Pages

2018-10-29

Mencari hikmah



Hampir terlupa pasal ni.
Banyak sangat nak tulis sampai apa yang orang request kat IG aku dah lupa.
Ni nasib baik semalam scroll-scroll archive IG Story, terus teringat request ni.

Kadang-kadang kita dapat sesuatu (takdir) yang kita tak mahu.
Kita nak A, tapi dapat B, padahal kita tak nak B.
Lalu kita mengeluh, merentan dan menghempas-hempas.
Padahal, banyak kali kita nampak ayat ni ditepek :

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui." (Al Baqarah, 216).

Namanya pun sesuatu yang kita tak suka, dah tentu susah nak terima.
Tapi, keadaan akan jadi jauh lebih susah bila kita sedaya upaya menolak takdir tanpa mahu mencari hikmah di sebalik apa yang dah ditakdirkan.

Kadang-kadang berdamai dengan takdir Allah adalah jauh lebih baik dari menolaknya.
Dengan keterbatasan akal manusia, kita takkan mampu menjangkau apa yang Allah dah plan untuk kita.
Sebagai manusia dah tentu kita nak yang best-best je.
Tapi pada Allah sesuatu yang best tu kadang-kadang perlu datang dalam pakej yang menyakitkan.
Itupun terpulang bagaimana kita mentafsirkannya.

Setiap kali ujian datang kita tak lulus dengan ujian tu, maka ujian yang sama akan datang berkali-kali.
Dalam bahasa mudah, kalau kita ambik exam dan tak lulus, kita perlu repeat the same exam berkali-kali.

Sebagai contoh, satu hari kita sakit perut secara tiba-tiba.
Kita pun terus ambil ubat, makan.
Tak lama lepas tu, sakit perut lagi.
Kita sapu pulak bam gamat nak bagi lega.
Tapi masih sakit perut tak reda.

Orang macam ni tak bijak kerana dia tak cari hikmah.
Sepatutnya kali pertama dia sakit perut tadi, mula-mula sekali kena cari hikmah.
Check dulu apa yang dia dah makan.
Ask around kot-kot ada orang dalam rumah yang dapat sakit perut yang sama.
Kenalpasti dulu apa agaknya punca sakit perut tu.
Salah makan ke, makan terlampau banyak ke, makan banyak sambal ke, etc.
Kalau asal sakit perut je terus makan pil chi kit teik aun, chances are sakit perut tu takkan reda kerana dia bergantung pada ubat semata dan tak ambil tau punca.
Kalau nak sihat, sepatutnya cari punca dulu baru cari penyelesaiannya.

Hikmah bermaksud mencari lojik dan hakikat serta berfikir sedalam-dalamnya kerana di sebalik setiap perkara yang berlaku, mesti ada kebaikan.
Tak ada satu pun kejadian yang Allah takdirkan tanpa hikmah.
Bagi orang yang tak yakin pada Allah, dia akan berfikir setiap kejadian di dunia ini ak lebih dari sekadar hukum alam saja atau sekadar kebetulan.
Tapi untuk yang yakin pada Allah, pasti dia faham tak ada yang kebetulan, semua terjadi atas kehendak Allah dan di dalam rancangan serta kekuasaanNya.

Dah tentu saja kita always berharap dalam hidup kita ni sentiasa dipenuhi dengan kemudahan dan kebahagiaan but it turns out that happiness doesn't always come from things we like.

"Dan sungguh akan Kami berikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan : "Inna lillaahi wa innaa ilaihi rooji'uun". (Al Baqarah 155-156).

Dalam ayat tu cakap yang ujian akan datang dalam hidup kita.
Bermakna, hidup ni tak always menyenangkan, sometimes akan muncul kejadian yang tak kita suka.
And life is not always exciting, sometimes kita kena lalui waktu-waktu sedih.

Tetapi.....

Nampak tak phrase yang aku bold and underline-kan tu?
Aku suka phrase tu.
Kat situ Allah dah cakap jelas tak ada yang buruk berlaku pada setiap orang yang sabar kecuali BERITA GEMBIRA.
Entah good news tu kita jumpa kat dunia atau akhirat, wallahualam, tapi yang PASTI, kita akan dapat good news setiap kali kita bersabar.

So, siapa dia orang yang sabar tu?

Dalam ayat tu jugak Allah dah explain, orang yang sabar adalah orang yang ketika ditimpa ujian/musibah, dia berkata "Inna lillaahi wa innaa ilaihi rooji'uun".

Apa maksud ayat tu?

"Sesungguhnya kami ini milik Allah, dan hanya kepada Allah kami akan kembali".

Cantik betul kalimat ni.
Kalimat ni menunjukkan bahawa ada dua kunci utama bagi orang yang bersabar dengan ujian.
Yang pertama, hilangnya rasa memiliki kerana kita dia yakin bahawa segala apa pun hak Allah.
Dah nama pun hak Allah, suka hati Allah nak bagi atau nak ambik balik, betul tak?

Yang kedua, bila hilang hak memiliki, kepada Allah kita kembali.
Bermakna, hanya Allah tempat kita serahkan segala urusan.
Malangnya, kita ni bila ditimpa ujian, bermati-matian nak settlekan sendiri.
Itu yang jadi punca serabut dan kecewa.

Actually, bila kita mencari hikmah (kebaikan) dalam setiap perkara, akan berkuranglah sifat "ingin memiliki" dalam diri kita.
Semakin kita tak merasa memiliki, kecuali apa yang kita miliki hanyalah ihsan Allah, maka akan semakin ringanlah kita menjalani hidup ni.
Semakin ringanlah juga kita menghadapi setiap musibah/ujian yang terjadi dalam hidup kita.
Sebaliknya, kalau semakin besar rasa memiliki dalam diri kita, maka akan semakin berat untuk kita belajar bersabar.

Macamana nak cari hikmah?

Mula-mula kena tahu bahawa setiap apa yang berlaku Allah hanya bagi yang baik untuk kita, mengikut kebijaksanaanNya.
Kita always menyangka kalau yang datang tu buat kita seronok, itu namanya rezeki, maka tak payah la cari hikmah.
Tapi kalau yang datang tu ujian/musibah, maka yang tu perlu dicari hikmah.

Sebenarnya bukan macam tu.

Nikmat atau ujian, terselit hikmah yang boleh kita jadikan pelajaran.

Contoh, dalam bisnes, bila order yang masuk banyak, kita kata itu rezeki.
Tetapi ia hanya akan jadi rezeki yang barokah bila order yang masuk tak menjadikan kita lalai dalam ibadah.

Sebaliknya, bila sales tak masuk, kita kata itu ujian.
Tetapi, kalau dengan ujian itu membuatkan kita berlama-lama bersujud pada Allah, itu pun namanya rezeki.
Kerana belum tentu dalam tengah seronok ambik order, kita nak berlama-lama "bercakap" dengan Allah.

Bila kita mencari hikmah di sebalik setiap perkara, be it nikmat atau musibah, insyallah ia mengajar kita untuk sedar diri bahawa kita ni bukan siapa-siapa tanpa Allah.
Takde yang hebatnya dengan usaha kita kalau Allah tak tolong.
Kita dipuji orang pun sebab Allah tutup buruk kita.
Kalau Dia nak bukak buruk kita bukan susah sangat bagiNya.
Jadi, bila dia dah tutup buruk kita, maka bersyukurlah bukan berbangga.

Aku sendiri banyak sejarah silam yang buruk.
Yang baca blog aku dari awal maybe tahu lah aku dulu macamana.
Bila aku berhijrah penampilan, aku usaha tarik balik semua gamba-gamba daring aku.
Mosaic mana yang perlu.
Tapi kalau takdir Allah kata satu hari nanti ada yang nak cari balik gamba-gamba lama aku and sebarkan, aku tak boleh buat apa.
Itu ujian untuk aku.
Kalaulah itu ujiannya, aku berharap ujian tu akan membuatkan aku lebih mendekat padaNya sebab aku tak ada kuasa nak menghalang.

Itulah juga punca aku tolak tawaran someone untuk aku appear dalam TV.
Nak interview kisah hijrah.
Aku cakap, aku bukan taknak.
Kalau boleh aku nak sedekah motivasi aku dengan cara tu.
Tapi memikirkan aku banyak kisah silam yang tak best, aku bagitau aku taknak Islam dipandang buruk kerana kisah silam aku.
Kita tak tau hati orang.
Ada je yang menunggu cari penyebab untuk aibkan kita.
Kalau dia tak suka, dia akan spin segala fakta hanya kerana aku pernah jadi Diana Ishak yang dulu.
Jadi aku cakap kat wartawan tu, carilah someone yang benar-benar 'bersih' untuk berdakwah and jadi public figure, supaya Islam itu dipandang hebat.

Wartawan tu cakap "Tapi berkongsi kisah hijrah kan jihad".

Aku jawab "Inilah jihad saya untuk agama. Supaya agama tak dipandang buruk kerana sejarah silam saya. Tak apa saya duduk dalam blog je, dah memadai".

"Aku tak memiliki apa-apa melainkan apa yang telah DIA berikan padaku"

Siapa follow FB aku, mesti perasan tagline ni kat cover profile.
Tapi profile yang lama, profile yang baru ni takde dah.

Selain dari ayat keramat korang sebut tiap-tiap pagi "I can do it!", "Saya kaya dan berjaya!", cuba tambah ayat tagline aku tu.
Insyallah, ayat tu membantu pasakkan kaki kita ke tanah, supaya jangan terawang-awang sangat.
Semakin kuat keyakinan kita bahawa hanya Allah yang berkuasa atas segala-galanya, maka kita akan lebih berdaya tahan untuk menghadapi setiap ujian, insyallah.





Buy 1 free 5 sachet offer ni masih valid hingga 2 Okt.
Siapa yang beli, SETIAP BOTOL akan dapat :

5 extra sachet 
278 point 
RM5 off untuk pembelian akan datang