Pages

2024-11-29

Abs Trimmer TAK BOLEH bakar lemak!


Hari tu ada someone DM aku tanya kalau dia nak guna abs trimmer boleh kurus tak sebab perut dia buncit.

Jawapannya, TIDAK.

Semalam aku up kat IGS information pasal Middellyf Shaping Brief pun ada yang tanya "Kalau tak boleh hilangkan lemak, apa fungsi kita pakai seluar ni?"

Aku tak tahulah malaun mana buat marketing abs trimmer and shaping brief boleh bakar lemak. Meh sini aku nak ketuk. Menyusahkan orang betul. Ramai dah percaya bila pakai bendalah ni semua boleh kurus.

TAK BOLEH.
TAK BOLEH.
TAK BOLEH!

Abs trimmer tu fungsinya untuk bagi badan berpeluh saja. Bila pakai kat perut, somehow dia traps body heat yang buatkan bahagian perut berpeluh. Maka, yang hilang adalah dari perut adalah air, bukan lemak. Bila air hilang dengan banyak, it gives the illusion perut makin kempis. Padahal tak. Semua orang kena faham yang badan TAK bakar lemak dari kawasan tertentu. Badan akan bakar lemak secara meneyluruh, bukan lokasi alat yang dipakai. Contoh, sit ups. Orang kata buat sit ups boleh kempiskan perut. Hakikatnya, TAK. Lemak TIDAK BOLEH dikurangkan dengan cara spot reduction. Apa yang sit ups buat adalah menguatkan otot perut saja. Sit-ups fokus kat otot-otot teras, macam otot six-pack and bahagian tepi perut, and otot perut yang lebih dalam. Dia tak kacau lemak pun. Yang buatkan lemak berkurang adalah, bila otot kuat, otot tu yang akan bakar lemak.

Pernah dengar skinny fat, tak? Orang tu kurus tapi body fat banyak. Sebab apa? Sebab badan dia takde otot. Bila someone takde otot, atau otot tak kuat, walaupun dia kurus, yang buatkan dia kurus adalah kerana otot mengecut. Bila otot kecut, lemak tak dibakar. Badan jadi kurus lembik. Suruh angkat barang, tak larat. Puncanya, otot takde. Badan jadi terlampau lembik. Lemak pada perut adalah jenis lemak degil yang tak boleh dikurangkan dengan senaman. Walaupun otot perut jadi lebih kuat selepas buat sit-ups, lapisan lemak atas otot itu mesti dikurangkan melalui DIET. Sebab itu sains bagi formula, kalau nak kurus, 80% diet, 20% bersenam. Sebab senaman TAK AKAN buatkan kita kurus. Kalau nak sihat, yes. Banyakkan bergerak. Tapi kalau nak kurus, takde pilihan lain, kena kurangkan kalori intake.

Tapi, nak kurangkan kalori intake tu yang bukan semua orang tahan nak lalui. Nak menahan dari teringin nak makan tu yang payah. Benaunya tak lapar mana pun. Tapi TERINGIN tu yang payah nak buang. That's why our GC PLUS bukan fat burner. Kita punya GC PLUS stimulate serotonin, so that bila serotonin optimum dalam badan, perasaan kurang nak makan tu menjadi lebih baik.

Proses untuk kurus perlukan masa melainkan kau nak buat EXTREME DIET. Stop terus karbo - no nasi, no tepung, no sugar - selama sebulan. Memang drop badan kau. Eat protein and fiber only. Buatlah. Memang berdesup turun berat. However, ada negative side-nya. Bila badan terlampau kurang karbo, badan akan gunakan lemak dalam badan as tenaga. Penggunaan lemak akan hasilkan keton as by product. Bila keton terlampau banyak, akan bagi tekanan pada buah pinggang. Pernah ada orang bagitau dia terpaksa stop GC Plus sebab creatinine tinggi dalam badan. Aku tak rasa disebabkan GC Plus. So aku tanya rutin makanan dia. Dia buat Atkins Diet (makan protein banyak, karbo hanya less 20 gram sehari). Sometimes dia tolak karbo terus.

Cara ni memang berat turun cepat sebab takde karbo. Karbo bila masuk badan menjadi gula. Gula akan ditukar menjadi lemak. Jadi bila stop karbo, maka takde lemak yang terbentuk. Badan akan gunakan lemak-lemak tersedia dalam badan as sumber tenaga. Lama-lama lemak dalam badan menyusut. Tetapi, keton dihasilkan dengan banyak dan akan bagi tekanan pada buah pinggang. Inilah punya creatinin tinggi. That's why orang kata jangan buat diet extreme sebab kesannya tetap ada.

Kurus memang ambil masa. Kena buat dengan konsisten. Tak boleh hari ni buat, esok tak buat, lusa buat, minggu depan sepanjang minggu tak buat. Konsisten. Ada sorang client En Wan bagitahu aku dia ambil Maaltyd for 3 months kalau tak salah, loss 7 kg. 3 months loss 7 kg. Yang kau nak 3 days loss 7 kg. Pitam.