Pages

2013-11-26

Tekan button CUTI




Kejap je dah 25 November....
Dan tadi adelah appointment terakhir aku untuk tahun ni.
Lepas ni aku akan relax sikit. Relax dari scene 'fighting-fighting' dengan competitor sebab kebanyakkan tempat dah nak close akaun *legaaaa*

Maka tadi aku bawak balik sikit keje-keje yang ada atas meja opis tu, ke rumah.
So start esok sampai Jumaat aku akan melepak buat keje kat rumah je la.
Bunyik macam lega je dapat buat keje kat rumah tapi tak tau la lebih relax or lebih kusut sebab dua orang budak ni bukan boleh tengok mak dia ada kat bilik. Time aku nak buat keje tu la sorang mintak riba, sorang bukak tv, pastu bergasak.

Kad kawen reader ada lagi dok bertampal kat situ, tapi tak dapat pegi. Sebab apa eh...lupa.
Sorry dik :(

Invitation Ephyra ke majlis Norman-Memey hari tu pun dah lama aku tepek konon sebagai reminder untuk buat entry press releae tapi sampai now aku tak buat-buat lagi. Insyallah akan cuba settlekan dalam masa 4 hari ni.

Tapiiiiiii....aku ni sebenarnya bukan boleh istihar cuti.
Dalam kepala aku dah ada macam-macam agenda dah ni.
Antaranya....

Shawl tu.
Shawl Ariani yang aku cakap best tu.
Tadi aku dapat sms, 27-1 Dis, Ariani buat SALE untuk semua produk lama and BARU.
Shawl yang aku pakai ni produk baru. Sale 50% untuk SEMUA okkkk. SEMUA.
Shawl ni aku beli harga RM109/pc.
Kalau 50% berapa derrr......
Jom arrrr.



Ok, yang ni Ephyra promo powerbank yang pos today.
TAPIIII....nak bagitau, ada 3 customer yang aku dah bagi tracking number tapi pakej dia tak dipos tadi sebab bubble wrap tak cukup. Lori bubble wrap tak sempat hantar today. So, kalau yang 3 orang tu check tracking number tak keluar apa-apa, please email aku untuk confirmkan semula ya. Sebab aku tak masuk opis sampai hujung minggu so tak dapat trace dalam sistem. Jadi, harap dapat contact aku semula. Tapi jangan risau, korang 3 orang ni akan masuk delivery esok together dengan 2nd batch, insyallah. Powerbank ada lagi ompek bijik. Aku boleh simpan untuk promo Ephyra sehingga hujung minggu ni je, sebab kalau takde takers, aku ingat nak bagi customer USM bila aku merayap jumpa dorang next week.




Ni kejadian tengahari tadi.

Kalau terjadi kat korang, apa korang buat agak-agaknya?
Bukan semua orang boleh terima orang mintak makanan dia waktu dia tengah mengunyah.
Pulak tu yang mintak ntah sape-sape kita tak kenal.

Aku makan lone ranger je tadi.
Order mozarella baked fish.
Memang ada selonggok salad dalam plate, and aku memang la tak makan sayur mentah.
Tapi masa akak tu mintak salad aku, aku tengah makan, ikan baru half aku bedal. Belum menampakkan ciri-ciri taknak makan salad lagi. Walaupun hakikatnya aku memang tak makan but agak weird sikit la kan bila tetiba ada stranger mintak salad.

Aku pun tak pasti macamana akak tu boleh terpikir nak mintak salad aku.
Masa dia mintak tu, aku macam terdiam kejap dalam beberapa saat.
Sebab aku nak betul-betul bagi kepala aku paham apa yang aku dengar.

Tapi, aku bagi je salad tu.
Ye la, aku bukan makan pun kan. Kang aku cakap "Eh, saya makan", satu hal lak aku nak menelan sayur mentah tu. Terus terbelahak kat situ kang. Tak pasal je. 

Cuma aku terfikir, mana la datangnya keberanian akak tu mintak makanan kat orang yang dia tak kenal. Ia memerlukan keselambaan tahap dewata. Muka juga harus cukup sardin. Kalaulah aku ada keberanian macam akak tu, mesti dah lama aku dapat kutip hutang aku balik. Eh.