Pages

2015-11-22

Lembab sangat ke hospital kerajaan?




Kelmarin ada viral kes Hospital Kuala Pilah (kalau tak salah aku ini hospitalnya).
Kes ibu bersalin dengan nurse.
Semalam pun aku nampak ada cerita pasal hospital kerajaan jugak, tak ingat hospital mana.
Kebanyakkannya cerita pasal nurse yang biadap.
Ada jugak cerita pasal dokter yang tak efisien.

Tapi kebanyakkannya cerita berdsarkan pemerhatian tak sampai seminggu.
Ada tu masuk hospital hari ni, lusa dah keluar.
Majoriti yang masuk hospital sebab bersalin lama mana pun duduk kat hospital tu.
Jadi, sebenarnya pemerhatian 3-5 hari belum boleh dijadikan kesimpulan untuk apa-apa cerita.
But tak dinafikan, masalah biadap ni memang wujud kat mana-mana pun.
Tak payah jadi nurse pun boleh biadap jugak.
Bersepah orang biadap, nak-nak lagi kat ruangan komen media sosial.
Tu semua ntah apa lah kejernya.

Ni aku nak cerita pengalaman aku lepak hospital kerajaan.
Bukan 2,3 hari.
Tapi 28 hari!
Lepas tu sambung 29 hari lagi untuk jaga Rayyan kat NICU.
57 hari check in spital.
Cukup untuk membuatkan aku layak menjadi maskot Hospital Serdang. Tapi aku tolak tawaran tu.

28 hari pertama sebagai penduduk tetap wad bersalin, macam-macam cerita aku dapat.
Dari pemerhatian, dari pendengaran, semua ada.

Tipulah kalau nak kata semua nurse and dokter kat sana serasi dengan kita.
Memang ada 1-2 orang yang cam harem sikit tapi tu bukan masalah profesion tapi masalah individu.
Contohnya macam aku lepak kat SALAM time Rayyan sakit dulu.
Tu private tau, bukan hospital kerajaan.
Secara lojiknya kita bayar mahal, service pun kena la tip top.
Tapi cam puaka jugak.
Nurse siap tido kat kaunter. Aku pulak yang kejutkan dia untuk bagi anak aku ubat tengah-tengah malam.
Tu belum lagi dengan dokter yang 'bertauliah'.
Takat buat round je.
Mulut anak aku pun dia takleh bukak untuk check tekak. Pastu buat macam-macam assumption. Ambik darah test denggi, test apa ntah lagi nama penyakit tu. Last-last dia nak tranfer Rayyan ke Colombia Asia Puchong buat MRI!
Aku macam....weh, kebangangan apekah ini siap nak suruh buat MRI sedangkan masa tu baru beberapa hari.

Last-last aku sendiri sign untuk keluar hospital and bawak Rayyan pi DEMC.
First attempt, dokter DEMC berjaya bukak mulut Rayyan (Rayyan dulu penakut makan ubat jadi dia kemam mulut taknak bukak), rupa-rupanya tonsilitis. Patutla demam tak kebah-kebah.
Kenyang dokter kat SALAM tu kena maki ngan aku.
Tapi aku maki hamun depan En Wan je la.

Kat situ je aku dah boleh nampak, ini bukan isu hopsital tapi isu individu.

Masa aku kat Hospital Serdang, alhamdulillah.
Agaknya sebab aku ada komplikasi nak bersalin, jadi payahnya kat situ.
Tapi senangnya pulak bila nurse-nurse and dokter semua ok je.
Mungkin nasib aku baik kat situ.

Memang ada 1 kali jadi kat aku dokter tersalah cucuk jarum.
Merana jugak la semalaman tahan sakit.
Tapi sepanjang 28 hari, tu lah sorang and baru sekali dokter buat slack. Selebihnya ok.
Nurse-nurse kat wad tu pun semua ok je.

Disebabkan aku dah taraf-taraf maskot kat dalam wad tu, orang lain masuk 3 hari dah boleh balik, masuk 5 hari dah boleh balik, aku 5 minggu kat situ jugak berkampung tak balik-balik.
Jadi pengalaman aku lebih la sikit dari dorang semua.
Memang ada jugak aku dengar nurse sound mak-mak yang kesakitan nak bersalin yang jalannya baru bukak 6cm.
Ada nurse tu cakap "Dokter handle la pesakit ni, saya dah tak tu dah nak buat apa, asik nak meraung je"
Memang sakit hati dengar. Apetah lagi kalau ahli keluarga dengar nurse tu cakap depan-depan.
Tapi again, itu masalah individu, bukan hospital.
Sebab dalam ramai-ramai, cuma sorang je mulut lanch macam tu.

Ada jugak pesakit dah sakit tak tahan sangat, si suami pun dah mintak untuk sign surat kebenaran isteri dibedah, tapi dokter cakap "Cubalah dulu dik, mak-mak kita dulu semua bersalin ikut bawah, boleh je".
Memang sakit ati wei dengar.
Sebab aku pernah pengalaman masa nak bersalin Redza, 15 jam tahan sakit sampai biru kuku kaki semua tapi jalan tak bukak-bukak. Bukak 1cm je.
Dah tak tertanggung dah azab sakit time tu.
Dia punya sakit tu macam tulang pinggang kena lipat ngan tulang bontot. Azab nak mampus.
Aku tak tau apa reason dokter suruh jugak bersalin normal walaupun suami desak untuk dibedah.
Yang tu kena tanya dokter-dokter sekalian apa rasionalnya.

Masa aku baru nak check in kat Hospital Serdang, kena masuk wad kecemasan dulu.
Kalau ikut pemahaman aku (kita semua), yang masuk wad kecemasan tu mestilah perlukan rawatan segera. Nama pun cemas kot. Bayangan dokter berlari ke sana sini, nurse tolak troli laju-laju, hiruk-pikuk nurse jerit panggil dokter ala-ala scene Pearl Harbour.
Itu namanya CEMAS. Sebab tu masuk wad kecemasan.

Tapi aku lepak wad kecemasan 3 jam.
Sejam baring sebab kena injek. Lagi 2 jam duduk kat ruang menunggu.
Itu definisi kecemasan kat hospital kita.

Aku rasa itu memang normal.
Bukan nurse lembab buat keje.
Tapi nama KECEMASAN tu yang membuatkan semua gabra dan expect segalanya berlaku dengan pantas.
Memang akan ada certain cases yang ditreat dengan sangat cepat. Yang ni memang betul-betul kes cemas tara-tara nyawa ikan kot.
Tapi kalau kes patah kaki tu belum cukup cemas rasanya.

Sebab masa aku retak kaki year 1999 dulu, aku melepak 3 jam jugak kat ruang menunggu wad kecemasan Hospital Kajang. Cemas tak dengar?
Nurse letak pengampu kayu kat belakang betis and balut ngan kain anduh je janji kaki tak gerak sangat. Tu cuma syarat sementara nak tunggu giliran kena simen. Kaki aku dah mula bengkak dah. Mak aku memang gelabah dah. Kaki dah bengkak kot tapi tak disimen-simen lagi.
Tapi dah itu memang prosedurnya, nak wat camne.

Masa kitorang satu famili accident year 1988 kat Tampin, sama jugak.
Memang semua menunggu kat wad kecemasan.
Tapi cuma Mak Aji je yang betul-betul dirawat macam kemcemasan sebab blood pressure naik mencanak-canak.
So aku rasa hospital ada guidelines dia sendiri siapa cemas siapa tak cemas.

Orang kata kalau nak dirawat cepat baik gi hospital swasta.
Tu dulu baiii. Zaman hospital swasta tak ramai orang pegi. Now hospital swasta pun kena queue jugak. Orang dah ramai ke swasta. Nak tak nak, kau kena tunggu jugak.
Kalau nak comparekan service, memang hospital swasta layanannya lebih mesra.
Mau tak mesra, kalau harga bilik satu malam RM700? Bilik pulak setakat berapa puluh je. Pesakit tak ramai, jadi nurse and dokter pun takde lah se-busy yang kat hospital kerajaan.
jangan bandingkan servis hospital kerajaan yang bilik pun tak cukup.
Kau dapat bilik pun dah cukup bagus.

Nak murah, tapi nak layanan mesra, servis cepat, bukan tak boleh. Boleh.
Tapi bergantung pada individu. Sikap dorang sendiri dalam pikul tanggungjawab.
Samalah macam kita, gaji dah la ciput, kena buat keje macam-macam, siap kena gantikan keje orang lain bagai. Rasa-rasa camne? Boleh laju tak keje kita?