Pages

2022-09-29

Kenapa kau bagi nafkah sikit tak masuk akal?


Ini respond follower pada post ex-DDNK hari tu.
Dah tentulah RM2500 tu pada some people, banyak.
Sebab kita dari awal dah hidup ala-ala marhaen punya belanjawan.
Tapi untuk golongan T20, RM2500 sebulan nafkah anak memang tak cukup, ya.
Kalau tak hantar anak ke private school pun, nilai RM2500 ni masih tak cukup bagi T20.
Ini bukan soal tak bersyukur.
Kalau tak mampu, lain cerita. Ini soalnya mampu.
Dari awal dah equip anak dengan kelas tusyen, kelas renang, kelas muzik, kelas ballet, kelas tekwando, kelas melukis.
Dari awal dah membesarkan anak dengan bilik tido beraircond, bilik air berheater, dalam bilik ada TV, ada playstation dan segala tok nenek monthly subscribes.

Sebab itulah Islam kata tanggungjawab menafkahi keluarga 100% atas bahu suami.
Kerana dari situ suami tahu apa yang dia mampu, apa yang tak.
Kalau rasa-rasa dari awal memang tak mampu besarkan anak-anak dengan duit gaji yang sekian-sekian banyak, maka cukup dengan sekadar yang mampu.
Tapi selalunya isteri-isteri yang ada income, dengan rela hati top up.
Untuk keselesaan bersama.
Yang aku selalu merasa pelik tu, some people, masa tinggal sebumbung, nampak macam mampu banyak benda.
Alih-alih bila dah berpisah nafkah anak RM200 je sebulan dia mampu.
Dah tu selama ni, siapa yang menanggung anak agak-agaknya?

Kalau selama ni suami bayar duit rumah RM1000 (paling rendah aku letak ni), kurang-kurang lepas bercerai, dari sini ekstraklah keluar RM500 sebab anak-anak masih tinggal dalam rumah tu.
Tempat tinggal anak masih tanggungjawan ayah ya, walaupun dah jadi bekas suami.
Lagi RM500 biar isteri bayar kalau dia duduk sekali.

Makan pakai anak dah tentu bapak kena tanggung.
Katakanlah selama ni suami allocate RM600 sebulan (pun paling rendah aku bagi ni), dan isteri topup selebihnya.
Bila dah bercerai, RM800 ni teruskanlah.
Kenapa kau nak minta diskaun?

Tu aku belum cerita perbelanjaan sekolah anak-anak, pakaian sekolah, yuran segala tok nenek.
Kalau selama ni kau mampu sediakan RM400 untuk bab ni, dan selebihnya isteri top up.
Maka, selepas bercerai RM400 ni teruskan seban dah bercerai anak tetap tanggungjawab kau.
Ini cara-cara perbelanjaan marhaen aku letak tau.
Kat sini je dah RM1500 patutnya nafkah kena bagi. Tu marhaen tau.
So what do you expect anak-anak jutawan ni, RM2500 sebulan? Seriously?

Sebab tu aku tak faham bila dah bercerai, kenapa kau bagi nafkah sikit tak masuk akal?
Ada yang bagi nafkah RM300 sebulan.
Padahal masa kawen dulu boleh pula provide lebih dari.
Tapi tak tahulah kalau memang dia mampu tanggung anak bini RM300 sejak dulu.
RM300 nafkah untuk sebulan?
Sehari RM10 je nak bagi anak-anak makan?
Nak suruh makan nugget 2 keping siang 2 keping malam ke camne?
Ada di kalangan FB friends aku yang pernah post bekas suami bagi RM200 je nafkah.
Tak boleh brain aku lelaki macam ni.
Eloklah pun bercerai.
Duduk dalam environment bapak yang bengap, takut nanti anak pun jadi bengap.

Teringat awal tahun pernah viral sorang perempuan putuskan pertunangan bila bakal suami masih lagi bergaji RM1100 tak naik-naik.
Ramai kecam budak perempuan tu.
Kata tak bersyukurlah. Taknak hidup susah sama-sama lah.
Mata duitan. Tahu nak hidup senang saja katanya.

Look. Kalau setelah berkahwin suami jatuh susah dan isteri sama-sama mengharungi kesusahan - itu wajar, kerana dorang dah berkahwin.
Tapi, kalau belum kawen kau kena prepare diri untuk hidup susah, malah lebih susah dari sebelum kawen, NAK BUAT APA?
Tu bangang namanya.
Dah tahu gaji bakal suami memang tak lepas untuk menanggung isteri, buat apa nak teruskan.
Kalau boleh tunggu, tunggu.
Kalau tak mahu, putuskan je lah.
Nanti bila dah tak tahan hidup susah, menyusahkan mak bapak pulak tetiap bulan nak hulur duit menanggung kau laki bini.

Memang betul rezeki datang selepas kawen.
Memang betul manusia akan berubah selepas kawen.
Tapi bak kata Ustaz Adi Hidayat dalam ceramahnya - "Memang benar manusia boleh berubah. Sebelum kawen malas solat. Selepas kawen dia berubah jadi taat. Tapi, kan lebih bagus urusan solat itu dibereskan dahulu sebelum kawen".
Maksudnya, apa yang kita boleh ubah, apa yang kita boleh perbaiki, kita perbaiki dulu sebelum kawen.
Bukan main pasrah berserah langgar je. Kendian pikir.
Takleh lah macam tu.
To me, aku sokong budak perempuan tu.
Nak hidup bersama ni, bukan sekadar berkongsi katil je. Banyak benda nak pikir.

Hari tu aku nampak orang cakap "RM20 tu bersyukurlah kalau suami bagi. Bagi kau sikit, tapi bagi dia boleh makan 2 hari!".
Nasib baik dia tak cakap depan aku.
Kalau cakap depan aku, memang aku bagi satu kali tepuk kat dahi.
Kalau RM20 tu kau rasa cukup untuk menanggung kau makan 2 hari, lebih baik kau jangan kawen.
Sebab nampak sangat tak mampunya.
Kau tanggung je lah diri sendiri.