Pages

2021-04-20

Tak siapkan sahur

Hari tu nampak orang share ni kat FB. Senyum je aku baca.
Rasanya aku sorang je kot ibu yang tak menyiapkan makanan sahur.
Aku hanya mengejutkan semua dalam rumah tu bangun sahur tapi aku tak turun ke dapur.
Aku bersahur 1L air putih only, itupun minum dalam bilik.  

Lama dah aku tak buat keje menyiapkan makanan bersahur.
Dari sejak Redza lahir sampailah ke bibik yang last selama 10 tahun lamanya, bibik yang siapkan makanan bersahur.
Tak bersiap apa pun, goreng telur, ikan masin and bilis je.
Everytime bulan puasa, itulah menu bersahur.
Melainkan aku turun bersahur, aku boleh makan lauk perangat malam tadi.
Tapi En Wan, Rayyan and Redza semua lauk sahur fresh.
Biarlah telur mata je pun, janji lauk fresh.

Lepas bibik balik tahun 2014, aku ambil tugas bibik.
Bangun untuk menyiapkan lauk bersahur.
Kadang aku sahur, kadang tak.
Tahun 2017 Redza dah masuk Langkawi, lagiiiiilah aku malas nak ke dapur pagi-pagi buta.
Maka semenjak itu, mok ambik alih.
Biarlah mok yang melayan anak kesayangan dia pulak.
Mok kalau berdua dengan anak dia jangankan goreng ikan masin, siap potongkan tembikai pagi-pagi!
Dah gitu, aku pun biarkan je lah.
Kasi chan mok nak melayan anak dia berdua tanpa kehadiran menantu hantu di situ.

Rutin tu lama-kelamaan dah jadi kebiasaan sampailah ke Ramadhan kali ni.
Ni dah seminggu puasa, aku belum turun ke dapur lagi untuk bersahur.
Aku tolong kejutkan mok, Rayyan and En Wan je lepas tu aku sambung buat hal aku sampailah ke Subuh.
Tengoklah esok kalau Redza balik, try la turun jap tunjuk muka buat syarat. 

Rayyan takde masalah makan lauk perangat, asalkan yang diperangat tu adalah nasi goreng, atau kueytiaw goreng, atau spageti aglio olio dan seangkatan dengannya.
Rayyan payah makan nasi putih with lauk.
So far sepanjang berpuasa ni aku kena masakkan menu khas untuk dia time berbuka.
Dan kena masak banyak so that dia boleh ulang makan lepas Isyak and ulang masa bersahur.
Dia ok, asalkan makanan dipanaskan.
Tapi tu lah, tak reti makan nasi putih.
Jadinya, setiap petang aku bersilat siapkan macam-macam menu supaya yang sorang dapat makan macam ni, yang sorang dapat makan macam tu.
Memang takde sorang yang mengikut pesen aku.
Aku ni jangankan kata boleh makan lauk perangat, mee goreng yang 3 hari dalam fridge bawa keluar terus makan sejuk-sejuk pun jalannnnnnnn.

Masa kecil dulu, time bersahur kitorang memang makan lauk berbuka malam tadi je.
Kalau ada tambahan pun ikan masin.
Itupun untuk Mak Aji and Pak Aji je buat tambah-tambah sebab lauk belen berbuka selalunya tak banyak mana tinggal.
Jadi mak bapak opt for ikan masin, biar anak-anak makan lauk perangat.
Bukan maksudnya mak bapak aku biarkan anak makan lauk sizen, tapi lauk berbuka selalunya lebih best dari lauk sahur.
Kalau berbuka makan sup ayam, maka sahur pun sup ayam.
Itu masih best lagi banding ikan masin.
 
Bila pikir-pikir balik, baiknya mak aku.
Dalam pada dia suka menyinga kat rumah, at least tiap kali sahur dia turun siapkan makanan.
Selalunya masa sahur Mak Aji siapkan sekali air panas.
Lepas makan nasi, kitorang akan lepak-lepak minum air panas.
Pak Aji minum nescafe. Kitorang adik-beradik minum Milo (masa ni aku masih boleh telan Milo).
Kadang sambil minum Milo tu sapu pulak roti dengan butter.
Padahal baru lepas mencekik nasi sepinggan.
Begitulah perut kami.
Memang dari kecik terdidik makan banyak.

Dari umur aku 11 tahun, Mak Aji dah train aku buat kuih raya.
Bila aku pandang Rayyan sekarang, alahaiii.
Anak aku 11 tahun masih berlenggeng ke hulu hilir dalam rumah dengan spender.
Nak bancuh Milo sendiri pun mintak nenek buatkan.
Aku umur 11 siap boleh buat kuih raya 6 jenis.
6 jenis, ya! Tak tipu.
Mak aku idup lagi tu, pegi tanya dia.

Selalunya projek kuih raya ni buat on weekend selepas Subuh.
Maknanya dari lepas Sahur tak tido dah.
Kuih wajib ada dalam rumah tu : Choc chip cookies, Kuih Badam, Almond London, Kuih Mama Carey, Kuih Aunty Latifah (aku tak tau nama kuih ni tapi resepi dia dari aunty ni).
Satu lagi kuih aku lupa. Tapi memang kena cukupkan 6 jenis.
Kadang aku konfius dengan level tawakal Mak Aku.
Dia boleh selamba je serahkan tugas buat kuih raya kat anak dia yang masih sekolah rendah sementara dia pi opis macam biasa (dulu hari Sabtu gomen kerja).
Akulah membancuh, akulah menguli, akulah membakar.
Ima tolong mencantikkan kuih, contohnya letakkan choc chip, tabur badam, lukis corak atas mama carey and susun kuih.
Kalau bab menyusun kuih ni dia memang pakar.
Mak Aji balik kerja nanti cuma tanya "Mana kuih kau, bak mama rasa".

Antara kuih yang banyak-banyak aku buat tu, choc chip cookies yang palinggggggggggg laku.
Dia punya tahap laku tu, sampai kawan Mak Aji datang beraya kat rumah mintak sikit nak bawak balik.
Mak aku pulak dia punya pemurah lain macam sikit.
Nah! Sebalang dia bagi.
Terkebil-kebil aku dengan Ima tengok sebalang gone.
Tu kalau sorang mintak.
Kalau dua orang mintak, 2 balang gone.
Bila aku tanya kenapa bagi orang banyak sangat.
Mak aku dengan konfidennya jawab "Takpe, nanti buat lagi".
Nak je masa tu aku balas "Sape yang nak buat?"
Tapi karang melekat pulak tray kukis tu kat muka aku.
Jadi aku senyap je lah.
Buattttttlah lagi dan lagi sambil dalam hati membentak-bentak.
Tapi kukis tetap siap.

Selain dari kuih raya, aku rajin buat kek juga.
Tapi kek Marble je lah. Itu je bahan paling murah.
Lagipun zaman 90s dulu mana ada orang buat kek sangat.
Nak makan kek pi beli kat kedai.
Dah pandai buat Marble cake tu kira hebat dah tu.
Rutin buat kuih raya berterusan sampailah umur aku 22.
Aku kawen umur 23 terus tak buat dah kuih raya sampai sekarang.
Dalam tempoh 20 tahun berkahwin, boleh bilang sebelah tangan buat kuih raya. Malas.
Dah puas dah aku membaking sejak umur 11 tahun.
Tak kuasa dah nak membaking sekarang.
Now aku cari orang jual kuih je.
Oven aku tu kalau bernyawa memang dia lah paling seronok sebab tak berkerja sangat.
Habis kuat pun buat bakar macaroni.

Boleh je kalau nak kembali membaking.
Skill insyallah masih ada, cuma takde siapa nak makan.
Dalam rumah aku ni tak berapa layan kuih and kukis sangat.
Kalau kerepek-kerepek memang laju.
Now aku fokus kat memasak je lah. Itupun tak hebat macam orang lain.
Bulan puasa macam ni aku start masak at 5pm.
En Wan wajib ada 3 lauk, walaupun dia tak makan lauk bersayur tapi memang syarat sejak awal kawen, macamana sekalipun atas meja kena ada minimum 3 lauk.
Rayyan satu menu lain.
Memang bersilatlah aku nak menyiapkan menu tekak masing-masing.
Tapi tu lah kan, orang perempuan.
Macamana merungut pun, macamana menghempas-hempas kau dengar dia kat dapur tu, lauk tetap siap.
Time makan, tetap makanan ready atas meja.
Tapi kau jangan komen apa-apa, ya.
Kau makan senyap sudah. Tak puji pun takpe, asalkan jangan kondem.
Karang terbalik meja tu aku buat.

In my case, walaupun tak bangun sahur, aku dah ready masakkan banyak menu Rayyan masa berbuka so mok boleh panaskan je untuk sahur.
Sebelum puasa aku dah order ikan kurau masin, ikan gelama masin, ikan bilis sekilo dari Pangkor.
En Wan bukan ingat benda-benda ni padahal yang nak makan dia.
Itu semua menu bersahur dia.

Ini makanan berbuka sepanjang 7 hari lepas.
Hari keempat beli nasi dagang. Hari lain, masak.
Yang sebenarnya time berpuasa ni tak kiralah puasa Ramadhan ke, puasa hari-hari biasa ke, kau masaklah telor goreng kicap sekalipun tetap puas hati sebab makan dalam keadaan tengah lapar.
Tapi sebab nak meraikan sekeluarga berpuasa serentak macam Ramadhan ni, masaklah jugak yang special sikit.
Idok le special mana, asalkan penuh meja tu walaupun semangkuk lauk sardin, semangkuk lauk bening sayur, semangkuk telor dadar.
Bila dah campur kuih 2 jenis, gitu gini, penuh meja.
Kira special dah tu.
Lega juga rasanya sebab tak perlu bersilat kat dapur pagi-pagi.
Eloklah tu, dah umur 43 ni tak elok bersilat hari-hari.
Kekuda nak pakai lama ni.