Pages

2017-01-24

Nak maafkan memang tak senang



Aku memang dah plan nak elaborate pasal status yang aku buat ni tapi dari 10 Jan sampai 24 Jan, baru teringat nak buat. Tu pun sebab semalam ada reader yang PM aku tanya pasal soklan lebih kurang macam ni la jugak.

Bukan semua orang terdaya nak maafkan orang yang pernah buat salah kat dia.
Apetah lagi kalau jadi public figure, ramai kenal kau tapi kau tak kenal dorang tapi semua cakap-cakap orang sampai ke pengetahuan kau. Kau jadi lebih sakit hati sebab kau tak tau siapa yang mulakan. Jadi bila one day someone minta maaf kat kau tanpa bagitau apa kesalahannya, kau jadi berat nak maafkan.

Tapi bila pikir-pikir balik, nak berdendam kat perkara yang kita tak tau, nak buat apa?
Bukan senang untuk yang bergelar manusia nak minta maaf. Tak senang.
Dia nak sebut maaf tu pun kita tak tau entah berapa kali dia berperang dengan ego dia sendiri. Entah dia tak lalu makan minum, entah dia selalu dapat mimpi buruk, entah berapa kali dia prektis nak cakap maaf tu. Belum tentu kita boleh buat benda yang sama. So tak perlulah kot kita nak korek macam-macam dari dia. Kadang-kadang kita ni pelik juga. Bila orang  buat salah, kita demand dia minta maaf. Bila dia minta maaf, kita demand nak tau apa benda salah yang dia dah buat kat kita.

Apa-apa pun terpulanglah pada tuan badan. Ini cuma suggestion aku je.
Orang yang hebat akan meminta maaf tapi orang yang luar biasa hebat akan memaafkan.

Memberi maaf memang tak mengubah apa yang dah jadi tapi paling tak, bila kita maafkan, kita bantu ubah masa depan dia dan diri kita sendiri. Mungkin selama ni dia tak tenang pikirkan salah dia kat kita tapi bila kita maafkan, dia rasa tenang sangat. Dari tak khusyuk solat dia dah boleh khusyuk solat. Siapa tau asbab kemaafan kita tu buatkan dia bertaubat. Memang kita tak nampak dengan mata kasar apa kesannya pada diri kita bila kita maafkan orang. Nampak macam segala yang baik dapat kat orang tu je. Tapi calculation Allah bukan macam tu. Ada bahagian kita nanti. Tunggu je lah.



Jadi blogger pun tak terkecuali.
Aku banyak dapat email macam ni 2-3 tahun kebelakangan ni tapi yang ni aku pernah letak kat IG so ni je la yang tinggal, yang lain semua aku delete dah. Tak kuasa nak simpan.

Kalau aku nak korek apa benda yang dorang cakap pasal aku, boleh je.
Tapi nak buat apa.
Aku malas la nak toleh belakang, penat dah aku jalan jauh ni. Taknak patah balik. Letih.
Jadi, pilihan aku selalunya aku reply "Ok".
Email-email macam ni aku tak reply panjang selalunya, paling panjang pun kalau tak salah, aku akan reply "Ok, saya pun minta maaf kalau saya ada buat apa-apa". Done, move on.
Ye lah kan, aku nak panjang-panjangkan cerita pun bukan aku kenal pun dorang ni semua.
Maybe aku kenal, tapi sebab dia tak bagitau siapa dia, jadi aku tak kenal. Tapi tu bukan benda penting. Yang penting, settle kes.

Aku tau kalau korang kena macam ni, mesti nak jugak tau apa yang dia penah cakap pasal kau, kan?
Kalau boleh taknak maafkan, biar "kau merangkak cari aku kat akhirat" -- ayat biasa la ni.

Masalahnya, kau tau ke macamana keadaan hari akhirat esok?
Gambarannya pun dah cukup dasyat.
Alangkan dengar mercun papan jiran depan rumah sambut CNY pun dah rasa seram sebab kuat sangat bunyinya. Apetah lagi suasana akhirat esok - entah dengan suara orang meraung, orang menangis, orang terjerit pekik, suara orang minta tolong - ko rasa ko boleh hadap keadaan kacau-bilau ni? Masa tu tetiba kau terdengar suara orang yang buat salah kat kau tu meraung-raung minta ampun kat Tuhan. Bangga ke bila tengok ada orang lain diazab kerana kita tak maafkan dia?
Dah la, biar kita semua seronok pada hari penghakiman tu nanti. Kita tak payah tunggu lama nak selesaikan urusan yang tak selesai kat dunia.

Dulu aku ada tulis pasal aku bertawassul kat Mekah.
Aku tawassul dengan sedekah aku pada seseorang yang bergelar 'haters'.

Tau tak kita bukan saja boleh bertawassul dengan sedekah tapi dengan apa je perkara baik yang kita buat? In fact, kalau kita bersabar dengan kata-kata hinaan orang pun, kita boleh guna that untuk tawassul.

Manusia dengan Allah lain.
Manusia ni, kalau kita ungkit-ungkit benda baik yang kita buat, dia menyampah.
Tapi Allah tak, Dia suka kita ungkit benda baik yang kita buat untuk Dia.
Cuba baca terjemahan Al-Kahf, cerita macamana 3 lelaki tu bertawassul dengan kebaikkan yang dorang buat untuk Allah.
Maknanya tawassul tu boleh buat dengan apa je, dengan syarat ia benar-benar kerana Allah.

Meh aku bagitau sikit perangai 'buruk' aku.

Aku ada jadual untuk diri sendiri.
Tak boleh tak, aku mesti nak buat jugak.
Kadang-kadang aku terlampau letih. Bangun 4.30 pagi, pastu tido pukul 12.30am.
Then esoknya bangun balik 4.30 pagi.
Bila dah letih sangat, aku berdoa 'mengungkit', "Ya Allah, aku letih. Mengantuk sangat. Tapi aku bangun jugak, aku mandi pagi-pagi ni time orang lain tengah tidur sebab aku nak solat. Sebab aku pilih untuk jadi taat. Walaupun apa yang aku buat ni sikit sangat banding dengan orang-orang soleh, tapi aku nak cuba buat jugak sebagai tanda aku percaya Kau ada".

Buruk perangai aku. Mengungkit.
Tapi inilah namanya tawassul.
Kita ungkit kebaikkan yang kita buat kerana Allah sebab kita nakkan sesuatu dari dia.
Lepas ungkit tu, aku mintak lah apa aku nak mintak.

Kita boleh guna kes-kes dihina dicaci dianiya tu untuk tawassul juga provided kita buat kerana Allah.
Maknanya, bila orang cakap tak baik tentang kita, kita pilih untuk diam.
Dan bila kita perlukan sesuatu, cubalah guna itu untuk tawassul.
"Ya Allah, aku dihina, aku dikutuk sedangkan aku tak kenal mereka, aku tak buat salah dengan mereka. Aku sakit hati, aku sedih tapi aku sabar sebab Kau Ya Allah. Aku tak akan balas apa jugak yang mereka kata tentang aku sebab aku tau Kau sebaik-baik pembela".

Cubalah.
Masyallah, sangat ajaib.

Cubalah berkorban sesuatu untuk Allah.
Walaupun nampak macam pengorbanan kita takde apa, setakat sabar orang hina-hina, setakat bangun solat malam pun nak mengungkit - takpe. Mungkin itulah yang jadi asbab Allah sayang dan kesian kat kita lalu apa yang kita buat Dia mudahkan.

Being a blogger, penulisan aku pernah sangat kasar.
Hakikatnya aku main tulis je dari hati, tapi mungkin ada yang sakit hati bila baca, terasa macam aku tuju kat dia. Aku berdoa yang pernah sakit hati dengan aku, berdendam dengan aku, jadi lembut hatinya untuk maafkan aku. Dan pada yang pernah email aku say sorry tapi aku terlepas pandang tak reply (if any), aku dah maafkan semua. Sungguh, takde yang berdosa dengan aku.




W3Schools W3Schools W3Schools W3Schools