Pages

2021-11-17

Terengganu, untuk kali kedua tahun ini.


Sabtu pagi lepas kitorang balik Tganu.
Takde plan nak balik pun sebenarnya.
Kalau ikut plan En Wan nak balik bila Redza cuti sekolah next month.
Tapi Kak Long cakap mata mok makin teruk, lauk depan mata pun tak nampak, jadi En Wan ajak balik kejap.

Mok dah balik Tganu sejak 6 Sept lepas.
Plannya cuma nak balik mengurut saja.
Lagipun mok boring dah lama tak balik Tganu.
Tak lama lepas tu En Wan bagitau mok dah pakai spec.
Aku macam...pakai spec?
Sebab setahu aku mok pernah bagitau dia pernah pakai spec tapi tak nampak jugak mata.

Actually aku dah boleh agak mok bukannya rabun.
Rabun tu mungkin ada tapi tak seteruk mata aku.
11 tahun kot mok tinggal dengan aku, setiap kali aku memasak, mok duduk depan aku bersembang.
Aku nampak mata mok berkaca. Macam mata orang menangis.
Arwah nenek aku punya mata gitu juga dulu.
Itu katarak.
Mak Aji and adik-beradik gi buatkan buang katarak untuk arwah nenek lepas tu.
Jadi, aku dah boleh agak mok mesti ada katarak.

Masa aku ke Mekah dengan mok, kalau aku stay dalam masjid dari Asar sampai Isyak, mok akan join sekali.
Tapi mok tak pernah baca Quran.
Dia akan zikir atau solat sunat berkali-kali.
Aku tanya "Mok nak baca Quran tak? Kalau nak, Diana gi ambikkan".
Masa tu lah aku start tahu yang mata mok tak nampak bila membaca.
Mok kata dia dah lama tak baca Quran sebab mata tak nampak.
Balik dari umrah kitorang kerap ajak mok ke klinik untuk check mata.
Tapi biasalah, orang tua.
Dengar nak pi hospital dan-dan mata dia boleh nampak lagi katanya.
Oklah, dah dia taknak. Takpe.

Bila En Wan kata mok dah pakai spek, aku macam agak pelik.
Sebab aku pasti mok bukan rabun.
Mata mok lagi tajam dari mata aku.
Aku tahulah sebab aku duduk dengan mok.
Kadang-kadang aku yang tanya mok "Mok, apa benda tu?".
Power mata aku ni kalau bukak lens, dalam jarak 1 meter saja adah tak nampak signboard dah.
750 (kiri) dan 700 (kanan) kot. Mau tak kabur?

Sangkaan aku sangat tepat bila tak lama lepas tu, mok cakap mata dia makin tak nampak.
Pakai cermin mata tak jalan.
Bila dah jadi macam tu, bawak pi hospital, barulah sahih mok ada katarak.
Agaknya kebetulan bila dia di sana, mata tu makin teruk.
Dah alang-alang nak buang katarak, plannya nak ganti kanta sekali.
Tu pasal mok kena stay lama kat Tganu sebab appointment demi appointment kena tunggu.
Tapi belum buat lagi mata tu, tak sure bila.
Maka, lama lagilah mok di sana.

3 hari sebelum ke Tganu, aku bagitau Mak Aji yang aku nak ke sana.
Kebetulan Ibal and CT balik Kelantan.
Daripada dorang berdua je kat rumah tu tak buat apa, jomlah jalan-jalan ke Tganu.
Boleh jumpa mok sekali. Gerak pukul 8am.
Pagi tu lepas Subuh aku buatkan sandwich telur and nasi goreng.
Lepas makan, terus zaassss.
Perjalanan ok, kereta tak banyak.
Maybe orang dah balik lebih awal.
Tengah-tengah bulan selalunya orang tak balik kampung.
Sampai Manir 4 jam selepas itu (laki aku terbangkan kereta).

Masa mok bukak pintu, aku boleh nampak mata mok macam menerawang.
Dia tak pasti siapa datang.
Padahal aku and En Wan dalam jarak 2 meter je.
That's how bad mata mok sekarang.
Nampak Rayyan, terus mok peluk nangis-nangis.
Rindu sangat agaknya dengan cucu dia ni.
Tapi tu la, mok pegang muka adik baru dia nampak jelas.

Aku tanya mok "Mok, sejak bila mok baru sedar mata mok makin teruk?"

"Entahlah, masa balik nampak belaka. Lepas mok demam, mata tak nampak lansung".

Aku tak sure kenapa jadi gitu.
Adakah kerana ubat yang dia too strong sampai jadi macam tu? I don't know.

Mok sekarang dengar TV. Bukan tengok TV.
Tengok dah tak nampak. Dia hanya dengar je dia kata.
Padahal kat rumah ni dulu, nombor kat decoder Astro tu pun dia boleh nampak.
Aku tak sure apesal mata mok boleh jadi teruk drastik gitu.
Bila dah jadi gitu, En Wan tak berani nak tinggalkan mok kat rumah sorang-sorang.
Meh la ikut kitorang stay kat town.
Lagipun boleh spend time dengan Rayyan.

Ini on the way nak ke town, stop jap makan kat kedai dalam kampung.
Dekat je ni dari rumah mok. Ini kali kedua makan sini.
Lauk-pauk dia simple je - ayam goreng, telur masin, kobis goreng, terung masak lemak, gulai kawah, and ulam-ulaman.
Tapi killer menu dia adalah kari kepala ikan.
Memang sedap kari dia!
Nama kedai, Din94. Mesti lahir tahun 1994 ni.
Aku dengan En Wan tak pandai makan kepala ikan. Cuit sikit bolehlah.
Sengaja belikan kepala ikan sebab Mak Aji and Pak Aji pandai makan.

Sebelum keluar dari Manir of course stop kat kedai Roti Paung Che Wan.
Hat ni paling glemer sekali.
Tak salah aku ada cawangannya di Nilai dan Kajang. Boleh gugel.
Tak banyak beli, 3 buku saja sebab masing-masing dah kenyang baru lepas makan nasi, tapi jangankan tidak buat syarat beli jugak roti ni.
Tapi dalam pada dah kenyang tu, habis gak aku bedal.

Dah sampai town, wajiblah pula stop kat warung pulut Lepa di Ladang.
Warung ni kan, semenjak aku kawen dengan En Wan 20 tahun lepas, ginilah rupa warung dia.
Di port yang sama. Masih laku sampai sekarang.
Pulut lepa dia takleh celen tempat lain.
Sepanjang 20 tahun ni banyak dah tempat aku cuba, tapi yang ni juga the best.

Tadi kata dah kenyang makan nasi and roti paung, kan? Tak rupanya.
Sampai apartment, tak sempat bukak tudung aku dah bukak pulut dulu.



Kitorang book Airbnb at Apartment Ladang Tajung.
New apartment, opposite KTCC Mall. Walking distance je.
Bersebelahan dengan Grand Continental.
Dari apartment tu boleh nampak Drawbridge.
Yang apartment warana kuning-grey dalam video tu la aku stay.

Kecil je apartment dia, tapi selesa dan kemas.
Owner pandai hias, tak penuhkan apartment dengan banyak barang menjadikan tempat nampak tak sempit.
Ada 3 bilik. 2 bilik queen bed dan satu bilik single bed.
Tapi ada tilam, bantal, bolster extra.
Siap ada cadar and comforter extra sekali.
Aku macam biasa la, tak kira duduk di Airbnb atau di hotel, memang aku angkut bantal dari rumah.
Bukan bantal busuk, tapi selesa pakai bantal sendiri.
Takut nanti bantal orang tak kena dengan kepala, terus aku takleh tido.
Kalau bawa bantal sendiri, feels like home gitu.

Bilik air ada 2. Yang master bedroom ada bilik air sendiri.
Yang 2 bilik lagi kena share.
Apartment ni still new.
Heater hanya ada di bilik air master bedroom.
Microwave pun belum ada lagi.
Tapi kelengkapan dapur like cerek, periuk nasi, pinggan mangkuk, periuk - semua ada.
Keseluruhannya, puas hati.
Mak Aji, Pak Aji and mok pun selesa.

Ini namanya homestay aku duduk hari tu.
Boleh check kat Agoda atau Airbnb, nama sama.

Petang lepas Asar gi area Pok Nong, tapi macam biasalah aku buat lintas hormat je depan Pok Nong tu.
Aku terussss ke Che Sue.
Sekali warung Che Sue dah dirobohkan.
Sekian sajalah kenangan aku dan Che Sue.
Sekian lama makan kat sana, kali ni aku makan di Warung Adik-Beradik pulak.
Warung ni opposite Pok Nong je.
Ok je warung ni, orang pun ramai.
Cuma, bagi aku kureng sedap, especially air batu jagung.
Kalau air batu jagung Pok Nong and Che Su, aku boleh layan.
Tapi Adik-Beradik, tak sedap lansung.
Sotong dia pun kira pakai plate. Satu plate RM15.
Dia main agak-agak je letak sotong dalam tu. Nah! RM15.

Walau macamanapun, dah takde pilihan, aku beli juga 3 plate sotong.
Hari tu agak ramai orang, jadi banyak makanan masih digoreng.
Asal siap je, habis. Siap je, habis.
Malas nak tunggu yang lain, kitorang makan sotong je.
Lagipun memang kerana sotong pun aku pergi sini.
Kat warung ni ada stall lempeng kepala muda cicah gulai ayam.
Aku tak reti makan lempeng kelapa.
Mak Aji kata sedap. Bolehlah korang cuba.
Tapi jangan order air batu jagung. Tak sedap.

Lepas balik dari makan sotong, singgah cafe Kak Long.
Kak Long ada 2 cafe - satu dalam UniSZA, satu lagi dalam Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail.
Hari tu Kak Long di Maktab Perguruan.
Lepas sembang-sembang lebih kurang, hajat hati nak tapau mihun sup kedai cina kat Batu Rakit, tapi tutup dah.
Pulang kehampaan. Tapi sebelum pulang tu singgah McD drive thru.
Lantas gembira kembali.

Esok paginya memang tak plan keluar breakfast.
One thing aku suka duduk Airbnb, tak perlu nak terkejar-kejar keluar breakfast satu family.
Selalunya bila bercuti, kita malas nak bangkit awal-awal untuk breakfast.
Nak tunggu semua rakyat bersiap pun dah satu hal.
Selalunya, En Wan akan keluar cari breakfast.
Bab ni kalau korang stay Apartment Ladang Tanjung, jangan risau.
Gerai makanan banyak!
Hari tu beli nasi dagang kat seberang jalan belakang apartment je.
Siap ada roti bakar, nasi minyak and mihun sekali.
Mewah betul makan kat Tganu. Pagi tak makan nasi tak sah.

Lepas breakfast, ajak Mak Aji and Pak Aji ke Pasar Payang.
Dorang tak sampai lagi Pasar Payang baru.
Mok tak nak ikut. Muak dah agaknya mok ke Pasar Payang.
Lagipun mata dia dah tak nampak, kitorang tak berani nak bawa mok berjalan.
Mok tinggal dengan Rayyan je.
Lepas ni mok kena pakai wheelchair, senang sikit nak bergerak.

Kagum Mak Aji dengan Pasar Payang yang baru sebab tak sesak.
Yes, betul. Aku pun suka datang hat baru ni.
Sekali imbas nampak macam orang dah tak serama dulu, padahal sama je sesak.
Bezanya, kali ni tempat lebih luas dan teratur.
Bila ada pembahagian tempat berniaga yang jelas dah tersusun macam ni, customer tak berkumpul di satu tempat.
Itu yang nampak macam kurang orang, padahal sama je.
Ventilation pun lebih baik. Kalau dulu, mak aiiii, berkuap!

Mula-mula, Mak Aji borong barang-barang kering dulu.
Kiriman orang katanya. Keropok, lada, pulut hitam, rempah, etc.
Selling skill kat sini kena mantap.
Maunya tak kalau kiri kanan depan orang berniaga benda yang sama macam kau jual.
Kau jual rempah and pulut, kiri kanan pun jual benda yang sama.
Malah, satu lorong tu jual benda lebih kurang je.
Price fight dah tentu tak boleh, jadi apa yang boleh dibuat?
PR skill lah yang kena mantap.

Lepas tu barulah shopping baju.
Aku aim takde lain, nak beli kaftan je.
Semenjak PKP asik melenjan kaftan siang malam, haruslah beli yang baru lebih-lebih sikit.
Tapi memang kali ni boleh nampak meriahnya kedai jual kaftan.
Aku syak dorang pun tahu sejak PKP orang pakai kaftan 24 jam.
Cantik-cantik pulak tu! Serious, tak tipu.
Memang cantik-cantik. Pesen baru agaknya.
Kalau yang lukis (cotton) baru RM35/helai.



Kalau tak kerana ada Mak Aji and Pak Aji, takde maknanya aku ada gambar kat sini.
Selama ni pulang balik pulang balik tak pernah sekali pun berhenti bergambar.
Tumpang rezeki mak bapak, dapatlah aku bergamba satu kat sini.

Masa bergambar kat sini tiba-tiba aku nampak Pak Aji macam lain macam je. Macam nak rebah.
Rupanya betul, dia dah nak pitam sebab panas.
Agaknya kat dalam Pasar Payang tadi ramai orang, keluar-keluar bergambar pulak kat panas terik, terus berpinar.
Lagipun Pak Aji dah 72, memang dah umur dia kalau cepat penat gini.

Settle bergambar, aku ajak En Wan singgah Cantek Sekali, untuk beli kek.
Cantek Sekali ni studio cafe untuk kek-kek masa kini.
Ini macam Gula Cakery versi Tganu.
Kecik je kedai dia tapi not bad juga selection of cake and pastry.
Aku beli carrot cake, red velvet cake, tuna pie and creme brulee.

20 tahun lepas aku kawen dengan mamat Tganu, kau takkan jumpa kedai macam ni kat town, ya.
Jenuh nak cari kedai kek macam ni.
Balik-balik beli kek raya kat Jalan Tok Lang tu.
McD pun ada seketul je dulu. Harap kat AnW Batu Burok je.
Now, dah maju dah KT. Jangankan kata kedai kek Cantek Sekali, siap ada Starbucks lagi.
Tak pernah terbayang one day KT ada Starbucks.
Gini caranya, ajak aku pindah KT pun aku sanggup.

Haaaaa..tu dia! Ingat tak aku penah cerita tahun 1987 masa Darjah 4 kitorang ikut Pak Aji outstation buat pertama kalinya?
Itulah kali pertama aku jejakkan kaki ke Tganu.
Hotel yang kitorang duduk semada di KT namanya Hotel Warisan.
Now dah jadi Hotel Kenanga.
Dulu Hotel Warisan ni besar, 3 lot kalau tak salah.

Program hari Ahad hanya sampai di sini saja, sebab petang tu E Wan ke pejabat tanah bayar cukai tanah dia dan malam tu En Wan ke stadium tengok bola.
Tapi sempatlah kitorang berdua bertenet kejap kat Uncle Chua.
Oh yes, En Wan kata masa kat Pejabat Tanah ada orang tegur dia and kirim salam aku.
Waalaikumsalam.
Petang tu kitorang sempat ke Batu Rakit semula sebab nak jugak makan mihun sup, tapi tutuppppppp.
Rupanya kedai tu tutup pukul 5pm, ya.

Pagi-pagi dah siap check out sebab nak balik awal.
Taknak bertembung dengan orang balik kerja di Gombak nanti.
Lagipun Rayyan ada kelas KAFA at 4.30pm.
Kalau balik pagi sempatlah nak ke sekolah.
Pagi tu breakfast kat Ikhwan, tak jauh dari apartment.
Kat sini ada nasi dagang, nasi lemak, mee, lontong, roti canai and segala macam kuih-kuih.
Lepas breakfast terus ke Manir untuk hantar mok balik.

Perjalanan balik smooth.....hinggalah selepas kitorang keluar dari RnR Gambang.
Dekat nak sampai Maran, aku rasa badan aku bergegar.
Tapi rilek je lagi sebab orang lain senyap.
Lama-lama aku berbunyi "Apesal bergegar eh?".

En Wan biasalah, always denial.
"LPT memang macam ni, ada certain jalan tak rata".

Padahal aku tahu dah ini gegar lain ni.
Sikit punya bergoyang badan aku kot.
Lama-lama, bawak 80 pun bergegar.
Oh takleh jadi ni. Aku gugel, maybe sebab tayar atau bearing problem.
Cari kedai tayar. Rupanya tayar bengkak.

First time dengar 'tayar bengkak'.
Tapi tayar kitorang size besar, takde kat Maran.
Kitorang cuba cari kat Temerloh. Keluar hiway, masuk pulak exit Chenor.
Pun takde size tayar kitorang. Keluar balik masuk ke Temerloh. Baru jumpa. Lega.
Ganti 2 bijik, dan teruskan perjalalan.

Kalau tak disebabkan tayar, tak jumpa port ni. Rezeki.
Nak keluar balik ke hiway, nampak port ni.
Kebetulan dah 4pm, tak lunch lagi.
Terus pekena ikan patin tempoyak.
Rezeki Mak Aji and Pak Aji namanya ni.
Tapi aku tak makan ikan patin, apatah lagi tempoyak.
Aku ambik sikit je buat syarat.

Boleh tahan juga tempat ni. Besar dan luas.
Parking no issue. Surau and toilet ada.
Dia buat style iKEA. Masuk sorong troli.
Ambil saja apa makanana yang dah sedia dalam storage display. Kemudian, bayar.
Cuma tempat ni banyak lalat. Maybe bau ikan, atau bau tempoyak kot.

Alhamdulillah, selamat samapi rumah 7.30pm. Gone Rayyan punya kelas KAFA.

By the way, hari yang aku gerak ke Tganu tu, aku ada naikkan FB post bagitau yang produk essential oil Plant Therapy yang aku review kat blog tu bukan aku (GreenAard) punya.
Sebab, staff aku kejap-kejap dapat whatsapp tanya padsal EO.
Ramai nak beli 'EO GreenAard'.
Maybe sebab EO tu dari plant, and customer tahu produk GreenAard pun plant-based.
Agaknya dorang ingat itu produk GreenAard.
Ataupun maybe aku explain detail sangat sampai orang ingat itu produk aku 😆.
Tak, itu produk overseas, bukan produk aku.

Tapi alhamdulillah, bila review-review di blog membantu client-client, I am happy!
Yang interested nak iklan di blog aku, email me at diana[at]xzizbiotech[dot]com.