Pages

2017-09-21

Jangan jadi kebudak-budakan time interview



Artikel atas ni bukan aku yang cakap tau, tapi orang tu yang cakap. Aku tepek je.

Last year, status aku tentang temuduga pernah viral.
Sebab aku pun stress tengok some yang datang tu macam konfiden gila dapat kerja dengan resume tak bawak, pastu cara bercakap macam bercakap dengan member, siap bersandar okeh?

Just imagine bila mintak cerita tentang diri sendiri, dia boleh start dengan senyum meleseh-leseh pastu cakap "Emmm...nak cerita apa eh? Saya orang Kedah tapi duduk ngan makcik kat sini...."

Pelik gila kot aku dengar orang introduce diri "Saya orang Kedah..."

Bukan pelik dia orang Kedah.
Tapi pelik dia guna ORANG.
Seriously? ORANG?
Kau ingat kau tengah bercakap ngan makcik kau ke, dik.

Apa tak reti ke nak guna ayat proper dan formal like "Saya asal dari Kedah tapi di sini saya menumpang rumah mak saudara.".
Memang la bunyik macam nerd gila tapi ini kan interview. Biarlah guna Bahasa Malaysia rapi sikit.

Yang lagi best bila tanya "Ada bawak resume?"

Dengan muka sardin dia jawab "Kan dah hantar kat whatsapp hari tu?"

Haah, memang aku takde keje kat opis ni, boleh printkan resume kau.

Zaman aku dulu nak cari kerja, gigih create email guna hotmail untuk apply kerja.
Walaupun dulu aku buta IT, nak klik send pun tak jumpa butang, tapi tetap usaha blaja untuk gunakan saluran yang formal.
Kalau perlu call, aku akan call "Hello, nama saya Diana. Saya call berkenaan dengan job vacancy di syarikat cik. Dengan siapa saya boleh bercakap?"

Last year, yang call opis aku bila aku angkat je "Ini XZIZ Biotech ke? Ada keje kosong kan kat sana? Saya ingat nak datang interview".

Ewah, sebijik gaya macam nak singgah pi pasar malam.
"Ada jual kuih kan hari ni? Saya ingat nak datang".
Lebih kurang macam tu kan pesen dia?

Aku ngan En Wan sampai terpinga-pinga dengan perangai sorang-sorang.
Tu belum lagi yang bila aku kata "Waktu bekerja 9 pagi sampai 5.30 petang. Tapi kalau kerja banyak, you are required to stay back. Kita bagi OT".

Dia boleh jawab "Ala, saya tak boleh balik lambat sebab saya tumpang abang saya."

Baiklah dik, lain kali bersenggayut terus kat abang kau. Jangan gerak ke mana-mana. Biar melekat kat situ.
Pfftt.

Bila kita bagitau nak orang yang pandai guna excel, boleh respond to email (PR bagus), boleh layan customer yang datang kedai, dia boleh jawab "Boleh tak saya fikir dulu?".
Patutnya aku yang cakap "Ok, you balik fikir dulu offer kami, then esok call us back. If we don't hear from you, kita akan buka offer ni pada orang lain".
Ini tak, belum apa-apa dia yang nak pikir dulu.
Tapi bila tanya ada tunggu offer lain ke, dia kata takde. Haih, cara mintak berfikir tu macamkan ada 10 offer.

Macam artikel Sinar tu tulis, sebenarnya majikan bukannya pentingkan sangat berapa pointer kau dapat. Yang penting kelakuan bagus sebab majikan nak hadap kau dalam opis ni at least 8 jam sehari, jadi perangai kau biar semenggah.
Selalunya apa yang kita apply kat tempat kerja tak fully sentuh sangat apa yang kita blaja di U.
Even kawan aku yang kerja kat lab pun cakap bila dah masuk kerja, baru dia tau apa yang dia buat time praktikal dulu hanya basic je. Kat tempat kerja barulah guna teknik yang lebih advance, guna machine yang lebih high-end, tu belum lagi dengan segala tok nenek report yang kena buat.
Sama macam aku keje dulu. Basicnya cuma Biotek.
Tapi time aku jadi Medical Underwriter Prudential aku tak buat keje lab pun, aku cuma gunakan ilmu biomedic yang aku hanya belajar 1 semester tu je untuk buat kerja.
Time jadi sales pun sama, aku cuma gunakan ilmu aku tentang Biotek untuk memahamkan fungsi alat makmal yang aku jual. Aku tak pernah blaja tentang cara menjual pun kat U.

Ok lah to be fair to them, dorang fresh grad, takde pengalaman mohon kerja. Fine.
Tapi time skolah dulu ada belajar buat surat rasmi, kan?
Ada belajar cara buat surat mohon kerja kan?
Blaja cara buat resume, kan?
Dah tu ilmu tu buang ke mana, dik.

Takkan lah nak cari kerja tak buat persediaan cari maklumat tentang company yang kau apply, apa bisnes yang dia buat, cari informasi tentang produk yang dia jual, etc.
Paling tak pun, google la etika menghadiri temuduga. Pakai pakaian yang macamana.
Cara nak greet macamana. Apa yang perlu dibawa. Tu pun dah cukup.
'Jual diri' sikit depan bakal majikan.
Kau ingat yang interview kat situ kau sorang? Ramai okeh. Jangan konfiden sangat kau takde saingan. Please 'jual diri'.

Bak kata Richard Branson "If someone offers you an opportunity and you're not sure you can do it, say yes - then learn how to do it later".

Masa aku temuduga dulu, 80% apa yang penemuduga tanya "Boleh buat?"Aku cakap "Boleh."
Walaupun boleh tu cuma 20% je. Eh tapi aku menjawab soalan. Dia tanya boleh tak? Memang la aku boleh, cuma tak pakar. Just 20% je. Tapi boleh la jugak namanya, kan.

Ini tak, bila ditanya "Boleh guna excel?"

"Tak reti".

Jangan berani-berani cakap tak reti time temuduga, ya dik.
Cakap "Saya boleh belajar".

Majikan sangat suka dengan pekerja yang dedikasi dan rajin.
Tak perlu pandai, tapi mesti rajin.
Kalau rajin, insyallah akan jadi pandai.

Staff aku kat opis ni contohnya.
Sebenarnya ada yang lebih bagus dari dorang time datang interview dulu.
Tapi lebih bagus belum tentu lebih layak sebab ada kriteria lain yang aku nak.
Antara point yang buatkan En Wan (dia decision maker) pick dorang sebab masing-masing cakap "Saya boleh belajar", "Saya boleh cuba".
Itu yang penting.
Itu menunjukkan ada effort nak belajar.

Sebab aku tau di syarikat aku, 80% kerja yang kau bakal buat, adalah yang kau tak blaja masa kat U.
Kena layan customer datang.
Kena cari sales/promote.
Kena respond to customer enquiry.
Kena update status FB/IG.
Kena buat packing.
Kena setup and jaga booth
Kena buat design shawl.
Kena ambik gamba produk and buat flatlay.

So, "Saya boleh belajar" adalah salah satu power phrase untuk kau letak nama kau in the payroll.

Aku pernah je jadi 'orang suruhan' time makan gaji dulu.
Hantar barang customer, aku.
Stayback jaga booth, aku.
Balut barang customer, aku.
Gi kastam clearkan shipment, aku.
Angkut sendiri barang ke pos laju, aku.
Outstation sorang-sorang, aku.
Jadi bidan terjun gantikan bos buat presentation depan Professor-Professor pun aku pernah buat.

The perks of being 'budak suruhan' adalah bila majikan terakhir aku willing beli aku dari company sebelumnya sebab dia taknak tunggu bulan depan baru aku lapor diri.
Bukan sebab aku terer sangat buat sales, tapi sebab aku ada macam-macam benda yang boleh buat yang menjimatkan masa dan kos dia agaknya.

Jangan sentap kalau majikan suruh buat kerja yang di luar job scope.
Kau takkan tau apa kerja tu akan buat pada kau esok.
Anggap itu investment pada diri sendiri.
Mana-mana majikan tahu yang tak semua pekerja akan kekal di tempat kerja yang sama.
Kebanyakkan akan pindah cari kerja lain. Cuma segelintir akan stay and grow with the company.
Kerja la sungguh-sungguh, buat saja apa yang majikan suruh.
One day, kalau dah sampai masa kau berpindah tempat kerja, masa kau update resume kau akan realized bahagian work experience kau dah jadi panjang. Sebab kau ada pengalaman buat macam-macam kerja. Mungkin ada antara kerja-kerja yang kau sentap kena buat dulu akhirnya jadi point utama yang buatkan kau outstanding dari orang lain.

Tak caya?

Percayalah.



LAST DAY TODAY YOU ALLS.

Ini promo untuk pembaca Berita Harian.
Tapi untuk blog reader aku open sekali lah.
Refresh page ni kalau nak. 
Klik OK kat form tu nanti dia direct kau terus ke whatsapp admin GreenAard.