Pages

2019-02-13

Tudung bukan ukuran iman


Lately ni ramai juga la yang start sinis dengan celebriti and public figure yang baru berjinak-jinak nak pakai tudung.
Macam-macam yang diperlinya.
Risau je aku kalau-kalau lepas ni budak-budak ni tak tahan kena sindir, lantas bukak tudung jugak.

Yang memerli tu memang semuanya di kalangan bertudung.
Ddorang sibuk kecam-kecam katanya Hamba Allah tu bertudung tapi akhlak buruk, padahal at the same time dorang tengah mengutuk-ngutuk.
So betullah kan penampilan tak melambangkan akhlak?

Tak kurang juga ada yang ambik peluang untuk compare "Elok lagi si A, walaupun tudung makin lama makin singkat at least dia masih bertudung".

Terhenyak aku kejap baca komen tu.

Sebenarnya inilah yang paling menakutkan sekali.
Bila perbandingan antara yang tak baik dengan yang tak baik dibuat.
Selalunya gitulah.
Kita semua tend to membandingkan sesuatu yang tak baik dengan sesuatu yang tak baik juga untuk menampakkan salah satunya lebih baik.

Tapi, lebih seram bila ada yang kata "Tu pasal orang yang bertudung ni bukan boleh percaya sangat. Tudung bukan ukuran keimanan seseorang!"

Wah, pedih nau rasanya.

Memang betul bertudung atau tak bertudung, tudung panjang atau tudung pendek - itu semua bukan ukuran keimanan seseorang, tapi kena ingat yang komitmen seorang perempuan dalam menjalankan syariat dengan baik boleh menjadi ukuran ketaatannya pada Allah.
Sebab syariat dah jelaskan pakaian perempuan setidak-tidaknya mesti follow kriteria yang ditetapkan antaranya tak menampakkan bentuk badan, tak tabaruj dan tak menyerupai lelaki.
Memang iman tak bertambah pun kalau follow semua kriteria tu tapi kalau kita buat semua, itu menunjukkan level ketaatan kita tinggi.

Apa-apa pun aku setuju dengan komen orang tu "Iman takde kaitan dengan tudung".

Itu memang betul.

Sebab Al-Baqarah (3) ada cakap "mereka yang beriman kepada yang ghaib, mendirikan solat, dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka".

Atau bahasa mudahnya : mereka yang beriman adalah yang bersolat, yang menafkahkan rezeki dan yang percaya kepada benda yang tak nampak dek mata.

Takde pun disebutkan "mereka yang beriman adalah yang pakai tudung" atau "mereka yang beriman adalah yang tak pakai tudung tapi baik hati".

Jadi aku setuju bila dia kata tudung takde kaitan dengan iman.

Tapi dalam surah An-Nur (31), ada cakap "Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, dan janganlah menampakkan ...."

Nak senang faham, baca saja lah part yang aku bold tu.

Tadi Al-Baqarah cakap mereka yang beriman adalah yang bersolat.
Jadi, kalau solatnya betul, bermakna mereka adalah golongan wanita yang beriman.
Wanita yang beriman dah tentu tak ada masalah untuk dia 'menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka' sebab orang yang beriman tak akan beralasan dengan perintah Allah.

Mudah-mudahan penjelasan ringkas tu dapat difahami.
Oh by the way, itu bukan statement aku.
Aku bukan untuk mem-bash sesiapa.
Hanya nak memberi faham sahaja, ikut setakat apa yang aku dah belajar.

Tudung memang tak mencerminkan iman seseorang.
People have their own reasons pakai tudung.
Ada yang pakai tudung sesuai dengan ajaran Islam kerana nak melaksanakan perintah Allah.
Ada juga yang pakai tudung kerana nak menutup sekadar tutup je.
That's why aku setuju dengan statement penampilan tak mencerminkan iman.

Previous post aku pasal kes tanggal tudung ni, ada sorang follower kat IG bagitau yang dia nak pakai tudung lama dah.
Yang buatkan dia tangguh sebab dia tak pandai mengaji.
Dia rasa malu dengan diri sendiri nak pakai tudung tapi mengaji pun tak reti.

Aku rasa maybe ini salah satu sebab kenapa ramai yang bertangguh nak pakai tudung sebab nak tunggu semua jadi perfect.
Masalahnya, kita dah tahu kita tak perfect (tak tau mengaji) tapi kita taknak pi blaja pun.
Malu nak blaja mengaji sebab rasa diri tak layak, banyak dosa buka aurat.
Jadi penyudahnya tak bergerak.
Nak pakai tudung malu sebab tak pandai mengaji.
Nak mengaji malu sebab sebenarnya tak bertudung.
Eloklah, pusing-pusing kat situ sampai ke sudah.

Al-Quran tu umpama manual book.
Kalau kita beli LEGO, kena baca manual dulu baru boleh buat.
Kalau tak baca, tak menjadi mainan tu nanti.

Samalah macam Quran, kita baca, baca terjemahan, pi blaja tafsir kalau ada masa.
Kalau kita faham tafsir, insyallah mudah kita istiqomah.
Itulah cara kita upgrade diri, bukan tunggu perfect baru nak buat semua.

Allah dah bagi green lite untuk tuntut ilmu hingga ke liang lahad.
Jadi kita ada masa lagi ni nak blaja Quran.
Blajalah sampai otak kita berhenti bekerja, jangan tunda-tunda.
Tak tahu mengaji tak bermaksud tak payah jaga aurat.

Entahlah, isu aurat sangat sensitif especially bila nak discuss secara terbuka macam ni.
Mesejnya cuma satu - jangan hukum orang dari penampilan.
Sebab kita semua tahu memang ada yang tak menutup aurat tapi akhlaknya sesama manusia baik.
Dan ada juga yang bertudung tapi hari-hari mengumpat dan mencari-cari keburukan orang lain.
Tapi, kita semua dah besar, patut dah boleh bezakan mana yang baik dan buruk bagi kita.
Kalau kita hilang arah, maka baliklah pada Quran dan hadis.

Yang seangkatan dengan aku, yang umur dah 40an, aku cuma nak cakap balance yang kita ada tak banyak.
Kalau ikut umur Rasulullah, kita ada balance 20 tahun je lagi.
Dah ada hawa-hawa bau tanah orang kata.
Biarlah solat kita masih lompong-lompong, mengaji masih merangkak, yang penting aurat cover dulu.
Nanti soal ibadah kita perbaiki sama-sama.

Aku bukan orang yang benar-benar faham agama.
Bukan orang yang boleh dikatakan solehah atau alim (berilmu).
Ilmu dalam agama masih sangat sikit nak dibandingkan dengan ilmu korang.
Masih blaja lagi.
I am nobody, just trying to sampaikan what I know that might be benefit.

Maaf kalau ada salah dalam post kali ni.
Kalau ada jumpa sesuatu yang janggal dan bertentangan dengan fakta agama, bagitau so that aku dapat perbaiki.