Pages

2017-07-23

Jujur?



Tu dia, mukadimah entry hari ni.

Aku ingat dah masuk tahun 2017 ni, di zaman semua orang sibuk nak keluarkan produk sendiri, seharusnya semua dah faham dan kenal produk sendiri. Maka, tak perlulah nak cilok ayat marketing orang lain untuk jual produk sendiri. Oh rupanya, masih ada yang tak makan saman.

Gambar atas tu comparison marketing ads yang aku buat untuk Nutrijuice di page GreenAard. Ads tu aku tulis sendiri August 2016. Dah nak setahun ads in on tak pernah stop. Tau-tau ada pengguna Nutrijuice bagitau ada orang tiru sebijik-bijik ayat aku untuk jual produk dia. Aku takde hal dengan competitor. Aku dah biasa bersaing dengan competitor secara one to one semenjak tahun 2003 lagi. Jadi, aku takde masalah dengan mana-mana competitor. Tapi aku memang ada masalah sejak dulu lagi dengan orang yang suka ambik 'hak' orang untuk cari rezeki.

Dulu, gambar baju Fleur aku dijajanya merata. Konon produk yang dia jual sebijik sebijon macam dalam gambar. Yang ni Nutrijuice pulak.

Kamon lah, benda-benda science ni semuanya benda fakta. Kau tak perlu nak tiru ayat orang sebijik sebijon. Kalau kau faham fakta, maka kau akan faham flow produk kau dan apa produk kau boleh buat untuk selesaikan masalah pengguna. Yang menjadi masalahnya bila kau tak faham apa produk kau boleh buat, dan kau juga tak paham apa benda yang kau buat. Bila kau tak faham, tapi nak jugak berbisnes, end up jadi macam ni lah. Terpaksa tiru sebijik sebijon ayat orang lain sebab kau tak sendiri tak faham apa benda yang kau jual. Ni kalau kena present product depan researcher atau lecturer yang memang faham tentang teknikal, memang hangus kau kat depan kena fire.

Aku taknak sentuh pasal berkat tak berkat rezeki, halal haram rezeki. Itu Tuhan punya kerja.
Tapi aku nak sentuh tentang honesty.
Apetah lagi ini produk makan.
Bila kau tak faham tentang produk yang kau jual, kau akan tend untuk bantai semua pun boleh.
Bila orang tanya "Saya ada sakit ni, boleh tak kalau saya ambik produk awak ni?"
Kau bantai "Boleh!".
Sebab apa?
Sebab motif utama kau bisnes untuk dapat duit, bukan untuk selesaikan masalah orang.
Bila kita niat buat produk untuk selesaikan masalah, kita akan ada usaha untuk buat research tentang bahan-bahan, buat bacaan atau jumpa pakar minta nasihat, guinea pig-kan diri sendiri, etc.
Bukan 2 bulan lepas start produk, hari ni dah release.
Bila orang tanya apa fungsi produk, kau google and tepek.

Masa aku nak buat GC Plus (weight loss), aku buat appointment dengan ramai orang. Alhamdulillah, kebetulan aku kenal ramai researcher, jadi dorang bagi input macam-macam. Aku jumpa pakar surgery tau mintak pendapat dia tentang weight loss, mana lebih ok - dengan cara makan atau sapu. 3 kali RnD and aku test kat diri sendiri. Bila masalah berat aku sendiri selesai, baru aku berani release kat market.

Sama macam Cleansing Gel. Aku buat sebab nak selesaikan masalah ekzema Rayyan.
Nutrijuice, sebab aku and En Wan sendiri kolesterol tinggi.
Makeup Remover sebab aku taknak pakai Shu Uemura cleansing oil lagi sebab berminyak.

Niat biar betul.
Kalau niat betul, kita tercenderung untuk usaha fahamkan produk lebih dari sekadar nak dapat duit tetiap hari.
Ni tak, orang buat produk, kau pun nak buat. Lepas tu kau sendiri tak paham apa produk kau boleh buat, terpaksa plagiat ayat marketing orang lain.
Orang lain susah payah keluar modal masuk kelas marketing berhabis ribu-ribu.
Kalau tak tau, len kali belajar. Tanya orang. Jangan sombong dengan ilmu.
Ni mujur la menjak dah cecah 40 tahun ni aku punya skill maki dah tone down. Kalau 10 tahun lepas jadi macam ni, berbuih aku maki dalam ni.




Ini video semalam.
Selalu kalau halfday ni aku takde keje sangat nak buat, jadi aku buat video.
Tapi tak pakai mekap pulak, jadi aku tenyeh dengan maker pen and company stamp.
Tu cuma nak tunjuk how effective this makeup remover tanggalkan kesan degil dalam masa kurang dari 1 minit. Bukan nak suruh korang tepek cop tu kat muka saje-saje.

Makeup Remover is always a makeup remover. Fungsi memang sama mana-mana makeup remover pun.
Tapi USP GreenAard Makeup Remover ni, dia boleh tanggalkan mekap tebal dalam masa 1 minit je. Proven.
And tak berminyak. Dalam video aku tu, sampai ke sudah aku tak bilas muka aku dengan air. Sebab lepas lap dia kering macam tu je. Tak berlengas lansung. So, kalau korang tak jumpa air pun takde hal lah. Masih boleh basuh mekap.



Ni kebetulan pulak ada reader yang tanya boleh ke tak kalau nak jadikan Makeup Remover tu sebagai pencuci muka je sebab dia tak pakai mekap.

TAK PAYAH!

Makeup Remover ni walaupun fungsinya 2 dalam 1 (boleh cleanse sekali), tapi fungsi utama untuk tanggalkan mekap. Kalau setakat nak cuci-cuci muka, pakai sabun Lux pun boleh. Bukan apa, Makeup Remover aku ni takde lah mahal mana. Yang dah pernah beli aku yakin mesti rasa berbaloi dengan harganya. Tapi kalau setakat nak guna untuk basuh-basuh muka, beli je lah face cleanser yang murah-murah sikit pun boleh. Tapi kalau memang nak guna sekali untuk remove mekap, boleh beli produk aku ni.

Elok pulak reader ni balas balik "...kalau seller lain semua dibolehkannya..".

Ini lah yang aku maksudkan awal-awal tadi.
Bila kita tak tau fungsi produk, maka semua benda kita bantai boleh.

Tak dinafikan kebanyakkan produk ada lebih dari 1 kebaikkan.
Macam GC Plus pun ada lebih dari 1 kebaikkan, tapi itu semua good side benefit saja.
Nutrijuice pun ada lebih dari 1 kebaikan, tapi aku tak berani nak sell menggunakan good side effect, walaupun dah ada a few testimoni. Tetap aku jual kerana fungsi utamanya. Kalau kebetulan kau dapat good side effect tu, alhamdulillah.

Teringat arwah bapak mertua aku cakap "Berniaga ni payah nak jujur.."
Arwah memang orang bisnes, tapi dia sendiri akui berniaga paling payah nak jujur.
Tapi tak bermakna tak boleh jujur. Boleh.
Mula-mula aku ingat apabenda yang tak boleh jujurnya?
Jangan menipu timbangan, duit balance kena bagi walaupun 1 sen, jual produk yang betul - buat semua ni. Bukan susah sangat nak jadi jujur.

Rupanya bila dah involve in bisnes, baru aku tau.
Jujur tu bukan setakat pulangkan duit baki je, tapi lebih dari tu.

Jujur hantar barang tepat pada waktu. Kalau overlooked cakap overlooked. Bukan salahkan pos laju lambat hantar.

Jujur bagitau produk is selling fast, tinggal 2 helai je lagi.. Bukan menipu cakap produk tinggal 2 helai padahal ada lagi 200 helai.

Jujur bagitau kebaikan produk yang sebenar, bukan semua jenis kebaikkan walau kebarangkaliannya hanya 2% tapi point yang 2% itu yang kau canang-canangkan.

Zaman online ni lagi lah.
Ayat marketing pun cilok orang lain punya.
Belum menjual lagi dah tak jujur. Camana?

Rezeki ni kadang-kadang bukan datang dalam bentuk duit semata.
Ada orang duit banyak sebab niat dia memang nak duit banyak, jadi Allah bagi. Tapi Allah tak bagi dia jalankan perniagaan atas landasan yang benar.
Ada orang rezeki dia cukup-cukup bayar duit gaji staff, bayar sewa, bayar gaji sendiri. Tak mewah mana. Tapi Allah pegang hati dia supaya jauh dari berlaku tak jujur dalam mencari rezeki.

Pilihlah mana satu kita nak.
Selagi kita masih bernafas, kita masih boleh buat pilihan.



PU LEATHER BAG UNTUK SETIAP PEMBELIAN MANA-MANA PRODUK GREENAARD BERNILAI RM150 DAN KE ATAS.

Valid only di FB and Whatsapp 012-7728976.