Pages

2018-05-02

Makan gaji nampaknya 'lebih kaya'


Semalam aku baca satu artikel tentang program seminar.
Dalam kebanyakkan advert tentang seminar bisnes dan keusahawanan, selling line dia adalah "Sampai bila nak makan gaji?"

Orang kata kalau nak rasa senang, nak kaya, nak mengubah hidup kena banyak duit.
Bila duit banyak, senang sikit kerja.
Dan jalan pintas nak banyak duit dan nak kumpul harta adalah dengan berbisnes.

The idea "buat bisnes boleh jadi kaya" tu betul.
Tapi ayat tu ada missing point.
Patutnya ayat penuh "Buat bisnes dengan idea yang betul serta kerja keras baru boleh jadi kaya".

Another statement yang selalu dicanangkan adalah "kalau kerja sendiri, you can write your own pay cheque".
Maka berseri-serilah wajah sorang-sorang membayangkan boleh ambik gaji RM20K sebulan, boleh tukar BMW, boleh pi holiday sebulan sekali....

WAIT!

Sebelum angan-angan tu pergi lebih tinggi, kena faham satu lagi perkara.
Bekerja sendiri hanyalah one way untuk lepaskan diri dari makan fixed salary dan full time job.
Kalau nak jadi kaya dengan bekerja sendiri, caranya tetap sama iaitu "buat bisnes dengan idea yang betul serta kerja keras".
No such thing - buat bisnes boleh jadi kaya.
Kalau itu kefahahaman kita tentang kaitan 'bisnes & kaya', dah tentu semua orang berbisnes.
Truth is, the path to wealth from entrepreneurship isn’t as straightforward as you might imagine.
Hanya yang benar-benar melaluinya akan tau this is not easy.
It is a constant challenge.

Aku bukan nak melemahkan semangat orang yang nak berbisnes, cuma aku tak berapa seronok bila statement tentang bisnes tu disalahertikan (or maybe tak dijelaskan dengan lebih detail).
Seolah-olah menjadi kaya tu sinonim dengan berbisnes.
Nak buat harta kena ada duit banyak.

Aku makan gaji dari tahun 2000 sampai 2008.
Start dari 2008 sampai sekarang, aku run own company.
Bermakna, aku berbisnes lebih lama dari makan gaji.
Tapi semasa aku makan gaji, aku boleh beli rumah. Bukan sekali, tapi 2 kali.
Masih boleh bercuti berjalan, boleh hire bibik untuk jaga Redza, dan aku tetap bershopping and makan luar.
Takdelah kata ikat perut semata-mata nak beli rumah.

Sejak berbisnes, sebijik rumah pun aku takde beli lagi dengan duit bisnes aku yang katanya "kaya" sangat tu.
Bercuti pun tak sekerap dulu.
Jadi, kalaulah harta ukurannya, boleh disimpulkan kat sini time makan gaji aku lebih kaya nampaknya sebab aku boleh beli harta semasa makan gaji.

Hakikatnya, duit, harta, kaya, bisnes dan makan gaji tak ada kaitan di antara satu sama lain.
Tak dinafikan dengan berbisnes boleh jadikan kita lebih kaya.
Tapi kaya yang macamana?
Kaya yang lebih dari sekadar bertambah duit dan harta.
Yang paling best adalah kaya dari segi masa dan kebebasan untuk berkarya.
I now have the freedom to create and capitalize on whatever I want.
Boleh create work culture yang aku nak, create vacancy yang aku nak, pilih staff yang aku nak.
Boleh set own schedule, boleh ambik cuti bila rasa nak berehat, boleh create produk yang aku nak.
Boleh create pricelist yang aku nak, boleh buat promosi bila-bila terasa nak buat promosi.

Apa yang aku nak sampaikan kat sini, jangan jadikan harta dan duit kayu ukur kekayaan.
Kalau kita letak formula [kaya = banyak duit + banyak harta], besar harapan kita takkan pernah merasa puas sampai bila-bila.
Bila tak puas hati mulalah datang rasa tertekan, sakit hati orang lebih dari kita, dengki dengan kejayaan orang.
Kalau itulah formula kita tentang kaya, you may need to rethink your priorities.

Dunia dan rezeki tu hakikatnya berbeza.
Kadang-kadang kita tak faham beza antara dua ni.
Rezeki itu bukan sekadar dunia, tapi jauh lebih besar dari itu.
Tapi manusia bila sebut rezeki je mesti kaitkan dengan urusan dunia.
Tu yang bila sebut kaya je, mesti terbayang duit dan harta.

Rezeki tak ada kaitan dengan urusan dunia.
Rezeki jauh lebih besar dari urusan dunia.
Tapi urusan dunia belum tentu jadi rezeki.

Harta, duit, makan, minum - ini semua dunia kita yang bersifat umum.
Jahat atau baik, kafir atau tidak, sama-sama boleh dapat. Allah bagi semua.
Tapi kalau rezeki lain, sifat rezeki itu lebih khusus.
Kerana rezeki tak diberikan pada sebarang orang, hanya yang beriman saja diberikan rezeki.
Jangan ingat orang kafir atau orang jahat tu dapat rezeki. Tak. Dorang cuma dapat dunia.

Kita dapat suami/isteri/anak yang soleh, itu namanya rezeki.
Setiap hari kita semakin bertambah ilmu dan ketaatan pada Allah, itu namanya rezeki.
Diberikan kekuatan melaksanakan ibadah sunat, itu namanya rezeki.
Sedangkan dunia yang kita dapatkan (harta, duit) tak ada kaitan dengan ibadah dan tak ada kaitan secara lansung pun dengan usaha.

Ada sorang ustaz ni, anaknya ada 21 orang.
Kalau dah nama anak sampai 21 jangan tanya la isteri dia berapa kan.
Anak-anak dia yang paling sikit hafalan Quran pun 5 juz. Paling sikit tau.
Dan anak-anak dia bukan blaja skolah pondok, tetap dihantar skolah biasa.
Anak-anak dia average, takde la kata best student sangat tapi ada yang kerja sebagai pensyarah, ada yang sebagai system analyst.

Aku rasa macam nak nangis bila dengar anak dia sampai 21 orang.
Bukan apa, anak dia yang paling sikit hafal Quran pun sampai juz 5.
Rezeki dia dapat 21 anak soleh.
Kalau dia mati esok, 21 anak soleh mendoakan dia.
Doa anak soleh menembus langit! 21 orang pulak tu.
Boleh bayangkan tak besar mana rezeki yang Allah bagi kat dia?

Sebab itu tadi awal-awal aku tulis perlu ada kefahaman yang betul tentang hubungan bisnes dan kaya.
Kefahaman yang betul itu juga namanya rezeki.
Kalau tak ada kefahaman yang betul, kita akan tersasar ke mana-mana.
Kita jadi salah faham, bila apa yang kita buat tak menjadi kita tuduh orang sana sini salah ajarlah, menipulah, sembang lebihlah.

Ada orang tak suka kumpul harta dan everytime ada cukup duit je, dia spend.
Spend eat good food, travel places, jamu orang makan.
Some suka kumpul harta, beli rumah, beli shophouses.
Some suka simpan je tak suka spend.
Knowing what you are after is the most important thing.

Yang sebenarnya, makan gaji atau bisnes tu sama saja.
Bukan bisnes penentu kita boleh jadi kaya, boleh kumpul harta atau boleh ada simpanan di bank.
It's the PLANNING, not THE PLAN.
Kalau ada perancangan, kita makan gaji tak kira kecik mana pun gaji kita tetap boleh hidup selesa, tetap boleh invest, tetap boleh ada simpanan.





Kalau interested dengan collection ni, KLIK SINI.
Last day today untuk dapat free matching shawl.