buat macam-macam andaian. Suami isteri yang matang akan ambil langkah pencegahan, bukan tunggu masalah timbul baru nak selesaikan.

Dalam Islam sendiri, menjaga maslahah (kebaikan) lebih utama daripada mempertahankan hak yang tak perlu. Maka, walaupun boleh tumpangkan, tapi kalau ada pilihan lain yang lebih selamat – elakkan.

Isteri tu (the writer) tak jerit, tak maki, tak tuduh pun. Dia cuma jawab, “NO. Pandai-pandailah cari cara lain.”

Itu bukan queen control. Itu boundaries. Dan ramai orang hari ni, termasuk pasangan, tak reti jaga boundaries. Sebab kita terlalu dibiasakan dengan budaya “kena buat baik” sampai lupa kadang-kadang kita kena jaga diri sendiri dulu. Baik biar bertempat. Dalam rumah, baik pun kena ada pagar.

Aku bagi kredit pada suami kepada si penulis tadi sebab dia tanya isterinya dulu. Dia tak feeling nak jadi jadi hero selamatkan 3 perempuan tu. Itu menunjukkan dia hormat isteri dan tahu nak letakkan boundaries. Ramai suami jenis “tak apa lah, tolong je lah. Janji niat kita baik.” Ujung-ujung….ah malas sambunglah.

Ceritanya, sometimes satu keputusan yang nampak kecik, akan bagi impak yang besar. Budaya “nak jadi baik” tu kadang-kadang boleh memakan diri. Suami memanglah niat nak tolong je, tapi si perempuan tetiba terfeeling. Bila dah terfeeling, suami jadi serba-salah sebab macam dah membuka peluang. Bila dah rasa bersalah, mulalah rasa kesian. Pastu….eh babilah.

Kita selalu diajar untuk tolong orang. Bagus. Tapi realitinya, kadang-kadang niat baik tu boleh bawa padah kalau kita tak pandai nilai risiko.

Perkahwinan yang bahagia tu ada NO di dalamnya. A happy marriage doesn’t come from always agreeing or blindly following your partner. Sometimes bahagia itu datang dalam bentuk satu perkataan mudah iaitu, NO.

Dalam dunia hari ni, not everything we do with good intentions will be received positively. Maka penting untuk kita jadi bijak, bukan sekadar baik.

Pada pandangan aku, isteri yang menulis post ni tak salah. Dia bertindak dengan matang, tenang, dan jelas. Dia jaga suami dia, rumah tangga dia, dan reputasi dorang. Dia tak serang orang, atau tak kutuk staf perempuan tu. Dia cuma buat keputusan untuk tak benarkan perkara yang tak perlu dari berlaku.

Kalau ada yang triggered dengan cara dia, mungkin bukan sebab dia salah, tapi sebab ada yang terkena batang hidung sendiri.

Realitinya, bukan semua orang suka bila kita letak boundary sebab ada yang memang suka ambil kesempatan atas kebaikan orang lain. Bila orang mula tegas, mulalah keluar ayat “kenapa tak percaya?”, “kesian dia”, “takkan itu pun tak boleh?”. Padahal the one who should feel ashamed is the one who doesn’t know their place.

The wife? She’s not insecure. She’s SMART. Sebab dia tahu kadang-kadang, yang merosakkan rumah tangga bukan badai besar, tapi pintu kecil yang dibiarkan terbuka.