Pages

2017-05-24

Jangan hanya mintak je.



Kalau bab berdoa ni, aku rasa aku paling tak reti berkias kot. Always straight to the point and specific.

Ini aku share apa yang aku blaja, apa yang aku tau dan apa yang aku buat.

Kalau berdoa, mesti ada adab.
Adab tu merangkumi pelbagai.
Sama macam kita nak mintak tolong orang.
Jarang orang nak mintak tolong terus-terus mintak.
Kalau ada pun jenis macam ni, dia takkan mintak kat sebarang-sebarang orang. Dia akan mintak kat orang yang benar-benar dia kenal dan dia benar-benar rapat.

Kalau kita nak mintak tolong, selalunya kita cakap lembut, tanya khabar dulu, cerita sikit masalah kita, agak-agak pendengar nampak macam berminat dengan cerita kita, ada respond, barulah kita akan shoot hajat sebenar.

Sama juga kalau nak mintak tolong kat Tuhan.
Alangkan manusia pun kadang-kadang boleh bajet apa tujuan kau cerita masalah kat dia, lagikan dengan Allah.
DIA tau dah hajat kita tu. Tinggal lagi DIA nak dengar kita merayu-rayu. Nak kita puji-puji.
Kalau kita nak mintak tolong orang atasan pun kemain berbunga lagi surat rasmi kita "Yang berbahagia...Yang dimuliakan...."
Dengan Allah pun kena mulakan dengan memuji dulu.
Jangan lupa salawat juga. Dia suka kalau kita puji kekasih DIA.
Lepas tu baru mintak.
No necessary kena susun ayat cantik.
Asalkan lembut, tak tergesa-gesa, memadai.

Adab mintak tolong kat Allah, bukan hanya terletak kat susunan ayat doa tapi banyak lagi benda yang kena ambil kira.

Kalau kita nak pi mintak surat sokongan kat mana-mana pegawai untuk masuk Universiti atau nak mintak keje (contoh), takkan kita datang jumpa pegawai tu dengan baju round neck, seluar jeans lusuh and kasut sport shoes, ye tak?
Mesti kita potray diri kita sebagai seorang yang layak.
Kita akan tunjuk kat dia kita bersedia untuk terima jawatan tu/masuk ke universiti tersebut.
Kita bagi keyakinan kat dia, sokongan yang dia bagi tu tak sia-sia sebab kita memang layak.

Jadi, kata kunci kat sini, kita kena BERSEDIA.

Nak Allah tolong, kita kena bersedia.
Bersedia dari segi pastikan makan minum dan rezeki kita dari sumber halal.
Tunjuk kat Allah "I am ready to receive this".

Rasulullah saw pernah cerita, ada sorang lelaki berjalan jauh sampai keadaan dia teruk sangat dengan baju lusuh, muka rambut kusut masai, lepas tu lelaki tu tadah tangan berdoa "Ya Tuhan...Ya Tuhan...". Rasulullah saw kata, tak mungkin Tuhan akan layan permintaannya sebba makanannya dari barang haram, minumannya pun yang haram, pakaiannya dari yang haram dan dia diberi makan dengan makanan yang haram jugak. - (Muslim).

Bukanlah maksudnya kalau asal doa kita tak dikabulkan je bermakna kita ada makan sumber yang haram.
Itu Allah saja yang tau reason DIA belum kabulkan.
Cuma pointnya kat sini, kita kena bersedia dari setiap sudut.
Kabul tak kabul, itu urusan Allah.
Yang penting, kita bersedia dari setiap sudut.
Prepare things yang akan 'menambah point' kita supaya doa kita dikabulkan.

Hubungan dengan manusia kena jaga.
Dalam kesemua ceramah be it ceramah motivasi atau dari ahli agama, semua akan bagi point yang sama - nak doa dikabulkan, hubungan dengan manusia kena jaga.
Hubungan dengan mak bapak, adik-beradik, ipar-duai, kawan-kawan. Semua.
Tapi inilah selalunya yang orang ambik mudah.
Dia jaga hubungan dia ngan keluarga dia je.
Hubungan dengan orang luar dia tak ambik kisah.
Di zaman internet ni lagi kena jaga-jaga.
Silaturrahim boleh putus hanya dengan hujung jari.
Doa susah nak kabul, kerja susah nak menjadi dan sentiasa muncul masalah kalau hubungan dengan manusia tak dijaga.

Lagi satu yang penting - kena yakin.
Jangan was-was.
Allah adalah mengikut sangkaan hambaNYA.
Kalau kita rasa tak yakin Allah boleh bagi, memang DIA tak bagi la.
Tapi kalau kita mintak dengan rasa yakin kita dapat, DIA mesti bagi punya.
Lambat atau cepat DIA bagi, itu bukan kerja kita. Kerja kita mintak. Jangan pikir kerja DIA. DIA tau lah apa nak buat.

Yang point pertama and kedua tu senang nak uruskan. Boleh kawal.
Tapi selalunya yang point ketiga ni yang payah nak buat.
Sebab bila kita meminta, dalam masa yang sama kita rasa "Aku patut syukur je dengan apa yang ada. Apa Allah bagi ni dah cukup banyak dah". Betul tak?
Sebab aku pun dulu macam ni jugak.
Everytime nak berdoa je mesti akan ada rasa "Amalan tak banyak, tapi mintak nak yang best-best je".

Syukur itu MESTI. Tapi doa jangan tinggal.
Sebab doa adalah satu bentuk usaha. Bila namannya usaha, mesti buat sungguh-sungguh.
Mintak sungguh-sungguh, disertai dengan usaha yang lain-lain.

Aku pernah mintak nak dapat anak kedua.
Lama aku mintak, tak dapat-dapat.
Sampai Redza dah 6 tahun, barulah aku berjaya mengandung.
Then only aku realized, selama ni aku memang mintak tapi dalam masa yang sama aku tak usaha. Aku usaha doa je siang malam. Yang lain aku tak buat. Sebab aku ingat zuriat ni kerja Allah semata-mata.
Asal lepas solat, doa benda yang sama berkali-kali.
Bila benda yang sama aku mintak berkali-kali, dah jadi macam rutin. Lama-lama mintak pun dah tak bersungguh.
Bila takde kesungguhan, memang usaha tu habis kat situ je lah.
Tapi bila kita doa bersungguh, dalam tak sedar kita akan usaha dari setiap arah.
Sebab tu ada formula Doa + Usaha + Tawakal.
Yang aku buat Doa + Tawakal je. Usahanya takde.
Bila kita tak usaha, yakin tu takkan datang.

Sebenarnya, apa yang kita nak tu, kita mintak SEKALI je. Tapi boleh diulang-ulang 3 kali dalam doa yang sama.
Mintak sungguh-sungguh.
Lepas dah sungguh-sungguh mintak, kena sambung dengan usaha yang sungguh-sungguh pulak.

Dia punya analoginya macam kau order makanan kat restoran.
Bila kau order makanan, kau order sekali je.
Lepas tu kau tunggu order kau sampai. Kau tak kejap-kejap panggil waiter tu mintak checkkan order kan?
Ke memang ada yang selang 2 minit panggil waiter untuk checkkan order?
Selalunya bila kita dah order, yakin dengan order kita, yakin yang waiter tu place order kita dengan betul - kita akan tunggu order tu sampai dengan tenang. Sebab kita yakin dengan apa yang kita buat.

Masa aku berusaha nak dapat Rayyan, bersungguh betul aku pi sana sini - berurut, check telur, check sperm, pi korek masukkan kamera check rahim - buat semua.
Bila dah buat, result demi result dah diterima, barulah datang yakin.
Bila time yakin tu sampai, baru aku doa lagi sekali. Kali tu berdoa memang aku yakin betul aku boleh mengandung lagi sebab semua usaha dah buat.
Alhamdulillah dapat jugak si jendul tu.

Rupanya Allah nak ajar, kerja aku bukan sekadar meminta, tapi planning as well.
Kalau asal mintak, dapat. Asal mintak, dapat. Celah mana usahanya, betul tak?
Sedangkan Allah suka orang yang berusaha.

Sebenarnya Allah memang nak bagi, tapi DIA nak test dulu.
Allah kan suka uji hambaNYA dengan macam-macam cara.





Ni pun salah satu bentuk usaha gak ni.
Nak beli baju raya harga lebih murah dari harga online, tolong angkat bontot tu dan bergerak menuju ke Kinta Riverfront Hotel, ok?
GreenAard & Fleur by Mrs Him ada kat sini. Kali ni aku datang Ipoh.
Kalau tetiba terdengar suara terpekik panggil Rayyan, sila ikut arah suara tu maka sampailah ke booth aku.