Pages

2022-03-19

Balik kampung


Walaupun menjerit-jerit dah followers kat IG tanya mana post Alor Setar, aku nak update post ke Melaka dulu.
Post Alor Setar panjang sangat sebab banyak gambar, kendian-kendian, ya.
Kita cukupkan sebulan baru update 😆.

Khamis baru aku ada perkara nak settlekan kat Alor Gajah.
Iaitu, pengagihan harta Ahmad Albab.
Mak Aji pindahkan nama ladang getah dia pada aku.
Yang bestnya, ladang getahnya kat mana pun aku tak tahu.
Mak Aji ada tunjuk ladang tu tepi A Famosa Resort.
Aku berharap satu hari nanti A Famosa Resort expand lalu melanggar tanah ladang aku. Kahkahkah.

Alhamdulillah cepat sungguh proses tukar nama hari tu.
Memang aku waris yang tepat agaknya, tu yang cepat tu. Mbahahaha.
Masa pegawai tu tanya Mak Aji "Betul ke puan nak serahkan tanah ni pada anak?", terbayang aku kat tok nenek yang mengusahakan ladang ni dulu.

Besar tanah Mak Aji ni. Ladang getah ni berkongsi 3 nama.
Even dah pecah lot nanti masih boleh boleh muat 6 lot rumah banglo atas satu geran.
Satu lot banglo berukuran antara 5,000-10,000 sq.
Just imagine tok nenek aku mengusahakan ladang getah sebesar 18 lot?
Kat mana kederat dorang eh?
Dengan keadaan dulu takde peralatan moden macam sekarang tapi mampu usahakan tanah sebesar tu.

Mak Aji kata, moyang dia dulu berjalan kaki dari kampung ke ladang getah tu setiap pagi sebelum Subuh.
Dari rumah nenek aku tu ke ladang kalau naik kereta mau 10 minit. Kalau jalan kaki?
Dahlah pagi-pagi gelap berjalan ke ladang.
Dulu mana ada jalan raya berturap macam sekarang?
Power tak powernya orang dulu-dulu.
Ilmu banyak tu, kalau tak, takkan dia berani berjalan sorang-sorang dalam gelap ke ladang.
Rimau pun takut dengan dia agaknya.

Tanah aku best sikit dari tanah En Wan.
Tanah En Wan lagi besar dari aku, boleh muat 12 lot.
Tanah aku tu at least tanam getah, RISDA ambik.
Dapat gak hasil tetiap tahun. Berbaloi bayar cukai hasil.
Tanah En Wan tak jadi apa. Masih dalam belukar.
Tak tahulah apa plan dia.
Jangan tetiba dia plan nak balik Tganu uruskan tanah, dah.
You go alone lah jawabnya.

Dah sampai Alor Gajah tu takkan tak singgah rumah arwah nenek, kan.
Dah tentu-tentu melintas depan rumah.
Dulu, sebelum ada hiway, nak ke Melaka memang wajib lalu depan rumah nenek aku ni.
Memang tak pernah sunyi jalan depan rumah.
Nak-nak kalau raya. Siap boleh jem depan rumah ni dengan kereta.

Teguh lagi pagar ni dengan nama arwah atok.
Asalnya plan Mak Aji nak bagi tapak tanah rumah ni kat aku.
Dia anak sulong dapat tapak rumah ni.
Maka aku sebagai anak sulong akan dapat tapak yang sama.
Tapi aku bagitau Mak Aji, aku takde plan nak duduk Tampin.
Bangi pun aku balik 2 minggu sekali.
Padahal dekat dengan Subang Jaya.
Kalau nak tunggu aku balik Tampin memang lamberttt lah lagi.

Aku bagitau Mak Aji, sementara tengah kuat ni bolehlah aku gagah-gagahkan diri balik Tampin untuk tengok-tengok rumah.
Kalau dah tua esok? Begitu jugak rumah ni naik hutan takde yang balik tengok.
Nak maintain rumah kampung ni bukan sikit-sikit duit, ya.
Tanah rumah ni besar. Besar gila!
Sekarang ni pun upah mesih rumput, sapu laman, siram pokok bunga, trim pokok, sebulan RM300 bayar.
Lagi 10 tahun, mahu naik RM400.
Itu baru jaga luar. Yang dalam rumah nak jugak maintain, nak kemas, nak mengelap, nak mengemop.
Eh, bukan akulah weh kalau nak maintain macam ni.
Lainlah kalau aku duduk rumah tu.

Aku cakap kat Mak Aji, once dah tukar ke nama aku, aku jual.
Tersentap kejap mak aku dengar 😆.
Mesti dia cakap dalam hati "Aku belum mati lagi anak aku dah nak jual rumah ni".

Tak, sekarang ni nak maintain sampai bila?
Bukannya balik pun.
Habis kuat pun sampai generasi mak aku dan makcik-makcik aku je lah yang nak balik kampung tengok rumah.
Masuk generasi aku and cousin-cousin aku esok, dah takde dah nak balik tido Tampin ni.
Masuk generasi anak-anak aku esok lagilahhhh dah jauh.
Tampin is not their kampung anymore.
Kampung dorang Bangi and Manir.
Kalau esok aku turunkan tanah tu kat dorang, begitu jugak jadi hutan.

Tu aku cakap, kalau bagi kat aku, one day aku akan jual.
Tapi aku takkan jual bodoh gitulah.
Aku jual, duitnya maybe aku beli lot kedai atau rumah. Biar nampak gantinya.
Tapi tulah kan, tapak rumah ni ada sentimental value untuk Mak Aji.
Terus dia tak jadi nak pass kat aku rumah ni, dia bagi aku ladang getah.
Ima yang akan dapat tapak rumah ni.

Adik aku lagilah menjerit "Hah! Aku? Siapa yang nak balik Tampin tu nanti?"

Kannnnn. Aku dah agak dah.
Walaupun aku and Ima ada banyak kenangan di sini (Tampin), tapi nak menerima tapak tanah ni sebagai waris adalah berat.
Berat nak menjaga. Kalau jual karang, orang pandak slack.
Kalau diperam, banyak duit nak keluar untuk maintain.
Kalau duduk takpe, ini tak duduk.
Macam rumah mok kat Tganu. Tinggal gitu je tanpa maintenance.
Dah buruk dah. Siap ada sarang anai-anai.
Kalau nak bagi sesiapa rumah dan biorkan macam tu tanpa maintenance, rasanya ramai sanggup.
Tapi aku tak sanggup ambik rumah/tanah tapi tak jaga. Baik jual.
Tu yang aku cadang kat Mak Aji tu, kalau pass tanah tu kat aku, aku jual untuk beli properti lain. Terus tak jadi dia nak pass kat aku tanah aku. Hahaha.

Ini perbezaan laman rumah nenek dulu dan sekarang.
Dulu, laman nenek penuh pokok, termasuk pokok bunga.
Now semua dah lapang. Habis semua Mak Aji tebang.
Itu pun kita dah boleh nampak, sampai satu tahap, kita takde kederat nak menjaga pokok-pokok ni. Maintenance tinggi.
Nenek aku dulu pun dapat menjaga laman ni sebab upah orang tau.
Tiap-tiap bagi arwah Abang Karim datang cabut rumput, trim pokok.
Kalau tak, tak larat. Kawasan ni besar.
Now laman nenek lapang. Ada la 2-3 pokok yang masih baru.
Esok kalau dah tinggi sikit, sure kena cantas.

Dalam rumah ni dah takde satu pun gambar arwah atok and nenek.
Satu-satunya gambar yang ada adalah potret arwah moyang.
Arwah nenek tempah potret ni and letakkan kat hall.
Potret arwah ayah dia. Inilah moyang aku, Indian dari Hyderabad.
Aku cakap kat En Wan, "Perasan tak dalam banyak-banyak filem India, saya suka dengan filem-filem Telugu. Macam ada something kat Telugu yang menarik minat saya".

Later baru aku tahu Telugu ni komuniti terbesar di Hyderabad.
Boleh jadi genetik Telugu arwah moyang tiba-tiba terjatuh kat aku. Hahaha.
Jangan main-main, ya. Baahubali tu pun Telugu tau. Entah-entah suku-sakat aku.

Inilah spot paling mengingatkan aku tentang arwah nenek.
Aku suka menghias rumah. Asal balik kampung, aku mesti ubah kedudukan kerusi meja nenek.
Tapi setiap kali nenek nak tengok TV dia akan tarik satu kerusi park di dinding ni.
Lama-lama aku jadi tahu yang inilah favourite spot nenek.
Sebab kedudukan kerusi ni betul-betul bersetentang dengan TV.
Dan dari spot ni, nenek boleh nampak orang lalu-lalang depan rumah dan boleh nampak siapa masuk pintu pagar rumah dia.
Jadi, spot ni always ada satu kerusi.
Hari tu balik Tampin spot ni dah takde.
Aku tarik kerusi letak satu sini untuk bergambar.
Dinding yang sama, kerusi yang sama.
Yang tak sama cuma nenek dah takde.
Kadang-kadang aku tak sangka masuk ke rumah ni dalam keadaan nenek dah takde.

Inilah tiang keramat.
Semua cucu-cucu arwah nenek berjaya panjat sampai atas.
Ini dulu kalau main jadi orang kampung dengan Ima, tiang ni lah pokok kelapa aku tau.
Siap ikan pinggang dengan tali rafia selit kayu kat tepi konon macam parang.
Panjat 'pokok kelapa' ni untuk ambik kelapa. Konon.
Nasib baik masa tu aku tak terfikir nak bawa beruk naik pokok kelapa.
Kalau tak, nescaya Ima yang jadi beruk aku. Kahkahkah.

Dulu kat tembok ni kitorang adik-beradik dan cousin duduk bersidai sambil menjuntaikan kaki berderet beramai-ramai.
Nak duduk dalam rumah kena hambat dek mak-mak suruh main kat luar.
Dorang nak berkemas rumah.
Jadi kitorang duduk bersidai kat tembok ni kira berapa kereta merah lalu, berapa kereta biru lalu, berapa bas lalu.
Itu pun dah happy. Betapa simplenya permainan budak-budak dulu.

Setiap kali kitorang nak balik semula ke Bangi, arwah nenek akan berdiri kat tembok ni melambai kereta kitorang sampai kereta hilang dari pandangan.
Hari tu masa nak balik, sikit pun aku tak toleh kat rumah.
Masuk kereta terus pandang depan.
Aku bukan boleh. Karang kat situ jugak aku berjurai.