Pages

2017-09-27

Bibik lagi



Ini antara topik yang banyak kali aku tulis kat blog (sebab banyak kali bertukar bibik).
Dan inilah juga topik yang aku enjoy tulis. Hahaha.
Aku ada pengalaman dengan 7 orang bibik.
Semuanya dari Indonesia, takde yang dari Cambodia atau Filipina.

Pengalaman aku dengan 7 orang ni berbeza-beza. Perangai pun berbezalah, of cos. Nama pun manusia. Perangai tu takde hal sangat, tapi bab kepala batu ni kadang-kadang aku ada sikit hangin.
Kalau kata tegur tu, memang ada lah tegur. Tapi lebih kepada mengajar, bukan marah.
Selalunya kalau baru start keje dengan aku, memang banyak la kena tegur. Yang tu biasa, sebab dorang pun tak tau apa yang kita nak dari dia. Kalau yang dah biasa keje, kurang sikit teguran aku bagi. Tapi yang tak biasa keje, memang almost hari-hari.

Jenis yang tegur-dan-lambat-faham takpela lagi. Aku boleh cuba bawak-bawak bersabar.
Tapi jenis yang tegur-dah-la-lambat-faham-buat-sombong-bodoh-pulak-tu, haaaa yang ni selalunya akan berakhir dengan suara petir diiringi ribut taufan (campak barang). Yang campak barang tu aku la.

Memang ada spesis bibik yang perangai macam bibik reader kat atas.
Dia buat rumah majikan macam rumah dia.
Sukati bila dia nak bangun, sukati bila dia nak membuta, sukati bila nak start keje.
Antara bibik-bibik aku, hanya 2 orang je yang betul-betul cekik darah.
Bibik Cici and bibik Ida. Yang lain semua alhamdulillah ok.
Bibik 2 orang ni je pun yang lari dari rumah. Yang lain elok je keje sampai 2 tahun. Ada yang sampai 2 tahun 7 bulan.

Macam kes aku, bibik Cici and Ida ni benak sikit.
Sampai nak terkeluar anak tekak aku mengulang-ulang ajar benda yang sama, tak masuk-masuk gak!
Sampai bergaduh aku laki bini sebabkan dia. Dia yang benak, kitorang lak yang bertekak.
Memang ada jenis manusia yang dengar tapi tak paham tapi buat-buat paham.
Baru je 5 minit lepas aku instruct dia buat something pun dia boleh lupa. Ko tak hangin?

Selalunya spesis macam ni bukan disebakan dia asal ulu banat, dan bukan juga kerana orang susah.
Bibik yang datang keje kat Malaysia mostly susah, takde yang senang. Jadi, susah bukan alasan untuk kau jadi bengap.
Pesen macam bibik Ida and bibik Cici ni bangsa pemalas.
Orang kalau dah malas, otomatik akan jadi bangang. Kau ajar la apa pun, manjang je dia lupa.
Sebab apa lupa?
Sebab malas nak mengingat, malas nak memikir. Penyudahnya bangang abadi.

Eh tapi kalau guna astro, guna remote, guna phone, tak payah ajar. Cukup cekap.
Bibik Ida adalah bibik aku yang paling serabut. Menyesal aku tak simpan gambar dia. Kalau tak, boleh aku tepek kat sini. Hahaha.
Rambut berselirat. Aku suruh ikat biar kemas, taknak. Buat muka mintak penampar everytime aku suruh ikat rambut. Bila aku kata aku nak potong rambut dia, tak bagi. Rambut ada kutu. Aku cakap meh aku hantar pi potong rambut. Dah pendek baru senang nak shampoo ngan ubat kutu. Dia cakap "Mana ada kutu, kak. Telurnya aje".
Kepala hangguk kau ada telur je.
Dah tu mana datang telur kalau takde kutu?

Masak memang fail.
After sebulan dua kot dia keje ngan aku baru aku tau rupanya dia masak sayur tak pernah basuh.
Masalahnya dah diajar, bukan tak ajar. Tapi entahlah, kadang-kadang aku konfius dia ni bodoh sangat ke hape. Macam takde common sense tau. Boleh pikir la lojik benda-benda mentah ni kalau nak makan/masak basuh la dulu. Alangkan epal yang comel tu pun kita basuh dulu sebelum makan. Takkan la bayan yang akar berselirat tu kau tak basuh. Tu pun mujur dia buang akar, kalau dengan akar-akar sekali dia masuk dalam periuk memang aku jirus dia dengan air bayam tu.

Jiran aku dulu cakap sometimes dorang ingatkan ada histeria dalam rumah aku sebab dengar suara orang terpekik-pekik.
Yang memekik tu aku la.
Aku memang bangsa kalau naik hangin aku sound direct je. Takde de aku nak ambik kira orang sebelah dengar ke, malu ngan jiran ke. Takde. Jiran kalau curious sangat silakan bertanya.
Pernah satu kali tu aku dah hilang sabar sebab asal aku balik tanya dah sapu rumah ke belum? Dia cakap dah sapu.
3-4 hari sengaja aku biarkan tisu aku bergulung kat satu sudut, elok je tisu tu kat situ tak gerak-gerak.
Yang tu ko kata sapu?
Bak sini penyapu biar dengan muka kau sekali aku sapu.

Nak dijadikan cerita masa aku tengah membebel-bebel sambil ajar dia cara sapu rumah yang betul (untuk ntah keberapa kalinya aku ajar), aku angkat karpet. Hah kauuu, bawah karpet tu segala plastik Cheezel, Twisties, semua ada. Rupanya, dia main selit bawah karpet je. Janji tak nampak kat mata. Senang gila kau berkemas eh?

Aku apa lagi. Macam mambra aku bertempik. Jangankan jiran sebelah rumah. Jiran langkau 2 buah rumah pun dengar lagi suara aku. Kalau Ramli MS dengar suara aku masa tu mesti dia kata "Lontaran vokal yang mantap!".

Lepas aku nampak plastik terselit tu, terus aku kelebet segala sudut dalam rumah. Macam-macam sampah aku jumpa. Dia main peruk je.
Ko tak tak dia punya tahap pemalas tu, dia mandi sekali je tau sehari. Tu pun time aku nak balik keje.
Tapi muka dia sebelum ngan selepas mandi takde beza. Berkerak semacam. Naik segan aku nak bawak dia berjalan. Nanti orang kata aku tak hiraukan orang gaji. Padahal masa dia datang sini, dia cuma ada selai baju tido, selai seluar, 2 helai baju. Esok tu jugak aku pi belikan segala tok nenek seluar, baju, coli, spender, lengkap untuk pakai 3-4 hari. Aku belikan baju kurung selai untuk dia ikut aku pi kenduri-kendara. Tapi dia simpan. Baju yang berdekir tu jugak dia pakai gi jalan. Sakit je mata aku. Nak ditinggalkan kat rumah takut macam-macam benda pelik lagi dia buat. Nak taknak, aku angkut la jugak dia dengan rupa yang tak semenggah tu.

Bibik Ida spesis sama macam bibik reader ni. Bangsa nak tengok cerita dia manjang.
Dulu TV aku cuma ada satu je. Lepas makan, aku layan TV ngan En Wan.
Elok je dia datang kat tepi "Kak, taknak tengok cerita Indon ke?".
Aku cakap aku nak tengok cerita ni (omputih).
Dia jawab "Aku tak tengok cerita ni, kak".
Dah tu? Kalau kau tak tengok ada aku kesah?
Tak puas-puas lagi tengok TV dari pagi sampai ke petang?
Eh sakit pulak hati bila teringat balik.

Kadang tu aku ngan En Wan ada kat hall, elok je dia mencangkung depan TV (cangkung okeh!) terbahak-bahak tengok Tom and Jerry. Redza main kat depan.
Redza kat depan, dia tengok kartun kat dalam, boleh?

Bibik Cici adalah bibik aku yang last. Lepas tu aku taknak ambik dah. Mak mertua aku pun tak bagi ambik. Dia kata takut dapat yang lagi menyakitkan hati.

Bibik Cici ni pandai masak sikit dari Ida, tapi sebenarnya takde la pandai sangat pun. Boleh la takat nak goreng-goreng tu.
Tapi dia ni malas kedaung. Super-duper malas.
Nak disuruh selalu. Macam ada short term memory loss. Sekali ketuk, sekali jalan. Sekali ketuk, sekali jalan. Karang aku ketuk kau betul-betul baru tau.

Dia bangun pagi lambat. Tido cepat. Kesimpulannya, kuat tido.

Bangun pagi duduk-duduk. Tak tau nak buat apa katanya. Sebab rumah dah bersih.
Abis tu perlu ke aku selerakkan rumah tiap-tiap malam sebelum tido so that kau ada keje nak buat esok pagi?
Takde common sense lansung.
Bangun pagi, bukak la tingkap dapur ke, bukak langsir, lap pinggan mangkuk yang dah cuci malam tadi. Sapu-sapu sikit ke dapur tu. Ni tak, bangun tido macam mem duduk-duduk kat kerusi. Sejenis yang tunggu arahan untuk buat keje.
Jadi aku ni takde keje lain. Tetiap hari sebelum gi keje kena bagi dia arahan yang sama berulang-ulang kali.
Aku dah ajar, bangun pagi lepas bukak tingkap, tarik langsir, pegi masak nasik dulu. Lauk belakang cerita, tapi nasik biar masak dulu. Senang kalau tetiba aku nak buat nasi goreng, nasi dah siap masak.
Lepas tu, jirus la sikit kereta aku tu, biar hilang embun-embun.
Then lap pinggan mangkuk, pastu sapu-sapu sikit dapur sementara nak tunggu arahan aku kot-kot aku ada arahan special hari tu.
Benda yang sama aku kena ulang hari-hari. Fedap betul.

Masalahnya pulak si Cici ni kalau kau bagi arahan, kau kena bagi gila bapak punya detail.
Contoh, kalau nak suruh dia basuh bilik air.
Aku takleh pesan "Cici, nanti hari ni cuci bilik air saya ya".
Dia simbahkan je bilik air tu ngan air. Done.

Aku kena cakap and tunjuk siap "Hari ni, cuci bilik air. Kat sink and toilet ni sental tepi-tepi ni. Pakai sabun yang ni. Lantai kena berus. Dinding berus. Pakai sabun yang ini pulak. Lepas dah cuci, mesti mop. Dinding, sink dan toilet kena lap dengan kain biar kering".

Itupun tak lepas!
Ada je benda yang dia lupa buat.
Memang hari-hari la aku terpekik.
Seb baik rumah sekarang ni jiran-jiran semua jarang ada kat rumah. Jadi dorang kurang dengar aku bertempik.

Cici ni kuat mencurik.
Mujur aku memang tak pakai barang kemas, kalau tak dah selamat dia bawak lari.
Cici ni asal kitorang nak keluar je dia taknak ikut. Aku ingatkan dia nak berehat, so takpela. Biar ada orang tunggu rumah. Rupanya setiap kali kitorang keluar tu, dia membongkar dalam bilik aku.
Itu pun sebulan sebelum dia lari En Wan tersedar duit asik hilang.
Siapa la yang nak dituduh. Tempat yang disorok tu cukup tinggi dan cukup tersorok.
Boleh pulak dia suggest Redza ambik.
En Wan kata Redza punya duit belanja skolah dulu RM4-5 sehari. Itu pun ada belen sebab Redza ni suka menyimpan. Takde sebab untuk Redza mencuri kalau duit yang aku bagi tetiap hari pun sentiasa berbaki.
Hari yang dia lari tu, En Wan check hilang lagi RM200.
Lepas dia berambus takde dah kejadian duit hilang.
So, kesimpulannya, memang dia la pencurik tu.

En Wan memang nak pasang CCTV dari mula lagi. Tapi aku tak kasik.
Aku tak suka bila orang yang aku percaya rupanya buat taik belakang aku.
Sebab tu aku taknak letak CCTV. Aku takut nanti bila aku check CCTV tu nampak anak aku kena pukul ke, anak aku kena bantai, atau nampak dia mencuri barang-barang aku. Aku rela tak nampak dari aku nampak. Sebab kalau aku nampak, God knows apa kau akan dapat dari aku. Mak mertua aku pernah nampak camana rupanya kalau aku naik hantu. Ipad baru beli pun aku hempaskan ke lantai.

CCTV dalam opis ni pun connect kat henfon En Wan, bukan henfon aku.
Sebab aku taknak tengok kalau terjadi apa-apa benda pelik.
Aku taknak kembali menjadi mambra.

Sesape yang ada bibik, kena faham.
Ada bibik yang bijak (common sense tinggi), ada yang rajin, ada yang pemalas, ada yang kepala batu and ada yang terlajak bengap.
Kalau dapat macam bibik Yani, Eti atau Lenny, memang rezeki.
Tapi kalau dapat macam bibik Ida and Cici, berdoalah kau tak dapat sakit jantung.
Agak-agak tak tahan, terminate je. Kalau pikir rugi, memang rugi duit dah habis banyak.
Tapi sanggup ke tahan 2 tahun dengan perangai macam tu?
Kalau jenis yang perlu diajar setiap masa tapi dia buat keje, takpe.
Dapat jenis yang dah la kena ajar all the time, dia boleh mendengus and tarik muka lagi kalau minta buat keje. Yang ni mohon hantar balik je la. Buat semak je hadap muka dia hari-hari. Dah macam membela dia pulak. Kita nak ringan beban, dah satu hal nak kena menanggung dia.




Hari ketiga Promosi Ulangtahun ke-2 GreenAard.
Check table kat atas untuk kira berapa korang boleh jimat.
Pastu klik button bawah untuk order.