Pages

2021-10-28

Staycation MiCassa Hotel, KL.


Ahad lepas perancangan mengejut dari En Wan bawa aku and Rayyan staycation di KL.
Tengah elok-elok je masing-masing terlentang atas sofa kat hall lepas breakfast nasi lemak, tiba-tiba dia kata "Siap, lepas Zohor kita check in hotel".

Berderau terus darah aku.
Baru aku nak rilek-rilek baca buku dia dah buat hal.
Aku memang selalu bersangka buruk kalau dia kata nak check in KL.
Pulak tu bila aku tanya "Hotel apa?", dia jawab "Rahsia".
Memang kepala otak pikir negatif dah.
Susah dah aku nak bersangka baik lepas terkena beberapa kali.
Walaupun dia pernah memperbaiki kesilapannya dengan book staycation di hotel best, tapi bak kata omputih "Once you make mistake, it's never forgotten". Gitewww.

En Wan ni jenis yang pantang aku leka sikit, dia buat balik perangai 'suprise' dia tu.
Tu pasal aku seriau bila dia buat plan mengejut.
Karang hilangkan nak bercuti, terus jadi bertekak.
Dia selalu konfiden surprise dia menjadi dan aku akan bercucuran airmata sebak dan terharu. 
Bab vacation/staycation ni kalau En Wan yang plan, aku malas dah nak aim tinggi-tinggi.
Kadang aku bengang jugak apehal suka sangat duduk kat hotel yang 'rare'?
Kat ceruk, kat dalam hutan, kat shoplot sebelah bengkel.
Nak buat macamana, dia memang suka percutian yang bersifat adventurous.
Dia cukup seronok tengok muka aku berubah jadi bengang. Penyakit apekah?

Lepas Zohor kitorang gerak ke KL.
Dalam kereta aku perhati je laluan-laluan yang dia pilih.
Masuk Jalan Istana, ok.
Lepas tu masuk Jalan Raja Laut, ok.
Lepas tu kona masuk Jalan Sultan Ismail, ok sudah bagus.
Aku dah nampak KLCC.
Dalam hati aku ni mesti nak check in Mandarin Oriental ni. Hahaha.
Tapi lepas tu dia lalu depan Avenue K dan stop kat simpang empat Tabung Haji.
Aik?? Nak pi mana ni.

"Kita gi lunch dulu. Abang nak bawak Di makan De'Wan (Chef Wan's restaurant)".

Oh, nak pegi makan rupanya.
Masih ada harapan nampaknya stay kat Mandarin ni 😆. Kahkahkah.

De.Wan 1958 by Chef Wan @ The Linc KL.
Ini pertama kali aku masuk The Linc.
Dari jalan besar nampak macam hanya ada De'Wan and B.I.G je kat bangunan tu.
Mati-mati aku ingatkan bangunan tu hanya ada 2 benda ni saja.
Rupanya macam-macam cafe and restaurant ada dalam tu.

Mula-mula ingatkan hazab nak dapat parking, tapi banyak juga space hari tu.
Maybe orang KL semua keluar merentas negeri.
En Wan gamble je walk in. Tak book pun.
Orang kata nak masuk De'Wan kena buat reservation dulu.
Tapi takpelah, tak dapat masuk De'Wan, makan je cafe lain banyak dalam tu.

Alhamdulillah, ada table.
Helok pulak tablenya kat main, bukan kat hall.
Cantik betul ID restoran ni. Sesuailah dengan kehebatan seorang international chef.
Disambut dengan rempeyek as kudap-kudapan.
Tak perlu tunggu lama untuk order, staff dia ramai.
Kitorang order ayam Penchok, siakap sweet sout (fillet), kerabu mangga with grilled sotong dan cucuk udang.
Orang kata cucuk udang is must have kalau ke De'Wan, maka kita pun cubalah.

Kalau datang 4-5 orang, tak payah too ambitious nak order sampai 2 hidangan setiap lauk sebab portion dia besar. 
Berpeluh aku dengan En Wan nak habiskan.
Ayam Penchok tu luckily kitorang ambik set ni.
Mula-mula ingat nak ambil whole chicken grill.
Saja nak ratah-ratah, lagipun Rayyan tak berapa makan lauk ayam berkuah.
Kalau kering dia makan.
Aku terpandangkan ayam Penchok.
Tak tahupun apa rasanya tapi nak try.
Nasib baik pilih ni sebab ayam Penchok ada 4 ketul aje ayam dalam tu tapi besar sizenya!
Takleh bayang kalau kitorang ambik whole chicken, mau muntah belahak nak menghabiskan.

Nasib baiklah tak tamak order banyak lauk.
Hari tu order 4 jenis je, banyak tak habis.
Ayam penchok tu sedap. 3 ketul Rayyan makan sorang.
Anak aku ni picky eater, kalau dia makan bertambah maknanya sedaplah tu.

Nasi di sini bukan nasi putih, ya.
Dia bagi 2 jenis nasi - nasi lemuni dan nasi telur Terengganu.
Dua-dua korang akan rasa. Tak sure kalau nasi boleh tambah free sebab kitorang tak tambah nasi pun.
Rayyan tak reti nak makan nasi ni, tu yang dia ratah ayam sampai 3 ketul.
Aku pulak memang kekenyangan sebab pagi tu dah makan nasi, lansung aku tak sentuh nasi De'Wan.
Aku dok meratah lauk-pauk, itupunnnn tak habis.
Nasi plate aku En Wan yang ambik, jadi tak berpeluang nak tahu if nasi boleh tambah free.

Boleh aku katakan, kerabu mangga De'Wan sangat sedap.
The best antara kerabu mangga yang aku pernah makan.
Rencah and ulamnya cukup, siap ada bunga lagi dalam kerabu.
Grilled sotong dalam kerabu tu bukan bangsa yang kiut-kiut ya, tapi besar.

Lagi satu siakap fillet.
Aku dok imagine fillet kecik-kecik, sekali yang datang hah kau, panjang!
4 keping pulak tu, sengkak perut aku nak menghabiskan.

Cucur udang tu memang terpaksa aku akui, sedap.
Patutlah ramai yang recommend.
Dia punya udang kasar-kasar, puas makan.
Sos ada dua - sos cili Thai and another one macam sos pecal/pasemboq.
Insyallah, nak pegi lagi. This time nak try kat Bangi pulak.

Tak cukup korum keluar ali ni sebab Redza takde.
Sepanjang-panjang dia balik bercuti banyak terperap kat rumah.
Bila dah boleh bebas bergerak, dia pulak dah masuk skolah.
Jangan esok time dia balik kena berkurung balik. Naya.
Insyallah next round ke De'Wan kena tunggu Redza balik.
Harapnya masa tu dapat satu round lagi staycation KL.

Actually tempat-tempat macam ni tak payah ajak Rayyan.
Dia tak appreciate makanan macam ni. Kalau fast food ok.
Kalau Redza insyallah boleh masuk tempat makan macam ni.
Redza ni makan apa pun tak kisah tapi kalau tempat macam ni atau fine dining, tak membazir bawak dia.
Dia sejenis enjoy food especially pastry and cakes. 
Sepanjang dia ada kat rumah hari tu, dia lah punca point aku kat Gula Cakery mencanak-canak naik.
Kejap-kejap aku beli kek. Sekali beli sampai 7-8 slices.
Nak pilih makanan yang kena dengan tekak Rayyan, samada mamak atau fast food, atau nasi goreng aku.
Aku kat rumah buat nasi goreng hari-hari pun takpe, memang licin dia makan.
Tapi De'Wan powerlah sebab dia punya ayam Penchok kena dengan tekak Rayyan, sampai 3 ketul dia bedal.

Kesian pulak aku tengok Pak Incik aku ni.
Aku syak dia makan dengan tak berapa kenyang hari tu sebab kejap-kejap aku tanya "Hotel mana?".
Macam-macam soalan aku tanya untuk korek.

"Hotel tu ada bath tub tak?" 
Kalau takde bathub mesti bukan Mandarin. Kahkahkah.
Tapi dia tak jawab.

"Hotel tu ada cafe tak?"
Ini penting sebab aku nak order makanan dalam bilik.

"Hotel tu ada iron dalam bilik ke tak?"
Ini paling penting, petanda utama hotel cikai atau tak.

Oh hari tu aku terbaca post orang share pasal someone komplen Sri Malaysia PD hauk.
Katanya teko berabuk, cadar kotor and berbau, plug berabuk, tisu takde.
Yang sebenarnya kan, di zaman sekarang, kalau harga hotel tu below RM200, kita dah boleh bersedia untuk tak dapat servis yang best.
Maybe tak semua tapi selalunya gitulah.
Nak-nak lagi Sri Malaysia.
Aku pernah duduk 3 jenis Sri Malaysia - Kepala Batas, Kuala Trengganu and Kangar.
Yang paling hauk antara 3 is KT. 
Tapi aku tak taulah sekarang macamana, maybe dah ok berbanding aku pergi tahun 2004 dulu.
Time aku pergi tu, biliknya sedih, servis pun sedih.
Tapi kira halallah sebab aku ke sana urusan kerja, pergi pulak dengan colleague.
Asal ada tempat tido dah. 

Sri Malaysia Kepala Batas aku pergi tahun 2012, urusan kerja juga.
ID lebih kurang sama je semua Sri Malaysia ni, takleh nak expect beria sangat however Kepala Batas ok.
Untuk harganya yang tak sampai RM200 tu oklah.

Yang paling best adalah Kangar.
New bulding, pool bersih, tapi bilik tetap basic macam Sri Malaysia yang lain.
Mintak family room (ada 1 queen & 1 single) pun sempit.
Aku pernah bawa Pak Aji & Mak Aji ikut aku outstation sebab nak bawa dorang masuk Langkawi sekali.
Book Sri Malaysia sebab dekat dengan UNIMAP Arau (aku ada kerja di situ).
Kitorang bertiga tido family room.
Jarak single bed dengan queen hanya 2 tapak tangan 😆.
Iron kalau nak tunggu dia hantar memang jenuh lah.
Sebaiknya nak duduk Sri Malaysia, irin bawa sendiri, hanger bawa sendiri, sabun bawa sendiri, towel pun bawa sendiri sebab towel dia nipis.

Sebab tu aku cakap kalau harga bilik less than RM200, jangan expect lebih.
However ini subjektif.
Ada orang bilik RM80 pun dia kata ok.
Ada orang lain pula bilik RM300 pun dia kata cikai.
Masing-masinglah, tapi to me kalau bilik tu takde bersekali iron and board, itu pasti hotel yang mengundang aku bertekak dengan En Wan. 
Tapi dia cukup suka bawa aku hotel jenis ni.

Aku bukan apa tau, En Wan punya definisi 'percutian yang menyeronokkan' tu sangat berbeza dengan aku.
Dia suka greenery, ada sentuhan alam sekitar, kalau boleh nak hotel ceruk dalam hutan atau kat lorong-lorong shop lot.
Sebab tu aku tak pernah jejak Janda Baik, sebab aku tak suka kawasan yang ada elemen-elemen hutan.
En Wan pula suka tempat-tempat gini. Macam kampung katanya.
Halah, kalau nak suasana kampung, balik je lah kampung habis cerita.
Macamkan kau orang bandar pulak takde kampung. Lainlah I orang bandar *libas rambut*.

Orang kata kalau tak bergambar depan ni, tak lengkap visit ke De'Wan.

..tapi mana nak sama bergambar dengan isteri terchenta. Tak gitu?

The Linc KL ni instagrammable.
Banyak spot cantik kat sini untuk bergambar, antaranya tangga ni.

Rupanya hotel aku belakang De'Wan je.
En Wan booked MiCassa Hotel.
Ok hotel dia, tapi Mandarin lagi ok (tak abis lagi dendam ni).
Tapi kitorang terpaksa settled dengan bilik paling standard sebab siapa suruh book mengejut-mengejut.
Mana nak dapat bilik best dah sebab hotel tu fully booked hari tu.

Omputih ramai duduk sini, agaknya sebab kehijauan, dan masih dalam KL, dekat pula dengan KLCC and The Linc.
Aku takde hal, janji bilik ok. 
Alhamdulillah, walaupun bilik standard, tapi selesa dan luas.
Bantal dia macam bantal hotel yang aku suka, jenis panjang dan gebu.
Tilam pun tinggi. Segala-galanya ok.
Agaknya kalau bilik yang atas sikit mesti lagi ok.

Ini bilik kitorang hari tu.
Boleh ke website MiCassa untuk tengok bilik-bilik lain.
Bagus tempat ni, rating pun tinggi 8.5.

Aku dah dapat bilik yang tenang, dah malas nak keluar.
Tapi layankan juga permintaan En Wan untuk teman dia and Rayyan ke pool tolong ambilkan gambar.
Pool dia tak berapa cantik, aku lagi suka pool Golden Sans Penang.
Tapi ye lah, pool besar-besar pun bukannya aku nak mandi.

Malam tu kitorang dah kekenyangan makan kat De'Wan tengahari tu.
Malas nak makan heavy.
En Wan plan malam-malam sikit dah berasa lapar, apa kata keluar pi Pelita pekena cheese naan.
Ok, aku onnnn.
Sekaliiiii, dia dah berpencak dalam kolam dengan anak dia petang tu, terus lembik.

"Order Grab je boleh?"

Hmmmm...dah agak dah.
Nasib baik dapat tekak bini tak kisah.
Order Pelita and McD, settle.

Malam tu takde aktiviti. Orang tua-tua bercuti ginilah.
Takde de nak menikmati life malam.
Life kitorang kalau malam melayan cerita Tamil.
Malam tu aku and En Wan melayan cerita Telugu.
Gigih bawak cable dari rumah nak cucuk laptop kat TV.

Katil dia besar sikit dari queen bed tapi kecik sikit dari king bed.
Tido 3 orang masih selesa. Tapi kalau king jauh lebih selesa.
Katil kat rumah aku king size. 
Kalau susun 4 beranak masih selesa, tak pernah jatuh lagi 😁.



Pagi the next day, breakfast kat Kenny Hill/s Bakers.
Dekat je, 700m dari hotel.
Tu yang aku cakap hotel ni kelilingnya dekat dengan tempat makan.
Malam tu En Wan kata kat lobby ramai mat saleh tengah tunggu Grab 😆.

Kalau tak kerana stay hotel ni, tak jejak kaki aku kat Kenny Hills Bakers.
Lama dah tau cafe ni tapi takdelah aku nak merentas jauh-jauh dari Subang Jaya semata-mata nak makan situ, kan.
Kitorang pergi Monday morning, orang semua tengah kerja.
Tak ramai orang, nak dapat spot yang cantik pun senang.
Again, Rayyan tak appreciate tempat macam ni.
Semua benda tak kena dengan selera dia.
Padahal aku orderkan scramble egg and cheese toastie, punnnn dia tak makan.
Alasannya, roti tu ada hitam-hitam.
Sramble egg ada 'sampah' (tomato and chili).

Rayyan ni sangat cerewet bab makan. Ini kalau dapat masuk boarding school macam abangnya, mau kurus kerempeng jadinya. 
Dah tu, semua benda kau tak makan.
Kalau roti bakar, tak boleh garing sangat.
Kalau ada terbakar-terbakar garing memang dia tak sentuh. Rela dia berlapar.

Goreng ayam pun macam tu gak, kalau terlebih garing ada hitam sikit kulit ayam, memang tak sentuh.
Letih aku melayan tekak dia.
That's why kalau keluar makan dengan dia, kena cari kedai yang makanannya dia boleh makan.
Tapi kadang-kadang, aku buat kering hati je.
Kau tak nak makan, kan. Duduk situ diam. Mak ko nak makan.
Hari tu terpaksa aku habiskan toastie dia. Dah lah banyak.
Macam nak muntah aku kekenyangan.



Aku order Big Breakfast.
Aku kalau breakfast memang suka ambil heavy so that lunch can skip.
Tapi disebabkan aku kena habiskan toastie Rayyan, tak dapat nak enjoy Big Breakfast.
Nasib baik pakwe I tolong perabiskan.
Yang pakwe aku ni pun satu, ada ke dia order untuk diri sendiri roti dengan telur masak setengah je?
Eh hello, itu kat mamak pun ada.
Datang sini setahun tak sekali, orderlah yang rare sikit.
Last-last dia terpaksa habiskan plate aku. Lega.

Masa sampai sana awal-awal dah plan nak tapau pastry and cake time balik.
Bila dah terlebih kenyang, terus kensel plan aku nak tapau.
Cannot go dah. Kalau beli pun sure tak bermakan.



Lepas breakfast balik semula ke hotel sebab Rayyan ada google meet.
Aku and En Wan pula kembali ke dunia realiti walaupun jasad tiada di ofis.
Kebetulan this week tengah ada Pay Day Special untuk GC Plus, memang takleh tinggallah.
Berdesup-desup email masuk.
Yang DM aku pun sama naikkk, padahal aku dah tulis "sila whatsapp nombor ini", tetappppp nak order dengan aku.
Bukan tak boleh, tapi DM aku banyak mesej belum berbaca.
Takut tak sempat baca nanti.

Menjak PKP ni ke mana-mana kena angkut laptop, ya.
Dulu boleh la cakap "Saya sedang bercuti".
Bila segalanya boleh buat online sekarang, dah tak jumpa alasan dah nak skip meeting.

Sekian saja staycation. 
Nama pun stay, satu malam je lah sudah.
Saja nak keluar dari Subang Jaya.
Nak pegi jauh-jauh belum berkesempatan.
Tak cukup korum macam tak best nak berjalan. 
Kena tunggu cukup korum baru boleh plan jauh sikit.



Dia punya menggelinjang tu macam dapat tempias aku sikit.



Ini post di IGS semalam. Aku share di sini juga sebab akaun IG aku set private.
Sesiapa berminat nak guna khidmat aku, email: aveo757[at]yahoo[dot]com.
Thank you.