Pages

2024-07-29

"Rank" dan "Score" tak sama.


Setelah 2 minggu aku join whatsapp group parents Kolej MARA Banting yang anak-anaknya dapat Sheffield, hari ini aku keluar group. Sebab Redza akhirnya terima offer dari pilihan pertamanya, Univiersity of Birmingham. Alhamdulillah. Seronok betul Redza.

Redza mohon pilihan pertama Birmingham, pilihan kedua Sheffield and pilihan ketiga Warwick. Tiga-tiga ni dia dapat unconditional offer sebelum exam IB start. Tapi Warwick dia tolak lebih awal sebab course yang dia dapat is Data Sains, kurang berminat. Malam yang result keluar tu, offer dari Sheffield terus masuk. Birmingham masih belum hantar sebarang offer tapi nama Redza masih dalam list. After 1 week, masih belum dapat official letter, kitorang proceed dengan deposit accomodation di Sheffield dulu. Takut tak dapat bilik yang selesa. Nampaknya kena let go the room.

Now Redza berharap sangat kawan baik dia di Langkawi yang tengah tunggu result A-Level (Kolej MARA Seremban) dapat Birmingham juga. Geng-geng Langkawi ramai minta Sheffield and Birmingham katanya. Ntah hape dorang nak buat kat sana agaknya. Bukak perkampungan batch Xanthron agaknya. Persiapan Redza setakat ni hanya medical checkup yang dah settle. Nak buat Visa kena tunggu dokumen dari Birmingham dulu. Buat masa ni, keadaan masih tenang. Tunggu bulan depan baru start kalut.

Yang bertanya aku hantar ke tak. TAK. Tak pergi. Bagi budak-budak ni berlepas dulu. Dah settle semua kat sana, baru aku menyusul insyallah. But not this yearlah. Tahun ni En Wan dah pergi 4 negara. Tak larat dia kata. Kasi bertenang dulu.

By the way, post aku minggu lepas tentang "Apa beza anak duduk di rumah until 13 tahun dengan until 17 tahun". Sorang mak ni tanya macamana aku monitor performance Rayyan. Sebab Rayyan skolah harian.

Aku ni mak yang tak berapa nak tengok ranking anak. So far tak pernah lagi aku monitor ranking anak-anak, baik Redza mahupun Rayyan. Sama ada dorang naik pentas hujung tahun atau tak, tak kisah. Yang penting adalah score. "Rank" and "Score" are two different things. Score is based on performance. Rank is position. 

Yang buatkan kita stress adalah bila kita fokus pada rank. Masa kat TKC, aku sempat ambil beberapa monthly test. Dalam satu test maths, score aku 43/50. Separuh dari kelas dapat markah 49/50. Kalau kat sekolah harian, rank aku tinggi dah tu. Tapi kat TKC, rank aku maybe yang ke 100 kalau dengan marks gitu. Kahkahkah.

Zaman aku dulu, yang scorer dah masuk SBP awal-awal. Nak berlumba ranking dalam kelas lebih senang berbanding berlumba ranking di TKC. Ini aku cakap pasal aku ya, bukan pasal orang lain. Ada dormmate aku dulu nama dia Wahyu. Dia quit lebih awal dari aku. Kau tahu dia quit sebab apa? Sebab dia rasa performance dia teruk. Padahal dia scorer kot. Tapi dia kata rangking dia jatuh. Dia stress. Kitorang syak budak ni mesti Darjah 1 sampai Darjah 6 tapau nombor 1. Bila masuk TKC dapat nombor 3 dah stress. Aku agak gitulah.

Masa aku sekolah rendah, nombor paling tinggi aku dapat adalah tempat ketiga. Selain dari tu adalah hadiah mata pelajaran terbaik. Nombor 2 pun tak pernah lekat, let alone nombor 1. That's why bila aku dapat TKC, ramai kawan sekelas pelik. Dorang terkejut macamana aku boleh dapat. Sebab aku bukan budak yang always naik pentas hujung tahun. Tapi aku tahu subjek UPSR (BM, English and Maths) memang aku pegang. Subjek lain macam Seni, Agama, Muzik, Alam & Manusia tak berapa score sangat. Itu yang buatkan rank aku tak tinggi dalam kelas.

Kita mesti tahu apa kita nak. Kalau kau kejar rank, kau memang kena tapau semua subjek. Letihlah gini. Aku memang taklah nak letih-letih gini. Dari Darjah 5 aku dah set nak straight As UPSR. Dari Darjah 5 dah pulun prektis 3 subjek tu saja. Everyday buat latihan 3 subjek tu. Sampai lunyai buku teks balik-balik benda yang sama aku buat. Subjek lain tu studylah juga, tapi idoklah beria macam subjek UPSR. Alhamdulillah, straight As. Tapi keluar TKC. Sebab? Sebab masuk boarding tak pernah ada dalam aim aku. Aku aim nak dapat straight As saja.

Anak-anak pun prektikkan cara yang sama. Ranking is no problem. Masa sekolah rendah dulu, Redza bukannya setiap tahun naik pentas. Dia hanya kekalkan kedudukan dalam kelas pertama saja. Ranking boleh pelbagai. Takde hal. Tapi scoring kena betul. As long subjek UPSR A, I am ok. Sebab itu misinya pun. Malangnya masa tahun dia UPSR, kerajaan perkenalkan KBAT. Redza dapat 3A 3B saja untuk UPSR. But he was lucky, disebabkan tahun tu keputusan UPSR seluruh negara teruk akibat KBAT, syarat apply ke SBP/MRSM hanya perlukan 3A. Rezeki dia, selepas interview di MRSM Langkawi, dia dapat. The rest is history.

Masa dia di Langkawi, aku nasihatkan yang sam, iaitu, aim yang penting sahaja. Ranking tak penting. Toksah buat gila nak kejar ranking aku cakap. Dalam maktab semua cream student. Kalau nak kejar tempat pertama setiap tahun, mau kemurungan kau nanti. Aim yang penting aja sudah. Jadi, dia aim untuk dapat Pengiktirafan Pengetua setiap semester. Itu dah memadai. Sebijik macam perangai mak dia. Mak dia masa blaja dulu aim nak convert loan ke scholar sahaja. Siapa nak CGPA 4.0 silakan. Siapa nak Dekan setiap semester silakan. Aku cuma nak capai CGPA 3.5, asal boleh convert loan ke scholar. Itu misinya. Alhamdulillah berjaya dapat belajar free.

Rayyan pun gitu. Dia naik pentas sepanjang di sekolah rendah hanya 3 kali. Bukannya setiap tahun. Bila dapat STAR, cikgu kelas tak terkejut pun because his score dalam setiap exam tak jahanam sangat. Cuma ranking dia tak power. 

Result BM Rayyan masa mid term di STAR, failed. Result BM exam tahun lepas di sekolah harian, lulus. LULUS ya. Belum score tau. Sekadar lulus. Aku punyalah seronok. Kahkahkah. Exam dia yang baru-baru ni BM dapat 58/100. Ada improvement. Bagus. Bagus aku cakap dia. Aku hadiahkan dia buku Murakami. En Wan kata "Papa tak mintak banyak, exam hujung tahun adik dapat 65 Bahasa Malaysia, papa beli 10 novel terus". 65 tau. Bukan 95. Ni kalau cikgu BM dengar mahu menangis. Redza bersorak dengar result BM Rayyan 58. "Fuiyoooo! Terer adik!" Orang mesti kata "Keluarga ni gila. 58 pun bersorak" 😆.

Korang kan kalau nak tanya pasal tips-tips motivate anak atau achievement anak, jangan tanya aku tau. Aku orang yang kurang tepat untuk ditanya. Kau kena tanya parents yang follow rapat anak-anak punya performance. Parents macam tu bagus kalau nak mintak tips.