Pages

2024-08-01

Daripada hidup terluka 40 tahun, baik hilang je suami macam ni.



Komen suami kat screenshot sebelah tadi, entah kenapa aku rasa kesian kat wife dia. Aku berharap isteri dia bekerjalah hendaknya, bukan suri rumah. Sebab “masukkan dalam saving isteri RM5, RM10 atau RM50 sebulan untuk simpanan masa depan” is seriously KEJAM. Komen pun nampak sombong. RM5 sebulan simpan untuk bini pastu berangan itu untuk masa depan? Kau ni mental ke apa, bang.

Apa yang dia dah sediakan tu kebanyakan rumah pun ada. Vacuum cleaner. Cerek elektrik. Mesin basuh. Periuk letrik. Itu semua benda basic zaman sekarang. Payah nak jumpa rumah yang takde periuk nasi letrik and mesin basuh zaman sekarang ni. So apa yang bangga sangat dengan “SAYA DAH SEDIAKAN SEMUA”?? Zaman sekarang, kalau rumah takde mesin basuh dianggap pelik. Jadi bila rumah kau ada mesin basuh, that's normal. Bukan mewah pun tu. Faham?

Dalam satu buku Ustaz Kazim yang aku pernah baca, dia tulis - cash money tak wajib suami beri pada isteri sekiranya suami dah sediakan segalanya. SEGALANYA tu bukan sekadar basic, ya. Dan bukan juga sekadar barang keperluan rumah, tetapi keperluan peribadi isteri. Keperluan asas tu yang macamana? Makanan, pakaian, dan tempat tinggal. Now, perubatan dah jadi keperluan asas yang setiap suami wajib sediakan. However, this responsibility doesn't stop there. Keperluan peribadi isteri kena ambil kira juga. Bini kau bukannya whiteboard. Dia pun perlu keperluan peribadi macam beauty products, personal care items, pakaian yang selesa dan sesuai dengan keadaan, dan juga hiburan yang tak melanggar syariat. Ada kau provide dalam "SEGALANYA" tadi?

Look. Semua keperluan ini memanglah ikut kemampuan suami. Islam tak membebankan seseorang di luar kemampuannya, tetapi, seorang suami perlu berusaha sebaik mungkin untuk memenuhi tanggungjawab ini. Nafkah dari suami bukan sekadar sediakan keperluan asas, tapi memastikan isteri rasa dihargai dan dijaga dalam semua aspek kehidupan.

Dari pengkomen ni menulis, apa yang aku nampak, dia tahu tak salah pun kalau nak bagi cash sekiranya mampu, tetapi dia memilih untuk MENGHASUT suami-suami di luar supaya jangan memanjakan isteri dengan cash. You know why? Sebab dia TAK MAHU bagi wife dia cash. Itu sebab sebenarnya!

Hinanya bila dia ajak para suami bagi isteri RM5 saja sebulan. Kau ingat suami-suami kat luar tu kedek macam kau? Jenis laki macam ni dia merasa dah provide banyakkkkkk sangat dalam rumah tangga, maka isteri tak layak dapat lebih dari apa yang dah disediakan. Selalunya suami yang macam ni adalah breadwinner of the family. Tanggungan besar. Sebab tu aku cakap perempuan tak banyak sikit mesti ada income sendiri. Sebab suami adalah manusia. Manusia ada perangai. Datang angin gila dia tak nak bagi kau cash money, mati kutu nanti. Isteri yang tak bekerja, sementara laki korang masih siuman, pujuklah dia hantar korang belajar memandu. Ambil driving licence dulu. Ini penting.

Lepas grad, Mak Aji hadiahkan kereta Kancil. Tapi masa tu aku takde lesen. Nak lesen pakai duit sendiri dia kata. Tapi aku tak nak ambil sebab waktu tu tak nampak lagi keperluan. Bila dah kawen, En Wan hantar belajar driving. Sebelum register class, setiap malam dia ajar aku driving kat shop houses area USJ21. Area tu masih kosong. Sesuai untuk belajar. Belajar waktu malam pulak tu. Dahlah garang. Drive sambil nangis kena marah sebab bengap sangat terkial-kial 😆. By the time masuk kelas driving, aku dah familiar dengan stereng kereta. Satu kali test, lulus.

Pastu nanti dah ada lesen, pujuk suami belikan kereta second hand. Biar second hand, asalkan nama kereta tu atas nama kau. Pujuk pelan-pelan. Alah, nak pujuk suami sendiri takkan itu pun aku nak ajor. Cakaplah, kalau ada kereta at least kau boleh hantar and jemput anak ke sekolah, tak susahkan dia. Boleh jimat duit bas sekolah. Kalau ada emergency kau ada kereta untuk gerak ke sana sini. Nak ke pasar pun tak payah susahkan dia, kau boleh settlekan. Dia boleh tumpu pada kerja. Gitu ayatnya. Percayalah cakap aku, suami-suami kita semua lembut hati. Kena ada cara je.

Cash money tu tak banyak sikit, usahakanlah dapat dari suami. Janganlah RM50 oiii. Kejam sangat. Yang ni kau pandai-pandailah adjust. Cash di tangan sangat penting. Sebab apa? Sebab kita hidup berkeluarga. Ada kenduri-kendara, nak hulur sikit. Nak visit relatives, bawa buah tangan sikit. Nak balik kampung, hulur sikit ke mak bapak. Semua nak pakai duit. Selalunya bila cash takde kat tangan, we tend to tak bercampur orang. Lama-lama jadi kera sumbang. Entahlah, aku takleh terima suami yang tak bagi cash kat isteri. Kalau isteri bekerja maybe ada ampun sikit. Kalau isteri tak bekerja, how? Kesian.

Aku pun tak terima cash dari En Wan. Sebab kalau cash ada kat tangan konfem aku kerjakan nanti. Jadi aku minta dia bagi dalam bentuk savings and investment. Setiap bulan nafkah dalam bentuk itu. Yang ni barulah boleh dikatakan "untuk masa depan isteri". Bukannya masuk RM5 sebulan pastu berangan bini boleh survive esok dengan RM5 kau tu. Hampeh. 

Aku harap lelaki ni dah sediakan hibah RM500K untuk isteri. Kalau tak, sadaqallah la bini kau nak survive dengan simpanan RM5 sebulan. Lelaki macam ni yang perasan berkuasa penuh atas isteri, dia lupa agaknya one day dia akan mati. Once kau mati esok, tunggang-terbalik anak bini nak survive. Dibuatnya mak bapak tuntut segala harta faraid, apa je yang tinggal kat bini? Ditambah pula dengan hutang kau bini nak settlekan. Cukup RM5 sebulan tu? Coli pun RM15 sehelai bang. Itu cara-cara coli kat longgok-longgok tau, bukan yang gantung punya. RM5 my foot!

Aku menyampah dengan lelaki yang bangga cakap "Lelaki berkuasa penuh dalam keluarga". Sangat ketara dominant attitude-nya. Jenis ni tak respect opinions atau perasaan other family members. Jenis yang kalau buat decisions ikut kepala dia sorang without considering anyone else’s input. Perasaan dominan inilah yang kendian jadi keangkuhan. Merasa diri terpaling hebat dan terpaling tau semua dan lebih berhak daripada yang lain. Dia rasa bila dia berkuasa, keluarga jadi bahagia sebab macam dia provider and protector padahal dialah punca takde ketidakseimbangan in the family relationship.

Dalam sebuah keluarga, keadilan is key to harmony. Lelaki yang merasa dia ada kuasa penuh SELALUNYA tak berlaku adil dan tend to abaikan keperluan dan hak isteri dan anak-anak. Seorang suami patutnya jadi pemimpin yang adil, bukannya diktator! Dalam Islam, suami memang ketua keluarga. Tapi menjadi ketua tak bermakna kau berkuasa penuh atas orang bawah. Ketua yang baik bukanlah seorang bos, tetapi leader. Leadership in Islam emphasizes fairness, compassion, and shared responsibility. Ketua keluarga yang baik adalah yang mendengar, yang memahami, dan berlaku adil kepada semua ahli keluarganya, especially suri hati sendiri.

I have no idea macamana isteri yang ada suami macam ni bertahan duduk serumah bertahun-tahun. Tido sekatil pulak tu. Nak melayan dia lagi. Uii, I is kenot. Daripada hidup terluka 40 tahun, baik hilang je suami macam ni. Aman.