Pages

2016-12-06

Kenapa obses dengan life orang yang dibenci?



Status pagi ni.
Masa aku melepak kat hotel tunggu En Wan berendam ngan anak-anak dia kat kolam.

Status ni general.
Takde tuju kat sesiapa.
Tapi kalau ada yang terasa tu nasiblah. Hahaha.

Sebenarnya aku dapat satu email dari reader, dia ada cerita tentang masalah dia dengan ex-housemate.
Dah 2 tahun that housemate left the rumah sewa, tapi dia still follow page ex-housemate dia.
Puncanya sebab bf dia broke up dengan dia sebab nakkan that housemate.
Dorang broke-up.
Housemate tu pindah rumah.
Couple dengan bf dia.
Lepas tu mereka bertunang.

Dia kata sejak ex-bf dia bercouple dengan ex-housemate tu, sampai sekarang, dia lansung tak ambik peduli dah dengan ex-bf dia. Tengok gambar pun menyampah.
Tapi dia tak putus-putus stalk FB and IG ex-housemate dia.
Dia cakap, makin dia tengok makin dia sakit hati, tapi tak tau apesal apa dia nak tengok gak.

Pelik kan?

Aku pernah terfikir gak perkara ni.
Kenapa ada sesetengah manusia yang hate orang tertentu but they keep on stalking that person's page. Why?
Sampai skarang aku tak faham penyakit yang satu ni.
Kadang-kadang aku terfikir memang macam ni ke cara kalau kita tak suka orang?

Aku rajin follow Che Ta & Neelofa punya IG.
Sebab aku rasa dorang ni ada bagi impact kat aku.
Successful, beautiful, fun, happy, ada life - and their life sangat bagi impact kat aku.
Aku jadi seronok tengok life dorang.
Tapi aku tak pernah tinggalkan komen. Sebab aku tak rasa dorang ada masa nak baca pun let alone nak reply. Lagipun aku takde apa nak cakap, cukup dapat follow rutin dorang dah ok.

Suddenly it hit me.

Yes, now aku tau kenapa ada orang yang hate someone but stay men-stalking that someone.
Sama lah macam kes reader aku tadi.
Kenapa dia follow ex-housmate dia punya page?

Ini adalah kerana, that ex-housemate has impacted her life!

Dia tak ambik tau dah hal ex-bf dia because ex-bf dia dah tak penting dalam hidup dia.
But dia ambik tau hal ex-housemate dia because this lady bagi impak dalam hidup dia.
Dalam keadaan dia tak sedar (atau mungkin dia taknak akui) yang sebenarnya ex-housemate dia ada something yang dia tak ada sampaikan dia boleh 'kalah'.
Disebabkan dia rasa dia 'kalah', jadi dia always nak pastikan apa yang hebat sangat kat that ex-housemate.

Sorry to say, tapi ini adalah penyakit jiwa.

Orang yang ada sakit jiwa memang ada perasaan macam ni.

First, dia takkan mengaku dia ada masalah jiwa.

Second, dia tau dia ada masalah, tapi dia tak buat apa-apa untuk overcome that masalah.

Third, dia berharap akan ada orang yang sama-sama merasa masalah ni.

Kalau ada sesiapa yang baca post ni ada ketiga-tiga masalah kat atas, please, tolong lah jumpa psychiatrist.
No joke.
Please lah jumpa. Serious.

Kalau kita follow page someone sebab kita suka, sebab kita jadikan dia inspirasi, itu lain.
Tapi kalau kita follow sebab kita nak check on them, siap zoom gambar semata-mata nak cari kesilapan then bila jumpa, BINGO!! Terus viralkan. Tak pun 'discuss' kat forum. Eh, seriously kau memang banyak masa macam ni?

Aku sangat yakin, the perasaan they got while snooping around with these particular people bukanlah satu perasaan yang seronok. Sambil tengok sambil ada rasa sakit hati, kecewa (dengan diri sendiri), kesal - semua perasaan yang tak best. Semuanya emosi yang negatif. Tapi kenapa masih jugak continue stalking?

Dan selalunya, situasi ni berlaku kat someone yang kita always avoid.
Sebab dia ni sangat menyakitkan hati. Sebab dia pernah melukakan hati kita sangat-sangat.
Kita berharap janganlah terserempak dengan dia ni kat mana-mana.
Tapi kat media sosial kita dok skodeng life dia.. Pelik tak?

Kenapa mereka-mereka yang berpenyakit jiwa ni obses follow social media accounts orang-orang yang dorang tak suka? Padahal it never caused positive emotions pun dan tak akan membuatkan they feel better about themselves pun. Tapi kenapa masih lagi buat keje takde life macam tu?
Kenapa masih rajin kelebet or follow akaun media sosial dia?
Ada sesape boleh bagi buah pikiran?

To that reader, atau sesiapa saja yang ada masalah ni, aku nasihatkan, samada kau berusaha jadi sama baik atau lebih baik dari dia, atau kau rentikan je lah stalk page dia.
Kalau denagn follow dia, boleh jadikan inspirasi untuk diri jadi lebih baik, takpe.
Tapi kalau menjadikan kau semakin sakit jiwa, baik unfollow lah.
Kenapa nak torture diri sendiri?

Salah satu sebab kenapa doa susah nak makbul adalah bila dalam hati ada rasa dendam dan sakit hati.

Dan antara sebab kenapa rezeki payah nak dekat atau senang nak hilang adalah sebab kita banyak sangat cas negatif.

Dendam and sakit hati - ini adalah emosi negatif.
Emosi yang negatif akan menarik segala perkara negatif ke arahnya.

Analoginya macam GPS.
Aku always sesat guna GPS, dan inilah hikmah yang aku dapat belajar akibat dari selalu sesat tadi.
GPS ni konsepnya, sebelum kau nak bawak kereta, kau masukkan dulu alamat destinasi.
Kau ikut apa GPS tu cakap, maka ko akan sampai.

Dalam diri kita, Allah dah install GPS gak, iaitu emosi.
Kalau emosi kau positif - always rasa tenang, syukur, gembira, seronok tengok orang lain berjaya - sistem emosi tu akan pandu kau jalan yang betul.
Emosi positif tu akan menarik kita kena perkara-perkara yang positif.
Doa mudah makbul.
Rezeki mudah lekat.

Belum ada lagi orang yang hidupnya penuh dengan sakit hati dan dendam akan berjaya memintas orang yang dia benci. Tak pernah berlaku. Jadi berhentilah buat kerja sia-sia. Makan nasik lagi bagus.