Pages

2019-02-22

Allah dah cukup membagi


Cerita 1

Was a blogger.
Stop blogging sebab sibuk dengan bisnes.
Bisnes pernah berjaya, jadi famous sekejapan sebab ramai suka tengok life dia yang serba mewah.
Setakat nak beli henbeg berjenama seminggu sekali bukan satu masalah, tak payah kumpul duit pun.

Slowly bisnes jatuh sampai dia jatuh terduduk.
Kawan-kawan hilang [kawan takut dia nak pinjam duit agaknya].
Dia tak pernah terbayang yang dia boleh jatuh sampai macam tu sekali.
Kalau tengokkan pada pendapatan bulanan, dia sendiri tak jangka one day dia akan jatuh.

Dia kata dah cuba untuk bangkit balik tapi tak menjadi.
Aku tak sure apa yang dia expect dengan "menjadi".
Maybe nak jadi kaya raya macam dulu agaknya.


Cerita 2

Ini blog reader, tak berblogging tapi ramai follower kat media sosial.
Buat bisnes juga.
Katanya, bila semakin berjaya, haters pun ramai.
Apa yang dia buat serba tak kena.
Segala apa yang dia beli and share kat akaun media sosial akan jadi bahan kecaman.
At the same time dia hilang kawan sorang demi sorang.
[aku syak kawan-kawan jeles dia semakin berjaya].


Cerita 3

Blog reader, tak berkerja, aku panggil dia kakak.
This reader sebenarnya ada isu lain yang dia nak highlite kat email - isu anak-anak, tapi aku tarik sebahagian kisah dia untuk post kali ni.
Hat anak-anak tu aku cerita kat post lain, insyallah.

This kakak sangat kaya, suami dia adalah somebody dalam dunia perniagaan.
Dah pusing satu dunia, kereta, rumah semua beli cash.
Dalam erti kata lain, duit bukan masalah.
Tapi tahun lepas keluarganya diuji.
Bisnes suami jatuh teruk sampai ke tahap terpaksa jual rumah yang dia duduk sebab nak kecikkan expenses.
Now duduk kat salah sebuah rumah yang dibeli asalnya untuk disewakan.
Dah banyak barang-barang berharga yang dia jual ke kawan-kawan untuk teruskan hidup.
Dia cerita dia punya level susah now, mesin basuh rosak nak beli baru pun tak mampu.
Memang sekarang betul-betul kena berjimat sebab nak settle loan [maybe hutang perniagaan].


Ok cukup 3 cerita [memang ada 3 ni je pun].

Kisahnya, baru-baru ni aku kepenatan.
Biasalah kan, banyak benda nak buat bila masuk tahun baru.
Marketing planning and sales projection nak kena pikir.
Bila dah penat tu mulalah mulut celupar.
Aku terkeluar cakap "Bilalah agaknya nak betul-betul lepak goyang kaki takyah pi keje dah?"

Zassssss!
Allah hantar 3 orang ni, untuk berkongsi cerita.
Tiga cerita ni betul-betul buka mata hati aku.

Aku percaya kita semua nak kan life macam tu - senang and mewah.
Paling tak pun biar tak perlu bersusah-payah, tak payah kerja.
Kalau dapat jadi kaya duit makan tak habis lagi bagus.

Tapi apa yang aku nampak dari kisah tiga orang ni, hidup berlimpah duit and harta tak menjanjikan hati tenang dan seronok.
Yang tak pernah hidup mewah mesti membayangkan bila banyak duit, hati pun lapang.
Rupanya belum tentu.

Kisah dari Cerita 2 bukti bahawa belum tentu bila senang, terkenal dan mewah hidup kau aman.
Dia dikelilingi dengan haters yang istiqomah mengutuk.
At the same time she's lonely, kawan-kawan pun tak ada.

Memang kalau kita successful, ada 3 benda kita kena tempuh.

Yang pertama, ramai musuh yang tak puas hati dengan our success.

Yang kedua, kawan-kawan jauhkan diri.
Samada kawan-kawan segan atau menyampah tengok kita lebih berjaya.
Time belum berjaya dulu helok je bergendengan bersama-sama.

Yang ketiga, tiba-tiba ramai mengaku sedara.

Semua ni tak bagi kita rasa tenang pun.
Yang menyakitkan hati ramai, yang tak ikhlas berkawan pun ramai.
Akhirnya, kesenangan yang dimiliki hanya bawa masalah untuk diri sendiri.

Kisah dari Cerita 1 and 3 pulak bukti bahawa kesenangan tu bila-bila boleh berakhir.
Kalau ikut lojik akal, takkanlah boleh jatuh teruk sekali macam tu.
Paling tak pun mesti dah ada simpanan yang banyak boleh cover at least untuk 2 tahun sementara nak tunggu bangkit balik.
Kadang kita rasa bila simpanan dah banyak, harta pun banyak, risiko nak susah tu nipis.
Tapi itulah, benda-benda ni semua di luar kemampuan kita.
Kalau Dia kata jatuh, memang jatuh.
Yang kita boleh buat cuma ikhtiar semaksima yang boleh.

Boleh jadi kita terlalu yakin simpanan dan harta yang banyak boleh menyelamatkan kita.
Bukan nak kata kita lebih yakinkan kuasa duit dari kuasa Allah, tapi lumrah manusia kadang-kadang keliru antara yakin dengan Allah dan ikhtiar.
Bila nampak usaha kita menjadi, tanpa sedar kita jadi over confident dengan ikhtiar berbanding keyakinan pada Allah.
Contoh paling mudah - bila kita berjaya achieve sesuatu, terus rasa bersemangat nak kerja kuat lagi, betul tak?
Kat situ sebenarnya keyakinan dah terkehel sikit sebab kita konfiden achievement tu adalah kerana usaha kita.
Keliru kan?
Tipu daya syaitan tu sangat kuat.

Bila jadi kes-kes macam ni, boleh jadi Allah nak kita benar-benar kembali yakin pada Dia jadi Dia tahan kejap rezeki kita.
Ikut lojik akal, kalau dulu boleh berjaya, kenapa sekarang apa yang dibuat serba tak menjadi?
Bukan ke dulu pun dia usaha? Apa beza dengan sekarang?

Itulah bukti bahawa rezeki Allah yang bagi, takde kaitan dengan usaha.
Usaha hanyalah satu bentuk ibadah saja.
Allah nak tengok sejauh mana kita berikhtiar.
Tapi tang rezeki banyak atau sikit itu hak mutlak Allah.
Dia rasa nak bagi banyak, kau usaha sikit pun tetap dapat banyak.
Dia rasa taknak bagi, kau usaha sampai melepek lembik kepenatan tetap Dia takkan bagi.

Yang kita penat-penat cari siang malam tu bukan rezeki, tapi duit.
Bila kita dok fokus cari duit, kita hilang fokus dalam mencari rezeki.
Sedangkan kalau kita jumpa rezeki, insyallah kita senang jumpa duit.
Jumpa duit, belum tentu kita jumpa rezeki kerana duit belum tentu jadi hak kita tapi rezeki dah pasti hak kita.

Ustaz aku pernah bagi satu statement deep.
Dia kata "Kalau berusaha, jangan hanya banyak guna otot tapi mesti banyak sujud".
Kerana bila lebihkan otot (usaha) tapi kurang beribadah, maka keinginan bertambah dan rasa syukur berkurang.
Bila rasa syukur kurang maka kita mudah melihat apa yang tak ada dan lupa pada apa yang dah ada.

Kita semua bersaing untuk hidup.
Kita ukur semua bentuk kejayaan dan kebahagiaan dengan nilai pendapatan, aset dan kekayaan.
Kita korbankan masa, tenaga, fikiran, bahkan kepercayaan dan iman demi menambahkan harta dan duit.
Akibatnya, rasa syukur semakin jauh.
Setiap masa terasa banyak lagi yang kurang, perlu tambah, tambah dan tambah.
Duit dah jadi matlamat utama.
Jangankan masa sihat, masa sakit pun masih sibuk fikir cari duit.

Tak ada yang salah dalam mencari kesenangan supaya kehidupan kita tak dipandang sebelah mata.
Cuma ada beberapa perkara yang mesti diluruskan, bahawa menjadi kaya bukan segalanya walaupun segalanya perlukan duit.
Kita hidup bukan sekadar nak kaya tapi nak bahagia.
Apalah ertinya mewah kalau hati tak bahagia, tido tak nyenyak, kiri kanan orang asyik cari salah, tak ada kawan nak diajak bersembang, nak kongsi kejayaan pun takut orang hentam.
Semua serba tak kena.

Kalau usaha dah maximum tapi tak nampak-nampak jalan nak jadi senang, anggaplah memang itu paling terbaik untuk kita.

Pandang anak, sihat tak dia?
Rajin solat tak dia?
Mudah faham ilmu tak dia?

Tengok suami, bertanggungjawab tak dia?
Jaga hati isteri tak dia?
Sayang keluarga tak dia?

Tengok diri, sihat?
Masih ada kerja?
Makan cukup?
Tido nyenyak?
Silaturrahim dengan ofismate ok?

Tengok dapur, masih ada beras?
Masih ada lauk nak masak malam karang?

Tengok jiran, masih bertegur sapa?
Komuniti tempat tinggal baik-baik?

Tengok persekitaran, kawan-kawan baik?
Bos baik?

Tengok adik-beradik, ipar-duai, harmoni tak?
Timbang rasa tak?
Saling menghormati tak?

Kalau semua ok, alhamdulillah.
Mungkin kat situlah Allah lebihkan rezeki kita.