Pages

2025-06-16

Cerita Sebenar Di Sebalik “Bossku”

Hari tu masa kat Tganu, aku ternampak Thread ni:

Alhamdulillah, aku berpeluang ada pengalaman kedua-duanya - jadi pekerja makan gaji dan jadi majikan. Aku tetap pilih jadi majikan atau kerja sendiri. Tak, bukan serik pun makan gaji, cuma kerja sendiri nampak lebih serasi dengan karakter aku. 

Masa aku makan gaji dulu, aku banyak buat kerja ikut kepala sendiri. Contoh, masa kerja dengan Kementerian Sains, aku handle rekod penerima geran penyelidikan. Aku attend meeting, dan aku key in semua feedback dari panel penilai. Basically aku tahu siapa dapat, berapa dorang dapat, kenapa dapat banyak ini sahaja, apa barang yang diluluskan untuk beli - semua aku tahu. 

Bila pemohon yang dari kalangan pensyarah-pensyarah ni call ofis nak tahu result, aku bagitahu je. Siap bagitahu apa yang lulus, kenapa tak lulus. Rupanya I IS BUAT SALAH, gaissss. Aku takde hak nak bagitahu rupanya, hanya pegawai saja. Macai macam aku ni hanya key in data saja. Which aku rasa wasted sangat. Hanya kerana aku Research Assistant, bukan pegawai maka aku tak boleh bagitahu padahal result semua depan mata aku. Yes, I know protocol tapi to me protocol ni lembab. Pegawai dahlah selalu takde, macamana orang tak marah kalau call asyik tak berjawab?

Then masa kerja sales, setiap sales person diberi kebebasan untuk bagi 5% diskaun kepada customer. Tak perlu tunggu kelulusan bos. 5% ni kiranya macam "staff discount". Aku paling menggunakan diskaun ni. Mana-mana customer yang beli banyak (like super banyak!), aku akan terus bagi 5% diskaun. Kalau tak banyak tapi aku nak close deal, aku bagilah diskaun juga dalam 2-3%. 

Imagine kalau dia beli instrument harga RM90K and aku offer 5% diskaun terus? Memang close deal jam-jam tu jugalah jawabnya. Banyak kot diskaun dia dapat. Tapi, komisyen aku berkurang sikitlah sebab aku dah bagi diskaun. Tapi aku tak kisah. Apa guna ada kelebihan staff discount kalau tak bagi pada customer, kan? Bukannya aku nak beli pun barang-barang lab tu. Alhamdulillah, walaupun bagi diskaun kat customer, aku masih dapat komisyen paling kurang RM7K setiap bulan.

Sometimes aku tak bagi diskaun 5% direct macam tu je. Aku convert as gift. Contoh, kalau dia purchase RM70K, aku bagi free TV. Benda free gempak-gempak ni siapalah yang tak nak. Pernah customer call ofis nak tanya tentang "Pakej A with laptop". Terpinga-pinga bos aku mencari pakej apa yang datang dengan laptop ni? Rupanya pakej sendiri bikin oleh Diana Ishak. Sales dari pakej tu alone berjaya hit RM1 million.

Orang kata yang suka kerja sendiri ni tak boleh kerja bawah orang sebab tak nak ikut arahan. 

Bukan tak nak ikut, tapi sometimes arahan pun lembik dan lembab. Sedangkan kita ada idea yang lebih laju and praktikal. Bukan nak tunjuk pandai, tapi bila dah biasa fikir jauh dan buat keputusan sendiri, dan nampak flow kerja yang lebih jelas, kita jadi susah nak terima arahan yang tak efisien. Lagi satu, kita dah terbiasa fikir HASIL, bukan sekadar ikut prosedur. Jadi bila nampak benda boleh settle cepat dengan cara lain, geram pulak rasa kalau kena ikut jalan yang menyusahkan.

Selalu kita dengar ayat-ayat macam ni:

“Untunglah buat bisnes, income boleh cecah 20k sebulan”
“Bestnya jadi bos sendiri, flexible time, takde siapa marah”
“Aku pun nak buat bisnes la, penat kerja makan gaji ni”


Tapi ramai tak nampak cerita balik tabir run business. Realitinya, bukan semua orang boleh jadi businessman atau businesswoman. Bukan sebab tak cukup pandai, tapi sebab tak cukup kuat. 

Bisnes bukan tempat untuk orang yang harapkan shortcut. Bukan tempat untuk orang yang suka duduk diam tapi nak hasil kebabom. Bukan untuk yang fikir “aku nak kerja ikut waktu pejabat tapi income gaya CEO”. Nope. Sorry not sorry.

Buat bisnes bukan sekadar berangan, tunggu order masuk, tengok duit masuk. Realitinya, kau tukang fikir, tukang buat, tukang repair, tukang pujuk, tukang bayar, tukang packing, tukang promote, tukang hantar, tukang angkut stok, dan kadang-kadang tukang sapu sekali pun ya. 

Buat bisnes ni LONELY. Kau akan rasa sunyi sebab takde bos nak guide hala tuju. Kaulah bos. Kaulah team. Kau kena constantly fikir, "Apa next step?", "Macam mana nak grow?", "Apa silap bulan ni?". Tidur tak lena, makan tak tentu. Orang lain cuti, kita masih pegang phone, layan customer, plan content, balas email supplier. Orang lain tidur, kita masih buat calculation, fikir sales yang drop minggu ni, etc.

Masa mula-mula jump into business, masa tu baru tersedar. NOT EASY AT ALL. Pergi jumpa customer, aku. Balik dari jumpa customer, buat quotation. Pastu set appointment dengan customer untuk tomorrow punya schedule pulak. Then plan marketing. Then cari principal/brand untuk beli stok. At the same time, tugas as isteri nak ibu masih kena buat. 

Menangis time mandi tu selalu sangat. Tapi tak boleh menyesal. Quit is not an option. Aku nak ada career. Jadi nak tak nak, teruskan. Bisnes survive bukan kerana modal besar. Tapi mental kena kental, konsisten jangan putus, and willingness to learn even dah penat. So bila ada yang tanya, “Macam mana boleh sustain sampai sekarang?” Jawapannya bukan luck, tapi GRIT.

Ramai hanya nampak hasil. Pakai kereta baru, rumah besar, cuti sana sini. But people don't see the initial phase yang full of sacrifice. Kau jual barang, tapi kawan sendiri beli kat orang lain. Kau buat marketing siang malam, tapi yang support adalah strangers. Kau ikat perut makan biasa-biasa walaupun tekak teringin nak macam-macam sebab semua duit pusing modal. Kau menangis dalam kereta sebab penat sangat tapi tak boleh stop. Semua aku dah rasa. Berhenti tido kat Shell sebab terlalu penat sangat pun pernah. Ini semua cerita pengorbanan yang orang bisnes tak pernah share dalam IG Story.

Bisnes bukan untuk yang cepat give up. Bisnes bukan untuk yang cepat sentap bila orang tak support. Bisnes bukan untuk orang yang perlukan people's validation setiap kali buat keputusan. Mindset orang bisnes ni tak sama. Kita tak ada comfort zone yang boleh disandar bila penat. Kita belajar untuk move walaupun takut. Jalan je, walaupun kabur. Sebab kalau berhenti, takde siapa yang akan tolong tunjuk jalan. Takde.

Bila kau pilih jalan ni (bisnes), kau kena redha yang kadang-kadang kau akan buat keputusan besar dalam keadaan serabut. Kau akan ambil risiko besar walaupun hati masih tak sure sama ada betul ke tak apa kau buat ni. Tapi itulah beza orang bisnes. Kita buat juga, walaupun tak sempurna. Sebab dalam dunia bisnes, progress lebih penting dari perfect. Kalau nak tunggu semua clear, semua ready, semua confirm jadi, sampai bila pun takkan mula.

Dulu aku pernah pergi kelas IMKK Dr Azizan Osman. Ada sorang peserta ni dah join the class 4 kali. Tapi tak start-start lagi bisnes. Tak konfiden sebab katanya belum cukup ilmu. 

Ilmu amende lagi, nokkk. 4 class tu bukan ilmu ke. Bisnes ni ilmunya banyak dapat bila kau start. Selagi tak start kau takkan belajar apa-apa. Sebab ilmu yang kita belajar di kelas, hanya teori yang general. Lain bisnes, lain approch-nya. So you must start. Dan bila dah mula, kau kena belajar hidup dengan TEKANAN. Tekanan nak bayar gaji staff. Tekanan kena explain kat customer. Tekanan tengok sales drop tapi tetap kena senyum.

Kau akan lalui fasa down yang buat kau persoal balik jalan yang kau pilih. But the one who wins, not the one who never wavers, but the one who keeps going even though he wavers. Bisnes tak pilih siapa paling pandai. Bisnes pilih siapa paling tahan. Orang bisnes sanggup lepaskan nikmat sekarang yang kecil, demi hasil yang lebih besar. Bangun awal, tidur lambat, demi impian yang tak semua orang sanggup kejar. Bisnes perlukan kekuatan yang bukan semua orang sanggup.

En Wan pernah selesa dengan jawatan Asistant Manager (Senior Engineer). Quit after 15 years sebab nak join business. Dah sedap gaji tetap, dia nak try kerja yang tak pasti ada gaji ke tak di hujung bulan. 

7 tahun in business dia jump pula ke takaful. At age 46 dia join takaful, kau rasa orang dalam industri pandang dia macamana? Orang tak yakin dia bertahan, let alone nak sangka dia boleh jadi Top Agent Nationwide. 

Aku nampak macamana En Wan position-kan diri dia di tengah-tengah player takaful yang dah lama dalam industri, yang mostly orang muda-muda. Setiap kali dia stuck, dia call colleague yang semuanya muda dari dia untuk belajar dan minta tunjuk ajar. Ini kriteria yang aku nampak kat En Wan yang buatkan aku rasa "No wonderlah dia ni belajar pandai, kerja pun cepat naik pangkat" - sebab dia sentiasa willing to learn. Dan dia tak segan nak bertanya walaupun dengan orang yang lebih muda.

Aku masih mencari someone yang boleh bekerja dengan creative. Yang boleh buat kerja makan gaji ni macam run company sendiri. Once aku jumpa, memang aku pass terus GreenAard. Aku nak jadi Chairman saja. Kau runlah bisness ni. Tapi setakat ni takde lagi yang willing nak buat lebih dari job scope. Aku tak nak paksa sesiapa. Setakat ni staff aku semua follow job scope. Itu pun dah bagus dah. Cuma kalaulah one day jumpa someone yang memang willing to learn and buat lebih, memang aku tarik dia terus duduk kerusi aku ni.

Dulu masa makan gaji, balik rumah sempat main dengan Redza, layan DVD dengan En Wan. Bila start run company sendiri, pukul 2 pagi mata aku masih terang. Sebab kepala ni tak rest. 

Macam mana nak close customer petang tadi? 
Supplier kenapa lambat hantar barang? 
Esok kena follow up dengan customer kat Penang. 
Kenapa ROI makin menurun? 
Macamana nak handle perangai staff A yang dah 2 bulan tak hit sales? 

Semua benda atas batu jemala patik.

Orang luar tengok macam rilek je. Post IG lepakking cafe, healing minum kopi mahal. Hakikatnya dalam kepala ni macam-macam tab yang belum ‘close’. 

Bisnesman takde istilah off day. Cuti pun bawa laptop. Tengah celebrate wedding anniversary pun sempat reply email. Kepala tak pernah betul-betul cuti. Bukan workaholic, but because business is our life. Kalau kita tak jaga, siapa lagi?

Apa yang Dr Malar tulis - Face challenges and crisis almost every other day. Ini sangat betul.

Hari ni sales drop. 
Esok barang supplier sangkut. 
Lusa staf resign. 
Tulat kilang punya production ada masalah. 

Kadang bukan masalah besar pun, tapi datang bertubi-tubi. Tak sempat lega. Tapi kita takde tempat nak mengadu. Nak menangis pun tengok dulu kalau sempat. Orang bisnes kena ada mental stamina. Nampak macam takde masalah, tapi Tuhan je tahu masalahnya berat mana. Hati kena kuat sebab everyday ada masalah yang nak kena settlekan. Dan selalunya, kena settlekan sendiri. No manual. No SOP. No HR. Just you and your brain.

Nak tahu satu benda scary pasal bisnes?

Takde jaminan income. 

Hari ni dapat 10K. Esok dapat RM0. Lusa kena keluar 5K bayar supplier. Komitmen tetap kena selesaikan. Sewa, gaji staff, bil, stok. Kalau makan gaji, hujung bulan dah tahu gaji masuk. Tapi kalau bisnes? Tak kerja keras, jawabnya tak makan. No backup, no cushion. Hanya ada satu pilihan, iaitu FIGHT. Takde ruang untuk jadi malas. Kau malas sikit je, terus nampak natijahnya dalam bank account.

Satu hal lagi, bila buat bisnes, jangan harap semua orang support. Akan ada orang yang anggap kita ni syok sendiri, atau over.

"Jual tak seberapa tapi berangan jadi terpaling founder"


Tu belum lagi akan ada yang pertikai “Kenapa mahal sangat barang ni?” atau “Baru buat bisnes setahun dua dah sembang pasal leadership?”

Tapi dalam bisnes, kita kena tahan dengan semua ni. Kena terus buat walaupun orang tak percaya. Kena senyum walaupun penat. Kena terus educate customer walaupun dorang cakap produk kita begitu begini. Ini semua aku dah rasa. 

Bisnesman ni jenis buat dulu, rasa dulu, hurt dulu, baru belajar. Dan benda tu memerlukan satu kekuatan yang bukan semua orang willing to hadap. Jangan ingat bila jadi bos sendiri boleh lepak-lepak. No such thing. Sebenarnya, bila jadi bos, kita bukan kerja kurang tapi kita yang kerja lebih. Kita bukan kerja ikut jam, kita kerja ikut result. Orang lain kerja untuk hasil. Kita kerja untuk survival company. 

Walaupun ada staff, hakikatnya kita kena tengok semua benda. HR, marketing, finance, operation, customer service, damage control. Semua. Macam komen from dr_irazahira dalam screenshot tu, dia pilih masalah, anxiety, mental instability, dan being disliked, tapi tetap pilih bisnes. Sebab bila kau betul-betul buat bisnes, kau tahu, walaupun stress dan berat, it’s still worth it.

Yang seriously in business mesti tahu hakikat membuat keputusan yang heavy dengan data yang tak cukup. Betul kan? Just redah and langgar. Labur duit marketing walaupun tak pasti return. Bayar gaji staff dulu sebelum fikir diri sendiri. Risk every month. Kadang every week. Tapi dalam kepala dah set - kalau tak ambil risiko, sampai bila-bila tak gerak.

Salah satu skill paling penting dalam bisnes bukan marketing. Tapi emosi. Sebab akan ada masa orang kutuk kita, staf tak loyal, customer buat false report, sales drop gila-gila, etc. Kalau tak kuat, boleh burnout. Kalau cepat melatah, boleh buat keputusan yang salah. Kalau tak tahan sabar, boleh give up. Emosi kena pegang betul-betul.

So yes, buat bisnes bukan untuk semua orang. Bukan nak kata tak semua mampu, tapi tak semua sanggup. Tak sanggup kerja siang malam. Tak sanggup bertahan bila semua benda rasa nak meletup. Tak sanggup rasa sunyi. Tak sanggup bertahan dalam fasa slow. 

Sebab tu aku selalu cakap bisnes bukan untuk orang malas. Bukan nak kata diri sendiri rajin tapi ini realiti. Bisnes hanya untuk orang yang tak pernah berhenti belajar, mencuba, dan bertahan. Kalau kau rasa cukup kuat untuk itu, welcome to the club. Kalau belum, isokay untuk stay dengan makan gaji. Aku doakan korang bertahan dan berjaya dengan career now. Dah dapat gaji nanti jangan lupa beli GreenAard, ok?