Pages
▼
2016-03-24
Mesti guna duit suami.
Tadi aku nampak orang share gambar ni kat FB.
Aku dah pun share gambar ni semula beserta status aku yang panjang lebar.
5 PERKARA MESTI GUNA DUIT SUAMI.
Sebagai seorang wanita dan isteri tipulah kalau aku tak suka kalau semua yang dalam gambar tu benar belaka.
Masalahnya, apa yang ditulis kat dalam gambar tu memang benar TAPI ada hadnya.
Helo, ladies.
Bukan semua yang kau nak mentekedarah tu laki kau kena bayar.
Bukan segala benda yang kau tunjuk tu laki kau kena belikan.
Memang semua tu tanggungjawab suami tapi SEADANYA.
Bukan ikut selera tekak binik semata-mata.
Melainkan laki kau orang ada-ada, maka tu lain cerita.
Benda-benda macam ni kalau nak share mesti datang dengan penjelasan yang clear.
Sebab wanita-wanita memang suka gunakan benda-benda macam ni untuk cari bahan bertekak ngan laki masing-masing.
Dan kerana tu wujudlah statement duit laki duit kita, duit kita kita punya sorang.
Semuanya gara-gara salah faham dengan statement-statement ringkas macam tu.
1. Makan.
Duit pasar and groceries memang duit En Wan. Tapi dia just beli yang perlu dan seadanya. Kalau aku suruh dia pi Giant beli barang dapur and aku listkan barang-barang yang perlu dibeli contohnya aku tulis :
Beras
Teh
Memang dia akan beli teh, tapi dia beli sebarang teh asalkan namanya teh.
Sebab tekak aku nak teh Earl Grey so aku beli sendiri.
Beras pun dia beli asalkan namanya beras. Tapi takde lah sampai beras berkutu pun dia bedal beli. Beras seadanya.
Janji beras tu sedap dimakan.
Tapi disebabkan aku nak beras Faiza je, so aku topup duit beras.
Nak coke? Nak cheese? Nak coklat Kit Kat?
Semua tu bukan keperluan, hanya keinginan tekak.
So kalau tekak aku teringin maka aku topup.
Same goes to belanja pasar, pun duit dia.
Dia akan beli sotong udang ikan ayam daging sayur every week. Memang tetiap minggu fridge aku akan ada semua bahan mentah tu cuma kalau ikan tu sukati dia la kadang tu minggu ni dia beli siakap, cencaru, jenahak. Minggu depan kerisi, tenggiri, kembung. Janji ikan kekdahnya.
Tapi kalau tekak aku tetiba nak makan kambing, aku bagi dia duit untuk beli. Belilah untuk sekeluarga makan, bukan beli untuk tekak aku sorang.
Terasa nak makan ketam ke, kerang ke, telur ikan tenggiri ke, aku akan bagi dia duit untuk belikan tambah-tambah.
2. Peralatan Mandian.
En Wan belikan kitorang shower gel Dove. Shampoo and conditioner pun Dove. Dove tu tak mahal dan tak murah. Just nice untuk kegunaan sekeluarga.
Tapi aku suka bilik air extra wangi, jadi aku beli BBW. Beli sendiri.
Ubat gigi En Wan belikan Darlie. Setiap kali shopping groceries dia akan belikan 2-3 ketul Darlie siap dengan 10 batang berus gigi Colgate sekaligus. Senang kalau nak ganti-ganti takyah kalut jam tu nak pakai jam tu baru nak pi beli.
Tapi aku mengada nak pakai Sensodyne and berus gigi Oral B. So beli sendiri.
3. Makan minum.
Disebabkan dia tidak pernah gagal membelikan barang-barang pasar maka aku sepatutnya tak boleh gagal untuk memasak. Malangnya aku pemalas. Jadi, bila penyakit malas aku datang aku akan ajak En Wan makan luar. Bila aku ajak, otomatik aku la bayar. Dah tu sape suruh malas masak kan? Kadang-kadang kalau kitorang merayap gi mall, bila sampai waktu makan En Wan akan ajak makan. Tapi En Wan ni orangnya simple. Janji makan konsepnya. Sebab tu dia tak pernah bosan makan kat mamak. Asal dia pilih tempat makan, kalau tak ke mamak, mesti food court. Sampai aku naik muak dah dengan lauk mamak. Jadi, kalau aku taknak makan mamak, aku la kena belanja dia makan tempat yang aku suka.
Tapi, tu takde masalah. Buat apa nak kalut bertekak sape nak bayar sape.
Kalau sampai hal makan pun nak bergaduh memang tak berbaloi la.
4. Pakaian baru.
Ok, seriously ni bagi aku settle sendiri.
Bukan kata taste aku baju and tudung-tudung mahal. Tak.
Tapi lebih berbaloi kalau apa yang dibeli tu kita benar-benar pakai. Dan selalunya yang benar-benar dipakai tu adalah bila aku beli sendiri.
Kalau setakat shawl takde hal nak mintak dia belikan takat harganya RM40 selai.
Tapi kalau aku mati-mati nak shawl Ariani yang harga RM400 tu, aku tak gamak nak mintak dia bayar. Konsep aku, sendiri nak rasa pakai cantik sendiri beli.
Setakat ni semua pakaian dari tudung ke telekung ke stokin ke baju kecik baju besar semua aku beli sendiri. Bukan apa, kalau aku nak mintak En Wan bayarkan, aku kena bersoal-jawab dulu. Malas la nak bagi 10 dalil kenapa nak beli baju harga RM900. Malas nak bergaduh pasal baju. Tak balik modal.
Macam hari tu kat Bandung aku nak beli telekung. Kalau setakat namanya telekung yang boleh dibawak solat, memang mana-mana suami willing nak bayarkan.
Tapi dah kalau yang aku nak tu yang lace dua jengkal, kain halus macam silk sampai RM200 sepasang, aku beli je sendiri.
5. Rumah yang selesa dan bil.
Kalau nak rumah yang selamat dan selesa, rumah apartment yang aku menyewa kat USJ 15 tahun lepas dah dikira selesa dan selamat.
Dah tentu-tentu siap ada guard.
Tapi, hati tu teringin nak rumah atas tanah.
Diulang sekali lagi TERINGIN. Ni dah jatuh kategori kehendak.
Dah dapat rumah atas tanah, pegi pulak buat renovation. Ni pun dah jatuh kategori kehendak.
Duduk 4 tahun, tetiba nampak projek rumah yang lebih cantik and lebih besar. Eh datang pulak gatal nak beli rumah lain.
Takkan asal aku teringin je maka laki aku kena belikan.
Jadi share-share bayar ya.
Bil pun sama.
Rumah ada 6 bilik tido 6 bilik air yang semuanya nak dipasang aircond and heater.
Keliling pagar letak lampu 10 bijik.
Lampu porch 4 bijik.
Every nite semua 14 bijik lampu ni on sampai ke Subuh.
Astro sibuk nak pasang sampai 3.
Sorang satu henfon, sorang satu tablet charge siang malam.
Tapi bila bil datang bagi suami sorang bayar. Eh mana boleh gitu.
Rumah nak duduk yang cantik yang selesa, orang pakai alatan letrik canggih kita pun nak pakai, so sama-sama la keluar duit bayar bil. Melainkan kita selesa dengan apa adanya, itu lain cerita.
Kalau yang basic pun suami tak mampu nak sediakan, itu lagi simple.
Tanya diri sendiri, nak continue dengan marriage ke nak stop.
Kebanyakkan isteri-isteri ni selalu mengeluh tapi stay jugak dengan suami yang sama bertahun-tahun.
Tapi sepanjang tahun mengeluh je keje.
Buat apa stay kalau nak mengeluh?
Kalau kita pilih untuk terus stay dengan suami yang tak mampu, maka kita kena belajar redha and ikhlas.
Itu je penyelesaiannya.
Kalau nak mengeluh je keje, better keluar je lah dari marriage tu.
Sama-sama tak tanggung sakit hati. Sama-sama tak tanggung dosa.
Jangan pandai cakap suami tak bertanggungjawab tu suami yang berdosa.
Kalau isteri mengungkit and mengeluh pun namanya berdosa juga.
Sama je lah.
Nak hidup tenang and bahagia ni syaratnya diri sendiri kena berubah.
Sebab kalau kita berubah, persekitaran akan ikut berubah sama.
Macam salah sebuah ceramah yang aku pernah ikut.
Sorang laki ni tanya soalan kat ustaz yang mak mertua and bapak mertua dia dah semakin tua tapi tak suka baca Quran, tak suka solat sunat. Solat jemaah pun taknak.
Ustaz tu jawab "Anda kena buat solat taubat banyak-banyak".
Satu dewan gelak.
Ustaz kata "Ada kalanya perilaku orang yang hampir dengan kita itu menjengkelkan adelah disebabkan oleh dosa-dosa kita".
Bila dia ulas statement dia tu, baru aku faham.
Sememangnya kalau kita nak orang lain berubah, kita kena berubah dulu.