Pages

2017-01-09

Profile picture kemain Save Aleppo, tapi...


Beberapa hari lepas aku ada up status kat FB pasal ni :


General, tak sebut nama sesape kan?
Tapi sebab isu tengah hot jadi orang pun boleh agak aku refer kes apa.
Ternyata esok paginya aku terima email dari sorang reader/follower.
Dia tanya takkan aku takde perasaan sakit hati lansung kat si pompuan ni.

Yang aku nak sakit hati kat dia pasal apa.
Dia bukan ambik laki aku.
Kalau ambik laki aku lain cerita, lojik la nak merempan.
Masalahnya yang korang ramai-ramai sakit hati bagi kata-kata kesat kat dia tu korang semua berkongsi laki yang sama ke?

Ni lah masalahnya manusia (or maybe orang-orang kita).
Benda yang takde sangkut paut dengan kita, tapi kita yang panas gila.
Memang selalunya macam ni lah.
Regardless of any situasion and case, selalunya yang takde kena-mengena mesti panas bontot lebih.
Dah kenapa?

Isu kahwin ramai ni isu lama dah, sejak zaman berzaman lagi. Arwah bapak mertua aku pun kawen ramai gak. Arwah atuk aku (bapak Pak Aji) pun kawen lebih dari sorang.
Boleh dikatakan ini isu biasa.
Bersepah orang yang kawen ramai. Tinggal lagi hanya orang-orang "terpilih" je kesnya di-viralkan macam ni.
Nak dijadikan cerita pulak si pompuan ni seksi, tak pakai tudung. Penampilannya berbeza dari isteri pertama, menambahkan lagi orang nampak dia keji.
Selalunya macam tu lah.
Cuba kalau isteri pertama sexy and isteri kedua bertudung litup, mesti tohmahannya berbeza "Patut la pun laki kau kawen lain!".

Aku taknak sentuh pasal kes dia berkongsi suami sebab itu rumahtangga dia. Pandai-pandai la dorang 3 orang handle. Kita takyah nyibuk.
Yang aku concern bila kita suka sangat hakimi orang berdasarkan penampilan.
Agaknya macam tu la orang hakimi aku zaman aku rajin tayang cleavage dulu.
Nasib aku baik sikit zaman aku dulu IG belum ada, FB pun belum ada button share. Kalau tak, mungkin aku pun dah jadi instafamous skarang. ðŸ˜‚😂

Mujurlah dalam ramai-ramai yang mengeji, ada sorang Hamba Allah yang nak berkawan dengan aku tanpa syarat sedangkan dia wajar malu.
Dia sangat tertib, pakaian pun sopan, kalau bersembang pun mesti ada keluar nama Allah.
Kadang-kadang aku lepak dengan dia dengan pakai skirt pendek belah sampai peha, pakai sleevesless top. Dia wajar malu. Tapi tak.
Dia tak pernah secara direct nak merubah aku pun sebab dia tau aku ada suami. Dia serahkan tanggungjawab tu pada yang lebih berhak.
Tapi dia menyampaikan ilmu kepada aku secara indirectly. Memang takde paksaan lansung. Cara dia bercerita tentang hukum, tentang sejarah Rasulullah saw, lama-lama buatkan aku nampak jalan yang patut aku ikut.
Aku terfikir, kalaulah takde orang baik-baik yang nak berkawan dengan aku, agaknya sampai sekarang aku masih macam dulu.

Sekarang ni yang nak 'menasihati' tu ramai.
Tapi caranya totally salah.
Paling pelik bila dalam ramai-ramai yang mengejek tu antaranya yang profile picture Save Aleppo, Selamatkan Gaza, tak pun profile muka alim ulama yang diminati.
Tak kena la. Serious, tak kena.

Kalaulah baik buruk akhlak seseorang tu boleh diukur dari penampilan, cuba fikir lojik.
Alangkan yang pic profilenya gambar wanita solehah bertudung pun boleh keluarkan komen-komen kesat, apa akhlak yang boleh kita harapkan dari someone yang penampilannya seksi?
Alangkan kita yang bertudung pun mulut longkang, lagikan dia yang tak bertudung, kan? Mesti jauh lebih buruk.
Itu contoh je, kalau akhlak boleh diukur melalui penampilan lah.
Maksudnya, kalau kita sendiri takleh nak ubah diri sendiri, jangan haraplah kita nak ubah orang pulak.

Tugas kita hanya menyampaikan yang baik dengan berhikmah.
Bukan tugas kita mengubah manusia. Yang mengubah tu Allah.
Kita sampaikan saja dengan berhikmah dan jauhi debat yang takde kesudahan.
Nasihat secara terang-terangan yang menjatuhkan airmuka bukan satu teguran berhikmah.
Bila dah sampaikan, dah. Kalau cara kita betul, Allah akan bagi pentunjuk dan orang itu akan berubah. Cuba bayangkan betapa besarnya 'saham' kita bila orang tu berubah asbab dari kita?

Ikut pemerhatian aku, kebanyakkan yang senang nak berubah adalah orang-orang macam pompuan tu. Orang-orang macam tu, dia bukan jahat, tapi jahil.
Orang-orang yang jahil ni, dia 'jahat' kat diri sendiri - pakai sexy, merokok, melucah, mencarut, mabuk dan selalunya apa yang dia buat adalah berdasarkan lojik akalnya tanpa ambil kira hukum. Orang macam ni jarang yang aku jumpa suka bercerita pasal orang lain. Sebab dia berada dalam keseronokkan dunia jahilnya sendiri. Dalam dunia ni, takde sape nak nasihatkan sape. They live life to the fullest. Tapi, kalau dia dah start sedar dan nampak jalan yang betul, don't be surprise kalau dia jadi lebih baik dari kita.

Orang jahat tu yang macamana?
Orang jahat tu macam kita yang katanya dah tau hukum tapi masih langgar hukum.
Tau benda tu salah tapi buat jugak.
Tau menghina tu salah tapi tetap hina keji orang atas dasar menegakkan agama Allah.
Hukum mana ntah dia pakai.

Cubalah tunjuk yang kita ni ada kelas sikit.
Suka ejek-ejek, hina, main nama bapak, ni semua perangai orang takde kelas.
Biar kita kurang ilmu tapi jangan kurang adab.
Orang yang beradab pasti akan berilmu, tapi orang yang berilmu belum tentu ada adab.

Kita bukan kenal pun orang tu yang kita nak kata-kata dia macamkan kita pernah direct contact dengan dia.
Berselisih bahu pun belum tentu tapi mengata macamkan kita penah duduk serumah!

Sekarang ni ramai yang 'nasihat' sekadar nak lepaskan sakit hati. Bukan nak orang tu berubah pun.
Takde lansung rasa nak ambik peluang ni untuk rebut 'saham'.
Kalau apa yang kita nak sampaikan kat dia tu kita tak sanggup terima kalau orang kata kat kita, maka lebih baik kita diam. Itupun dah pahala. Pahala sebab berusaha menahan diri dari tak menyakitkan hati orang.

Imam Hasan Al Bashri penah berkata "Barangsiapa yang mencela saudaranya kerana dosa yang dikerjakannya, nescaya dia takkan meninggal kecuali setelah dia mengerjakan dosa yang serupa dengan yang dilakukan oleh saudaranya itu".

Tak takut ke kalau apa yang kita cakap tu dapat balik kat kita?
Mungkin nasib kita baik tak kena kat kita. Tapi kita ada anak perempuan, kita ada anak sedara perempuan, kita ada sepupu perempuan. Kalaulah situasi yang sama terkena kat keluarga kita, apa perasaan kita kalau kita yang tak terbabit secara direct pun terpaksa kena tempiasnya?
Pelik aku bila ada yang kata "Mak bapak dia tak ajar ke anak dia? Apesal anak dia sundal sangat?"

Mana ada mak bapak yang nak anak jadi sundal.
Anak tu sendiri yang salah arah. Bukan salah mak bapak.
Esok lusa kalau benda yang sama jadi kat anak kita, apa perasaan kita kalau orang cakap kita ni mak yang ajar anak menyundal?

Then reader tu tanya lagi "Cuba Kak Di bayangkan kalau suami Kak Di kawen lain? Tak sakit hati ke?"

Itulah masalahnya kita ni.
First suka melebih-lebih dalam urusan orang lain.
Second, suka imagine benda yang buruk.
Kenapa always nak bayangkan benda buruk yang belum pasti terjadi?
Kenapa terlampau nak berjaga-jaga dengan sesuatu yang belum pasti?
Daripada kita bersedia dan berjaga-jaga dengan perkara yang belum tentu jadi, lebih baik bersedia dengan perkara yang pasti jadi - MATI.
Dah sedia?



W3Schools W3Schools W3Schools W3Schools