Pages

2014-09-22

Lemahnya aku


Yang kenal bagaimana aku dulu, tau lah.
Yang tak tau, nevermind. Don't bother untuk ambik tau.

The truth is, berhijab si akhir zaman ni jauh lebih mencabar.
Dulu, di zaman 70s-80s bertudung tu satu benda yang pelik. Zaman-zaman tu, kat Malaysia belum ramai yang bertudung. Kalau ada pun zaman tu pakai tudung ala-ala turban. Nampak leher. Kadang-kadang jambul terkeluar sikit.
Cabaran pakai tudung zaman dulu, kerana 'trend' bertudung ni belum sampai dan belum fully dipraktikkan. Orang masih lagi sibuk bermini skirt. Zaman alompak ago ago gitu. Mana style agogo pakai tudung kan. Dalam ertikata yang lainnya, kesedaran untuk menutup aurat tu tak meluas.

Tapi, rasanya cabaran menutup aurat di zaman ni jauh lebih susah.
Sangat mencabar dan tercabar.
Sebab kadang-kadang aku konfius aku ni tutup aurat syariah compliance ke tak sebab fashion untuk golongan yang bertudung tumbuh macam cendawan. Kadang aku konfius boleh ke aku pakai macam ni?

Dulu, aku terlalu buka-bukaan.
Baju kalau tak nampak lurah tetek, tak sah.
Baju kalau tak see thru, taknak beli.
Kalau boleh, nak yang sleeveless.
Skirt bawah lutut, tak main la.
Kalau boleh singkat, nak singkat lagi.
Pakai blouse putih, sengaja pakai bra hitam.
Duduk dalam opis, pakai tube je kehulu hilir. Coat bukak. Time nak keluar lunch baru pakai. Padahal makan kat mamak gila punya panas berdenting aku pakai coat. Duduk dalam opis sejuk menggigil boleh selamba pakai tube.

Dulu bila nampak orang bertudung, aku konfius apesal kau pakai tudung macam ni - pakai baju kurung sendat sampai boleh nampak trace of tali bra pastu tudung singkat. Terbonjol tetek.
Well, namanya memang menutup aurat. Baik la sikit dari aku yang pakai tube ni kan.
Tapi masa tu aku terfikir, aku ni memang la sah-sah pakai mini skirt. Yang kau tu pakai baju kurung dah elok dah, macam tak masuk je bila kau selimpangkan tudung bawal ko bagi nampak tetek. Tetek cup A takpe, ni dah macam bontot besarnya.
Konfius, seriesly masa tu aku konfius.
Tapi aku malas nak sound sebab aku lagi teruk kot. At least orang tu pakai gak tudung. Yang kau ni dengan tube, dengan rambut berkarat, Baik kau diam ya Diana. Sia-sia kena pelupuh kang.

Bila diri sendiri dah bertudung, aku cuba cuba cuba dan masih cuba untuk pastikan apa yang aku pakai tu ikut syariat, walaupun baru 10% je kot.

Tapi susah.
Memang susah.

Gugel jubah muslimah...bersusun keluar gamba jubah.
Tapi jubahnya kebanyakkan berpinggang.
Aku confuse - ni jubah ke dress?
Boleh ke tak aku pakai macam ni?

Nak cari seluar. Gugel seluar.
Semuanya cantik-cantik.
Tapi yang cantik tu kebanyakkannya ketat, yang senteng.

Skirt labuh pun cantik jugak.
Tapi dah pakai skirt, tak cantik pulak kalau tak pairkan dengan blouse pendek atau baju tuck in.
Tak pun kalau pakai dengan blouse labuh nampak serbah-serbih pulak. Meh pakai belt sikit. Dah nampak bentuk pinggang pulak!
Mermaid skirt lagi la....
Ketat pulak, nampak shape badan and kaki.

Arghhhhhh!!!!!!
Abis kalau nak nampak cantik dalam masa yang sama ikut syariat aku nak pakai apa???
Dem.

Susah kan?
Bukan susah sebab fashion berkembang.
Bukan susah sebab banyak pilihan.
Tapi susah sebab diri sendiri yang tak kuat.
Taunya nak ikut trend. Taunya nak ikut apa orang lain kata apa orang lain pakai.

Macam aku, dugaan paling kuat aku rasa masa mula-mula bertudung adelah penerimaan customer-customer aku. Honestly, customer aku dulu ramai lelaki and chinese. Sebab dorang nampak aku Islam yang 'sporting' - pakai skirt, boleh bertepuk-tampar, melepak and talk about macam-macam benda. Dan disebabkan dorang selesa, maka kitorang boleh kenal dengan lebih rapat and dekat dan memudahkan urusan bisnes aku. Coz aku cakap kau, dalam bisnes, player sangat ramai. Supplier/vendor bersepah-sepah. And kalau kau nak jual barang harga ratusan ribu, kau jumpa direct dengan orang atas. Orang atas ni semuanya dah makan garam dah. Takde yang susah untuk dorang. Jadi, jangan eksyen la ngan dorang barang kau jual lagi high end dari barang supplier lain. Otai-otai research ni, kalau dah nama otai, kit yang dah expired pun dorang boleh guna and boleh still dapat result bagus. Jadi, dorang tak perlukan sangat kau punya kebagusan produk. Dorang lebih utamakan after sales service. Itu yang penting. Sebab tu kebanyakkan yang menang tender adelah vendor-vendor yang rapat dengan customer. Bukan dorang menang sebab melobi (sometimes memang la ada) tapi dorang menang sebab customer memikirkan senang nak berurusan dengan orang yang dorang dah kenal. Apa-apa jadi kendian senang nak discuss.

Bila aku dah bertudung, aku sangat-sangat terasa perubahannya.
Aku faham kenapa dorang menjauhkan diri.
Gila ke tak takut budak perempuan ni dulu pakai skirt pendek siap belah lagi sampai pangkal peha, pakai blouse orang boleh tau apa kaler bra dia....and sekali dia datang hah....tudung. Tudung cover dada! Blouse gedobos size L!
Hoih Diana kau join ajaran sesat ke hape???

Aku masih lagi jumpa-jumpa dorang, tapi aku boleh rasa ada gap kat situ.
Dorang pun nak hu ha hu ha dengan aku macam serba salah.
Dorang takut if aku dah tak boleh terima gurauan hu ha hu ha macam dulu.
Cakap pun topik yang benar-benar tentang produk. Gila boring okeh.
Bila aku fikir balik, hmmm...rupanya inilah persepsi yang aku ada dulu.
Dorang ada persepsi yang sama.
Dalam kepala dorang - wanita bertudung, sopan, jaga pergaulan, jaga percakapan, jaga bahasa, jaga adab, jaga aurat....semua yang baik-baik yang seharusnya ada pada someone yang bertudung.

Pastu aku buat eksperimen.
Aku tukar sikit cara berpakaian aku.
Aku pakai skinny jeans. Blouse lengan panjang aku lipat sampai bawah siku. Aku stop pakai stokin, aku pakai heels yang bertali-tali (apa nama kasut macam ni pun aku tak tau la).
Series...ada perubahan sikit di pihak dorang.
Dorang dah mula nak gelak-gelak ngan aku, tapi belum sepenuhnya macam dulu.
Ada la 3 bulan kot aku eksperimen macam ni.
Lama-lama aku stop, sebab aku takut aku 'seronok' macam tu.
Kedaaan ok la, cuma aku boleh rasa perbezaannya. Lain. Memang lain.
Aku tau dorang segan and aku pun sepatutnya dengan cara yang baru ni aku tak sepatutnya ada sikap yang dulu, yang terlalu easy going. Takpela, aku terima kalau ini bahagian aku.

Pastu aku terfikir, why not aku serahkan urusan sales ni pada budak-budak muda.
Hire junior sales yang masih muda, yang bergaya, masih fresh, masih energetik untuk buat keje.
Tapi rasa macam bersalah pulak. Ohhh pandai. Kau nak jaga aurat tapi kau nak hire pekerja yang bergaya untuk buat. Sape nak jawab esok?

Ntah la...aku pun tak tau apa yang terbaik untuk aku buat kat diri sendiri.
Nak jihad dengan berpakaian pun fail.
Yang aku boleh usahakan now cuma continue pakai baju besar, try carik seluar besar and istiqomah bertudung cover dada.
Alahaiiii lemahnya iman aku.