Pages

2019-02-18

Barokah


"Sesungguhnya orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, yang tidak terlintas memikirkan sebarang kejahatan, lagi yang beriman, (penuduh) akan dilaknat (oleh Allah) di dunia dan di akhirat dan, mereka pula akan beroleh azab seksa yang besar" (An-Nur, 23).

Atau dalam erti kata lain, sesiapa pun yang menfitnah orang yang baik-baik (yang tak buat seperti yang difitnahkan), yang menuduh akan dapat laknat dunia dan akhirat.
Laknak akhirat tu kita dah boleh bajet apa dia.
Tapi laknak kat dunia ni apa agaknya.

The word laknat itself dah membayangkan sesuatu yang dasyat.
Orang yang dilaknat hidupnya jauh dari rahmat Allah.
Kalau hidup dah jauh dari rahmat, maka apa pun rezeki yang ada padanya tak akan ada barokah.
Kalau tak ada barokah maka rezeki yang dia dapat sebenarnya merupakan malapetaka, musibah, penyakit dan kesulitan pada dirinya, tanpa dia sedar.
Inilah yang terjadi bila keberkahan pada sesuatu telah Allah cabut.

Rasulullah saw pernah doakan salah seorang sahabatnya "Ya Allah, berkahilah kulit dan rambutnya."
Sejak dari tu, rambut and kulit sahabatnya tak pernah berubah walaupun umur bertambah.
Aku lupa apa nama sahabat baginda tapi dikatakan masa dia meninggal umur 70 tahun, rambut dia macam umur 17 tahun.

Tu tahap advance dah tu.
Kita boleh cuba dengan beginner dulu.
Katakanlah sebelum makan kita berdoa dan berniat supaya makanan itu bagi manfaat pada tubuh badan dan ibadah.
Maka makanan yang barokah akan buatkan badan kita bukan saja sihat tapi bertenaga untuk kerja-kerja yang bermanfaat dan ibadah.
Kuantiti dan bentuk makanan tak berubah, begitu juga rasanya, tapi kesan positif selepas memakannya tu yang menjadi bukti makanan itu barokah.

Just like berpuasa kat Tanah Haram.
Selama ni aku ingat kalau berbuka mesti makan yang berat sikit supaya ada tenaga nak solat terawikh.
Berialah aku tala kuih, nasi, pastu kuih lagi.
Tapi lepas makan tersandar, nak berdiri solat pun kadang-kadang tak larat.
Penat makan punya hal.
Jangan ceritalah terawikh.
Kalau ikut lojik akal manusia, semakin kenyang, semakin banyaklah tenaga, betul tak?

Hakikatnya kat Mekah, Allah jawab.
Berbuka dengan kurma and air zam-zam saja (kalau ada jemaah hulur kopi dapatlah minum kopi), tapi helok je bersolat mengaji berzikir bagai, siap larat lagi nak buat tawaf sunat lepas tu.
Dah settle semua ibadah barulah cari nasi.
Itulah petanda makanan yang jadi barokah.
Sebaliknya, kalau makanan tu buatkan kita jadi berat nak bersolat, mengantuk and berkira-kira nak buat seusatu yang bermanfaat, itu petanda makanan yang kita makan tak ada barokah.
Bukan tak halal ya.
Karang ada orang ingat tak halal pulak.
Tak barokah, bukan tak halal.

Tiba-tiba aku teringat mitos "makan nasik lemak nanti jadi mengantuk".
Ni ntah sape-sape je lah yang mulakan mitos ni.
Nak salahkan nasik kan, entah-entah tak barokah tu pasal mengantuk.
Takdelah kata semua yang mengantuk lepas makan nasik lemak tu semuanya tak barokah tapi that is something to ponder.

Bab-bab makan ni ramai orang lagi risau termakan daging babi dari makan sumber rezeki yang tak barokah.
Padahal rezeki yang tak barokah pun boleh bagi effect pada ibadah, kelakuan, keturunan dan hati.

Rezeki yang barokah indikatornya bukan dengan harta yang banyak, duit yang berlimpah, mampu beli benda-benda mahal, atau anything yang boleh dibeli dengan duit.
In fact, badan yang sihat tak pernah kena penyakit pun bukan indicator rezeki yang barokah.

Sesuatu yang kita miliki hanya akan jadi barokah jika niatnya dan perlaksanaannya untuk cari redha Allah.
Semua mahluk Allah limpahkan rezeki tanpa pandang bulu, tanpa tengok siapa dan di mana makhluk tu berada.
Jangan rasa annoyed dengan orang yang duitnya banyak atau boleh beli shopping barang puluh-puluh ribu seolah-olah kejenya cop duit.
Itu bukan indicator barokah.
Itu namanya rezeki.

Dulu pun aku ingat barokah ni hanya berkisarkan tentang rezeki duit dan harta.
Rupanya efek dari hilang barokah ni boleh nampak kat akhlak and hati juga.

Tak semestinya barokah datang dalam bentuk harta/duit.
Kadang-kadang datang dalam bentuk ketenangan dan ketenteraman menjalani hidup.
Takde orang kacau, takde orang kecam, takde orang sakitkan hati kita, tetap rasa tenang walaupun persekitaran tak enak, disayangi ramai orang - ini salah satu bentuk barokah, insyallah.

Tetapi, kalau apa yang kita buat serba tak kena, serba tak jadi, susah nak datang rasa syukur, selalu mengeluh, selalu bersangka-buruk dengan manusia dan Allah - boleh jadi (belum tentu, tapi boleh jadi) ada yang salah dan tak barokah dalam perbuatan kita.
Benda ni kita boleh tipu orang tapi kita tak boleh tipu diri sendiri.
Kita sendiri boleh rasa tak sedap hati atau tak tenang lepas buat satu-satu perkara yang bertentangan dengan niat yang Allah redha.

Contohnya mengata.
Ada yang claim apabila dia mengata itu adalah bertujuan untuk berpesan-pesan.
Ok fine, takpe.
Tapi tanyalah diri sendiri.
Adakah kita rasa tenang lepas "berpesan-pesan"?
Kalau tak, maka betulkanlah niat.
Mungkin ada yang tak betul dengan cara kita.

Bagi yang dapat rezeki barokah tak semestinya rezeki tu datang dengan banyak.
Boleh jadi jumlahnya sikit tapi manfaat dan kualitinya berlebih.

Lagi satu petanda barokah adalah bila kita nak buat jahat tapi tak jadi, atau berbelah bagi.
Contoh, kita beli sesuatu, dan terdetik nak share apa yang kita beli tu kat orang tapi hati tu rasa tak sedap je.
Macam berbelah-bagi kerana kita sendiri tak pasti samada kita benar-benar nak berkongsi atau sekadar show off.
Ok ini juga satu bentuk keberkahan pada rezeki tu, bila Allah nak selamatkan niat kita dari tersasar niat.

Paling penting, sebagai orang luar, toksah bersangka buruk dengan rezeki orang lain.
Kalau semua yang orang lain ada kita nak berdengki dan bersangka-buruk, mungkin ada yang salah pada rezeki kita sendiri.
Kerana rezeki akan menjadi darah daging dan rezeki yang salah guna akan membusuk membentuk hati yang busuk.

"Jika sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan bukakan atas mereka pintu-pintu barokah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami seksa mereka disebabkan perbuatannya."(Al A'raf, 96 ).

Baca ayat yang aku bold untuk senang faham.

Rupanya kunci keberkahan itu ada dalam bentuk iman dah takwa seorang kepada Allah.
Iaitu mengikut perintah Allah dalam setiap aspek hidup dan isi hari-hari dengan rasa malu bahawa kita sentiasa dalam pengawasan Allah.
Sama-sama pegang ayat tu, fahamkan, insyallah sama-sama kita dapat barokah Allah.