Pages

2015-10-12

Rezeki itu urusan Allah




Banyak kali aku baca balik printscreen ni.
Conversation ni aku printscreen and simpan.

A single mum, yang struggle to put food on the table seorang diri.
Alhamdulillah, mungkin GreenAard ni berkesan untuk kebanyakkan customer dia, now dia decided untuk jadi stokis pulak.
Bukan semua orang senang nak keluarkan 12K untuk dapatkan harga stokis.
Duit is satu isu lain, tapi isu yang lebih besar adalah keyakinan.
Ada orang, duit ada tapi keyakinan takde.
Ada orang duit takde, tapi keyakinan ada.
Selalunya the latter akan lebih berjaya sebab bila dia yakin, segala bentuk benda positif akan sampai pada dia.
Macam pepatah melayu 'nak seribu daya taknak seribu dalih'.
Kalau nak buat, mesti kita cari jalan untuk bagi berjaya.
Dan selalunya jalan tu takkan mudah yang disangka.

Tapi bila dia kata "saya nak keluarkan duit tabung haji....." aku rasa sebak.

Sebab itulah jugak yang aku buat masa aku start bisnes.
Masa tu aku belum jejak Mekah pun lagi.
Sampai kering duit tabung haji aku keluarkan.
Aku contemplating nak keluarkan ke, nak simpan, nak keluarkan ke, nak simpan.
Mekah tak sampai lagi, tapi duit dah gunakan untuk buat something yang belum nampak lagi berjaya ke tak.
Dalam masa yang sama aku tak sure betul ke tak apa yang aku nak buat ni.
Maksudnya, keluarkan duit tabung haji untuk run bisnes ni adekah cara yang betul?

Tapi, masa tu aku dah takde cara lain.
Kepala otak aku dah ada plan untuk bisnes, dah macam nak pecah simpan dalam kepala, and I need to let it out.
Akhirnya aku guna jugak duit tabung haji aku.
Masa tu aku janji dengan diri aku, apa pun jadi, every month aku kena masukkan minimum 1K dalam Tabung Haji untuk ganti balik. Nak hilangkan rasa bersalah sebenarnya.

Alhamdulillah, takde masalah untuk ganti balik duit tu every month.
Malah aku boleh masukkan lebih dari that amount.
Slowly baru aku realized, aku ni sebenarnya dulu takut kehabisan rezeki.
Tapi pelik pulak bila aku lansung tak takut kalau takde keyakinan terhadap yang Maha Pemberi Rezeki.
Kesian aku.

Aku terlalu yakin duit yang disimpan tu boleh menyelamatkan aku dari kesusahan kendian hari.
Formula tu sebenarnya betul, kita mesti ada savings tapi bila terlampau yakin dengan 'kekuasaan' simpanan, tanpa kita sedar, keyakinan kita terhadap kekuasaan Allah akan hilang.

Jika kita jemput rezeki dengan cara yang halal, dengan cara yang Allah redha maka sebelum kita bertemu dengan yang akan kita jemput pun Allah dah limpahkan kita dengan rezeki-rezeki lain yang boleh jadi kita tak sedari, iaitu ketenangan dan kemudahan dalam urusan.

Allah dah lengkapkan kita dengan ikhtiar lahiriah dan ruhiah.
Kita memang perlu pakar-pakar ekonomi, penasihat kewangan, savings, mentor kekayaan, bla bla bla.....yang boleh menggerakkan potensi diri kita untuk berjaya.
Itu perlu.
Tapi, meningkatkan taraf ekonomi diri tak hanya bergantung kepada teori kewangan, pemasaran, dan ekonomi semata-mata tapi harus selari dengan teori bagaimana Allah membimbing kita dalam menjemput rezeki.

Kalau kita ada masalah dengan rezeki, maka kena evaluate sikap kita terhadap rezeki yang Allah bagi.

Ada orang yang dan dibagi rezeki, tapi rezekinya bertukar jadi musibah sebab salah mentafsir rezeki.
Allah dah bagi banyak, tapi kita kufur nikmat.

Tengok pulak bagaimana usaha kita.
Entah-entah ikhtiar kita belum betul-betul bersungguh.

Usaha tanpa ilmu pun tak boleh jugak.
Dan ilmu ini bukan datang dari buku semata-mata, tapi dari pengalaman orang lain, perkongsian orang lain.
Sebab tu jangan ada iri hati dengan kawan yang dah berjaya.
Patutnya, buat kawan dengan orang berjaya dan sama-sama kongsi ilmu.

Rezeki Allah takkan tertukar.
Cuba tengok kat tepi jalan time bulan nak raya, berderet orang jual lemang.
Sepanjang-panjang 2km penuh ngan gerai lemang kiri kanan jalan.
Camne dorang nak untung agaknya kalau competitor kiri kanan depan belakang?
Toksah kata nak untung camni gaya nak balik modal pun belum tentu lepas!

Tapi adekah bermakna kalau kau sorang-sorang je jual lemang kat tepi jalan maka konfem ada orang berhenti beli?

Tak.

Urusan rezeki itu urusan Allah.
Urusan kita cuma ikhtiar.