Pages

2018-04-17

Niat yang bercitarasakan dunia.


Secara dasarnya, rasa dengki tak akan timbul kecuali kerana cintakan dunia.
Dan dengki biasanya terjadi di kalangan orang-orang terdekat.
Dekat yang macamana?

Di kalangan ahli keluarga.
Di kalangan rakan sekerja.
Di kalangan jiran tetangga.
Di kalangan orang-orang yang berurusan dengan kita.
Di kalangan orang yang suka mengambil tahu hal kita (followers).

Puncanya cuma kerana saling berebut untuk satu tujuan, iaitu hal dunia.
Dengki takkan susah nak terjadi di kalangan orang yang duduk berjauhan atau jarang berjumpa atau tidak mengambil tau antara satu sama lain.
Kalau terjadi perbuatan khianat selalunya tak jauh, mesti orang-orang yang dekat dengan kita.

Berbeza dengan orang yang tujuannya untuk mengejar akhirat, mereka tak akan dengki kepada orang yang mempunyai tujuan yang sama.
Kalau ada yang kata "Ustaz sama ustaz pun saling berdengki".
No, takkan terjadi.
Kalau ia terjadi, bermakna mereka mengejar urusan dunia, bukan akhirat.
Boleh jadi mereka mengejar populariti, followers, pangkat, merasa paling mulia, merasa lebih berilmu, atau apa-apa sajalah.
Yang pasti, kalau tujuannya adalah untuk dunia, mesti akan wujud dengki.

Situasi ni senang nak nampak di media sosial.
Ada kelompok yang tak suka melihat orang lain share sesuatu - be it food, vacation, perihal kehebatan anak-anak, bought new car, etc.
Alasannya, jangan menunjuk. Katanya, apa yang kita beli tak payah nak bagitau satu dunia.
Ok, fine. I agree with that too.

Tapi Allah Maha Mengetahui niat hati masing-masing.
Cepat atau lambat, kita akan diuji dengan apa yang kita katakan.
Masa tu nanti bagai menjilat ludah sendiri bila diri sendiri penuhkan timeline dengan gambar-gambar sendiri pergi bercuti, bershopping, menang cabutan bertuah, beli kereta baru, etc.

Bukan sekali dua terjadi benda macam ni.
Kalau dari pengalaman aku sendiri, boleh tahan ramai dah aku nampak spesis gini di kalangan frens di FB.
Cuma aku tak kenal dorang siapa, tapi aku boleh ingat lagi Hamba Allah mana satu yang begitu lantang menyokong statement untuk jangan share personal belongings dan aktiviti keluarga dengan alasan "show off".
Alih-alih orang yang sama yang "show off".
Oh, tak. Sharing katanya.

Bila nampak orang yang dulunya berdegar-degar kondem orang itu orang ini "show off" akhirnya buat benda yang sama, rupanya itulah true colors yang Allah tunjuk tanpa dia sedar.
Jelas lagi bersuluh rupanya dulu dia dengki tengok orang lain dapat apa yang dia tak dapat.
Tapi untuk cover line, dia kata tak suka menunjuk-nunjuk, seolah-olah yang share gambar tu sedang menunjuk-nunjuk.
Bila Allah murahkan rezeki dia dapat apa yang dia nak, hah kau, terus nampak warna-warna perangai sebenar.
Tapi tu pun masih lagi cover line - siap-siap letak disclaimer "Ni bukan show off tau, ni sharing".
No need buat statement macam tu, because nobody cares pun.
We all know fungsi media sosial is to update anything yang kita rasa nak update, the consequences tanggung sendiri.
Hanya awak je yang selalu berfikir negative about everything.

Ustaz aku always pesan.
Kalau ada orang yang dengki dengan kita, doakan saja dia murah rezeki, dinaikkan pangkat, bahagia hidup, mewah hidup - doa yang baik-baik untuk dia.
Kerana sebenarnya orang-orang begini hatinya tak bahagia.
Maka doakan dia dapat apa yang dia inginkan dengan harapan biarlah dia bahagia so that dia tak perlu bersusah-payah create reasons lagi.
Semoga doa yang baik-baik tu akan kembali ke kita juga.

Selalunya, kalau dalam urusan dunia, jarang dapat jumpa orang yang willing nak lihat orang lain lebih maju dari dia.
Tapi ada kelompok yang aku kenal, dia pulak yang bersungguh-sungguh pastikan kita bergerak dengan speed yang sama. Malah kalau lebih dari dia pun tak apa.
Nanti dia yang tanya "Dah hafal surah....? Jom kita sama-sama semak".
Kalau 3 ayat pertama tak hafal dalam masa 1 jam, dia sanggup spend a few extra minits untuk pastikan kita selesai hafal.
Kadang-kadang tu dia pun tak hafal-hafal lagi tapi bila kita minta dia checkkan hafalan kita, dia willing untuk stop.

Bila aku tanya kenapa dia willing buat macam tu.
Jawapan dia sangat mengejutkan aku.

"Semakin saya merangkak-rangkak menghafal, semakin besar pahala saya. Saya dapat pahala menghafal dan pahala merangkak-rangkak berusaha menghafal. Kalau saya tolong awak, saya harap Allah beri saya pahala kerana tolong awak. Kalau awak lebih laju hafal dari saya, saya harap ada saham saya sikit dari hafalan awak".

Allah!

Semakin aku berada dalam kelompok ni, semakin rasa terhinanya diri.
Terasa diri makin jauh dari pintu syurga.
Orang-orang macam ni lah yang layak untuk kita 'dengkikan'.
Ntah macamanalah dia tune hati dan niat dia hinggakan semuanya dia buat semata nak dapat redha Allah.

Itulah bezanya bila buat sesuatu kerana dunia dan kerana Allah.
Kalau buat kerana dunia, sentiasa ada usaha untuk menyaingi di antara satu sama lain.
Sentiasa ada perasaan dengki.
Tapi kalau buat dengan niat kerana Allah (walaupun urusan dunia), ketenangannya berbeza.
Kerana dia tau tak ada yang rugi jika segalanya diniatkan kerana Allah.
Kerana masing-masing faham dengan konsep kalau berbuat sesuatu kerana Allah, akan ada 'saham' yang menunggu.

Sungguhlah bagai di kata.
Semakin kita menuntut ilmu, semakin bodoh terasa diri.
Rupanya terlampau banyak lagi yang aku tak tau, yang selama ni aku rasa aku dah tau.

Terlampau susahnya nak menjaga niat. Sangat susah.
Betullah dunia ini umpama penjara.
Memikirkan bab niat ni saja dah 'sengsara'.
Maunya tak, menuntut ilmu agama pun kalau tak dijaga, niat akan ada hawa-hawa dunia.
Apetah lagi ilmu dunia.
Mulut aku kata nak sambung blaja sebab nak tambah ilmu.
Tapi hakikatnya sebab aku nak dapat kerja best, nak dapat title, nak dapat gaji besar.

Patut lah ustaz suruh buat solat taubat hari-hari.
Kerana kita memang buat dosa hari-hari.
Yang paling pasti adalah dosa tersasarnya niat.
Ustaz kata "Yang sedang menyampaikan ilmu ni pun (merujuk pada diri dia) tak terkecuali. Kerana saya sendiri tak tau bila ketikanya niat menyampaikan ilmu ini tersasar. Saya sendiri takut terdetik di hati merasa lebih berilmu dari kamu".

Apa saja yang kita buat walaupun urusan dunia, kalau disertakan dengan niat untuk dapat redha Allah, kita takkan berasa sedih jika kita tak dapat hasilnya di dunia kerana kita tau Allah simpan bahagian kita di akhirat.
Tapi kalau kita buat sesuatu kerana mengharapkan dunia atau buat sesuatu untuk dapat ganjaran/habuan di dunia, maka di dunia saja kita akan dapat tapi tiada lagi sisa di akhirat sebab segalanya Allah dah bagi di dunia.
Patutlah sedekah itu lebih baik disorokkan daripada diperlihatkan.
Kerana masalah niat.
Kalau tersasar, takde apa yang kita dapat di akhirat nanti.

Tergelincir kaki boleh diurut, tapi kalau tergelincir niat, rosak masa depan akhirat.
Kerana di akhirat nanti antara orang yang pertama dicampakkan ke dalam neraka bukanlah penzina.
Orang yang terawal ditentukan nasibnya adalah orang yang banyak amal tetapi tergelincir niatnya - yang berjihad, yang mencari ilmu dan yang bersedekah.
3 golongan ni yang akan diputuskan nasibnya dulu.

Ya Allah, selama ni kita sangka yang berzina, yang minum arak itulah yang dicampak masuk neraka dulu.
Walhal kita yang kononnya nak menasihati tapi sebenarnya mengaibkan orang, kita ni lah yang akan dicampak dulu. Nauzubillah!

Ternyata yang merosakkan niat bukan sahaja kerana riak tapi juga bila kita meniatkan sesuatu untuk tujuan mendapatkan dunia.
Risau pulak bila kita meniatkan sesuatu untuk mendapatkan dunia, memang akan dibagi dunia tetapi tiada lagi balasan di akhirat.
Sebab Allah kata dalam Quran :

"Barangsiapa yang mengkehendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, nescaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka tidak akan dirugikan. Itulah orang-orang yang tidak memperoleh di akhirat, dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan" (Hud, 15-16)

Ustaz cerita nanti di akhirat orang-orang yang mencari ilmu akan bertanya "Ya Allah, di mana ganjaran (pahala) aku menuntut ilmu?"

Allah kata "Kau cari ilmu untuk dapat habuan dunia, kan? Jadi Aku dah bagi ganjaran itu di dunia. Dah tak ada sisa ganjaran di akhirat lagi".

Terasa nak pitam aku dengar.
Terbayang-bayang niat aku blaja selama 20 tahun dulu.
Betul, dulu aku blaja sungguh-sungguh sebab nak dapat kerja best, sebab nak convert loan ke scholar, dan bila pointer aku tinggi aku boleh diterima masuk ke mana-mana U kalau nak sambung blaja lagi.
Bila kenang balik niat aku tu, masih ada tak sisa kat akhirat untuk aku kutip?
Ke semuanya Allah dah balas kat dunia?
Allah...

Selama ni aku tulis Goal List aku everyday.
Aku bangga bila lepas satu, satu, aku strike off wish list aku.
Dan aku ajar pulak kat korang semua (readers) untuk pasang impian dengan buat goal list.
Jujur aku bagitau, aku tak buat dah sebab aku takut tak dapat menjaga niat sendiri.
Kalau siapa yang nak teruskan, sila teruskan.
Dan aku minta maaf telah mengajar korang buat sesuatu untuk dapat habuan dunia.
Tolong maafkan aku.

Bukan tak boleh pasang impian. Silakan buat pada yang nak buat, tak ada masalah.
Tapi jangan lupa ingatkan diri bahawa Allah itu Maha Pencemburu.
Dia tak suka bila redhaNya disamakan dengan habuan dunia.
Kerana kata Rasulullah, dunia ni kalau dipersembahkan depan Allah, nilainya sama seperti bangkai kambing, itupun bangkai kambing menang lagi dari dunia.
Yang kita ni pegi samakan pulak redha Allah dengan habuan dunia.
Bila dapat habuan dunia terasa diri diredhai. Dah salah tafsir dah tu.

Kalau dulu kita jadi produk ibubapa kita yang suruh kita "blaja pandai-pandai supaya dapat kerja besar", tak salah kalau kita putuskan konsep itu supaya pemahaman itu tak diperturunkan pada anak-anak dan generasi seterusnya.
Konsep itu perlu diubah.
Aku sendiri susah nak ubah sebab konsep tu kerana dah sebati.
Sebab pemahaman aku dah blaja teruk-teruk mestilah nak jadi the best, ye tak?
Allahuakbar susahnya nak memperbaiki niat.
Semoga Allah bantu kita semua untuk memperbaharui konsep ni.

Kata ustaz "Bukan semua anak-anak tu harus jadi penghafaz Quran. Kalau nak anak jadi arkitek, dokter, engineer, silakan. Yang penting sebagai parents, kita kena selalu ingatkan anak tujuan menuntut ilmu. Kita sebagai orang tua by now harus tau yang belajar bukan untuk dapat profit dunia, kerana rezeki itu Allah dah aturkan.  Bukan meremehkan pendidikan, tapi anak-anak perlu tau bahawa ilmu bukan untuk mengatur urusan dunia kita."

Aduii, bertepek-tepek Allah bagi kat aku melalui tazkirah ustaz.
Betul Allah itu Ar-Razak (Maha Pemberi Rezeki).
Tapi dalam pada masa yang sama kita (aku) terlupa bahawa Allah itu juga Ar-Rahman (Maha Pengasih).
Rezeki tidak bergantung sepenuhnya pada usaha, tapi kerana kasih sayang Allah.
Patutlah ustaz suruh blaja sifat-sifat Allah.
Sungguh betul, kalau kita tak kenal Allah, maka hidup kita akan bercelaru dengan konsep yang kita reka sendiri.

Lagi sekali, to semua readers yang pratikkan Goal List setelah baca entry aku dulu, aku minta maaf kerana ajar korang tersasar dari niat. Tolong maafkan aku.

Yang baik dari Allah, yang buruk semua dari aku.





Khas untuk yang ada akaun dengan GreenAard.
Selama 4 hari boleh redeem point untuk dapatkan diskaun.
Kalau hari-hari biasa kena redeem minimum 600 point.
Tapi selama 4 hari ni yang ada point setakat 300 pun dah boleh redeem.