Pages

2015-01-25

Kalau benci, sebut pun jangan!


Qu Puteh.

Glemer betul produk Qu Puteh ni.
Padahal seblom produk ni keluar, Dato Vida dah kerap jugak keluar kat WHI promote Pamoga dia. Tapi promosi Pamoga (untuk sakit-sakit lutut kalau tak salah) tu tak sehebat Qu Puteh.
Aku kenal Dato Vida ni pun sebab mak mertua ngan bibik lama (Lenny) yang syok bercerita dengan aku. Dorang panggil Dato Vida ni 'Dato-yang-pakai-cincin-kat-semua-jari'.

Lepas AJL, ramai yang tolong 'marketkan' Qu Puteh.
Yang pelik tu, ramai yang tak suka tapi dorang tu jugak la yang tolong share artikel kebencian ni semua.

Aku bukan pengguna Qu Puteh.
Tapi aku takde masalah dengan cara dia marketkan produk dia.
Tak susah pun sebenarnya.
Kalau rasa sengal tengok AJL sebab selang 5 minit tayang promo Qu Puteh, jangan tengok.
Tapi bila kau pilih untuk terus tengok, sendiri kena telan lah.

Memang agak muak kejap-kejap iklan Qu Puteh, kejap-kejap Qu Puteh sana, Qu Puteh sini.
Tapi kita sebagai penonton kan ke ada pilihan. Boleh pilih samada nak terus tengok atau pun taknak.
Sama macam kita tengok Ariana Rose dulu.
Ada yang marah bila kejap-kejap iklan, kejap-kejap iklan.
Slot sejam, tapi lepas tolak iklan, jadi 30 minit je. Lagi 30 minit iklan sesaje.
Tapi bila kita pilih untuk terus menonton Ariana Rose, maka kena la hadap iklan-iklan tu.
Taknak tengok iklan, tukar channel lain.
Dalam kes Qu Puteh, kau dah nampak trend dia lepas setiap lagu akan ada backstage cover.
Jadi, lepas setiap lagu tukar je la channel lain kejap kalau taknak tengok sangat Qu Puteh tu. Simple.
Tapi dalam pada annoying annoying annoying tu, habis jugak tengok AJL kan?

Annoying tak annoying tu bergantung pada orang jugak.
Yang pakai Qu Puteh, sure takkan annoyed kalau kena tengok iklan Qu Puteh sejam non-stop.
Sama la kalau Ephyra yang jadi sponsor, aku ok je.

Yang tak minat, dan yang tak perlukan that produk, akan rasa sedikit 'kacau' bila selang 5 minit kena dengar Qu Puteh Qu Puteh Qu Puteh.
But that's marketing.
Apetah lagi bila kau adelah sponsor utama, of cos ada demand yang penerima sponsor perlu terima.
Selalunya penerima sponsor takkan pikir apa orang luar nak kata.
Dia hanya fikir projek dia harus berjalan seperti yang dirancang.
Sebab kalau projek tak jalan, itu akan menyebabkan lebih ramai yang berkata-kata. Lebih sakit.
Macam wedding Ibal dulu, bila ada yang nak sponsor itu ini, aku serahkan bulat-bulat ikut budi bicara yang nak sponsor. Kau nak demand apa lagi kan. Dah ada orang nak sponsor pun nak demand ke. Melainkan ada syarat yang dipersetujui oleh 2 belah pihak. Dan rasanya TV3 takde masalah dengan syarat yang Dato Vida tetapkan.

Masa aku keje dengan company lama dulu, kitorang nak participate dalam satu Biotechnology Symposium. Quite important and big event.
Boss aku taknak player lain ada dalam event tu. Dia sponsor kaw-kaw.
Dari backdrop, bunting, door gift, booth, sampaikan ke mineral bottle kat atas meja pun semua logo company kitorang. Itu syaratnya.
Dan lagi satu syarat, setiap kali ada break, akan ditayangkan slide tentang produk-produk our company.
Symposium tu 3 hari, 9 to 5pm.
3 hari kau hadap logo and slide company okeh. Aku yang jaga booth kat luar pun rasa nak muntah apetah lagi yang kat dalam hall.
Tapi, dah itu main sponsor kan, nak buat camana.

Aku pun kalau sponsor event-event customer, aku tanya apa benefit yang aku dapat.
Kalau takde benefit kat company, aku takkan participate.
Dan sebagai penerima sponsor pun dorang dah tau dorang kena meet demand.

Sebenarnya marketkan produk dengan ada sedikit gossip/kontroversi ni kadang-kadang lebih boom.
You just have to find the right product at the right time.
Qu Puteh dah keluar lama dah, cuma nama dia tak se-glemer setelah dia appear kat AJL.
Dato Vida pun tak merancang untuk buat penonton feel annoyed dengan iklan dia.
Standard cara orang berbisnes, first, dia akan cari medium untuk dia pasarkan produk.
AJL and Gegar Vaganza adalah pentas yang besar. Ramai orang tengok, so ini medium yang bagus untuk pasarkan produk.
Dan Qu Puteh ni glemer mendadak bukan hanya kerana iklan yang selang 5 minit tu.
tapi dibantu oleh 'tangan-tangan nakal' yang tolong marketkan produk dia melalui artikel-artikel berbentuk gossip and kontroversi.
 
Konsep marketing macam ni sama je macam haters yang tak suka dengan bloggers.
Dia tak suka, tapi dia layan jugak blog hamba Allah tu.
Pastu dia sebar-sebarkan kebencian kat ramai orang.
Hasilnya?
Daripada orang tak kenal blogger tu, jadi kenal.
Free marketing namanya ni.

Ex-bos aku selalu pesan, kalau buat marketing, JANGAN HIGHLITE KEKURANGAN PRODUK ORANG LAIN. Kalau produk kita benar-benar hebat, kita sepatutnya highlite produk kita.
Produk kita takkan jalan kalau kita terus-terusan inform customer tentang kekurangan produk orang lain. Bila kau banyak sangat bercerita produk orang berbanding produk sendiri, customer akan tend to ingat produk orang yang kau ceritakan tu. Customer tak ingat pun kau jual apa.

Jangan tanya kenapa tu boleh berlaku.
Itu sememangnya fitrah manusia. Manusia lebih mudah ingat bahan berbentuk gossip dan kontroversi.
Kalau tak, takkan lah page gossip lebih banyak followers dari page ilmiah, kan?

Macam Edry-Aweera-Caliph Buskers.
Seriesly, dulu aku tak pernah tau Aweera ni datang dari program apa.
Lagu Mojo yang masuk AJL pun aku tak pernah dengar sebab aku pun tak tengok Muzik-Muzik, radio pun jarang bukak asik dengar mp3 Uji Rashid je keje aku.
Tapi dengan sedikit kontroversi dan produk yang bagus (Caliph Buskers), tak semena-mena lagu tu jadi kegilaan sekarang. Sampai Norman KRU kata Romancinta #1 kat iTunes.
Punyalah lama dah lagu tu, baru now nak hit #1?
Mesti ada sebab kenapa kan?
Sedikit gossip/kontroversi, produk yang bagus, dan luck dari Allah :)

Cuba fikir balik berapa orang yang masih lagi bercerita tentang kebaikkan Siti Nurhaliza menderma ratusan ribu dan bina masjid kat kampung?
Tak ramai yang masih bercerita pasal tu. Orang dah hampir-hampir lupa.
Benda baik selalunya payah nak lekat kat kepala.
Tapi orang akan selalu ingat dan kaitkan Siti sebagai perampas suami orang. Benda ni memang orang dok jaja sampai skarang. Sebab gossip lebih mudah diingat. Dan best untuk dikongsikan.
Dari mula dia kawen sampai skarang masih ada orang berusaha untuk share story keburukan dia.
Siap menfitnah peribadi and rumahtangga dia lagi.
Hasilnya....???
Yang makin glemer Siti.
Dia semakin jauh mendaki.
Yang menjaja cerita buruk tu dari dulu sampai skarang dok menggali-gali nak dapatkan cerita-cerita buruk. Gali gali gali gali tak perasan kau makin jauh ke dalam. Tak naik-naik pun.

Oh tak.
Aku bukan peminat Siti Nurhaliza.
Saje je sekadar bagi contoh.

Kes bakar Al-Quran suatu masa dulu.
Motifnya nak sebarkan kebencian terhadap ugama and umat Islam.
Tapi hujung-hujung semakin banyak permintaan terhadap Al-Quran.
Yang non-Muslim sibuk nak baca terjemahan Al-Quran, nak tengok sendiri betul ke tak apa yang dorang buruk-burukkan tu.
Hikmahnya, semakin ramai yang peluk agama Islam.

Kes Charlie Hebdo pun, baru-baru ni ada artikel pasal sorang lady ni peluk Islam sebab nak mendalami Al-Quran dek kerana perasaan ingin tau.

Zamani Slam.
Kau ingat aku minat sangat si Slam ni? Tak minat pun. Tapi bukanlah makna aku benci.
Takat dengar-dengar lagu boleh la, tapi takde la sampai nak download mp3 simpan dalam playlist.
Kawan baik aku si Apeng tu peminat tegar Zamani.
Sampai aku naik menyampah okeh. Semua laki yang dia minat dan-dan ada tempias muka Zamani.
"Kau perasan tak mamat tu macam muka Zamani ?"
"Mata budak tu macam Zamani kan?"
"Dari tepi budak tu nampak macam Zamani la"
Series, muak pulak aku kejap-kejap dia sebut Zamani Zamani Zamani.

Tapi tu la manusia.
Kalau sebarkan kebaikkan seseorang, tak ramai yang berminat and payah nak lekat kat kepala.
Tup tup Zamani kena tahan sebab dadah. Lepas tu orang start viralkan video Zamani nyanyi lagu sambil tangan bergari.
Cerita macam ni memang sangat interesting untuk diambil tau kan?
Apalagi untuk di-share.
Dan hasilnya?
Oii, ramai yang start ambik tau sape Zamani pastu.
Aku yang tak minat Slam ni pun dah ada 7 lagu Slam dalam playlist.
Semalam baru download.
Baru terasa eh, sedap jugak suara si Zamani ni.

Tudung Fareeda.
Punyalah terlampau banyak cerita buruk yang orang sebarkan pasal tudung ni - singkat la, terlampau meriah warnanya la, tokeynya sombong lah...macam-macam.
Hasilnya apa?
Aku yang tak pernah terfikir nak pakai tudung Fareeda pun boleh terjebak masuk kedai semata-mata nak test betul ke tudung tu singkat.
Padahal ada je yang labuh. Tapi yang ni orang tak highlite, tak tau la kenapa.
Aku percaya bukan aku sorang.
Dengan tersebarnya cerita-cerita buruk tentang Fareeda, semakin ramai lagi yang dah terjebak dengan tudung ni.

Sebab tu aku pelik dengan konsep sesetengah manusia yang dia dah tau dia tak suka, tapi dia dok bercerita pasal perkara yang dia tak suka tu again and again. Siap stalk lagi.
That's why aku sangat yakin, konsep kebencian macam ni bukan benci namanya.
Ni namanya minat. Kategori Fans jugak. Tapi kategori Fans in Denial.

Bila Qu Puteh jadi 'terkenal', aku semakin percaya dengan apa yang exboss aku pesan.
Semakin kerap kita bercakap pasal keburukan/kekurangan orang lain, semakin orang akan ingat perihal yang kita cakapkan tu.
Silap-silap orang akan nampak kebaikkan orang/produk tu dan terserlah keburukan kau.

Sudah-sudah lah...
Letih sebenarnya melayan rasa sakit hati ni.
Alihkan perhatian pada perkara yang lebih bermakna.
Bagi peluang pada diri kita untuk perkara yang membuatkan kita bahagia.

Dan kepada yang sedang menerima 'tekanan' dari pihak yang tak berpuas hati, kena ingat sememangnya ada ketikanya hati takkan gembira dengan sesuatu perkara yang Allah dah tetapkan untuk kita.
Tapi percayalah, takdir Allah penuh rahsia.
Anggap la tekanan-tekanan yang menyakitkan hati ni adalah berita gembira untuk kita.
Kalaupun bukan untuk hari ni, mesti ada manfaatnya untuk hari esok.
Di atas setiap perkara yang terjadi yang kita tak suka, insyallah ada hikmah yang sama sekali kita tak duga.