Pages

2020-11-09

Ramai nak hidup senang tapi taknak berkorban besar

IGS aku semalam.
Tak, bukan aku sentap.
Cuma terfikir, memang masih ada rupanya orang yang berfikiran cetek macam ni.
Yang anggap kebanyakkan orang yang berniaga ni kaya sebab masyarakat beli barang dorang.

Ya, aku tak nafikan orang yang berniaga, pendapatannya datang dari hasil berniaga.
Tapi, akal tu janganlah dangkal sangat.
Kita hidup zaman 'kereta terbang', takkan akal masih stuck kat zaman purba.
Especially bila yang kita kecam tu kalangan celebriti dan public figure.
Kau ingat dia jual 1 barang je boleh kaya ke?
Nama pun celebriti, belum tentu lagi bisnes dia yang menjadikan dia kaya.
Entah-entah job-job lain - jadi pengacara, jadi duta, buat review - ini yang menjadikan dia kaya.
Bisnes online tu ntah-ntah sampingan dia nak mengisi masa lapang.
By the way, kalau kau hasut orang jangan beli produk dia, belum tentu lagi dia jatuh miskin.
Tapi yang pasti kekal miskin adalah kau.

Some people anggap bila jadi orang yang terkenal ni senang, jual apa pun orang beli.
Ya, tak dinafikan begitu.
Itu memang wajar sebab bila dikenali, crowd pun ramai.
Tapi, jangan ingat semua crowd tu beli barang dia.
Followers 1 juta, yang beli maybe 400K orang saja.
Bagi kita 400K itu ramai, tapi bagi dia, itu sikit, not even half dari pengikut.

At the same time kena tengok sama, apa effort dia untuk kumpul crowd seramai tu.
Sebelum dia dikenali oleh seramai tu, dia juga pernah berada di tempat kita tak yang dikenali ni.
Lama mana dia pulun untuk sampai ke tahap tu
Apa usaha yang dia dah buat untuk sampai ke tahap tu?
Apa pengorbanan yang dia dah buat sepanjang nak berada di tahap tu?
Selalunya yang tu kita tak nampak, kita hanya nampak bila dia dah berjaya je.

I tell you, ramai orang nak hidup macam si anu tapi tak semua orang nak berkorban macam si anu.
Tak ramai yang nak lalui sleepless nights, being broke for a while, tebalkan muka buat macam-macam, belajar sana sini - tak ramai.
Tapi ramai nak hidup macam si anu.
Bila tak dapat life macam si anu - kecam.
Tak bolehlah macam tu, rezeki kita ni Allah bagi dalam 3 cara : 

[a] rezeki yang datang kerana kita cari (usaha)
[b] rezeki yang datang sebab Allah nak bagi
[c] rezeki yang datang sebab kita pernah memberi

Pilih, kita nak yang mana.
Formula Allah dah bagi.
Jangan kelebet berkat tak berkat rezeki orang, tengok dulu kita punya rezeki berkat ke tak.

Percayalah cakap aku, kebanyakkan orang yang mewah-mewah tu, dia tak fokus pada 1 kerja.
Dan selalunya kerja yang dia buat secara online bukanlah pendapatan utama.
Tidaklah semuanya begitu, tetapi kebanyakkannya begitulah.
Benda macam ni aku pun pernah kena tempiasnya, padahal tak mewah pun.
Masa buat biotech business, orang tak nampak struggle aku sebab kerjaya tu takde kena-mengena dengan dunia online aku pun, jadi aku jarang bercerita.
Kalau ada pun, aku cerita pi outstation sana sini, tapi intipatinya orang tak tau.

Until aku mula jual satu produk ni, eh tau-tau ramai pulak yang tumpang sakit hati.
Yang kata aku dapat special treatment dari HQ, yang kata aku dapat special price dari HQ, yang kata aku melobi founder, etc.
Ramai ingat aku KAYA sebab jual produk tu.
Masing-masing lupa agaknya aku juga ada kerja lain, dah hakikatnya kerjaya hakiki aku adalah pendapatan utama.
Tapi sebab aku jarang bercakap hal kerja, jadi orang dok ingat jual produk tu lah pendapatan utama.
Last-last aku stop jual that produk sebab aku ada banyak benda lain nak buat.
Dan aku percaya, walau aku dah tak jual that produk, tetap tak menjadikan orang-orang tersebut kaya-raya.
You know why? Because you have broke mindset.
Orang yang ada broke mindset susah nak berjaya, tapi kalau you ada rich mindset, walau you broke, you boleh berjaya.

Until now, aku masih run biotech business tapi lebih kepada custom projek, dan now aku join education business.
GreenAard tetap jalan, sebagai online business.
GreenAard ni aku suka buat sebab ini passion aku.
Aku suka educate people dengan ilmu yang aku tahu, jadi produk GreenAard adalah end product dari apa yang aku belajar dan aku tahu. Aku kongsikan pada customer.
Siapa yang follow IG aku tahu everyday aku bagi info tentang food science yang related dengan GreenAard.
Memang itulah cara aku buat sales dari zaman aku jual barang makmal dulu.
Aku tak suka fight harga. Aku tak menjual sebab harga. Aku lebih suka jual sebab teknikal.
Dan kelebihan tu buatkan aku dipelawa untuk join educational program and I'm loving it.

Janganlah kita hasad dan buruk sangka dengan kejayaan orang, kita tak berada bersama dia ketika dia berhempas-pulas membina nama, membina brand, membina syarikat.
Aku tahu apa effortnya membina personal branding - ini bukan satu malam punya kerja.
Ini kerja makan tahun - kena kecam, kena puji, kena lambung, kena hina - ini pakej.
Ramai yang giveup kerana ini.
Kebanyakkan celebriti yang gah sekarang, cuba kelebet balik history dorang zaman baru nak naik dulu, apa je yang dorang tak kena.
Dato Siti tu pun kena kecam macam-macam tau.
Ingat kalau berbekalkan suara sedap je boleh bertahan ke?
Berapa ramai penyanyi yang suara sedap, tapi berapa kerat bertahan?

Yang kita nampak ketika mereka dah gah.
Public figure and celebriti pun tak semuanya berjaya dengan bisnes, ramai je yang cuba bisnes tapi tak berjaya.
Kelebihan menjadi orang terkenal tak menjamin kejayaan dalam bisnes.
Kalau kita tak dapat support dari kawan-kawan, percayalah, celebriti pun tak dapat support dari kawan.
Yang support dorang mostly adalah peminat. Maksudnya crowd dorang.
Jadi, kalau kita tak dapat support dari kawan-kawan, jangan dok harap pada yang tu lagi.
Keluar. Keluar dari kelompok kawan tu, cari crowd lain. MOVE!

Hasad dengki ni kerja yang penat dan tak bagi hasil yang bermanfaat pun.
Ini penyakit hati yang "tertua" yang menjadikan iblis derhaka kat Allah.
Penyakit iblis inilah yang banyak diwarisi manusia sekarang.
Hakikatnya, kita semua saling terkait dan saling bergantung.
Tak ada yang betul-betul lebih tinggi atau lebih rendah, lebih beruntung atau tak di antara kita.
Yang membezakan cuma cara kita memandang dan menyingkapi setiap perkara.



Ini port baru aku. Cabang baru.
Yang aku bold tu adalah bidang aku.
Akan ada banyak projek di bawah program aku ni, termasuk Nutrition, insyallah.
Buat masa sekarang, semua kelas dibuat secara online.
Ada hikmah Covid-19 ni. 
Bila kelas dibuat secara online, participation dari luar negara pun masuk sekali.
Boleh masuk website tu dulu untuk usha-usha.
Nanti free time, aku cerita pasal ni.
Dah, aku nak masak.