Pages

2019-01-10

Impak berhutang



Aku kan dah tak kuasa nak bagi pinjam duit kat orang.
Budak ni kira untung lagi sebab dia kenal siapa yang dipinjam, boleh la jugak buat-buat terserempak demi nak kutip hutang.
Tapi yang berhutang dengan aku ni kebanyakkan aku tak berapa kenal.
Ada yang aku tak kenal lansung pun tapi sebab dia kenal aku, jadi dia berani pinjam kat aku.
Atau maybe dia rasa aku takkan buat kerja-kerja viralkan orang yang tak bayar hutang.

Salah ya.
Aku bukan tak buat kerja-kerja viralkan details penghutang, aku cuma belum rasa nak viralkan lagi je.
Tak tau la kalau esok lusa kan saka aku mengamuk.

Kita ni ingatkan dia susah, kita pun tolong sebab sedih nau dengar cerita kesusahan dia tu.
Masalahnya, bukan aku yang akad as pinjam, tapi dia yang kata nak pinjam.
Dah adat meminjam mestilah ada memulang, kan.
Tapi 90% yang meminjam terus gone. Senyapkan diri.
Takde lansung nampak effort nak jumpa kita atau call kita atau hantar PM kat kita untuk bagitau condition dia sekarang tak berapa baik, boleh tak kalau mintak tangguh lagi.
At least kita tahu dia ada setbacks.

Kita ni pun bukannya kejam sangat sampai tak boleh consider.
Kalau kejam, dari awal lagi kita tak bagi pinjam.
Ni tak, nama dia nak tegur kita lansung takde dah.
Dulu, selagi belum dapat pinjam kejap-kejap whatsaap.
Tak cukup dengan whatsapp, email.
Tak cukup dengan email PM kita bertalu-talu.
Dah takde mesej lain yang masuk balik-balik mesej dia je.
Bila dah dapat duit, terus hilang meruyup.
Takde bunyi-bunyi sampai dah masuk 3-4 tahun. Senyap sepi.
Padahal bukan takleh nampak aktiviti masing-masing kat FB ni.
Nak lagi jenis yang berniaga online kat FB.
Kemain lagi status kejap-kejap update untung itu untung ini, tapi hutang kita tak bayar-bayar gak.
Kan dah nampak perangai sebenar kat situ. Propa je lebih.
Cara bercerita kat media sosial tu macamkan bisnes dia tu gah sangat, tapi hutang tak bayar.

Macamana nak jadi senang kalau sendiri punya perangai tak ubah?
Orang macam ni kadang-kadang aku rasa patutlah kau sampai kena meminjam sana sini.
Sebab perangai kau sendiri tak betul that's why rezeki pun tak nak lekat kat kau.

Ni kalau kita cakap macam ni dia katalah kita ni berlagak macam Tuhan tau nasib rezeki orang.
Time kena lazer camni baru dia nak kaitkan dengan urusan Tuhan.
Tang dia tak bayar-bayar hutang orang tu takde pulak ingat hukum Tuhan.

Dulu aku selalu ada pemahaman yang kalau someone tak layak untuk buat short term loan dari bank atau financial company, itu petanda awal dia takkan mampu bayar balik duit yang dia pinjam kat kita.
Jadi, jangan bagi pinjam duit kat orang macam ni sebab potensi dia tak bayar balik tu tinggi.
Tapi aku pujuk diri aku sendiri "Janganlah kejam sangat, entah-entah dia nak guna duit cepat and proses meminjam kat bank ambik masa".

Aku pun bagi pinjam.
Lepas tu dia meruyup hilang ke mana ntah.

Aku pun insaf kejap.

Then aku ada satu pemahaman lain, yang mana kalau dia nak pinjam nilai ratus-ratus, there are chances dia takkan mampu untuk bayar balik.
Sebab kalau ratus-ratus pun dia takde dalam tangan, maknanya dia takde saving lansung and no back up plan untuk diri dia sendiri, let alone nak bayar balik hutang kau.
So jangan bagi pinjam.
Tapi aku pujuk diri aku lagi "Maybe dia hanya short of a few hundreds more, janganlah kejam sangat".

Aku pun bagi pinjam.
Lepas tu senyap.
Padahal ada je nampak kat media sosial tapi haram dia nak tegur cerita pasal hutang dia.
Dia ingat kita dah lupa kot.
Atau dia rasa kita cukup kaya sampai tak perlukan duit tu balik.

Ada peribahasa cakap "Kalau kita terkena sekali, it's their mistake. Tapi kalau kita terkena untuk kali kedua, it's our mistake".

Dalam kes aku, aku terkena berkali-kali tapi bukan dengan orang yang sama.
Maybe sebab itu aku tak serik-serik membagi pinjam.
Aku masih mengharap ada orang yang punya sifat tanggungjawab.
Dia tahu pinjam dan dia tahu bayar.

Alhamdulillah, memang ada.
Ada je yang pinjam, bila dia kata next week bayar, memang betul next week bayar.
Orang macam ni walaupun nampak macam sesak, tapi insyallah satu hari nanti hidup dia akan berubah jadi semakin senang kerana ada sifat tanggungjawab.

Aku kan kalau bab-bab tanggungjawab membayar hutang, aku kagum dengan disiplin En Wan.
Dia pernah pinjam duit Mak Aji almost RM14K buat top-up kos keluarkan kereta dia dari kastam (Prelude yang dia bawak balik dari Jepun dulu).
Hari ni nikah, esok dah pinjam duit mak mertua, boleh?

Tapi dia sangat disiplin bayar hutang.
Padahal Mak Aji dah kata "Bila-bila ada duit baru bayar. Jangan sampai korang berdua tak makan sebab nak bayar hutang".
Itu dah kira green lite, kan?
Kalau dengar dek spesis yang liat bayar hutang memang kemain suka ni.
14 tahun belum tentu settle lagi.
Nak pulak duit mak mertua, ahli keluarga katanya.
Boleh berlebih-kurang, ye tak?

Tapi En Wan cakap kat aku dia aim nak settlekan hutang kereta dalam masa setahun.
Maknanya sebulan kena bayar RM900+.
17 tahun lepas, gaji belum tinggi lagi, masih taraf-taraf B40 je (sebab aku tak keje time tu).
Bayar hutang RM900 tu sangat tinggi dan menyesakkan.
Tapi kerana disiplin dan azam nak bayar, maka Allah mudahkan.
Walaupun agak sesak juga tapi takde la sampai tak cukup makan.

Lepas settle hutang kereta, barulah dia bawak aku pi honeymoon buat pertama kalinya, tu pun Cameron Highland je nokkk.
Sanggup ketepikan kehendak demi nak mendahulukan keperluan.
Alhamdulillah, tak miskin pun bila kita reti bayar balik hutang kita kat orang.
Sebab melunaskan hutang adalah seperti kita menunaikan hak Allah.

"Hai orang-orang yang beriman! Apabila kalian bermuamalah tidak secara tunai (hutang) untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kalian menuliskannya." (Al-Baqarah, 282)

Ayat kat atas tu dari Quran, bermakna Allah yang kata.
Allah pesan, kalau kita berhutang, mesti ada tempoh pembayaran dan details tentang hutang mesti didokumentasikan.

Apa yang bank-bank kita buat semuanya betul.
Dorang letakkan tempoh pembayaran dan details peminjam dorang simpan.
Yang tak betulnya, kita (read : aku).
Bagi orang pinjam duit tak tulis details.
Bukan taknak tulis, tapi kita ni kalau boleh taknak panjangkan cerita.
Orang tu pun pinjam bukan sampai puluh-puluh ribu.
Tapi malangnya yang meminjam tak makan saman.
Jenis tak faham agama.

Kenapa aku cakap tak faham agama?

Sebab yang meminjam ni orang Islam, sepatutnya dia faham hutang tak boleh dibuat main-main kerana ini hak Allah.
Hutang dah jadi sangkut-paut dengan hak dan harta orang lain.
Tak bayar hutang orang samalah ertinya dengan merampas hak orang.
Ini dah masuk kategori menzalimi dan menyakiti orang lain.

Dahlah tak bayar hutang orang - dosa.
Pastu marah kita pulak bila kita mintak duit kita balik - dah tambah lagi dosa.
Pastu menyakitkan hati kita pulak - dosa lagi.
Padahal berhutang hukumnya harus (dibolehkan), yang tak boleh adalah tak membayar hutang.
Elok-elok tak jadi dosa terus berderet dosa kau dek kerana satu perbuatan je.

"Semua dosa orang yang mati syahid akan diampunkan kecuali hutang." (Muslim)

Nampak tak besar tak besarnya impak hutang?
Sedangkan orang yang syahid balasannya syurga.
Tapi kalau dia berhutang, itulah yang akan menangguhkan perjalanannya ke syurga.

"Barang siapa yang mati dalam keadaan masih memiliki hutang satu dinar atau satu dirham, maka hutang tersebut akan dilunasi dengan kebaikannya (di hari kiamat nanti) kerana di sana (di akhirat) tidak ada lagi dinar dan dirham." (Ibnu Majah).

Untunglah kalau pahala banyak, boleh bayar hutang kat akhirat.
Kalau tak banyak, apalah yang nak dihulur kat akhirat nanti?
Nak selamatkan diri sendiri pun tak lepas.
Jangan sampai kita jadi macam ni ya.
Kat dunia miskin, akhirat pun miskin.




HARI NI LAST DAY Y.E.S GREENAARD
Malam tadi aku blast email reminder, mencecet-cecet masuk form.
Dah kenapalah suka buat keje last minit sayang-sayang sekalian.
Hari ni masih ada masa sehingga 11 malam nanti, ok?