Pages

2021-10-14

Scammer zaman dulu.


Sindiket gores & menang ada lagi tak sekarang?
Macam dah kurang dengar cerita pasal ni.
Maybe sekarang dorang tahu barang-barang ‘rare’ dah not so rare anymore sejak ada e-commerce.
Shoppe, Lazada, AliBaba dah ada.
Mudah nak dapat barang-barang yang ‘rare’.
Not so rare anymore.
Maybe sekarang dorang dah beralih ke call scam.

Ntah bila scam business nak melingkup pun tak tahulah.
Dalam bisnes kita cakap “ada demand, ada supply”.
Boleh jadi masih ramai yang terpedaya dengan auta scammer, sebab itulah dorang ni bukannya makin hilang tapi makin bertambah.
Kesian, idea tu ada tapi idea membelit.
Kalaulah idea tu disalur ke tempat yang betul, aman hidup kau.

Ni semua bangsa nak cepat kaya.
Tapi percayalah cakap aku, orang yang kaya dengan duit menipu, senangnya tak lama.
Same goes to orang yang dapat duit terpijak hasil dari harta pusaka.
Nak-nak pulak bangsa yang gelap mata dengan harta.
Harta pulak dapat tanpa diusahakan.
Dapat tanah, jual. Dapat rumah, jual. Dapat emas, jual.
Memang kaya, tapi sekejapan bertukar jadi kayap.
Jarang-jarang aku dengar orang yang dapat duit terpijak ni senangnya berpanjangan. Jarang.
Ada tu ada tapi jarang.

Berbalik pada scam bisnes macam gores & menang, adakah dorang ni dulu membiak kerana banyak demand?
Atau adakah kita mudah tertarik dengan benda murah dan free?

Aku pernah ada peluang nak terkena dengan gores & menang.
Tapi tak terkena lah, cuma ada pengalaman berdepan dengan situasi tu.
Masa tu aku belum kawen, tapi dah kerja.
Waktu tu Mak Aji ngan Pak Aji tak ada kat rumah, hanya aku dan Ima di rumah.
Masa tu hari Jumaat, lebih kurang lepas solat Jumaat ada sorang perempuan cina rambut panjang pakai baju kurung datang rumah cakap dia ada tawaran gitu gini gitu gini.

Mukadimah dia memang tak menampakkan yang dia menjual barang.
Dia cakap yang dia adalah pekerja sukarela yang digajikan oleh sebuah syarikat.
Syarikat ni katanya hanya nak buat survey sebab nak bina mall kat Bandar Baru Bangi.
Dalam hati aku cakap ok lojik sebab masa tu Bangi ada Warta je seketul.
Itu pun bukan taraf mall, hanya hypermarket.
Agak interesting juga bab-bab survey ni jadi aku layankan je.

Dia kata tak perlu isi apa-apa borang cuma nak tanya beberapa soalan.
Bila sebut "beberapa soalan” tu aku bajet memang akan jadi lama la ni, aku pun ajak masuk rumah.

Dia tanya soalan-soalan basic macam berapa lama duduk Bangi, mak bapak kerja apa, selalu membeli-belah kat mana, perbelanjaan rumah sebulan berapa, etc.
Ada beberapa soalan yang macam meleret-leret tapi masih bersangkut-paut dengan pembinaan mall.
Masih belum mencurigakan masa ni.
Dah habis tanya soalan, oklah dia nak balik.
Tapi sebelum tu dia nak bagi token of appreaciation dari syarikat kerana sudi bekerjasama dalam survey tadi.
Dia keluarkan 3-4 kertas gores untuk aku pilih.
Dia cakap jangan risau, pilih mana-mana pun tetap ada hadiah, antara besar dengan tak besar je hadiah tu.
Hadiah paling murah pun RM50 voucher membeli-belah katanya.
Aku pun ambiklah satu.

Aku pun gores. Terpampang kat kertas tu "Hadiah sebuah kereta Kancil".
Gitew bertuahnya aku. Kancil kauuuu.
Anak-anak yang baca ni kalau tak kenal Kancil, itu bukan binatang ya, tapi sejenis kereta.
Masa tu pulak aku baru start kerja, dapat pulak menang kereta. Mahvelles habis!

Tetapiiiiii, satu kesilapan dia adelah EKZEJERET.
Kalau zaman sekarang kata OVERCLAIM 😁.
Dan satu lagi, dia pulak yang over excited.
Macam too hard sangat nak tunjukkan excitement dia tu.
Padahal aku yang menang tapi kau yang terlompat-lompat terpekik-pekik kat hall rumah aku.
Aku dengan Ima pandang je tebiat dia.
Kau ni pehal ni? Ni siapa yang dapat kereta, kau ke aku?

The way dia "gembira" tu fake nak mampus.
Like, apakejadah kau terpekik dalam rumah aku "Omigod! Omigod! You are so lucky! I must call my boss now. Omigod!!”
Wadehell?

Lepas tu masa tengah cakap dengan bos kat phone terpekik-pekik “This customer won Kancil! Omigod!! Can she come collect the car right now? Just come and take the car, right? Ok ok, omigod!!”
Menggelabah beruk okeh?

Dia kata dari pagi round satu Bandar Baru Bangi buat survey, paling tinggi hadiah orang gores dapat hamper RM250.
Tup tup aku dapat kereta. Excited gila dia. Gitewww.

Dia bagitau kereta dorang park kat dalam kawasan Balai Polis area Puchong.
Aku macam…huh? Balai polis?
Tapi masa tu aku tak berminat nak tanya kenapa sebab kalau dah masuk bab-bab kereta ni harus kena tanya mak bapak aku dulu.
Mana boleh suka-suka keluar rumah follow dia.
Nak mampus kena starlite dengan Mak Aji?
Daripada aku kena starlite, tak dapat kereta pun takpelah 😆.

Lepas tu kan dia cakap aku kena bayar ONLY RM5000 untuk urusan documentation.
Masa ni dah start fishy.
Mula-mula kau cakap free, just take like thatlah apa lah, tup-tup kena bayar. RM5000 pulak tu.
Aku ni dah lah nak kawen, memang tak senanglah nak keluarkan RM5k gitu-gitu je selagi kenduri aku tak settle.
Aku dah start tak berminat nak dengar dah time tu.
Sebab kepala aku cuma paham FREE means FREE.
Nama pun GORES DAN MENANG.
Lain la kalau nama dia “GORES DAN MENANG TAPI BAYARLA DULU SIKIT”.

Pastu aku cakap takpelah, aku tak nak accept hadiah ni.
Takpelah, tak payah bagi aku apa-apa saguhati.
Aku jawab survey ikhlas. Lagipun masa tu aku dah ada Kancil.
Mak Aji hadiahkan Kancil lepas grad.
Cukuplah satu, nak buat kereta banyak-banyak.
Karang tunang aku balik dari Jepun bawa balik kereta lagi.
Lagipun aku bukannya ada lesen pun time tu. Ada kereta je.

Kecewa jugaklah dia. Beria dia pujuk aku.
Kau bayangkan dari mula dia terpekik terlompat macam beruk bila aku menang kereta sampailah keluar dari rumah Mak Aji dengan kecewa, sejam setengah!
Satu jam 30 minit dia ambil masa nak persuade aku supaya bayar RM5000 tu.
Siap nak teman aku pegi bank keluarkan duit.
Dah nampak macam dia pulak kemaruk nak kereta.

Aku cakap aku taknak kereta tu.

“Betul you tak mahu? Kalau u tak mahu I ambillah. Tak apa ke? You ok ke I ambil?“

Konon nak saiko-saiko aku la.
Dia tak tau aku ada pengalaman dengan bapak segala saiko seblom tu.
Boleh jalanlah dengan kau punya saiko. Tak thrill lansung!

En Wan pun pernah berpengalaman dengan sindiket gores & menang.
Berlaku di rumah lama kitorang, di Putra Heights.
Sebelum rumah sekarang, kitorang beli rumah pertama di sini juga, lain phase.
There’s one Chinese guy, pakai spek datang rumah.

Aku ni sebenarnya tak tahu menahu kisah yang dia datang untuk gores & menang.
Aku dalam rumah.
Tiba-tiba aku dengar suara lelaki terpekik WAWOAWAOWOWOAOWOA kat luar.
Ingatkan cina bergaduh. Rupanya beruk terlepas.

Dari cerita En Wan, modus operandinya sebijik sebijon macam yang aku kena.
Buat-buat terperanjat, buat-buat excited macam beruk, lepas tu call bos bagitau ada pemenang hadiah utama, terlompat-lompat kat depan macamkan kau yang menang.
Sama macam yang aku kena.
Padahal gap antara aku dengan En Wan kena dalam 4 tahun.
Masih relevan rupanya skrip dorang tu.

Kononnya En Wan menang 7 barangan elektrik.
TUJUH okeh! Kau rasa?
Semua barang elektrik tu dari Jepun katanya.
Memang silap besarlah kau petik nama Jepun pastu nak kencing orang yang 7 tahun duduk Jepun 😆.
Pulak tu hari yang En Wan kena, dia baruuuuu je balik dari Jepun seminggu kerja di sana.
Direct En Wan cakap “Saya blaja Jepun 7 tahun. U kata brand ni sudah established. Tak pernah dengar nama brand u bagi ni sepanjang I duduk sana. I baru balik dari Jepun pun tak pernah nampak this brand”.

Kalaulah aku yang kena ni dah menjejes air kencing.
Kantoi big time oi! Mau tak rasa nak terkencing?
Kena tengking dengan En Wan terus tak nampak-nampak dah kelibat dia pastu.

Aku rasa dulu gores & menang berleluasa sebab takde orang tak suka barang free. Itu pertama.

Second, takde orang yang tak suka barang mahal dijual dengan harga murah.
Macam En Wan kena tu, mamat tu offer 7 barang letrik dengan harga cuma RM4000.
Macam aku Kancil dengan hanya bayar RM5000.
Maksudnya, benda tu murah dia offer.
That’s why orang mudah gelap mata bila terkena.

Barang letrik yang dia offer tu pulak bukan calang-calang.
Home teater, vacuum cleaner yang pakai kat lobby hotel tu, mesin basuh, mesin jahit, pastu ntah apa menatang lagi at only RM4K!
Mau tak buta mata kau kejap?
Entah-entah barang tu semua belum tekan punat, mesin dah jem.

Tapi bapak aku terkena dah.
Tapi dia kena dengan orang melayu.
Sedang eloklah masa tu baru pencen.
Duit pencen tengah banyak. Apa sangatlah RM4k.
Bapak aku pulak niat hati tu nak menggembirakan isteri dengan barang letrik.
Dia lupa isteri dia boleh bertukar jadi singa pada bila-bila masa.
Hilangkan nak seronokkan isteri, terus kena bebel berhari-hari 😆.

Tu pun sama gak, barang dari Jepun katanya.
Sekali kitorang balik Bangi menantu Jepun check, tak wujud pun brand tu kat Jepun.
Kesian bapak aku bertambah-tambah sengasara dia kena sound dek mak aku.

“Bapak kau mana reti bincang-bincang. Ntah hape salesman tu cong dia, dia main hulur je duit. Lepas ni duit dia aku nak pegang”. Kahkahkah.

Tapi menantu backing pak mertua “Tak rosak benda ni, Ma. Boleh guna ni. Tapi mungkin harga dia sebenarnya tak sampai RM4k”.

Tak salah aku sikit masa dulu pernah ada taktik pukau-memukau, kan?
Something like orang tak sedar bagi duit kat salesman.
Sedar-sedar duit hilang.
Memang setan sangatlah taktik tu.
Desperate nau life sampai kena pukau orang lain baru boleh bagi anak bini kau makan.

Sekarang scammer dah makin bijak.
Macam-macam cara.
Credit card, insurans, mahkamah, LHDN - banyak betul idea dia nak mengencing orang.
Tak tahulah macamana dorang ni tak melingkup-lingkup.
Makin direport, makin banyak. Tak tahulah kat mana silapnya.