Pages

2015-02-04

Lelaki saiko


Boifren saiko.

Again, semalam tak memasal aku mimpi nak kena bunuh lagi dek exbf.
Ni semua penangan baca berita kes budak UiTM kena kelar ngan kawan lelaki dia tu. Hish, selisih.

Memang lepas baca berita tu, aku jadi tak sedap hati je.
Tiba-tiba terkenang-kenang kes aku dulu.
Nak pulak budak yang kelar ni guna pisau lipat. Dem!
Kes aku dulu pun pakai pisau jenis lipat gak.
Memang saiko-saiko ni semua trademark dia bawak pisau lipat kot.
Oh lagi satu, exbf aku dulu selain bawak pisau lipat, dia juga suka bawak satu set nail clipper.
Pastu dia suka main-main pisau nail clipper tu.
Masa zaman bercinta macam nak rak dulu aku terasa safe la jugak bila boifren sentiasa ada 'weapon' di tangan. Rupanya saiko.

Sedih jugak kalau budak lelaki tu tak dapat didakwa atas alasan dia sakit mental.
Kesian mak bapak arwah budak perempuan tu.
Nak ambik tindakan undang-undang pun tak dapat kan.



Semalam aku up-kan status kes budak kena kelar tu, kat FB.
And hasilnya, kawan-kawan aku yang terlibat secara lansung and tak lansung dalam kes aku dulu bagi komen.
Aku malas nak carik balik entry aku pasal exbf ni. Yang penah baca tu tau lah. Yang belum penah baca, pandai-pandai kau lah carik sendiri. Dah berkali-kali jugak aku blog about this issue. Aku rasa aku masih lagi troma kot. Aku penah cerita dengan detail pasal kes exbf aku ni sampai 3 entry. Pandai-pandai la cari kat archive.

Yang tak pernah ada pengalaman berdepan dengan boifren saiko, janganlah mudah nak tuduh arwah tu sembarangan. Aku baca ada yang mengata arwah "Kalau anggap kawan biasa, kenapa melayan? Kenapa nak berdua-duaan?"

Kalau takde pengalaman, jangan banyak bunyik.
Hanya yang pernah berdepan dengan lelaki saiko je yang tau kenapa lelaki tu harus dilayan sebegitu. Spesis saiko ni ada satu macam kepelikan yang tak boleh dilayan macam orang biasa walaupun dorang kelihatan normal. Yang takde pengalaman akan senang cakap "Apesal tak buat dek je? Apesal tak report polis? Apesal tak lari?"

Aku adalah mangsa exbf saiko.
Alhamdulillah, aku masih hidup, dan insyallah, sikit sebanyak pengalaman aku, boleh la aku share-share ngan korang.

Macam kes budak perempuan tu, dia sangat cantik.
Dan kita semua boleh agak kenapa lelaki tu saiko semacam.
Macam kes aku, cantik tu memang konfem aku takde.
Mungkin exbf aku saiko sebab aku ada apa yang dia idamkan selama ni.
Aku syak dia perlukan aku sebagai sumber kewangan dan kemewahan.
Aku tak kaya. Tapi kalau nak bandingkan dengan keadaan dia, dia akan nampak aku ni macam kaya gila. Padahal tak pun.
Aku memang suka bagi gift. Dari kecik aku suka bagi something kat orang lain walaupun cuma origami beg duit dari kertas. Masa bercouple dengan dia, aku selalu belikan dia baju and seluar sebab aku rimas tengok dia balik-balik pakai baju tu. Balik-balik pakai seluar tu.
Aku tengok dia ni macam tak berduit je, jadi aku pun hadiahkan la baju and seluar.
Aku nak ubah penampilan dia biar nampak lagi semenggah di mata aku.
Eh lama-lama dia naik lemak.
Asal pegi outing je dia pulak mintak aku belikan dia baju.
Makan pun dah nak yang sedap-sedap je. Padahal masa memula aku ajak dia makan KFC pun terpisat-pisat. Ujung-ujung dia pulak tarik aku masuk KFC, tapi aku manjang bayor.

Niat aku cuma nak bagi dia seronok. Sebab aku paham dia bukan orang senang.
Walaupun hakikatnya, aku sendiri tak gamak beli barang branded untuk pakai sendiri, tapi untuk orang yang aku sayang, aku tak kisah spent ratus-ratus.
Baju pertama aku hadiahkan kat dia T Shirt MAUI.
Dulu kan trend pakai brand Maui. Aku belikan dia. Walhal aku sendiri sehelai pun takde brand ni.
Pastu aku belikan sweater BUM, T Shirt BUM, seluar slack and kemeja Pierre Cardin, Pierre Balmain.
Rupanya barang-barang branded ni menjadikan dia tambah berlagak (time blaja tahun 1995 ni kira dah mahal habis).
Aku yang keluarkan duit belikan dia barang tu pun rilek je. Dia lak eksyen lebih-lebih. Tak paham apesal kau nak kerek.

Sebenarnya, semua manusia ada ciri-ciri saiko.
Antara obvious ngan tak je.
Zaman kita bercinta, kalau bab merajuk, bergaduh purak-purak sentap ngan boifren - ni pun namanya saiko. Cuma saiko yang suwit gitu.
Tak semestinya lelaki. Pompuan pun ada yang saiko.
Tapi sebab aku berpengalaman dengan exbf yang saiko, maka aku cerita pasal lelaki lah.

Tak mudah sebenarnya nak melayan karenah boifren saiko ni.
Aku boleh imagine apa yang arwah budak perempuan tu lalui. Emosi kita sangat diganggu. Bukan hanya dari si saiko tapi dari orang sekeliling yang kurang faham situasi.
Sebab aku pun pernah gak jadi bahan umpatan dulu.
Orang dok bercakap-cakap "Kata dah ada balak kat Jepun, tapi kat sini masih lagi naik moto berdua dengan exbf! Kuar makan berdua!"

Kau ingat aku hadap sangat naik moto berdua dengan dia?
Kalau aku tak ikutkan kehendak dia, ntah-ntah aku pun dah arwah.
Orang saiko ni tak boleh terima rejection.
Dia tak boleh tolerate kekalahan.

Kawan-kawan aku pun mula-mula dulu tak paham.
Dorang sound aku apesal aku melayan kerenah exbf aku tu.
Kalau dia belikan aku kek, aku kena makan.
Kalau dia belikan aku nasik, aku kena makan.
Kalau dia datang ajak aku gi outing, aku kena ikut.
Bukan aku nak, tapi aku terpaksa.
Sebab kau takkan tau apa akan berlaku kalau aku rejek dia.

Orang macam ni takde rasa segan and malu.
Dia kisah apa kalau dia perlu bertempik marahkan aku kat public.
Orang saiko ni kuat berdrama.
Dia mampu yakinkan orang lain yang hidupnya teraniaya.
Macam kes aku, kebanyakkan kawan-kawan di UNIMAS ingatkan memang aku la punca kepada 'penyakit' dia ni.
Seolah-olah aku yang buat dia jadi separuh gila.
Padahal dia memang gila sejak azali.
Dia akan buat orang ramai percaya yang dia berada di pihak yang benar.
Sebab tu kalau kau tengok cerita kat filem-filem saiko, selalunya ujung-ujung baru orang sedar dia sebenarnya saiko. Dan mampus dia cincang 24 orang, barulah masyarakat sedar yang dia sebenarnya saiko.
Dan disebabkan tu lah aku terpaksa layankan aje karenah dia.
Sebab aku taknak dia menggila.
Orang macam ni kalau dah start menggila, dia tak dapat kau, kawan-kawan kau pun jadik.
Aku taknak kerana aku, orang lain dapat tempias. Sebab tu aku terpaksa bertindak secara halus tapi tindakan aku tu selalu disalahertikan oleh kawan-kawan yang tak paham. 

Aku ingat lagi, kawan-kawan serumah (3 orang) zip mulut taknak bercerita apa-apa bila exbf aku tanya ke mana aku pergi. Dorang sendiri sebenarnya dalam ketakutan sebab exbf aku asik tanya-tanya desak-desak mintak bagitau mana aku menghilang. Sebenarnya masa tu aku dah balik Semenanjung, untuk bertunang. Selagi aku tak bertunang, kawan-kawan aku taknak bagitau sebab jangan main-main dengan orang saiko. Dorang ni spesis yang boleh buat and sanggup buat apa saja. Kalau dia tau aku balik untuk bertunang, he can right away pi airport, beli tiket, balik Semenanjung sehelai sepinggang semata-mata nak rosakkan majlis.

Nasib baik kawan-kawan serumah aku dulu boifren-boifren dorang pun budak UNIMAS jugak. Walau dalam ketakutan sepanjang seminggu aku balik bercuti tu, at least dorang ada la jugak lelaki yang boleh bantu dorang kalau apa-apa hal.

Masa aku nak balik bertunang, aku susun plan aku baik-baik supaya exbf aku tak dapat kesan apa-apa. Baju-baju aku, kawan-kawan aku dah tolong bawakkan sikit-sikit, simpan kat rumah sewa kawan aku yang lain (ada kawan yang menyewa kat luar kolej). On the day aku nak balik Semenanjung, member aku datang ambik aku dengan moto dari kolej ke rumah sewa kawan aku.
Dia nampak aku naik moto. Dia tanya nak gi mana.
Aku cakap aku nak tido rumah geng-geng perempuan aku.
Dia tak suspek apa-apa sebab nampak aku naik moto sehelai sepinggang padahal kat sana budak-budak ni dah readykan bag baju aku.
Sampai je rumah kawan, dorang dah standby masukkan beg aku dalam kereta, terus zasssssssssssss pi airport.
Kawan-kawan aku tunggu sampai aku dah masuk kat dalam, dah konfem selamat, baru dorang balik. Apa yang jadi kat dorang pastu aku tak tau. Tapi aku tau dorang ketakutan sebab exbf aku dok mengacau dorang tanya aku pegi mana sebab dia dok mencari aku.

Mesti ada yang rasa pelik, apesal dah nak bertunang pun masih nak sorok-sorok, masih nak takut dengan exbf?
Sebab tu aku kata, yang tak berpengalaman dengan lelaki saiko takkan paham.
Orang saiko ni kisah apa kau bini orang sekalipun.
Bagi dia, kalau dia nak kau, dia kena dapat.
Kalau dia tak dapat, orang lain pun jangan dapat.

Kawan baik aku, Apeng, sanggup keluar duit sendiri beli tiket balik Semenanjung, semata-mata nak teman aku sehingga majlis bertunang aku selesai.
Bila majlis dah selesai, Apeng call member aku kat UNIMAS "Ok, dah settle. Diana dah bertunang".
Dah macam kes hape je.
Nasib baik balik ke Kuching semula lepas bertunang tu, En Wan teman.
Tapi cara-cara dia teman pun, tetap jadik hal.

Kitorang sampai Kuching Airport, malam.
Kawan aku nama Mazlan fetch aku, En Wan and Apeng dari airport, bawak balik tido rumah dia.
Esoknya tu, dorang tak kasik aku gi class. Dorang kata takut keadaan jadi huru-hara. Dorang suruh aku menyorok je kat rumah sewa. Maka, tinggallah aku ngan En Wan berdua kat dalam rumah sementara yang lain-lain gi class.

Mazlan ni coursemate exbf aku.
Pagi tu, kat kolej, Yan (gf Mazlan) tanya "Ali (bukan nama sebenar) datang class tak?"
Mazlan cakap "Tak".
Pastu dorang ter-paused kejap.

.....and terus pecut kereta balik rumah sewa.
Dorang suspek exbf aku tak datang kelas sebab nak pecah masuk rumah Mazlan nak carik aku.
Rupanya exbf aku tau aku ada kat rumah Mazlan.
Jangan tanya camana dia boleh tau.
Orang saiko memang tau semua benda.

Memang betul pun.
Tengah aku ngan En Wan lepak-lepak, aku terdengar macam bunyik moto yang dimatikan enjin masuk dalam kawasan rumah.
Exbf aku ni ada satu penyakit suka matikan enjin moto awal-awal sebelum sampai ke destinasi. Nanti tau-tau je dia dah ada depan pintu rumah kau.
Pernah dulu dia nak spot check aku, dia matikan enjin moto awal-awal pastu sorong moto sampai depan pintu. Dari luar tingkap dia berdiri tengok kitorang semua terkangkang tersiat kat dalam rumah. Dah la kawan-kawan aku pakai tudung. Kat rumah memang semua free hair dengan baju tido segala. Tau-tau je kawan aku menjerit dia ingat nampak hantu kat luar tingkap. Rupanya exbf aku berdiri kat luar tu. Ntah berapa lama dia ada kat porch dok perati kitorang pun aku tak tau. Bila masa dia bukak gate takde sorang dengar.
Macam penyangak kan?
Aku cukup menyampah tebiat dia yang satu ni. Menyampah gila sampai rasa geli pulak lelaki macam ni wujud.

Disebabkan aku dah biasa dengan dia punya tektik matikan enjin moto ni, aku boleh terasa yang dia dah sampai kat kawasan rumah. Aku panggil En Wan masuk bilik, kunci.
Pastu aku dengar dia berjalan ke pintu belakang.
Pelik gila kan perangai?
Kau datang rumah orang taknak ikut pintu depan, tapi kau masuk ikut pintu belakang. Motifnya apa?
Aku dengar dia try umpil tombol pintu.
Ya Allah, aku cuak gila. Nak nangis dah. Nasib baik En Wan ada.
En Wan tanya "Apesal nak takut? Dia touch tunang Abang, dia tau la nasib".

Aku cakap jangan buat pasal.
Kau tak kenal orang saiko macamana, kau jangan nak buat apa-apa. Kang dengan kau-kau sekali kena hentak sebab aku tau exbf aku bawak pisau lipat kemana-mana.
Dalam pada aku gelabah-gelabah pikir apa nak buat, tau-tau dia dah masuk dalam rumah.
Aku terus bukak pintu bilik and buat-buat terperanjat "Eh, bila sampai?"
Se-cool yang boleh aku cuba berinteraksi padahal jantung aku ni kalau boleh keluar dari badan, dah melompat sampai ke gate depan agaknya.

En Wan keluar bilik.
Aku kenalkan kat dia "Ni Wan".

Dia sebenarnya tau aku bercinta dengan En Wan, tapi ntah la apesal, dia tetap buat aku macam awek dia.
Dia angguk and salam Wan.
Terus dia duduk kat depan komputer Mazlan. Senyap.

Alhamdulillah Mazlan and Yan sempat sampai rumah just on time.
Aku tak tau la berapa pecut si Mazlan bawak kereta.
Mazlan masuk rumah nampak exbf aku dalam rumah dia, dia pun buat-buat tanya "Eh, kau ada sini? Patut la aku carik kau kat kelas takde. Kau datang carik apa?"

Pastu dia sembang apa aku tak tau.
Apeng ngan Yan terus meluru kat aku, tarik aku masuk bilik.
Kesian budak-budak ni, hari tu dorang ponteng kelas sebab nak teman aku.
Tapi dorang memang suka ponteng pun. Mbahahaha.

En Wan tau aku terpaksa melayan exbf aku.
Kesian En Wan.
Kawan-kawan dia kat Jepun kutuk dia cakap dia dayus la apa la sebab bagi tunang keluar berdua dengan exbf.
Tapi tu la kan. Orang luar boleh cakap apa aje.
Tapi hanya aku and En Wan and kawan-kawan aku je yang tau kenapa aku buat macam tu.

Kalau ada yang rasa berstatuskan tunangan orang, isteri orang, menjadikan kau selamat dari gangguan lelaki lain - jawapannya tidak bagi lelaki saiko.

Exbf aku pedulik apa. Padahal dia tau aku ni tunang orang tapi selamba je tiap-tiap lepas Maghrib dia datang kat rumah kitorang (kolej) nak bawak aku gi makan malam.

Orang macam ni ada mental blocked.
Kalau kau dah break sekalipun dengan dia, dia tetap akan layan kau macam awek dia. Dia rasa break tu tak wujud.
Bukan aku tak penah reject pelawaan dia.
Tapi bila aku reject, dia akan meroyan.
Bawak moto laju-laju biar mati eksiden la konon.
Pastu kejap-kejap ugut nak bunuh diri, ugut nak terjun jambatan, ugut nak kelar diri sendiri.
Macam sial perangai.

Tapi masa tu aku takleh buat apa-apa.
Kalau ikut hati, nak je aku cakap "Eh, pegi mampus la kau nak gantung diri pun. Kisah la pulak aku???!!"
But it never happened.
Aku tak boleh nak maki dia macam tu.
Sebab dia SAIKO!
Kau jangan berani-berani maki orang saiko.
Dia akan buat hidup kau tak tenang.

Bila dia tengok aku tak makan dek ugutan, dia ugut mak bapak aku pulak.
Sebab tu bila bapak arwah budak perempuan tu cakap dorang pun pernah diganggu, aku sangat percaya.
Memang itulah karakter orang saiko.
Itu bukan karakter penagih dadah.
Itu karakter saiko.
Sebab exbf aku macam tu lah jugak dulu.
Dia tak dapat aku, dia ancam mak bapak aku pulak.

Selamba je call mak aku pukul 1 pagi.
Orang tua tu dah tido terpaksa melayan dia besembang.
Bukan sembang apa yang penting pun.
Dia nak bercerita kesedihan dia yang aku dah tak perlukan dia lagi.
Bacol Gila perangai.
Pegi la mengadu kat mak bapak kau. Yang mengadu kat mak bapak apehal. Kau ni berangan jadi laki aku ke apa sebenarnya ni?

Ada satu kali tu, aku balik bercuti.
Masa tu aku belum bertunang lagi, tapi kitorang (aku & exbf) memang dah lama break.
Masa tu aku dah ada kat Bangi, kawan lelaki aku call dari Kuching "Diana, nak bagi tau Ali (again bukan nama sebenar) baru je naik flight pi KL. Tapi dia takde duit tau. Duit dia lepas untuk beli tiket je. Nanti kau jemput dia ok?"

Aku macam, hoiii, apekejadah aku nak kena fetch dia pulak ni?
Kau dah tau takde duit yang kau balik KL buat apa?
Yang lagi pelik tu, abang dia tinggal kat Subang Jaya, apesal dia taknak tinggal rumah abang dia?
Apesal taknak suruh abang dia fetch?
Aku rasa abang dia pun tau adik dia ni gila.

Rupanya, dia sengaja balik KL walau tak berduit, semata-mata nak monitor aku!
Dia nak pastikan aku balik bercuti bukan kerana nak jumpa Wan.
Saiko.

Mak Aji kata takpelah, biar dorang jemput bawak balik rumah.
Aku bengang gila sebab mak bapak aku nak menjemput dia bawak balik rumah jugak.
Aku sakit ati kenapa mak aku nak tolong binawe ni.
Mak aku cakap "Diana, dia tu bukan macam kita. Kita kena hati-hati"
Kalau ikut hati aku, biarlah dia mereput kat airport tu. Yang nak bawak balik ke rumah nak buat apa?

Kau boleh imagine tak jenis lelaki apa macam ni yang menyusahkan hidup orang luar yang takde sangkut-paut dengan hidup dia?
Aku ni gf kau pun bukan. Tapi kau nak tido baring kat rumah mak bapak aku, pehal kau?

Mak bapak aku jemput dia dari airport, bawak balik ke rumah.
Seblom keluar mak aku pesan tinggalkan sikit lauk untuk dia makan jap lagi.
Sorry! Aku buang semua belen lauk malam tu. Aku taknak kasik dia makan.
Tapi mak aku masuk dapur "Diana, gorengkan telur. Dia belum makan"
Ya Allah!!! Jam tu aku rasa nak simbah je minyak panas kat diri sendiri baik aku mati ajelah gini.
Aku tak paham apesal semua nak kena baik hati sangat ngan ex aku tu.

Dan besoknya dia menggila.
Aku kena hentak dengan dia, dalam rumah aku sendiri!
Time tu aku berdua je kat rumah. Mak bapak aku keje.
Tak tau la apa punya kurang ajar manusia ni.
Kau datang tak dijemput, tapi kau buat aku macam hamba kau.
Dia tolak aku ke katil, tekup muka aku dengan bantal pastu hentak aku ke dinding.
Puncanya, dia jumpa surat-surat cinta aku ngan En Wan.
Dah kau yang masuk bilik aku menggeledah laci aku, bukak diary aku, memang la kau akan jumpa macam-macam. Cuba kau duduk bersimpuh kat bawah diam-diam, mesti kau tak gila.
Ntah hape masalah dia ntah.
Dah sah-sah aku tengah bercinta dengan En Wan, memang lah ada surat cinta.
Bukan aku tayang surat-surat tu semua kat kau.
Kau yang carik sape suruh. Sendiri carik penyakit.

Orang saiko macam ni, kalau kau nak reject pun, perlu guna kaedah yang sangat sangat sangat sangat halus.
Aku percaya arwah budak perempuan tu keluar berdua dengan lelaki tu sebab taknak buatkan kedaan jadi bertambah buruk. Dia taknak lelaki tu akan bertindak ganas pada keluarga and kawan-kawan dia. Dia malu.
Aku tau. Sebab itulah jugak yang aku buat dulu. Aku taknak kawan-kawan aku, mak bapak aku diganggu kalau aku tak ikut rentak si saiko ni.

Tapi nak reject orang macam ni pun takleh deras-deras sangat. Ni keje halus. Perlu ambik masa.
Dorang ni sebenarnya terlampau fragile.
Jenis tak boleh terima tekanan.
Macam exbf aku ni pun aku tak tau apa masalahnya.
Dia pernah bercerita kat aku bapak dia garang, selalu marah and pukul mak dia.
Pastu bila mak dia stress, mak dia akan marah-marah dia pulak.
Ntah la, aku nak percaya pun malas.
Sebab orang saiko ni suka berdrama.
Aku tak tau cerita mana satu yang betul.

Bertahun aku cuba loloskan diri aku dari dia.
Aku terpaksa buat perlahan-lahan sebab tu lah proses ni makan tahun.
Sampai aku dah kawen pun dia masih lagi menggangu famili aku.
And mak bapak aku tak mampu nak rejek dia jugak sebab takut dia naik hantu.
Bayangkan, sebulan lepas aku kawen, dia datang rumah mak aku selamba tido kat rumah 2-3 hari.
Dia sebenarnya nak tunjuk kat En Wan yang dia lagi hebat. Dia tak perlu kawen dengan aku pun dia masih diterima sebagai keluarga. Macam tu la motif dia.

Orang saiko ni terlampau desperate nak dipandang hebat.
Apa perkara yang boleh menampakkan dia dipandang hebat, dia akan cuba dapatkan.
Kalau dengan adanya gf yang cantik, membuatkan dia dipuji kawan-kawan, dipandang hebat sebab boleh tackle awek cun, maka dia akan cuba dapatkan.
Kalau dia rasa dengan kekayaan dia boleh dipandang hebat, dia akan usaha mati-matian untuk dapatkan kekayaan tu dari orang lain. Bukan dari titik peluh sendiri.

Macam kes aku, aku rasa dia selesa berada dalam keluarga aku.
Sebab dia tengok pagi aku call mintak mak aku masukkan duit, petang tu je duit dah masuk.
Aku nak balik Semenanjung sebulan 2 kali, mak aku belikan tiket.
Pastu aku rajin belikan dia hadiah, belanja makan.
Jadi dia dah selesa dengan keadaan ni. Dia taknak patah balik ke dunia lama dia.
Pernah dia nak balik tapi takde duit, selamba call mak aku mintak belikan tiket flight. Geli tak?
Mak bapak kau hidup lagi. Kakak abang kau bekerja. Kau taknak mintak dorang apa-apa, tapi kau mintak kat mak aku yang takde pertalian darah pun dengan kau.

Pisau lipat.

Aku troma dengan pisau lipat.
Sebab dia selalu ugut aku dengan pisau ni.
Kawan-kawan aku jadi saksi how dia letakkan pisau kat wrist aku, and suruh aku mengaku yang sayangkan dia.
Pisau ada kat tangan aku dah.
Kau nak rejek ke?
Kalau aku rejek, aku rasa aku arwah dah skarang.

Aku terpaksa cakap "Ye, aku sayang kau".
Lepas tu dia terus peluk aku and cakap "Dah..dah jangan nangis. Thank you ya"

Gila kan?
Yes, GILA!

Kawan-kawan aku suruh aku report polis je.
Tapi aku taknak.
Sebab aku kesiankan dia. Masa tu dah final year. Kalau aku report polis, sia-sia dia spent 5 tahun kat UNIMAS, balik bawak telo je.
Aku cuma pikir kesian kat dia je. Sebab dia bukan orang senang.
Aku taknak nanti mak bapak and kakak abang dia salahkan mak bapak aku bila adik dia kena buang U.

Rupanya kakak dia pun tau 'sakit' adik dia ni.
Mak aku cakap, awal-awal kakak dia tau kitorang bercouple, kakak dia pernah call mak aku.
Dia cakap "Saya risau makcik. Makcik tak kenal dia tu macamana"
Masa tu mak aku pelik jugak, apa maksudnya.
Rupanya itulah dia. Saiko.

Bila ada orang yang salahkan keluarga lelaki yang kelar budak perempuan tu - katanya kalau dah tau anak kau mental apesal biarkan dia hidup macam orang biasa.

Aku rasa keluarga budak lelaki tu bukan taknak asingkan dia dari dunia kita, tapi dorang masih menaruh harapan satu hari nanti anak dia akan pulih. Sama la dengan kakak kepada exbf aku ni. Aku rasa dorang semua tau keadaan adik dia, tapi dorang membayangkan yang adik dia akan pulih kalau bercampur dengan masyarakat.
Malangnya, tak.

Aku anggap ni pengalaman and pelajaran yang besar Tuhan anugerahkan untuk aku.
Tak semua orang ada pengalaman macam ni.
Yang ada pengalaman memang tau la how sengsaranya berdepan dengan lelaki saiko.
Separuh nyawa dia torture emosi aku.
Ada reader blog ni pernah cerita kakak dia kena bunuh dengan teman lelaki, pun sebab saiko (pernah keluar kat berita satu masa dulu, kes budak UKM kena bunuh).
Syukur, aku masih di sini. Walaupun masa pisau lipat ditekan kat nadi, aku dah berserah sepenuhnya.

Semoga arwah budak perempuan tu dicucuri rahmat.



Nak? Isi form di bawah atau klik sini untuk whatsapp



Name
Email Address
Option : SM : Basic Value Pack, RM149 (free pos)
SS : Basic Value Pack, RM154
Quantity per set :
Address
Phone
Remarks (if any) :