Pages

2025-05-30

Orang yang penat akan merentan

Aku tak sangka at age 47 aku jumpa orang bertanya soalan ni:

Soalan macam ni kalau muncul 20 tahun lepas, kau kena kecam, dik. 

Kalau sesiapa follow blog zaman umur aku 20-an dulu, mesti tahu aku pernah dengan sangat jujur-nya bagitahu yang aku tak nak berpenat-penat balik kerja kena masak, kena urus anak, kena basuh baju. Aku balik kerja dah penat, aku cuma nak rehat terlentang depan TV tengok movie (VCD) dengan En Wan sambil-sambil main Lego dengan Redza. Hoiiii aku kena kecam weh! Masa tu tiada yang lebih dikecam melainkan Diana Ishak.

"Baik takyah kawenlah kalau tak nak urus anak"

"Eloklah bagi laki makan air tangan bibik hari-hari. Lepas tu laki kau kawen dengan bibik"

"Kesian anak dapat mak macam ni"


Perspekstif aku masa tu susah nak diterima oleh kebanyakan perempuan. Padahal aku belajar dari pengalaman. 

Dari umur 9 tahun aku dah menggosok baju kerja mak bapak untuk seminggu sekali harung. Baju sekolah 2 beradik untuk seminggu sekali harung juga. Umur 9 tahun, ya. Darjah 3 baru. Kasut bapak aku pun aku yang kiwikan setiap hujung minggu. Kau ada jumpa anak-anak zaman sekarang Darjah 3 ambil tugas menggosok baju kerja mak bapak? Ada? 

Balik dari sekolah letak je beg, salin baju, makan. Pastu terus kerahan tenaga - basuh baju, sidai. Pastu lipat baju yang semalam punya. Then kemas and sapu rumah (everyday!) Rumah mak aku double storey. Atas bawah kena sapu, ya. By the time settle dah pukul 4 pm. 4.30 pm Mak Aji balik dari kerja. Masa tu la baru nak buat homework. Selalunya aku tertidur kepenatan. Malam karang baru buat homework.

Mak bapak aku dulu takde tanya "Ada kerja sekolah nak buat ke? Nak study ke?" Tak. Time dia masak aku kena turun tolong walaupun minggu exam. Kemas rumah tetap diteruskan macam biasa. 

"Aku dulu pun sekolah juga. Tapi takde pulak sampai tak boleh tolong buat kerja rumah!"

Gitu ayat Mak Aji. Because dorang perlu bantuan aku. Sebab dorang balik kerja dah penat. Jadi, aku yang diharapkan untuk tolong. Pada waktu tu tolong mak bapak lagi utama dari buat kerja sekolah. Sebab itu bila kawen (actually sebelum kawen pun dah plan), aku tak nak repeat this culture. Biar habis kat aku je. Aku nak ada maid, yang boleh uruskan rumah, masak, jaga anak, so that aku balik kerja dapat berehat.

Tapi ye lah, pemikiran macam aku ni some people rasa macam too wild. Jadi isteri dan ibu kena berkorban, kena berpenat katanya. 

NO WAY! Aku nak enjoy life. Maksud enjoy is, aku tak nak buat dah kerja-kerja rumah ni. Puas dah aku buat masa kecil. Aku nak fokus building career, have sweet time dengan suami and anak-anak, nak pi tengok midnight movie, dan nak keluar melepak mamak berdua dengan suami at 11 malam. Kalau itu dilabel sebagai "mak apa macam ni?", I am ok with that. Kalau kau nak proceed dengan menjadi mak yang ok berpenat-penat, that's your choice. Aku tetap nak enjoy life walau dah jadi mak.

Now, at this age, bila terpandangkan post Thread tadi, teringat balik semua kecaman dulu. Senyum jelah. Sebab apa? Because I don't regret my decision at all. Aku tahu decision aku masa tu tak ikut majoriti. Nasib baik aku kalis kecaman. Cakap je la apa kau nak kalau itu buatkan kau bahagia. Aku cuma tak nak repeat pattern hidup zaman aku kecil. Aku tak nak jadi mak yang menaga 24 jam sebab stress penat. Aku tak nak perangai aku buat orang lain pun stress. Aku tak nak demi nak jadi mak yang ikut majoriti akhirnya aku murung, burnout, dan marah-marah tak tentu hala.

Bukan aku regret dengan cara didikan parents aku. Tak. Apa yang dorang buat dulu adalah dengan kapasiti yang dorang ada. Dorang tak mampu gajikan pembantu rumah, jadi akulah orang harapan. Dorang takde pilihan. Tapi now aku ada pilihan. Rezeki aku ada duit lebih sikit, maka aku gajikan maid. Gasaklah dulu orang kecam kata aku selfish sebab prioritize rehat. But look now. Ramai isteri confess PENAT. Mana nak kerja. Balik kerja nak kemas rumah lagi. Mana nak masak lagi. Nak urus anak lagi. Nak tengok homework anak. Pastu nak melayan suami lagi. Esok nak bangkit awal siapkan anak ke sekolah pula. Aku dengar pun letih. 

Memang penat. Ada yang penat sangat sampai menangis. Ada yang rasa lost lepas jadi mak. Some people jealous tengok orang lain boleh bercantik-cantik, look young, boleh layan midnight movie dengan suami bukan sebab orang lain tu lebih segalanya. Tapi sebab dia penat! Bila penat, nak lampiaskan kemarahan kat anak-anak and suami tak boleh. Tu yang jadi bitter tak tentu arah kat media sosial. Berdengki dengan life orang 24/7. Sebab penat!

Orang yang penat akan merentan "Tak faham dengan mak bapak yang boleh tinggalkan anak kat maid, pergi honeymoon"

"Tak fahamlah dah jadi isteri and mak masih lagi nak me time dengan kawan-kawan"

"Tak fahamlah jadi mak tapi hari-hari order Grab"


Hello? Dia order Grab bukan maggi goreng, ya. Tu ha Absolute Thai proper meal. Dapur tak kecah. Makanan pun sedap.

Aku ni nampak je macam tak jaga anak. Padahal aku jaga, cuma aku tak buat semuanya sendiri. Ada beza antara tak jaga anak, dengan delegate tugas supaya kita boleh jadi versi ibu yang lebih tenang dan waras. 

Balik dari kerja, lepas mandi, makan berdua dengan En Wan. Lepas makan, kitorang duduk depan TV tengok berita sambil teman Redza buat homework. Masa tu la bersembang, gurau-gurau, main Lego. Bila Redza dah tido, kitorang berdua baring berdua depan tv tengok VCD. Kitorang tetap ada masa untuk anak and pasangan. Toksahlah kau assume macam-macam. Yang takde masa nak buat semua tu, kau je. Hanya kerana kau cannot find time buat semua tu, jangan ingat orang lain jalani life yang sama juga. You choose that life, enjoy je la. Aku pilih cara aku.

I don't believe in the idea of ​​"women have to do everything". Kalau lelaki boleh balik kerja dan terus baring tengok TV, kenapa perempuan tak boleh? Kenapa bila perempuan buat macam tu dicop tak bertanggungjawab? That's why I was very firm from the beginning. I NEEDED HELP. Aku ambil maid. 

Gap antara bibik Yani balik Indonesia dengan nak tunggu new bibik masuk, aku simplify-kan hidup. Letak Redza kat nursery. En Wan beli makanan luar. Baju hantar dobi siap gosok. Sebab we both tak nak penat. Kalau penat, nanti sama-sama stress. Bila stress, nanti anak jadi mangsa. Kita nak happy-happy.

Orang yang paling selalu orang lupa dalam rumah tangga ialah, ISTERI. Semua nak jaga hati suami. Nak jaga anak. Nak jaga rumah. Tapi siapa nak jaga hati isteri? Ada siapa tanya isteri "Are you okay today?"

That's why I drew the line early on. I didn't wait for people to understand me. I had to make my own decisions. Dan sebenarnya En Wan pun tak pernah kisah. Sebab dia nampak effort aku dari cara lain. Aku support dia dengan berkongsi expenses, dan bagi dia kebebasan untuk fokus pada kerja. Sometimes dia kena masuk kilang pukul 1-2 pagi, and some more or weekends. Isokay. Kita simplify mana yang boleh. 

Our house is not perfect, tapi tak ada jerit marah anak sebab stress. Tak ada muka monyok sebab penat urus rumah sorang-sorang. Bila rumah tenang, anak insyallah membesar dalam suasana yang stabil. Menjadi mak bukan tentang masak hari-hari. Bukan tentang basuh baju sendiri. But about being present emotionally and mentally for the family. And to do that, kau kena ada ruang untuk diri sendiri. Kau tak boleh bagi dari gelas yang kosong. So isi gelas kau dulu dengan rehat, dengan tenang, dengan freedom, dengan entertainment. Baru kau boleh bagi dengan ikhlas kat keluarga.

And today, aku masih dengan prinsip yang sama. Walau orang kata pelik, I know I am happy. Kalau kau rasa perlu jadi mak yang masak sendiri, urus semua benda sendiri, dan kau enjoy buat semua tu, go ahead. I respect that. Tapi kalau kau macam aku yang tak nak ulang penat lelah zaman kecil, and want to live a little more than the kitchen and the washing machine, buatlah apa yang kau seronok. Kita semua mak-mak. Tapi mak yang bahagia tak semestinya mak yang sentiasa penat. Kalau jadi “mak moden” tu salah, biarlah aku jadi salah yang bahagia.