Pages

2014-05-22

Entry qada'. Semua campak dalam ni.



Sape yang maknya buat camni?
...dan masih lagi buat camni?

MAK SAYA!!! *angkat tangan tinggi-tinggi*

Ni kira ok lagi ni mak dia pakai tin kukis.
Mak Aji lagi kijam, dia pakai tin coklat panjang Van Houten. Aku tak sure if cekelat Van Houten masih wujud lagi dalam tin ke tak. Yang pernah aku nampak now dorang pack dalam kotak.
Tak salah aku, Mak Aji masih lagi cimpan sewing equipment dia dalam tin cekelat ni. Ntah bila masa dia makan cokelat pun aku tak tau. Tau-tau nampak tin je.

Tapi memang perasaan kecewa yang amat tu tak dapat diluahkan dengan kata-kata. Rasa nak meraung. Dah la dulu-dulu nak makan sedap-sedap tu jarang. Sekali mak kau boleh pi sorok lak tin cokelat dalam laci bilik dia. Menggelupur kejap nak bukak tin. Excited ni. Bukak-bukak, hek elehh benang??? Sedih gila ok. Mak aku tak nampak muka kecewa aku time aku bukak tin cokelat tu. Kalau dia nampak, mesti dia kesal sepanjang hayat sebab memperdayakan aku.

Aku pun skarang recycle gak bekas kotak eksrim.
Tapi aku takat simpan bekas eskrim tu dalam lemari, buat-buat nak rendam ikan ke apa ke.
Takde de aku simpan bekas eskrim tu dalam esbok. Sebab aku penah dah lalui kekecewaan tu so aku taknak anak aku excited nampak eksrim dalam esbok sekali bukak, laaaa ikan?? Aku simpan ikan daging semua dalam transparent tupperware. Senang. Biar semorang nampak apa isi dia. Takde la membagi harapan kosong kan. Mak Aji sampai skarang isi ikan and ayam dalam bekas eskrim.
Balik Bangi bukak esbok, wahhhh ada eskrim choc chip! Sekali bukak, daging. Berbulu betul.

Kalau bekas botol Pepsi tu tahan lagi. Sebab kita nampak air apa ada dalam. Takde la kecewa sangat.


Thank you, akak dah terima kad undangan.
Tapi sorry banyak-banyak tak dapat hadir, sebab esok akak dah outstation semula sampai Isnin.
Terima kasih sebab invite.


Thank you, kad diterima.
Insyallah, takde halangan, maka akan sampailah akak ke Masjid Tanah on 31st May sebab kebetulan pagi tu kitorang satu famili ada di JB merisik untuk anak sedara En Wan. Akan balik ke Subang hari yang sama, harap sempat untuk attend your wedding. Terima kasih sebab invite.




Dah nak kawen rupanya budak ni.
Terasa diri aku sangat-sangat tua sebab seingat aku blogger/reader ni baca blog aku seawal 2006 lagi. Rajin nau dia hantar komen. Sampai dulu kecoh kejap orang cakap dia tiru aku. Padahal takde pun. 

Blogging mengajar aku banyak benda.
Especially how to deal with "cakap-cakap orang".
Pernah Cik Epal ni email aku cakap orang mengata dia, kutuk dia, orang cakap dia tiru gaya penulisan aku. Kesian aku tengok dia. Takde apa yang aku boleh nasihatkan sangat selain dari buat dek saje dengan cakap-cakap orang. Now, I'm happy bila she still "survive" and soar.

Kesian jugak dengan orang yang 'bising-bising' kat luar tu.
Ntah apa la yang dorang dapat agaknya bila melaga-lagakan orang kan.
Padahal yang dilagakan tu tak apa-apa pun. Elok je. Yang melagakan ujung-ujung stress sorang-sorang.

Aku penah terima satu email dulu, this reader cakap dulu dia ada anti dengan kawan sekolej dia sebab budak tu hari-hari dok bertenet siang malam. Duduk rapat-rapat, naik motor kesana-sini. Dia selalu mengutuk budak tu. Disebabkan dulu dia ahli majlis surau (something like this la, macam majlis agama universiti) jadi dia gunakan kuasa dia untuk selalu buat spotcheck kat bilik-bilik student kot-kot la bawak lelaki masuk bilik. And dia selalu sangat geledah bilik budak yang dia anti tu padahal dia tak jumpa pun apa-apa yang mencurigakan. Tapi tak tau kenapa dia sakit hati sangat. Kalau terserempak dengan budak tu nanti dia sengaja sound perli-perli.

Dijadikan cerita, now dia dah bekerja, dia pulak yang buat benda yang sama macam apa yang kawan dia tu penah buat dulu, tapi dia jauh lebih teruk (ni dia yang cakap bukan aku yang cakap). Dia buat semua tu dengan bos sendiri yang dah berpangkat bapak. Dia cakap, dia dah terlajak jauh sangat dengan bapak orang tu.
Aku pernah terbaca suatu hadith, tapi tak sure kat mana.
Kalau ada sesape tau, maybe boleh betulkan.
Something like : Kalau kita bercakap buruk (mengumpat) tentang seseorang, kita tidak akan mati selagi kita tak buat the same perangai buruk orang yang kita umpatkan tu.

So, hati-hati dengan apa yang kita seronok buat skarang.
Jangan dok seronok sangat melagakan mengutuk orang. Esok lusa kita buat benda yang sama, time tu tak tau nak cakap apa.

Kita manusia kalau hidup jangan jadi macam mata lalat.
Lalat hanya mencari benda yang busuk.

Jadilah seperti mata lebah.
Lebah terbang merata-rata hanya untuk mencari madu yang terbaik.

Janganlah pandang dan mencari-cari keburukan orang. Kalau kau carik buruk, memang akan jumpa punya sebab manusia memang ada buat silap. So takyah carik, memang semorang pun ada.
Kan lebih elok carik kebaikkan dia.
Kalau betul pun dia ada salah, kutukan kita takkan membantu dia menjadi lebih baik pun.
Melainkan kita guide dia untuk jadi lebih baik.
Tapi kalau kita tak boleh bagi jalan penyelesaian, lebih baik senyap.
 


Nak bagi nasihat tak reti sebab kadang-kadang aku pun datang penyakit kurang yakin ni, nak-nak lagi kalau kena buat presentation. Tapi apa yang aku praktikkan kat diri sendiri adelah bila datang rasa kurang yakin tu, cuba pandang orang yang kurang bernasib baik. Selalunya penyakit kurang yakin, insecure ni semua datang sebab kita berdepan dengan orang yang lebih hebat dari kita. Atau kita yang dok imagine lebih-lebih pasal kehebatan orang lain sampai men-down-kan diri sendiri.

Kita cakap kita ada diploma je.
Sebab kita berdepan dengan manusia yang ada PhD.

Kita cakap kita cuma pakai Kancil.
Sebab kita membandingkan kereta kita dengan Jaguar.

Kita malu orang lain anak dah 3, kita kawen pun blom.
Sebab kita terlalu yakin jodoh tu adelah keje kita, kita yang tentukan.

Kita stress kita gemuk walaupun badan kita cuma naik 2kg dari 49kg.
Sebab kita membandingkan berat badan kita sekarang dengan berat badan kita yang dulu.

Padahal apa yang kita ada dah bagus dah.
Yang menjadikan kita stress adelah diri kita, bukan orang lain pun.
Kalau kita nak jadi lebih pandai, lebih kaya, lebih cantik, lebih slim...silakan.
Bagus, sebab kita ada usaha nak jdi yang lebih baik.
Tapi janganlah merungut. Nak buat, buat. Kalau nak merungut, jangan buat.

Kalau pandang orang yang lebih hebat dari kita mampu jadikan kita bersemangat untuk jadi hebat, takpe. Tapi kalau dengan pandang orang hebat, timbul pulak penyakit lain dalam diri - insecure, dengki, malu, tak konfiden....baik takyah pandang. Buat je hal sendiri.

Aku ni, kalau nak kirakan down, banyak benda yang aku boleh down.

Kulit itam.
Muka tak simetri, dagu senget.
Takde pinggang, badan aku straight.
Bontot leper.
Rabun.
Zaman berat 47kg dah berlalu.

Takat orang kata aku gemuk, itam tu, dah takde apa dah.
Tak mengubah apa pun kat hidup aku.
Takde manusia yang boleh downkan kita kecuali kita sendiri.



Okeh, tukar gear.
Ini nak canangkan tentang booth Ephyra kat Karnival Jom Heboh Putrajaya this weekend.

Team Ephyra akan berada di booth Karnival Jom Heboh Putrajaya (presint 3 opposite Palace of Justice) hari Sabtu 24/5 and Ahad 25/5 from 10am - 10pm. Memey Suhaiza & Norman Hakim pun ada kat sana Sabtu and Ahad ni. Boleh la pi sana, jumpa duta. Kot nak tanya apa-apa pasal Ephyra ke, silakan.

Sesape yang baru nak try Ephyra, boleh pi sana sebab sampling ada untuk korang rasa. Lepas rasa, agak-agak nak beli terus pun boleh. Tapi kat booth nanti Ephyra janya akan jual TRIAL PACK ONLY (10 sachets). Tapi, khas untuk KJH ni, Ephyra bungkuskan trial pack ni menjadi satu set yang ekslusif. Hanya boleh dapat time KJH saja. Memandangkan set ni trial set, hanya ada 10 sachet, jadi setiap orang boleh beli maksimum 3 set sahaja. Ini limired edition sebab ada terselit hadiah berupa kosmetik bag/handbag organizer ala-ala Longchamp gituuu.



Begini lah rupa set trial tersebut. Harga, takleh cerita sini, nak tau pi redah la. Tapi harga tak termasuk bakul. Bakul tak jual. Bawak bakul sendiri.

Ok, aku rasa semua yang dah terima tracking number Ephyra kelmarin and semalam dah terima kan pakej Ephyra and MP4? Harapnya dah dapat. Sorry sebab terpaksa hantar batch by batch. Tak dan membungkus oi. Pos Laju buat hal, aku dah lama mintak hantar 1000 large flyers tak hantar-hantar lagi. Aku mintak hantar berapa-berapa yang ada pun tak hantar gak. Rupanya dorang pun dah takde stok. Dah satu hal terpaksa membungkus semua yang order Ephyra. Selalunya yang beli sekotak, aku sumbat dalam large flyers je. Hanya yang beli 3 kotak je bungkus. Bila semuanya kena bungkus, maka tak sempat. Isnin hari tu sempat bungkus around 100 je. Sebab tu aku send batch by batch.

Yang belum dapat tracking number, aku akan hantar mystery gift yang sepatutnya sampai hari ni tapi KLIA blom fax apa-apa surat kat aku lagi. Gift MP4 cuma dapat 295 sebab lagi 5 pecah. Jadi ada 5 orang dari group MP4 yang akan terima mystery gift. Don't worry, insyallah gift best.



Aku rasa part wish En Wan tu macam dia nak tujukan kat aku je sebenarnya. Cis.