Pages

2018-04-06

Hijrah Kehidupan, Hijrah Kerjaya - USIM


Tajuk ni pihak USIM yang cadangkan.
Aku ditawarkan untuk bagi talk sempena Hari Setiausaha 26 April ni di Cyberview.
Tajuknya "Hijrah Kehidupan, Hijrah Kerjaya".
Aku tak dapat accept the offer, tapi aku janji untuk tulis tajuk ni kat blog.

Tajuk yang dia bagi ni lebih kepada sharing experience hijrah aku.
Sebenarnya aku bukan berhijrah.
Hijrah tu adalah perubahan daripada tak tahu kepada tahu.
Kisah aku ni lebih kepada 'pulang ke pangkal jalan'.
Tahu, tapi tak buat.

Sepanjang aku 'sesat', aku tak sesat sepenuhnya.
Aku masih solat, aku masih puasa, aku masih mengaji. Tapi orang kata asal buat je.
Bukan dengan hati. Buat sebab kena buat.
Walaupun macam tu, aku pilih untuk 'sesat' dalam beberapa perkara.
Sesat dalam berpakaian, sesat dalam pergaulan, sesat dalam percakapan, sesat dalam gaya hidup.
Itu pilihan aku.
Sebab apa?
One of the reason was aku menganggap dunia lebih penting (pada waktu tu) sebab aku banyak dapat benefit dari dunia.

Contoh, kerjaya.
Disebabkan penampilan aku dulu, aku tak susah nak dapat kerja.
Bukan kerana aku daring maka aku senang dapat kerja, tapi dari penampilan, mereka nampak aku someone yang open minded, sporting dan senang untuk berurusan.
Disebabkan urusan dunia aku sangat mudah, maka aku terikat untuk tidak berhijrah, bukan kerana aku tak boleh tapi aku tak mahu.
Dan aku percaya ramai yang ada reason macam ni.
Bukan tak boleh, tapi tak mahu sebab terikat dengan urusan dunia.

Dulu aku pun macam tu.
Aku banyak memikirkan consequences hubungan aku dengan dunia sekiranya aku berhijrah, lansung tak pernah terfikir consequencens hubungan aku dengan akhirat.

Setiap kali aku terkenang balik macamana Allah tukar pandangan orang terhadap aku, never failed to make me cry.

Aku mula bertudung tahun 2011, tapi waktu ni hijrah kepala saja.
Pakaian masih lagi berseluar ketat, berbaju ketat.

Tahun 2013, aku tunaikan umrah kali pertama.
Dalam kapal terbang aku terpisah tempat duduk dari En Wan.
Selalunya kalau En Wan ada kat sebelah, walaupun aku tau kalau kapal tu nak terjunam semua pun menjunam sekali, tapi masih lega sebab at least boleh pegang tangan En Wan.
Bila hari tu kena pisah tempat duduk, aku jadi cuak lebih dari biasa.

Dalam pada tak sedar aku letakkan sepenuh pergantungan pada Allah.
Selama 8 jam non-stop aku berzikir atas tu (kecuali stop untuk makan).
Dalam kebanyakkan masa aku zikir sambil pejam mata sebab aku taknak orang sebelah ajak aku bersembang.
Tak perasan pulak rupanya aku diperhatikan oleh makcik yang duduk kat sebelah.

Sampai di hotel kat Madinah, makcik tu tegur aku "Anak ni ustazah, ya?"

"Eh tak makcik".

Pastu dia panggil anak-anak dia "Meh sini, ni la yang mak cerita tadi. Ustazah ni tak benti-benti berzikir dari mula naik".

Esoknya masa breakfast, lalu depan satu meja, another makcik greet aku "Assalamulaikum ustazah, makan telur je?"

Dalam kepala blur kejap. Apesal makcik ni panggil aku ustazah?
Nak kata aku pakai telekung, semua pun pakai telekung dalam hall ni.

Dan hari-hari seterusnya macam tu la.
Jemaah yang berselisih, mesti panggil aku ustazah.
Dalam sujud aku cakap "Ya Allah, pernah satu masa dulu aku dihukum masuk neraka oleh orang lain. Tapi di sini Kau ubah pandangan orang terhadap aku, sehingga mereka memanggil aku dengan panggilan yang baik. Kalau panggilan ini boleh membawa aku lebih dekat padaMu, maka tetapkan hati aku untuk terus berada di jalan agamaMu."

Masa tu aku realized, tak ada yang susah untuk Allah ubah kalau Dia berkehendakkan.
Hanya dengan 8 jam zikir, Allah ubah pandangan jemaah pada aku.
Zikir tu pun sebenarnya sebab aku takut, bukan sebab aku benar-benar ingat mati.
Tapi itu pun Allah dengan sifat Maha Pengasihnya menjadikan aku kelihatan baik di mata orang.
Apetah lagi kalau kita benar-benar ikhlas melakukan sesuatu untuk Allah, tak terbayangkan berapa tinggi darjat Allah akan naikkan.

Balik dari umrah, aku masih lagi gagal istiqomah dalam hijrah.
Masih tutup kepala je. Pakaian masih tak boleh tinggal lagi.
Masih menganggap kalau tak up-to-date nanti susah nak buat sales sebab customer tak selesa bersembang dengan sales yang berpakaian syari'i.

Hijrah setengah hati namanya ni.
Umpama lepas kencing pandai flush tapi lupa cebok.
Bersih tapi dalam pada masa yang sama membawa najis bersama-sama tanpa sedar.
Macam tu lah perumpamaan aku dulu.

Cuma satu benda yang aku tambah - aku mula cari bahan bacaan agama.
Aku mula dengar ceramah-ceramah agama.
Itu je la pun yang aku tambah sikit. Tu pun kalau free time baru baca.
Tengah-tengah takde apa nak buat sementara tunggu bank bukak, baca kejap.
Sementara tunggu makanan sampai, baca kejap.

Dalam satu ceramah, ustaz kata kebanyakkan orang yang berhijrah susah nak istiqomah kerana lingkungan.
Lingkungan bukan terhad pada kawan-kawan saja tapi juga kerjaya.

Kerjaya aku waktu tu memaksa aku untuk berjumpa dengan orang.
Tau je lah bila berjumpa dengan orang, mesti nak kena up-to-date, bergaya, sporting, barulah orang selesa nak bersembang/berjumpa dengan kita, ye tak?
Boleh jadi inilah yang menghalang aku untuk istiqomah.
Aku terikat dengan urusan yang buatkan aku lemah.
Bukan customer yang jadi penyebab aku tak boleh istiqomah, tapi aku yang kalah dengan kehendak persekitaran.

Lingkungan memang bagi impak yang sangat besar.
Abu Talib bapak saudara Rasulullah saw tu sangat baik orangnya.
Tapi kerana dia banyak habiskan masa dengan Abu Jahal, akhirnya dia kekal dalam neraka.
Jadi kita kena kenal pasti adakah lingkungan kita membawa kita lebih dekat pada Allah atau tak.
Tak semestinya kawan-kawan, kerjaya juga mainkan peranan.

Aku start buat sales sejak 2003.
Tahun 2014 (setahun lepas balik dari umrah pertama), aku decide untuk drop kerjaya tu.
Bukan decision yang senang.
Dah lebih 10 tahun aku buat sales, orang kata dah sedap dah waktu ni. Comfort zone.
Pulak tu waktu ni umur pun bukan muda lagi, anak-anak pun dah makin besar.
Bukan mudah nak tinggalkan kerja yang aku dah buat selama 10 tahun.

Tapi hadis kata "Sesungguhnya jika engkau meninggalkan sesuatu kerana Allah, nescaya Allah akan memberi ganti dengan yang lebih baik." (HR. Ahmad).

Mula-mula memang terasa berat.
Berkali-kali rasa nak giveup sebab aku masih belum jumpa dengan kerjaya yang betul-betul mantap untuk jadi ganti.
Waktu tu aku ada Ephyra and Fleur by Mrs Him.
Pendapatan 2 benda masih jauh nak dibandingkan dengan pendapatan aku buat Biotech.

Aku slowkan pace aku dalam Biotech bisnes.
Aku test market dulu.
Mula-mula aku start pakai blouse-blouse besar, seluar yang tak sendat, tudung pun labuhkan sikit.
Sales drop 50%.
Tak tau la sales ni drop sebab orang menyampah tengok aku macam makcik-makcik datang appointment atau memang Allah nak aku ubah kerjaya aku.

Respond customer memang slow.
En Wan kata aku nampak tak meyakinkan lansung bila datang appointment dengan berbaju kurung dan blouse longgar.
Memang terasa sangat susah. Rasa nak giveup je.

Tapi rupanya setiap kali terasa susah tu lah buatkan sujud dan wirid jadi sangat lama.
Masa tu baru aku sedar, inilah sebenarnya rezeki yang Allah nak bagi.
Hanya dengan waktu susah macam nilah baru aku jumpa rezeki ini.

Rupanya yang terasa susah tu cuma di awalnya saja.
Itu ujian samada kita sanggup atau tak sanggup tinggalkan.
Kalau terus bersabar dengan kesusahan yang sikit, Allah akan bantu.

Memang Allah ganti dengan yang lebih baik.
Kerjaya baru ni tak memerlukan aku keluar jumpa orang, boleh menjaga aurat dengan lebih baik, boleh menjaga pergaulan, tak penat, malam boleh berehat, nak duduk atas sejadah lama-lama pun boleh, pergerakan lebih terjaga bila suami sentiasa ada dalam ofis yang sama dan alhamdulillah Dia bagi staff-staff yang boleh diharap.

Balik dari umrah kedua, aku mula cari peluang untuk blaja agama.
Sebab aku sedar aku bukan di Madinah.
Persekitaran kita di sini tak sepenuhnya membuatkan kita terdorong untuk istiqomah.
Jadi, kita yang kena keluar untuk cari persekitaran yang boleh buatkan kita istiqomah.

Istiqomah jauh lebih susah.
Sebab setan takkan menangis bila kita berhijrah. Tapi dia akan tukar strategi.
Antara strategi setan, dia buat kita rasa rendah diri dengan pakaian kita yang tak up-to-date, dia takut-takutkan kita suami cari lain bila kita tak bergaya macam dulu, dia yakinkan kita susah cari makan bila berpakaian syari'i.

Dalam masa yang sama dia ada strategi lain jugak.
Antaranya dia hasut kita untuk mengutuk orang yang berhijrah setengah hati, dia buatkan kita pandang serong kat orang yang masih belum hijrah, dia buatkan kita merasa diri kita dah baik berbanding orang lain sehingga membuatkan kita berhenti dari menambah ilmu agama.

Benarlah bagai dikata, hidayah itu sebenarnya dah sedia ada.
Tinggal lagi kita nak ambik atau tak nak ambik saja.

Al-Quran tu dah ada sejak dulu, tapi aku saja yang jarang baca.
Buku terjemahan Al-Quran dah ada sejak dulu, tapi aku yang tak mahu blaja maksud Al-Quran.
Kelas agama tu dah ada sejak dulu, tapi aku yang taknak blaja agama.
Tudung tu dah ada dijual sejak dulu, tapi aku yang taknak pakai.
Baju longgar tu ada dijual kat mana-mana, tapi aku yang pilih nak pakai baju ketat.
Solat malam tu dah diajar sejak skolah, tapi aku yang taknak buat.
Kedai buku tu dah ada sejak dulu, tapi aku yang pilih untuk taknak beli buku agama.
Rancangan agama tu ada je kat TV, tapi aku nak tengok cerita lain.

Semua benda kat sekeliling aku adalah hidayah Allah.
Allah dah bagi hidayah, tapi aku yang taknak ambik.

Bila berhijrah, jangan merasa dah cukup.
Teruskan cari ilmu, fahamkan dan praktikkan.
Kerana semakin banyak yang kita blaja, semakin kita akui bodohnya diri sebab rupanya banyak sangat benda yang kita baru tahu.

Syurga itu identical dengan ilmu sebagaimana ikan identical dengan air.
Kalau kita berangan-angan untuk ke syurga, maka kena perhatikan bagaimana terikatnya hidup kita dengan ilmu (agama).
Kerana dengan ilmu kita menumpang untuk mendapatkan redha Allah.
Dan sesiapa yang menjauhi ilmu (agama), samalah keadaannya seperti ikan yang dijauhkan dari air.
Kalaupun survive the first 5 minutes, tak mungkin dapat bertahan 5 minit berikutnya.

Macam tu lah jugak dengan manusia.
Kita perlu sentiasa berubah dan untuk berubah perlu memahami kenapa mesti berubah.
Dan untuk memahaminya, kita mesti ada ilmu.
Kalau takde ilmu, kita tak jumpa reason untuk berubah.

Dalam dunia bisnes, perlukan perubahan.
Bisnes owner mesti alert, respond dan adapt pada perubahan, kalau tak, bisnes akan gulung tikar.
Tengok saja macam Kodak and Nokia.
Dulu nama yang cukup besar, tapi dek kerana tak respond pada perubahan, akhirnya tinggal nama.

Begitu juga dalam agama.
Perubahan dalam agama identical dengan hijrah dan taubat.
Siapa pun hidupnya stuck dengan dosa yang terhasil dari kebodohan diri sendiri, kalau dia tak respond pada perubahan sedangkan umur makin meningkat, dia akan rugi dan tak selamat.
Kerana taubat dan hijrah adalah sebahagian dari proses manusia belajar menjadi dewasa.