Pages

2014-01-13

Hadiah



Like aku cakap dalam entry yang lepas, hantaran duit ni HADIAH.
Tapi kategori hadiah yang di-request. Hahaha.
Sama macam sumbangan derma PIBG time aku skolah rendah dulu la.
Mintak derma tapi bila ada parents yang bayar RM1 untuk setahun, skolah gi tanya kenapa bapak awak kasik sumbangan RM1 untuk setahun?
Dah kata sumbangan kan. Eh sukati orang la nak bagi berapa.

Jadi, hantaran hadiah ni pun cenggitu jugak la.
Dia sebenarnya hadiah dari pihak lelaki kepada keluarga pihak perempuan.
Tapi hadiah yang direquest.

Jadi, kalau dah namanya "hadiah yang direquest", konfemlah syarat tu bergantung kepada yang tukang mintak.
Dah kalau dia kata anak dia ada triple degree dan ko kena bagi hantaran RM50K, nak kata apa.
Dia ada "produk" yang ko nak.
"Produk" tu pulak satu je dalam dunia ni.
Kalau ko nak jugak-jugak, kenalah usaha sediakan 50K tu.
Jadi, tak kira la lah "produk" dia tu hanya ada sijil SRP je ke, SPM je ke, grad from MIT ke...sukati dia nak letak berapa. Sebab "produk" tu dia punya.

Memang hantaran wang ni takde sangkut-paut dengan berapa tinggi kita belajar.
Sebenarnya takde sangkut-paut lansung dengan siapa diri kita.
Kalau hantaran tu diletak sempena nilai siapa diri kita sekarang, 50K tu rendah sangat nilainya.
Cuma kebiasaan yang kita dengar bila hantaran tinggi je, kita kaitkan dengan tahap akademik. Sebenarnya takde kaitan pun dengan tahap akademik.
Tu semua atas masing-masing nak mintak berapa.
Cuma, tahap akademik tu selalu dijadikan alasan dan penyebab untuk dapatkan hantaran lebih tinggi.

Kita yang belum merasa lepaskan anak dara kita kat orang lain, mungkin akan cakap mak orang tu mintak hantaran tinggi nau macam nak jual anak.
Itu kata kita.

Cuba nanti bila turn kita pulak nak lepaskan anak kita kat orang, mesti jam tu kita pulak kata "Nak yang cantik, nak yang bijak, tapi nak murah. Cantek muka kau!"

Kan??

Benda ni sebenarnya jadi sebab desakan and trend.
Toksah cerita pasal hantaran la.
Kita citer pasal henfon.
Nowadays, ada lagi ke orang nak pakai henfon besar gabak buat baling anjing tu?
Bagi free pun orang taknak.
Blackberry pun orang dah slowly taknak pakai. Padahal ok je.
Semua nak kejar trend sekarang - Samsung, iPhone.
Sebab apa?
Sebab demand sekeliling.

Aku buat open house nak pesan khemah, dah takde dah orang sewa khemah kanopi belang-belang. Semua yang scallop.
Bukan taknak sewa yang murah.
Tapi dah takde pesen tu skarang.

Sama macam kenduri kawen.
Now nak jumpa yang buat gotong-royong rewang, dah susah nak jumpa.
Yang buat depan rumah atas jalan pun dah pakai catering.
Now zaman berubah, harga segalanya naik, takde yang turun.

Atas desakan and trend sekeliling menyebabkan mak bapak kita TERPAKSA request hadiah yang mahal dari pihak laki. Kalau dorang ada duit takpe. What if kalau dorang takde duit?
Memang duit hantaran dari pihak laki tu la yang dia nak guna untuk buat kenduri kawen belah dia.
Kita boleh la cakap "kenduri belah kau, kau la keluar duit".
Memang best wooo cakap macam tu sebab blom kena kat diri sendiri.
Macam pepatah melayu cakap "nak seribu daya, kalau dah taknak tu banyak la dalihnya".
Kalau betul nak, mesti kita akan carik jalan.
Tapi kalau nak, tapi tak mampu, memang banyak la alasan dia.
Jual anak la, cekik darah la, anak tak blaja takat upsr la...
Eh tapi memula kau yang nak sangat anak orang tu.


Konsep hantaran kawen ni sama macam kita beli henbeg.
Kau nak Hermes, kau kena bayar lebih.
Sakit nak kumpul duit, tapi puas sebab kau dapat apa yang ko nak.
Kalau ko rasa ko boleh lupakan Hermes sebab tak mampu, and consider Coach, silakan.
Dua-dua pun designer.
Hermes pun tak marah ko tak jadi beli dia.
Tapi bila ko nak jugak Hermes but tak mampu, then ko menghanjing dengan sales assistant Hermes....what's the point??? They have the product that you want tapi kau yang tak mampu beli pastu kau nak meroyan??? Heloooooooooooooooooooooooo!

Benda ni semua kena ada tolak ansur.
Kalau kita rasa mak bapak kita mungkin susah nak terima hantaran murah, kita sebagai anak, baik laki baik perempuan, sama-sama la mainkan peranan.
Jangan harap lelaki je kumpul duit. Kata nak hidup sama-sama.
Kalau kita sayang tunang kita, kita tong-tong la sekali. Takyah la bagitau makpak kau.
Yang pompuan pun, kalau rasa-rasa hantaran yang mak kita mintak tu agak berat untuk tunang kita, kita pun boleh mainkan peranan kita bagitau makbapak kita untuk takyah buat yang ni...takyah buat yang tu..cakap kita taknak. Jangan pulak kau cakap ko taknak buat sebab tunang ko takde duit nak cover. Memanglah mak ko melompat. Jangan salahkan makbapak. Makbapak mana yang taknak anak dia hidup senang. Makbapak mana taknak buat yang the best untuk anak. Dah kalau dia mintak sampai 50K tu, cubalah runding. Kalau tak boleh jugak, usahala ko berdua nak topup apa-apa yang patut.

Macam aku dulu, aku taknak majlis berinai.
Sebab aku takde duit nak sewa baju minangkabau la, baju india la, baju jepun la....eh rimas aku.
Aku cakap kat Mak Aji aku taknak.
Tapi sebab Mak Aji nak jugak, dia akhirnya keluarkan bajet dia sendiri. Kan ke settle. Hahaha.

Sama macam kenduri.
Aku tak buat kek pengantin, aku tak buat flower girl, aku tak buat kad undangan mahal-mahal, aku tak bagi door gift yang gempak-gempak....aku cakap aku takde duit. Sape yang taknak buat. Tapi kalau dah sampai mencekik leher sendiri kan ke bodoh namanya. Bagi je la tetamu apa yang ada. Asal ada.

Anak-anak aku saving dia sebulan RM100 je.
So sampai umur dia 25 tahun dia ada RM30K.
Aku pesan, ko kalau nak kawen carik yang boleh terima kau takat 30K ke bawah je ya.
Kalau rasa-rasa nak anak dara Kate Middleton, carik duit kau sendiri. Aku taknak campur.

Wedding yang aku attend last month.
Wedding tu buat kat dewan.
Pakai wedding planner lagik. Dah abis gah dah aku tengok.
Tapi ada jugak makcik sebelah aku ni komplen "Patutnya dia buat la pelamin tu kat belah sini kan...buat tepi sana siapa yang nampak"
Nak je aku sound "Makcik kalau makan senyap-senyap tak boleh ke??"
Huh!

Ada aje yang salah kat mata.
Kenduri kawen ni, kecik pun orang komen. Besar pun orang komen.

Tapi ramai yang lupa.
Kenduri ni, besar pun dipanggil kenduri, kecik pun dipanggil kenduri.



KLIK HERE : ORDER EPHYRA
KLIK HERE : WOMEN SKINNY JEANS