Pages

2018-05-15

Batas kesabaran seorang wanita


Semalam aku buat STATUS INI kat FB.
Then ada orang PM aku tanya "Kak Di pernah gaduh dengan En Wan hal kerja tak?"

Awal-awal En Wan join this company, 2015, boleh dikatakan gaduh itu wajib.
Tahap baling kunci kereta dia punya gaduh. Hahaha.
Now, dah nak masuk tahun ketiga sama-sama kerja dalam satu ofis, aku dah tak kuasa.
Dulu, dia stress bila bergaduh dengan aku hal kerja.
Sekarang aku tengok, aku tak ambik tau kerja dia pun dia stress jugak.
So kesimpulannya, dia memang kuat stress.
Stress dia takde kena-mengena dengan aku.

Ujian berkerja dengan suami adalah apabila suami tak anggap isteri sebagai rakan kongsi perniagaan tetapi anggap isteri adalah isteri, di tempat kerja.
Jadi, bila masih dianggap isteri walau di tempat kerja, selalunya 90% apa yang aku cadangkan, tidak akan diterima pakai.
Biasa la kan, suami. Suami ada egonya.
Apetah lagi bila this bisnes initiated by the wife, of course dia seboleh daya nak run the bisnes dengan cara dia supaya bisnes ni nampak macam bisnes dia, no longer bisnes isteri.

Tapi aku anggap ini cara Allah ajar aku supaya bersabar.
Batas kesabaran seorang wanita adalah diam, walaupun banyak luka dalam hatinya.
Tapi diam tak bermaksud isteri tak payah buat apa-apa sampaikan berdoa pun tidak ya.
Sabar itu harus bergerak.
Maksudnya, walaupun kita tak membalas kata-kata suami, setidak-tidaknya kita berdoa pada Allah supaya diberikan pentunjuk.
Belum tentu lagi ujian itu adalah kerana perangai dia, tapi boleh jadi balasan atas dosa-dosa kita sebelum ni di waktu yang lain, yang Allah balas sekarang.
Jadi berdoalah, minta ampun, dan minta petunjuk.
Diam tak buat apa-apa, itu bukan sabar. Tu namanya putus asa.

Sebagai isteri, tak banyak yang kita boleh buat kalau berselisih pendapat dengan suami.
Selagi boleh bincang, kita usaha bincang.
Agak-agak suami jenis payah nak terima pendapat, kita guna senjata paling ampuh iaitu doa.
Kalau kita teraniaya, insyallah doa kita makbul.
Sebelum jadi suami/isteri orang, kita sabar.
Bila dah jadi suami/isteri, perlu lebih sabar.
Kalau suami dan isteri bekerja dalam satu pejabat lagiiiiiiiii kena sabar.
Kalau bukan kerana nak pahala Allah, rasanya susah juga kot nak bertahan.

Kadang-kadang bila aku pikir-pikir balik rupanya inilah hikmahnya kenapa dari kecik aku dah dibiasakan dengan ujian-ujian yang aku anggap tak patut aku terima.
Contohnya, sejak umur 5-6 tahun aku dah di-double standard-kan hanya kerana mak bapak aku bukan orang kaya.
Then orang ejek kulit aku hitam.
Kawan-kawan pulak suka ejek nama bapak aku.
Pastu aku bercinta dengan boifren saiko.
..... list panjang lagi.

Rupanya Allah nak ajar aku jadi kuat sebab Dia nak hantar sorang pengkondem paling hebat untuk hidup bersama aku.
Dan Allah bagi En Wan kat aku pun bukan saja-saja, ada hikmahnya.
Hidup dengan En Wan membuatkan aku jadi kuat and termotivasi untuk buktikan aku boleh achieve apa yang aku impikan.
Kalau tak kerana pengkondem ni, mesti aku masih selesa berada di comfort zone je.

Tapi betullah cakap orang.
Tukang kondem ni selalunya dia pandai kondem je, buatnya belum tentu pandai.
Dulu pakwe aku tu kondem 24 jam.
Apa aku buat semua dia kondem.
Kalaulah dia sejenis parti pembangkang, mesti kerajaan akan jadi sangat bagus.
Sebab dia punya check and balance tu dari celik mata sampai nak tido tak abis lagi kondem.
Bila aku serahkan company ni untuk dia run, haaaaa baru dia tau.
Dah makin luas dahi tu aku tengok.

Dah masuk 17 tahun kawen ni, jangan tanya aku "Boleh sabar ke tak kerja dengan En Wan?"
17 tahun ni aku tido sebantal dengan "haters", so kau rasa?
Aku dah immune setiap kali dia kondem.
Aku dah boleh pick mana kondem yang aku boleh terima and perbaiki, dan mana yang tak perlu ambik kisah.
Dah naik malas aku nak layan sentap. Baik beli conetto, telan.

One thing is, suami dan isteri TIDAK AKAN boleh jadi profesional bila bekerja di satu ofis yang sama.
NEVER.

Macamana sekalipun, suami tidak akan boleh sepenuhnya anggap isteri adalah rakan kongsi.
Dia akan tetap anggap itu adalah isteri yang mesti patuh pada arahannya walaupun share isteri lagi banyak, walaupun isteri initiate the bisnes, walaupun isteri own the bisnes, walaupun isteri bring sales.
Jadi, kalau nak kerja dengan suami/isteri sama-sama, kena pasak dalam kepala, isteri tetap isteri, suami tetap suami.
Cakap suami tak boleh bangkang. Nak bangkang pun kena lembut-lembut.
Tapi suami boleh bangkang kita dengan meninggi suara. Hahaha.

Susah aku nak explain keadaan ni.
Try lah dulu satu kali kerja sama-sama, pastu nanti ko akan tau apa rasanya.
Yang penting, kalau ada masalah, settlekan sesama sendiri.
Sebab yang create masalah pun korang berdua, bukan orang lain.

Zaman media sosial ni, dah ada space untuk isteri/suami luahkan masalah.
Asal ada masalah je, masing-masing bertumpu untuk luahkan di media sosial dengan harapan dapat pencerahan katanya.
Tapi kalau kita tengok balik 'pencerahan-pencerahan' di ruangan komen, 90% bukan bagi nasihat pun tapi mengkondem.
Yang tukang cerita pun kena kondem, yang tukang bagi pencerahan pun kena kondem, yang watak dalam penceritaan pun kena kondem.

Menceritakan hal rumahtangga di media sosial takkan mengembalikan apa yang dah hilang dalam rumahtangga masing-masing malah akan membuka ruang untuk orang mengutuk dan mengejek habis-habisan.
Simpan ketat-ketat masalah rumahtangga.
Adukan pada Allah di sepertiga malam.
Atau ceritakan pada orang yang benar-benar dipercayai dan boleh bagi solution.
Bila kita bercerita di media sosial tentang masalah rumahtangga, itu menunjukkan kita tak ikhlas nak selesaikan masalah.
Kita nak orang tolong kutuk suami/isteri kita beramai-ramai supaya kita rasa lega dan rasa menang, betul tak?

Walaupun Islam kata "sabar tiada batas", kita adalah makhluk yang ada various limitations termasuklah kesabaran.
Tapi, Allah tak membebani seseorang melebihi had kemampuan hambaNya.
Jadi secara lojiknya apa pun masalah yang kita hadapi sebenarnya kita mampu menanggungnya.





Jeng Jeng Jengggggg!

Ini sebenarnya our first tudung bawal (Fleur By Mrs Him).
Bawal chiffon.
10 warna ni akan release next week.
Tapi dari 15-22 May, kita allocate 50 helai sebagai gift untuk pembelian GreenAard.
Setiap RM100 dapat 1 shawl.