Pages

2020-10-20

Spesis bengap


Lately ni banyak pulak aku nampak orang dok share meme-meme yang tak berapa kelakar macam :

"Ada lagi ke perempuan yang gaul kunyit dengan tangan?"
"Ada lagi perempuan yang sanggup terima lelaki ada moto kapcai?"
"Ada lagi ke perempuan yang nak dating kat warung?"


Kau dah kenapa saitan.
Kalau tak gaul kunyit dengan tangan kau nak aku gaul dengan apa. Dengan tumit?
Ni semalam nampak meme yang ni pulak.




Alahaiii comel nau, tapi tak kelakar, ya.
Lain kali kalau nak berjenaka tu biar yang klako sikit.
Ni karang kalau kita balas balik, dia kata "Kau takkan boleh menang dengan perempuan".
Yang sebenarnya ada je lelaki yang tak boleh terima kenyataan dorang pun 2x5..

Ada banyak tulisan yang membeza-bezakan perempuan dulu dengan sekarang.
Katanya perempuan dulu berpakaian sopan, duduk rumah pun bukan main rapi lagi baju and rambut, bercakap pun lembut, akhlak sangat feminin.
Kalau nak keluar rumah tak sah kalau tak dapat izin mak bapak, balik pun sebelum senja, malam lansung tak berani keluar.
Mak bapak zaman dulu menjaga anak perempuan macam menjaga intan berlian katanya, sorok selagi boleh, kalau boleh tak nak bagi orang nampak lansung kelibat anak perempuan.
Tak macam perempuan zaman sekarang, seminit duduk dalam rumah macam kena penjara setahun katanya.
Belum lagi cerita bab adab, gelak terbahak-bahak, lepak dengan boys, hang out beramai-ramai seharian, balik malam, etc.
Padahal melayu, patutnya kaya dengan adab dan adat.

Halah halahhhhhh.
Dia senang cerita ginilah, toksah perati sangat anak orang.
Esok kau ada anak perempuan, didik baik-baik macam yang kau nak.
Tengok kau boleh jadi macam mak bapak dulu-dulu ke tak, peram anak dara kat rumah.

Aku tak sure dia nak perempuan sekarang jadi macam perempuan zaman dulu tu, zaman yang mana.
Setahu aku zaman Mak Aji pun perempuan dah ke sana sini.
Mak Aji dulu sportswoman, wakil sekolah main hoki, pakai short bagai.
Dah kerja kat UKM masih lagi main hoki, tour satu Malaysia suka antara universiti.
Mak aku lahir tahun 50an, masa dia bersekolah maknanya tahun 60an.
Maksudnya tahun 60an lagi wanita dah terbiasa ke sekolah, main sukan, berpolitik, berpesatuan.

Tahun 60an wanita dah mula independent.
Kalau zaman arwah nenek aku dulu, yes. Memang kena kurung.
Itupun dia sempat bersekolah [belajar agama] tapi setakat umur 12 tahun. Umur 14 dah kawen.
In fact, mok mertua aku pun kawen umur belasan tahun.
Aku tanya mok aku, kenapa orang zaman dulu kawen awal-awal?
Mok aku cakap, "Doh takkan nok duduk rumoh sesaje, kije pun dop buleh, takkan mok ayoh nak bela sampai sudoh. Bagi nikoh doh le".
SETLLE.

Ada betulnya jugak.
Perempuan zaman dulu, orang tak expect banyak.
Kau pandai membaca lebih kurang, boleh masak - cukup syarat.
Sebab zaman dulu, mencari rezeki letaknya pada bahu seorang suami a.k.a lelaki.
Tapi, zaman sekarang, boleh tahan ramai juga yang malas belajar, malas kerja, tapi selera besar.
Bab mengote memang rajin.
Dia menyetan takpe, tapi kalau nak buat bini mesti nak stok-stok perempuan lindungan Kaabah.

Kalau dah suami isteri sama-sama bekerja, sama-sama put money on the table, takkan kau tak boleh consider untuk sama-sama memasak kat dapur?
Atau paling tak, kau sediakan segala bahan memasak, isteri masakkan.
Ini tak, sama-sama pegi bekerja, tapi bila balik kerja isteri check-in dapur, yang kau membongkang atas sofa.
Bangun tido nak mencekik terus.
Seb baik laki aku tak spesis gini, kalau tak dah lama kena cekik ngan aku.

To be fair, sebenarnya En Wan masa awal-awal kawen pun expectation dia gitu.
Sebab dia membesar dengan maknya surirumah.
Walaupun mok terlibat sama berniaga dengan arwah ayah tapi kat rumah ada 3 orang bibik.
Jadi kalau mok kerja, keadaan rumah masih lagi terjaga.
Sebab tu En Wan tak biasa makan lauk repeat.
Kalau tengahari lauk tu, malam tak boleh makan lauk yang sama, mesti lauk fresh.
Berbeza dengan aku, membesar dengan mak bapak bekerja.
Most of the time Mak Aji je yang ada kat rumah sebab Pak Aji kerap outstation.
Jadi Mak Aji yang banyak menguruskan hal rumah.
Dia hanya masa SATU KALI je, waktu pagi.
Mak Aji bangun 5am, terus masak untuk lunch supaya anak-anak balik skolah ada benda nak makan.
Dengan pesanan "Kau jangan tala lauk ni sampai habis pulak, ini sampai malam karang".

Kalau dia rajin, dapatlah pagi tu breakfast nasi goreng atau scramble egg.
Kalau tak, dia memang masak untuk lunch je, breakfastlah kau makan roti selet butter.
Sepanjang aku skolah, tak sampai 50 kali breakfast makanan lain, selalunya hadap roti je.
Dah terbiasa makan lauk perangat.
Even now, kalau lauk tu simpan dalam peti sejuk, aku boleh rilek je keluarkan dan terus makan dengan nasi.
Nak panaskan balik dalam microwave pun aku malas.
Begitu sekali tahap immune aku.
Kalau En Wan, jangan.
Dia kalau lauk fresh masak panas-panas, tapi nasi tak panas pun dia takleh makan. Apa jenis tekak pun aku tak tau lah.

Masa tahun-tahun awal kawen dulu En Wan punya expectation adalah isteri kena masak, kena kemas rumah, kena siapkan segala keperluan suami.
At the sama time dia nak isteri blaja tinggi, bekerja, bergaya.
Eh cantik muka? Kau hensem nau ke? Bagus sangat keje engineer tu? Kau ingat kau pakai sport car kau boleh letak syarat macam-macam kat aku?
Dulu dia selalu gak bandingkan aku dengan isteri kawan-kawan dia [aku tak tau lah isteri siapa yang dia bandingkan].
Kejap-kejap "Bini kawan abang tu kerja jugak, tapi balik boleh masak".
Uiiii hanginnnnn aku dengar.
Aku jawab "Bini kawan awak tu keje apa? Balik pukul berapa? Ada dia serah semua duit gaji dia kat suami macam saya buat? Berapa sen dia contribute kat rumahtangga? Apa je yang dia masak? Laki dia jenis makan apa je yang bini masak. Awak boleh kalau saya masa cincai? Kalau tak boleh, DIAM!"

Memang sungguh dia diam. Tak berani dah dia ungkit.

Bukan aku nak ajar korang buat macam tu tapi sometimes ada lelaki tak sedar kalau kita tak ungkit.
Nak kena "diketuk" baru dia nampak "Ohhh, betul. Bini aku at least begini, begini, begini.."
Kau nak bini berpelajaran tinggi, berkerjaya bagus, bergaji besar, bergaya, pandai masak, boleh jaga makan pakai anak dan suami, abis yang kau buat apa je agak-agak?
Tak cukup sekadar bagi duit belanja dapur dan nafkah ya.
Some lelaki cakap lebat, bab duit nafkah "Terimalah seadaanya, dalam hadis pun ada cakap suami bagi nafkah setakat yang mampu.."
Fuh, kalau bab ni, petik hadis terus.

Bendanya simple je, kalau nak isteri berlebih kurang, suami pun kena berlebih kurang.
Isteri tu bukan robot, ada harinya dia masak sedap, ada harinya dia kepenatan masak pun ala kadar.
Ada harinya dia balik kerja masih ada tenaga mengemop lantai, basuh toilet.
Ada harinya dia balik nak tanggal tudung pun takde mood.
Halaahhh, time bujang dulu mentekedarah maggi siang malam takde pulak masalah, now sesekali kena hadap maggi dia punya mengungkit macamkan kena makan nasi basi.
Menyampah betul aku lelaki jenis gini. Bengap.