Mesti orang ingat aku ni bias. Manjang je puji Johnny Huang. Tapi kena ingat satu benda. Aku bukan baru sehari dua jadi peminat retis Cina. Since age 12 lagi aku dah ke arah kecinaan. Kalau buat tesis industri entertainment cina, A+ dalam tangan 😆. Segala macam jenis pelakon, penyanyi, even pengarah, dari yang legend sampai yang suam-suam kuku. Sampao sekarang playlist aku kekal ada lagu cina yang dari zaman 90an. Begitu setianya. Aku tak pernah silap lagi pilih artis yang betul-betul ada KUALITI.
Nak bukti? Aku bagi.
Dulu zaman sekolah, aku pilih Leslie Cheung. Ini legend yang bukan calang-calang. Yang betul-betul faham industri hiburan Asia akan cakap benda sama, iaitu Leslie bukan sekadar penyanyi atau pelakon. Dia IKON. Dia pegang entertainment Asia semasa hayat dia, dan until now fanclub dia masih hidup. Dah lebih 20 tahun dia mati, orang masih sambut birthday dia setiap tahun, masih main lagu dia, masih ulang tayang filem dia. That’s not fandom. That’s LEGACY.
Kau baca atas tu dia kata apa? Even CNN recognized Leslie Cheung as world icon.
Retis kedua yang aku minat sampai sekarang, Beyond. Terutama Ka Kui (lead vocalist). Jangan tanyalah pengaruh dia dalam muzik rock Cina. Sampai sekarang lagu-lagu Beyond masih orang main be it secara live, dinyanyikan balik oleh generasi baru, di-cover, atau dijadikan lagi background program motivasi. Lagu Boundless Oceans Vast Skies, siapa tak kenal? Gegar Vaganza pun pernah main lagu ni. Cuba fikir, berapa ramai artis dari generasi lepas yang masih kekal relevan lebih dua dekad lepas dorang mati? Tapi Leslie and Ka Kui kekal relevan.
Sekarang, untuk generasi terbaru ni, aku pilih Johnny Huang (Huang Jingyu). Ini bukan suka-suka punya pilihan. Bukan sebab muka. Muka dia pun bukan kategori pretty boy. Dan bukan juga sebab hype. Sebab dia low key. Takde apa yang nak di-hype-kan. Aku minat dia sebab track record dan kualiti kerja yang sangat konsisten dan bertambah mantap dari tahun ke tahun. Kalau kau ikut perkembangan career Johnny dari awal, kau akan nampak satu benda — dia bukan jenis yang kejar populariti. Dia hanya pilih skrip yang mencabar, yang lain daripada yang lain. Dan setiap kali dia ambil satu watak, dia akan masuk sepenuhnya. Dia bukan pelakon yang bergantung pada populariti. Dia pelakon yang bergantung pada substance.
Masalah dengan ramai pelakon sekarang ni, fans lambung-lambungkan sebab rupa je. Nak-nak lagi zaman media sosial. Hampeh belaka. Follower berjuta, bila layan drama alahaiiiii lembik. Balik-balik genre romcom. Tak berkembang otak aku. Ambil contoh Yang Yang. Mintak mahap la yang minat Yang Yang. Secara objektif, dari segi lakonan, dia ni macam sepohon kayu. Statik. Kejung. Nak harapkan ekspresi muka pun takde. Pakkal muka hensem, tu je modalnya. Tak caya tengok drama Fireworks. Dia dengan Wang Churan memang sekufu betul kayunya.
Miles Wei lagi satu. Dia ni muka memang pretty. Duda. Age 34. Patut lakonan dah matang sebab dah berusia. Aku cuba bagi peluang. Sebab aku taknak bias. Aku tengok empat drama Miles. Tapi semua genre lebih kurang sama, watak pun tak berkembang. Sama je gaya, cuma tajuk drama je berbeza. Tak ada range. Tak ada depth. Macam pelakon autopilot. 4 drama dengan genre yang sama. Watak macam biasa la — watak mat smart, CEO. Letih.
Tu yang aku cakap, pelakon jambu ni laku dalam drama cinta je. Sebab itu kelebihan dorang. Bila terlalu bergantung pada genre yang sama, lakonan takkan evolve. Skrip sepesen, watak pun macam dicreate dari acuan yang sama. Letih weh nak tengok drama dengan storyline recycle dan acting yang predictable. Aku tak paham camana orang boleh bertahan tengok genre yang sama, dengan gaya acting yang sama dari orang yang sama. Dahlah sampai 25-30 episod. Muntoh nak menghabiskan.
Sebab tu bila aku tengok drama Johnny, rasa puas! Setiap drama dia berikan feel dan color yang berbeza. Contohlah, dalam The Thunder, dia bawa watak undercover cop yang berat dan gritty. Dalam Ace Troops pulak dia mainkan watak askar yang kena survive training brutal, naik pangkat, hadap perang, dan dalam masa sama struggle dengan konflik dalaman. Watak dia dalam Ace Troops paling aku suka. Dia carry sedih, kasar, humour, derita, struggle — semua dalam satu drama.
Kalau kau tengok Love Song in Winter, dia boleh jadi romantic lead yang subtle dan matang. Dia kalau berlakon romance, tak cliche dan tak melebih. Macam cool-cool. Lagi sorang yang kalau berlakon romance cool-cool adalah Wang Kai.
Lepas tu tengok Johnny dalam The First Shot, dia jadi polis narkotik. Last year ini jadi The Most Outstanding Drama. True story. Cukup kau tengok empat ni nanti kau boleh nampak perbezaan his acting. Watak bukan satu dimensi.
Johnny ni pelakon yang tak malu untuk masuk zon tak selesa. Dia sanggup potong rambut, naikkan atau turunkan berat badan, jalani latihan askar betul-betul, belajar tembak senjata, dan macam-macam lagi semata-mata nak jadi believable dalam watak dia. That’s what I respect. His dedication. Dalam filem Operation Red Sea, dia sanggup ditraining oleh navy sniper sendiri. Dalam filem Formed Police Unit dia satu-satunya pelakon yang willing masuk training dalam kem selama 3 bulan. Dalam My Dear Guardian dia sanggup potong rambut gaya rekruit. Sampai sekarang police and tentera sebenar panggil dia Officer Huang sebab his dedication to make his watak jadi real. Bukan semua pelakon sanggup buat macam tu.
Sejak Johnny menang di Asian Film Awards, yang mana sangat susah pelakon dari China nak menang kategori utama, tak ada lagi pelakon dari China yang capai level tu. Tapi yang ni tak peliklah. Selalunya pelakon-pelakon yang diiktiraf di peringkat antarabangsa memang tak popular lat negara sini. Betul tak?
Tapi faktor utama Johnny tak terlalu dikenali di kalangan orang luar China adalah sebab dia tak fit wajah pretty boy lain. Walaupun kat China dia adalah A-list actor, kat luar dari China dramanya tak ramai orang kenal.
Why? Sebab dia bukan jenis yang suka drama di luar skrip. Dia tak masuk gossip murahan, tak create kontroversi untuk viral. Perasan tak setiap drama genre cinta mesti ada fake relationship atau orang sana cakap “shipping”? Itu cerita-cerita bangang nak melakukan drama. Terpaksa buat fake relationship. Dan selalunya artis memang kena engage with this stupid fake relationship sebab management dorang dah agree untuk buat macam tu. Johnny memang tak layan. That’s why drama dia selalu kena boikot dek press sebab dia tak layan gossip murahan macam ni. However disebabkan his acting skill is powerful, walau tanpa marketing dari press, dia tetap banyak dapat job.
Bagi orang yang betul-betul tengok kualiti kerja, kita tahu siapa yang layak dapat recognition. Johnny ni underrated, bukan sebab tak bagus, tapi sebab dia tak pandai menjual diri. Kalau kau tak pernah tengok dia berlakon, aku cadangkan kau mula dengan Ace Troops (iQIYI). Lepas habis, kau datang balik sembang dengan aku. Aku yakin kau akan nampak apa yang aku nampak — pelakon yang betul-betul ada jiwa dalam lakonan.
Aku observe Johnny dari 2018. Dari Leslie ke Ka Kui ke Johnny, semuanya ada satu pattern yang sama which is INTEGRITI. Kerja-kerja dorang semua tinggalkan kesan. Bukan spesis buat kerja untuk trending. Antara 3 ni cuma Leslie je yang ada complete pakej — can sing, can act, can write songs, can direct filem, can produce filem DAN ada rupa.