Pages

2023-02-06

Tidurlah Intan


Hari tu sembang-sembang dengan Rayyan pasal menulis karangan.
BM dia kan ke laut dalam. Aku cakap dulu aku suka baca buku.
Walaupun aku tak pernah bercuti melancong ke tempat-tempat best setiap kali cuti sekolah, tapi aku boleh menulis tentang percutian seakan-akan aku pernah ke sana.
Dia tanya macamana aku boleh imagine percutian tu?
Aku jawab, "Because I read a lot".

"Tapi mama kata mama takde duit nak beli banyak buku?"

"Mama pinjam buku kawan-kawan. Antaranya Tidurlah Intan".


Aku ceritalah buku Tidurlah Intan ni buku yang sangat famous.
Anak-anak orang berduit konfem ada the whole set.
Library setiap sekolah mesti ada buku ni punya. Cuma berebutlah nak membaca.
Budak-budak dulu rajin membaca.
Tidurlah Intan ni manjang je ada orang booking.
Kalau dapat, dapat. Kalau tak, setahun baru sampai turn kau.

Aku cerita aku pernah nak pinjam buku ni dari seorang kawan sekelas.
Dia ada the whole set. Aku cakap nak pinjam 1, buat baca kat sekolah.
Tak bawa balik rumah pun.
Dia suruh aku sharp-kan semua pensil color dia baru boleh pinjam. Aku sharp.
Lepas settle sharp, dapatlah baca buku tu.
Time rehat aku habiskan satu buku.
Punyalah nak baca sangat, sampai tak makan pun tak apa.

Rayyan terperanjat. Dia tanya, "Kenapa mama buat diri macam slave?"

Dia anggap aku memperhambakan diri jadi tukang sharp pensel orang demi nak pinjam buku.
Hmmm..entahlah. Tak terpikir pulak masa tu aku memperhambakan diri atau memperbodohkan diri.
Aku anggap macam return the favor je. Macam balas budi gitu. Ke salah cara aku?

Tapi bila pikir-pikir balik apa Rayyan cakap, maybe dia juga betul.
Bagi dia, it you want to do good, bagi orang pinjam baca buku, bagi je lah.
Kenapa nak kena suruh orang sharpkan pensel pulak.
Perspektif aku pula, adat meminjam kenalah ada berbudi bahasa.
Kita nak 'sewa' buku tu dengan duit, kita takde duit. Yang ada cuma kederat.
Maka gunakanlah kederat ni untuk tolong sharp pensel dia.
Perspektif aku betul juga, kan?

Pernah dulu kami ada kerja berkumpulan.
Cikgu minta wakil setiap kumpulan ambil something from her selepas waktu sekolah, di bilik guru.
Ahli kumpulan aku masing-masing justify kenapa dorang perlu balik awal dan tak perlu tunggu.
Yang sorang kata dia ada water color Buncho untuk this project.
Yang sorang cakap dia akan beli 4 jenis kertas warna.
Yang sorang kata dia provide kotak kasut untuk this project.
Aku takde apa nak provide.
Jadi aku faham sendirilah, aku offer diri untuk tunggu.

Hari tu aku balik dari sekolah lambat, around 2.30 sampai rumah.
Mak Aji agaknya call rumah beberapa kali tak berangkat, dia nak make sure aku dah sampai rumah tak merayap tempat lain.
Balik dari kerja kaw-kaw aku kena.
Mak Aji cakap "Apesal kau pulak yang membodohkan diri pegi tunggu? Kawan-kawan kau semua bijak lepaskan diri balik awal".

Masa tu aku diam je.
Sebab kalau aku bagitau "Sebab dorang semua ada Buncho water color, magic color, boleh belikan 4 kertas warna, boleh provide itu ini -- yang semuanya pakai duit, sedangkan aku tak dapat provide apa-apa" -- karang mak aku terasa pulak.
Jadi aku pilih untuk diam.

Kadang-kadang people tend to nampak diri dipergunakan hanya kerana tak berduit.
To me, it is not always about dipergunakan, tetapi cara kita memahami situasi.
Kalau dah jelas kita tak berduit, atau sumbangan kita dari segi material tak sebanyak orang lain, faham-faham sendirilah kena top up dengan kederat.
Memanglah nampak macam "Untunglah jadi kaya, takyah buat kerahan tenaga".
Kalau itulah cara kita berfikir, maka silakan masuk group yang semua benda pun pakai tenaga, tak pakai duit.
Lepas tu tengok apa bentuk masalah pulak yang kau kena hadap.

Sekarang ni macam dah terbalik.
Yang tak berduit, yang takde apa, always anggap diri mereka dipergunakan, atau diperhambakan.
Suruh buat itu, dah mengeluh.
Suruh buat ini, merungut.
Siap membandingkan "Apesal dia tak buat, apesal saya kena buat?".
Karang kalau cakap "Orang tu dah sponsor banyak dah. Yang tak sponsor kenalah sumbang tenaga pulak" -- sentap pulak.
Jenis inilah yang sebenarnya berkira sangat dengan kerja.

Aku bercakap berdasarkan pengalaman.
Dari zaman sekolah sampai kerja, mentaliti 'miskin' ni ada.
Kadang-kadang individu tu tak miskin mana, tapi mentalitinya miskin gila.
Jenis yang semua benda nak kena consider dia.
Dia takde usaha untuk contribute lebih.
Jenis yang tak nampak dirinya perlu membantu.
Dia hanya nampak orang lain perlu bantu dia.