Pages

2016-06-30

Jangan salah faham konsep taat pada ibubapa. Bukan semua benda kita kena taat.





Kisah paling complicated setakat ni.
Sebab melibatkan mak bapak.
Pulak tu yang hadapi masalah ni anak tunggal.
Kalau nak ikut dasar perikemanusiaan, memang tak patut la biarkan mak bapak dalam kesusahan apetah lagi kita je lah satu-satu yang diharapkan.

Aku tak pandai sangat bab-bab ni.
Tapi apa yang aku tulis ni, kalau boleh dijadikan panduan dan input sedikit-sebanyak, boleh lah pertimbangkan. Tapi kena juga cari pandangan dari ustaz-ustaz yang lebih ahli dalam bab-bab ni.

Kedudukan mak bapak dan suami dalam Islam memang sangat sangat tinggi sebab mereka dibekalkan dengan tanggungjawab yang besar.
Mereka bertanggungjawab sebagai pemimpin dan pemegang amanah terhadap ahli keluarga.
Sebab itu lah, ketaatan pada suami dan ibubapa bukanlah berlaku dengan sengaja tanpa apa-apa tujuan tapi berlaku sebab perintah Allah supaya setiap anak taat pada ibubapa dan setiap isteri taat pada suami masing-masing. Tapi, mesti bersebab dan berhikmah. Bukan taat membabi buta je.

Eh, boleh ke tak taat pada mak bapak?

Boleh.

Tidak ada ketaatan terhadap mak bapak yang tak amanah dan tak bertanggungjawab dalam hal-hal yang bercanggah dengan kepentingan agama.

Contoh, bila ada percanggahan kehendak dari mak bapak tentang hal anak-anak yang melibatkan kepentingan agama macam hal pendidikan, sara hidup, jodoh, maka kehendak ibubapa boleh diabaikan apabila ianya bercanggah dengan suruhan Islam.
Kena pahamkan ayat tu betul-betul ya. Bukan asal kau nak kawen je mak bapak kau kena setuju. Cuma kalau dalam keadaan yang tak bercanggah dengan Islam, maka boleh diteruskan walaupun mak bapak bangkang.
Misalnya, bila mak bapak halang anak kawen tanpa alasan yang dipersetujui oleh syarak, menolak calon pilihan anak tanpa sebab syarak dan sebagainya maka kehendak ibubapa yang menyalahi kepentingan agama boleh diabaikan. Itu cara Islam.

Kalau cara Melayu lain.
Melayu ni banyak nau pantang larang turun-temurunnya.
Suka nau main-main sumpah.
Anak tak setuju sikit, sumpah.
Anak taknak ikut kehendak mak bapak, sumpah.
Segala benda nak disumpahnya.

Ada jugak spesis mak bapak yang suka nau susahkan anak. Contohnya dalam kes ni.
Sorry, tapi aku rasa dalam kes ni, mak bapaknya agak keterlaluan.
Mak bapak yang suruh anak berhenti kerja, atau buat sesuatu semata-mata nak dapatkan manfaat dari hasil gaji anak, atau suka campur tangan dalam hal rumahtangga anak-anak yang tak membawa kepada kepentingan agama dan maslahat agama anak, maka campur tangan seperti ini tak ada kewajipannya untuk anak taat.

Taat hanya wujud pada perkara yang berkaitan dengan agama. Bukan segala benda kita kena taat.
Kalau kita taat pada semua perintah mak bapak sedangkan perintah itu membuatkan anak semakin jauh dari Allah seperti kawen dengan lelaki yang tak tau hujung pangkal agamanya, atau kerja kat tempat yang mungkar hanya semata-mata kat situ gajinya banyak, atau terpaksa bermasam muka dengan suami semata-mata nak gembirakan hati mak bapak - yang ni tak ada pahala dalam mengembirakan hati mak bapak kalau apa yang kita buat tu semakin menjauhkan diri kita dari redha Allah.

Tapi tu lah.
Sebab kita ni melayu.
Melayu dan Islam lain.
Melayu ni banyak pantang-larangnya sampaikan kita tak tau mana satu sebenarnya yang lebih patut diikut.
Dalam hal ni, sepatutnya mak bapak kena lebih bijaksana.
Memanglah anak tu tempat kita menumpang kasih bila dah tua, tapi janganlah sampai jadikan anak tu tempat bergantung 100%.
Kadang-kadang punca suami isteri bercerai bukan sebab masalah dorang tapi masalah orang luar, termasuklah mak bapak yang suka sangat mengarah itu ini tak kena gaya.
Lebih-lebih lagi kalau anak tu anak perempuan.
Tersepit si anak ni tadi. Yang suami nak kena taat, yang mak bapak nak kena dijaga hati. Berbelah bagi hamba Allah tu.
Orang kiri kanan pulak tunggu masa je nak mengutuk.
Tak kenang budi mak bapak lah. Anak derhaka lah. Tak cium syurga lah.
Main hembus je tanpa ilmu.

Mak bapak ni Allah perintahkan anak-anak taat hanyalah kerana amanah dan tanggungjawab yang dipikul ke atas bahu mereka. Kalau mak bapak tak jalankan amanah dan tanggungjawab kat anak-anak dengan baik, sebaliknya menggugat pulak hak-hak anak kerana terpengaruh dengan suasana semasa, adat budaya, pemikiran jahiliyyah, maka ketaatan anak-anak tercabut secara syarak pada diri mereka.

Ini Islam ya. Bukan Melayu.
Budaya “Biar mati anak, jangan mati adat” takde dalam Islam.
Banyak sangat tengok Batu Belah Bertangkup dorang ni semua.
Bukan maksudnya cerita-cerita tu semua mengarut. Tak. Tapi, kebanyakkan kisah-kisah macam ni mendidik anak supaya mempertuhankan mak bapak, which is sangat salah faham konsep.

Dalam An-Nisa ada sebut, “Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa.” 

Buat baik kat mak bapak, cakap sopan, jaga hati dorang, jangan derhaka - itu semua berjalan seiring dengan kepentingan agama dan hak terhadap diri sendiri. Bukan semata-mata nak jaga hati mak bapak saja sampaikan tanggungjawan pada diri dan keluarga sendiri pun terabai.

Bila kehendak suami dan mak bapak bercanggah, maka kehendak suami mesti didahulukan. Ini dalam fatwa, bukan aku reka sendiri. Ini kerana, pemegang amanah isteri pada ketika itu adalah suami, bukan makbapaknya lagi. Tapi suami pun kena ada timbangrasa, jangan sebab kau pemegang amanah maka semua kau balun sorang. Berhikmahlah.

Isteri yang baik akan cuba memujuk suami supaya berdamai dengan mak bapak. Pujuk dulu, kalau tak boleh, then ikutlah cakap suami selagi tak menyalahi syarak.

Kita memang tak boleh pilih siapa yang jadi mak bapak kita.
Tapi kita boleh pilih untuk jadi mak bapak yang baik untuk anak-anak kita.
Dan oleh sebab itulah kita kena usaha pertahankan rumahtangga supaya generasi seterusnya akan jadi lebih baik. Itu jihad kecil kita. Nak jihad besar-besar belum mampu. Jihadlah dengan pelihara rumahtangga sebaik mungkin semata-mata untuk lahirkan keturunan yang tahu agama.

Aku doakan reader ni temu jalan keluar dari kesulitan ni dengan baik.

Tolong doakan rumahtangga dia, dan rumahtangga kita semua agar semuanya baik-baik saja.