Pages

2014-06-02

4


Kalaulah ketika ini aku boleh terbangkan Real Choc Cupcakes and Red Velvet Cupcakes dari Bangi, memang aku buat. Masalahnya tak boleh. Kalau boleh pun, Monday tetap tak boleh sebab kedai tu tutup every Senin. Maka, bersabo je lah sampai esok. Kita gi esok je lah ya. Tu pun kalau takde keje.



Real Choc Cupcakes


Red Velvet Cupcakes

Dua-dua ni aku beli kat Little White Cafe Bangi.
Kesedapannya takleh nak tulis. Kena makan and feel sendiri.
Last week, first time aku try Real Choc Cupcake. Gila sedap okeh. Aku memang tak berapa boleh telan coklat. Tak semua coklat boleh lalu kat anak tekak aku. But this Real Choc, aku boleh makan 4 bijik. Hari tu aku beli 8 ketul (4 real choc, 4 red velvet), aku sorang je bantai sampai 6 bijik. Sesape yang blom penah rasa, silakan ke Little White Cafe. Memang hari-hari pun ada. Antara dapat atau tak je. Sebab last week aku beli around kul 430pm, memang tinggal 8 bijik tu je.

Jumaat lepas aku ke JB, semua ikut kecuali Redza ngan bibik. Dua orang ni aku tinggalkan kat rumah Mak Aji sebab aku pegi 1 malam je pun, nak merisik orang Pasir Gudang untuk anak sedara En Wan. Memandangkan En Wan je pakcik yang ada, jadi harap kat En Wan je lah. Terasa dah tua snagat dah bila kena jadi jurucakap merisik anak dara orang. Selalunya keje-keje macam ni orang-orang tua je buat. Bila sendiri kena buat, baru sedar diri dah tua.



Walaupun merisik, kitorang bawak jugak la sikit barang iringan.
Takkan nak datang rumah orang berlenggang-kangkung pulak kan.
Dah la orang tu siapkan homestay bagai untuk kitorang tinggal. Free lagik.

Gubahan ni aku siapkan.
Masa hari nak gerak ke JB tu tetiba baru sedar ada satu dulang yang takde hadiah. Masing-masing dok ingatkan yang lagi satu dulang tu untuk sirih. Takde makna aku nak bawak sirih, baru merisik kot. Kebetulan, masa pi Vietnam hari tu aku ada beli 2 pasang telekung. Satu tu putih, another one grey. Memandangkan aku belum ada telekung grey, so aku pakai grey dulu. Dah bila masing-masing tak tau apa nak isi kat lagi satu dulang tu, memang telekung putih jadi rezeki orang Pasir Gudang nampaknya, alhamdulillah.

Tahun ni nampaknya penuh dengan majlis merisik, bertunang and kawen.
Last month, Ibal bertunang.
Pastu sepupu aku kawen.
Last week merisik untuk anak sedara En Wan.
Raya ketiga, anak sedara En Wan yang lagi sorang bertunang.
Pastu raya haji, anak sedara dia yang merisik ni punya turn bertunang.
Hujung tahun Ibal kawen.
Balik-balik aku la yang ulang-alik ke Nilai beli barang nak gubah hantaran. Macam anak aku pulak yang nak kawen.


Pagi Sabtu, before bergerak ke rumah pihak perempuan. Tak jauh mana, 5 minits drive je.
Ni semua keluarga En Wan. Aku takde, aku yang ambik gamba ni.




Afiq and Fatin.
Aku dah selalu jugak jumpa Fatin ni, masa dorang blaja kat UiTM dulu, Afiq rajin bawak awek dia datang ke rumah. Both are lawyers, cuma aku tak sure Fatin ni bahagian apa. Kalau Afiq ni bahagian hartanah. Sesape nak jual rumah boleh kot tanya Afiq.


This lady sepupu Fatin.
Masa kitorang baru sampai sekali dia tegur 'Ni Kak Diana kan?"
Terkesima budak ni tengok En Wan yang jadi jurucakap.
Mesti dia setuju dengan apa aku cakap kat blog selama ni tentang sleng pekat En Wan.
Dia telah mendengarnya. Hahahha.


Lepas habis majlis merisik, aku gopoh-gopoh nak balik dulu.
Sebab plan asalnya nak singgah Masjid Tanah untuk attend wedding reader.
Sekali ha kauuuuuuu, bapak panjang punya jem.
Dari JB ke Pagoh 4 jam. Sepanjang jalan mengensot macam ni. Nak lalu laluan kecemasan pun tak boleh sebab laluan kecemasan pun jem. Banyak accident and construction. Aku harap jalan ni siap la before raya. Kalau time raya kau buat jem macam ni, mampuih PLUS kena maki.
Last-last tak dapat gak singgah Masjid Tanah sebab dah lewat sangat. En Wan pun dah kepenatan and tensi jalan jem.



Alhamdulillah, semalam ada 5 jemputan.
Tapi dapat attend 4 je, sebab dah petang sangat, tak sempat nak habiskan semua lima. Harap maaf pada sesape yang aku tak dapat attend. Sabtu lepas patut ada sorang lagi reader kawen kat KL. Sorry banyak-banyak. Tima kasih atas jemputan.

Memandangkan semalam ada banyak jemputan, aku pakai jubah biar senang nak bergerak and berangin sikit sebab banyak tempat nak pegi. Mula-mula gi Shah Alam dulu, pastu patah balik ke Puchong, then ke Shah Alam semula, pastu ke Klang. Terpaksa susun betul-betul program nak serang kenduri orang. Ada yang tak dapat jumpa dengan pengantin, minta maaf lah ya.


First kenduri.
Lupa sape nama pengantin. Tak sempat jumpa pun sebab kitorang sampai sini kul 12 tghri. 
Lauk pun baru hidang. Seb baik dah ada orang lain sampai. Kalau tak malu ai, nampak nau kebuloq.


Kenduri ni best siap ada ayam golek!


Ni namanya persediaan nak serang lagi 4 rumah selepas ni.
Jadi rumah pertama harus makan takat 3 sudu je.


Ni yang aku suka kalau pi rumah orang kawen. Cendol!!
Kalau pi mana-mana kenduri kawen mesti aku carik cendol. Seb baik semalam nak kejar pi tempat lain sama, kalau tak, memang dah konfem 3 kali aku ulang-alik kat booth cendol ni. Kawen Ibal esok aku harap Mak Aji sediakan cendol jugak. Kalau takde cendol, aku tak datang!


Sementara muka belum berlengas, adelah elok kiranya kita selfie.


Rumah kedua.



Rumah kedua, mampu makan 2 ketul ayam je sebab baru je lepas makan kat rumah pertama, tak daya nak sumbat nasik lagi.



  Kenduri ketiga.
Ni je la pun gamba yang ada, tu pun En Wan snap. Aku kena jaga panglima, kali ni aku bawak dia sebab dia sibuk nak ikut. Majlis orang weh, kena berjaga-jaga sikit. Kang kalau aku leka tetiba nampak dia dah ada duduk atas riba pengantin. Satu hal pulak.



Wedding ni buat kat dewan area Medan Ikan Bakar Lorenzo kat Shah Alam. Tak tau aku apa nama dewan ni.
Yang aku ingat pengantin diarak dengan superbiker dalam 20 bijik.
Oh yes, sape yang tegur aku semalam kat tangga? Sorry kalau aku nampak macam gabra sikit, sebab ai teruja nampak abang bikers.




Sorry Cik (Puan) Epal, akak tak sompek nak bergamba kat photobooth sebab nak kejar ke kenduri lagi satu. Tapi sempat la aku cuit sikit ayam kat pinggan En Wan. En Wan kemain lagi, semua kendiri dia makan semalam. Pelik aku kat mana dia simpan nasik-nasik ni. Perut kecik je padahal.


Dulu aku kawen takde walkway camni, ni jumpa orang punya, haruslah aku posing kan.


Ni kat pelamin nikah Cik Epal kat tingkat bawah. Dia nikah hari yang sama, di dewan yang sama. Senang jugak kalau buat macam ni kan, sekali harung siap dalam satu hari. Takyah nak tunggu-tunggu besok.

Kau tengok anak aku gila selenga dengan selipar kuning pi attend wedding orang. Itulah selipar jalan, itulah selipar gi skolah, itulah selipar gi pasar. Bab selenga ni aku rasa dia ada ikut perangai aku sikit.



Ni kenduri last aku singgah kat Klang.
Nak cari rumah reader ni mengagau kejap.
Bukan apa, sebab aku tak tau nama dia. Sembang kat FB kemain lagi tapi nama pun aku tak tau.
Masa nampak khemah tak sure ni ke rumah budak ni, sebab takde nampak apa-apa tanda tulis nama dia. Eh kalau tulis pun bukan aku tau nama dia apa pun. Hahhahah.

Sekali nampak satu brader India parking, cecepat, tanya. Nak tanya pun satu hal, sebab nama kat FB Pinky Nonie, mana satu aku nak sebut ni agak-agak. Seb baik NONIE tu brader tu kenal. Dia kata betul, ni wedding Nonie. Kat rumah ni pun aku ratah ayam je. Walaupun Nonie kata ada kambing bakor, tak daya dah aku nak makan.

Tima kasih kepada semua yang menjemput.
Tahniah, semoga perkahwinan kekal hingga ke Firdaus.